Friday, December 26, 2008

Cuti-cuti lagi

Salam,


Best bercuti... mak dan abah dah balik Penang, sekarang ni aku jaga budak-budak ni dengan anak buah sorang ni... dia tunggu stpm... tapi biasalah orang muda jaga anak... mana nak sama dengan orang tua-tua. Tapi insyaAllah setakat ni ok je aku jaga kwang kwang kwang....


Kakak pun dah tak 'keja' malam lagi, dah tak jet lag... makanya dapatlah kami tido juga, sesekali bangun buat susu tu 'wajib' la... kakak jenis minum susu banyak waktu malam... memang 2 jam sekali kena bangun la. Tak kisahlah... sebab kalau nak depa membesar dengan sihat kenalah berkorban sikit.


Dah 2 kali bawa pi shopping mall... 1Borneo dan CityMall... balik ronda-ronda sure nampak penat je depa, dan malam tu lena nyenyak. Penat kot sebab tengok benda-benda baru. Mungkin juga depa penat sebab orang pun dok tengok depa... dok tanya kembar ke? Boy ke Girl? hmmm kalau pakai pink takkan boy plak ke ke ke layannnnnnnnnnnn...

Dok berpantang lagi mana-mana yang boleh la... mee, laksa, teh dan benda berangin blom makan lagi... ais pun baru 2 kali minum... kat rumah aku suka minum kopi dan milo. Kopi sedap oooo kopi Tenom :)

Oklah... nanti kalau ada peluang aku update lagi, idea tak dak ni... tapi nak gak upate. Inilah hasilnya kwang kwang... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Thursday, December 11, 2008

Kejap je ....

Salam,



Terasa kejap sgt... dah nk habis cuti bersalin. Mujur ada cuti tahun byk lg, dgn tiada perasaan, aku tambah cuti sampai 18/1 maknanya aku cuti 3 bln :)



Kelmarin kenduri Aqiqah... lega sbb dah tertunai sebahagian t'jwb sbg ibu bapa.



Hujan hari ni....ngantuk skit sebab mlm tadi kakak tak nak tido.... subuh br dia tido. Layannnnnnnnnnnnn!!!



Abah dok kira hari je skrg ni... org tua camtu le mana bleh duduk lama2. Kami dah janji Krismas ni adik nak mai ambik, tetiap hari dok cakap nak balik Krismas....agaknya mimpi pun background lagu Krismas :)



Ramai org cakap budak2 dua orang ni besar... berbanding umur, hmmm minum banyak sebab tu le membesar dgn jayanya. Alhamdulillah syukur.

Thursday, November 27, 2008

14/10 - 18/10 dua kosong kosong lapan

Salam,



Ok hari ni ada perasaan nak berkongsi cerita dengan semua kronologi pengalaman bersalin.



Untuk bacaan sahaja... sila jangan baca kalau seriau ke ke ke....



14/10, 2008



Tengahmalam aku dah rasa ada air keluar lepas buang air... agak2 je la air ketuban...tapi masih relax lagi sebab tak sakit. Lepas subuh baru angkat segala beg yang perlu ... pi la KKS kat Damai. Akan tetapi Dr yang biasa check tu tak nak ambik kes aku sebab:



1. Baru 34 minggu

2. Air dah keluar lebih 4 jam, dia takut ada infection.



Dia suruh pi HPL, oklah...tak kisah pun... dalam 6am camtu kami pi HPL, lepas kena check itu ini, bukaan dll... terus kena tahan kat wad, mula kena duduk wad kelas 3, tapi lepas abang bulat janji nak bagi surat majikan hari tu juga dapatlah masuk wad kelas 1, tapi kongsi katil. Oklah tu... layan je. Katil sebelah tu ustazah ngajar kat Sptg, orang M'ka. Sempat bertukar nombor telefon. Dia bersalin hari yang sama... dan keluar wad 15/10. Dapat anak lelaki :)



15/10, 2008



Pukul 6am abang bulat dah sampai...bawa breakfast. Makan sembang... pukul 7 lebih dia pi opis, sambung tido :) Pukul 12.30 - 2pm dia mai lagi... macam biasa masih tiada tanda-tanda nak bersalin... ok gak lepak spital... kali pertama la dlm hidup ni tido kat spital... rehat sesungguh hati. 4pm - 7pm abang bulat mai lagi, lepak sampai guard suruh balik ke ke ke...



16/10, 2008 - 18/10, 2008



Hari ni dpt juga marking 2nd assignments... jenuhlah minta tolong kenkawan take over kelas tutorial dan ambik markah pembentangan... malu jgn cakap le sebab macam tak selesai kerja tapi kena la minta tolong juga, thru sms je. Sabar sabar. Hah... petang ML bidan peribadi [kekonon....] mai melawat... siap bawa akar Ct Fatimah... aku pun rendamlah minum air... hmmm mungkin sebab air tu atau dah sampai masa, tengahmalam dah ada darah sikit2... bagitau nurse dia cakap itu dah tanda-tanda nak bersalin. Ada contraction tapi 'mild contractions'... nurse pun malas nak melayan sebab pada depa benda tu tak serius. Pukul 3am Dr mai check bukaan sikit je, aku minta kat dia ubat tahan sakit sebab tak bleh nak tido... penat la juga. Lepas subuh abang bulat mai melawat...aku pesan nasi lemak dan teh tarik, lepas makan tu makan ubat antibiotik dan dapat 1 cucuk ubat tahan sakit lega... bleh la tido sampai tengahari. Dr Pakar mai check aku bagitau pasal darah, Terus dia cakap ok... petang ni bleh masuk labor room. Hmmm suspen ni. Tapi relax la mungkin dah sampai masa kena la bersedia ... insyaAllah ok tu. Petang Jumaat [17/10] lepas solat abang bulat mai teman aku sampai Dr bertugas check bukaan... ada 4cm, terus nurse siapkan aku tolak pi labor room... masa ni berdebar tapi relax lagi sebab ntah la aku relax sungguh...

Dalam labor room... ramai nurse pelatih yang comel-comel untuk diajak bersembang... pelik budak-budak tu dok tanya tak sakit ke?... sakitlah sikit-sikit tapi mungkin aku ni tahan sakit atau memang tak sakit sangat. Sampailah dah 8 cm aku bleh lagi dok bersembang, bergelak ketawa dengan budak-budak tu... pelik juga sebab ntah la aku rasa la sakit-sakit sikit kalau ada contraction tapi masih boleh bersembang dan tak la sampai mengerang atau menjerit. Alhamdulillah.... pukul 3.30pm masuk labor room... pukul 12am 18/10 barulah aku sedia nak bersalin... dengan bantuan doktor dan nurse kat situ... pukul 12.15am keluarlah Athirah Hannah Lai.... cepat-cepat doktor pegang perut nak pastikan Awatif Hannah Lai tak berubah kedudukan, selang 4 minit lahirlah Awatif... perasaan? Syukur Alhamdulillah... akhirnya selepas 35 minggu lahirlah anak-anak aku... sorang 1.97kg dan sorang lagi 1.7kg. Kecik sungguh...

Tapi ada pengalaman yang boleh buat aku hilang sabar, ada sorang nurse tu mulut celupar... dia siap komen lagi sebab aku tak tau bila masa patut meneran,,, boleh dia kata camni. Sekolah je tinggi nak meneran pun tak pandai... isk isk isk... ada kaitan ke sekolah tinggi dengan meneran? Layan je la.

Masa kena jahit tu... aku tanya le nurse yang jahit tu, berapa lama dah kerja...dia cakap dah 15 tahun ke ke ke terus jadi confident iye le kalau 15 tahun dok jahit mestilah dah cekap ke ke ke... jangan tatau aku bleh minta milo secawan kat nurse tu mujurlah dilayan... lepas minum milo, minta doktor panggilkan abang bulat... sembang-sembang sebelum bleh keluar. Pukul 2am baru selesai semua... dua-dua orang dah dibawa ke ICU sebab kurang minggu dan bawah 2kg, kena pantau sekejap. Abang bulat naik ICU azankan budak-budak... lepas tu dia pun baliklah. Penat jangan tanya tapi rasa lega.... ringan badan, disebabkan budak-budak kena letak kat ICU, aku pun bolehlah berehat. Tido dengan nyenyak.... zzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz.... I LOVE U abang bulat....

~dariBMkeKK~


Tuesday, November 11, 2008

Berpantanglah anda ...

Salam,

Sapa kata boring masa berpantang? Aku ok... sebab bleh buat macam-macam benda. Selain menanda kertas exam... bleh juga YM, selain tu bleh juga update blog. Pssttt... dah kantoi sila lambai kat abang bulat, dia dah tau aku ada blog ... layannnnnnnnnnnnnnn!!!

Dah seminggu... pukul 7am camtu turun bawah sesi bertungku. Mak akan tungku badan sampai aku lenguh baring. Lebih kurang 40 minit... masa ni biasanya kanak-kanak ni lena atau minum susu... tak pe papa depa ada nak temankan...

Oh ya tak le susah nak turunkan berat sebab rasanya badan ni dah jadi saiz sblm kawin. T shirt yang dulu ketat skit dah longgar je, ringan badan sebab lama juga badan ni membesar dengan jayanya. Harap2 berat dan saiz ni maintain le... jimat belanja tak payah pi slim world ha ha ha....

Aku ambik Ammy 60 days... ok juga sbb tak dak le apa2 kesan sampingan lagi. Ambik yang jagaan dalam je, yang luaran aku sapu macam-macam benda... kapur + asam limau pun ada gak sebab nak hilangkan kesan hitam kat perut tu. Iyelah... hari tu perut ni membesar dengan jayanya... skrg dah kecut, kulit pun jadi semacam le... dah dok tungku ni rasa perut ni dah ringan dan kecut..oklah tu. Pelan-pelan... mana bleh macam sediakala, ambik masa juga.

Ingat nak cerita pengalaman masa sblm bersalin dan masa bersalin... tapi nanti le tadak idea nak mengarang. Oklah kat sini je, cau cin cau nak sambung marking daaaaaaaaaaa...

~dariBMkeKK~

Wednesday, November 05, 2008

[",] phewittttttttttt...

Salam,

Tadaaaaaaaaaaaaa.... kat sebelah ni le gambar kembar kami. Comel la kot... kalu kata comel ntah2 ada yg kata tak... yang penting sihat. :)

Awatif kakak... dan Athirah adik. Tak le nak panggil along dan angah... ramai sangat along dan angah... rasanya aku panggil nama le senang citer.

Ok... itu je utk hari ni...ciao

~dariBMkeKK~

Monday, November 03, 2008

Alhamdulillah.....

Salam,

Maka dgn ini diisytiharkan... lahirlah kami pada 18 Okt 2008 jam 12.15am dan 12.19am.

Nama kami Awatif Hannah Lai dan Athirah Hannah Lai.

Gambar akan dimasukkan nanti... ok bye... ops... mama sihat jer, dia kirim salam :)

Sunday, October 12, 2008

34 minggu :)

Salam,

Alhamdulillah... boleh juga sampai ke minggu 34... harap-harap kesihatan mengizinkan untuk sampai ke minggu ke-36 :) insyaAllah.

Tak sangka sebab rupanya kuat juga aku ni... iye walaupun memang terasa diri kuat tapi kadang-kadang tu kita rasa kuat tapi sebenarnya tidak le sangat. Alhamdulillah puasa penuh 30 hari, ada orang kata masa 7 bulan biasanya dah tak boleh nak bergerak sebab perut akan membesar sangat... hmmm masa dekat-dekat 7 bulan tu aku masih boleh berjalan ronda Psr Pyg, KT... hmmm Alhamdulillah.

Balik beraya pun... dengan keadaan yang masih selesa... mungkin sebab memang aku dah niat nak juga beraya dengan mak abah selagi masih ada hayat depa. Tahun depan tatau lagi macam mana, kalau kat sini pun tahun depan giliran sini. Tak kisahlah orang nak kata apa pun sebab perut memboyot pun dok naik kapal terbang lagi... asalkan kita ikut prosedur insyaAllah selamat :)

Abang bulat macam tak berapa nak percaya badan aku akan kembali mengecil.... tak pe la kita tunggu dan lihat ke ke ke... aku rasa tak dak masalah sangat, sebab skrg ni pun perut je yang besar... kaki bengkak pun sebab badan berat, kaki ni bengkak, betis pun bengkak dah jadi cam tangan Papaya... muka aku tak le tembam, ke ke ke... kalau duduk tu kadang orang tak perasan mengandung... bila bangun barulah orang cam terkejut tengok besarnya perut kwang kwang kwang....layannnnnnnnn!!!
Dok usha AMMY 60 days... macam nak sambar je... makan pil senang sikit... tengoklah camno nanti. :) Ok... dah dapat MC, dah hantar ke pejabat so... bleh la berehat kat rumah dengan jayanya... ke ke ke sukanya bleh lepak sambil tengok TV di pagi-pagi hari. Silap-silap TV tengok aku :)

Stop sini dulu... insyaAllah Selasa dan Khamis mai opis untuk tutorial... dan Isnin minggu depan mai untuk jaga exam... tak le MC lepak terus-terusan... ada lagi keja rupanya... oklah tu. Bye... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Friday, October 10, 2008

Selepas Beraya Sakan....

Salam,

Puas hati beraya... berjalan sana sini... sampaikan Isnin sehari sblm balik KK, dah tak larat dah sebab lenguh kaki. Lepak rumah je la... ke ke ke....

Hari ni baru masuk opis... masuk sebab nak ambik barang sikit dan hantar MC ke ke ke... dengan rasminya aku start MC Isnin minggu depan... sampailah dijangka bersalin...oklah tu. Kelmarin pi klinik, Dr scan... Alhamdulillah semua sihat... baby pun makin besar berat bertambah secara normal. Harap-harap bertahan sampai minggu ke-36, aminnnnn!!!

Disebabkan kaki makin bengkak dan betis ni keras sangat... aku panggil makcik L tolong urut... lepas diurut lega skit... bleh berjalan dengan selesa skit. Ok lah ... sabar je sebab dah tak lama pun. Erkkkk ready ke?... insyaAllah ready mental dan fizikal... sebab mak nak mai ke ke ke... kalau tidak tu seriaulah juga.

Opis ni masih sunyi rupanya... ramai lagi yang cuti sampai minggu ni... minggu depan baru masuk keja. Biasalah tu... asalkan kelas berjalan lancar... rasanya tadak sapa nak halang kita bercuti sakan sakan.

Lega selamat sampai KK... orang tengok aku pun sure cuak je sebab perut ni memang nampak besar sangat. Mungkin orang pun kurang percaya baru 34 minggu... sebab macam dah nak due sangat-sangat... mujurlah aku ni lasak juga, bleh lagi berjalan sana sini... kalau tidak memang berbaring je la. Apa-apa pun Alhamdulillah... dipermudahkanNya dalam segala hal.

Ngantuk la pulak dah makan nasi ni... nak tido pun tak best sebab sat lagi sakit badan, apa-apa pun relax la dulu... sambil marking assignments sambil YM, sambil blog... wah banyaknya keja sambilan ke ke ke. Dah pi tengok broadband... nak belilah... bleh la juga ber'Internet' nanti... tapikan... ada masa ke nanti kwang kwang kwang... layannnnnnn!!!

OKlah sampai sini dulu cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam,

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan juga memohon ampun sekiranya terdapat kekasaran bahasa semasa memberikan komen dan sebagainya... maklumlah saya hanya insan biasa :)

InsyaAllah saya dan abang bulat akan beraya di BM pada tahun ini... tapi sekejap je, seminggu je. Tak boleh lama-lama sebab Dr tak bagi ke ke ke... lepas Raya nanti Dr dah nak bagi MC suruh lepak kat rumah... jangan buat keja, lepak je... perghhh akan membesar bagai johan le saya dan babies...

Untuk kenkawan yang beraya di perantauan... relaxlah jangan sedih2, untuk yang beraya di M'sia pun jangan la dok sedih2... gumbira OK.

Cau cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, September 25, 2008

25 R'dhan 1429H

Salam,

Lagi 5 hari je... isk isk isk...cepat sungguh R'dhan kali ni. InsyaAllah cukup posa tahun ni :) Best gak... Alhamdulillah.

Selasa hari tu pi jumpa Gynea... scan dan check apa yang patut... wah wah wah patutlah berat rupanya babies dah 1.6kg each... = 3kg ++, Dr kata itu berat yang perfect... dijangkakan bleh meningkat sampai ke 2.5kg++ each... erkkk = 5kg weh... jenuh gak nak bawa tu ke ke ke layannnnnnnn!!!

Sempena posa... berat pun naik malu-malu je, 64.8kg, uiskkk sungguh berat diriku ini. Abang bulat dok gelak bila aku jalan. Cehhhh gelaklah... cubit nanti. Paling haru kalau duduk lama-lama, nak bangkit payah la juga, bila baring nak bangkit pun kena ada stail, silap-silap nanti kaki bleh cramp... tak pe la... tak lama lagi pun sabar je la :)

Weh... nak raya dah. Kelas dah habis, bolehlah berangan untuk beraya plak. Weekend ni baru nak pi cari baju raya yang sesuai. Abang bulat pun tadak baju raya... ntah apa-apa, orang tak buat dia pun tak buat. Mungkin pakai baju tahun lepas je, sebab tahun lepas dia buat 2 pasang, untuk raya dan kenduri adik dia... apa-apa le... janji pagi raya pakai baju Melayu bukan baju Koboi. Ha ha ha....

Kelmarin makan nasi tomato, hari ni nak makan apa ye? Nasi kerabu tak larat nak makan dah... try beriani la pulak... :) air soya dilupa jangan. Cendol pun banyak... tapi nak dapat yang sedap payah la pulak.

Pagi tadi buat ketam masak lemak + kentang, sedaplah pulak. Kwang kwang kwang sendiri puji ka? Apa bleh buat... sapa lagi nak puji, abang bulat tu makan dengan keadaan mata separa terbuka... aku memang makan dengan berselera. Lepas makan nasi, makan kuih, lepas tu makan kurma, lepas tu minum susu... risau gak kalau makan skit, sat lagi tak tahan plak.

Ohhh dah dkt 1pm... sat lagi nak solat, rehatkan mata dan minda [perghhh...] lepas tu tunggu la kot2 kek lapis S'wak sampai. Kawan dah pos kelmarin... harap2 sampai la petang ni.

Ok la cau cin cau... selamat berbuka :)

~dariBMkeKK~

Monday, September 22, 2008

Yessssssssss....

Salam,

Akhirnya dapat juga habiskan kuliah... terkejut budak-budak bila bagitau kuliah ni yang terakhir ... aku cover mana yang sempat... [yang masuk exam....] yang lain-lain tu baca le sendiri OK...

Bukan apa... risau gak nanti balik Raya dah tak larat nak bagi kuliah lagi... sapa yang susah... aku juga, setakat tutorial tu kira OK la... lepak je bukan la nak kena bercakap banyak sangat, sebab budak-budak tu kena bentang lagi. Esok bagi 1 lagi tajuk assignment, lepas tu minta submit lepas Raya.

Petang ni berbuka posa kat sini... budak2 ni buat majlis berbuka posa, bawa abang bulat sekali. Mana bleh tinggal dia... kesian kat dia. :)

Pening-pening lagi... cool skit baru nak solat Asar. Cuci muka mesti segar skit... la ni kena la pakai krim sakan... sebab muka kering sangat, badan pun kena sapu losyen... kalau tidak menggaru-garu le... sabar sabar. Dugaan bulan posa.

Oklah... tadak idea plak cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Friday, September 19, 2008

Berdebar-debar...

Salam,

Banyak sebab aku rasa berdebar-debar ni... antaranya:

  • Esok dah masuk 31 minggu kandungan... makin besar perut ni, makin berat badan, dan makin bengkak kaki....erkkkk tapi sabar je la. Yang penting aku sihat... dan babies sihat juga insyaAllah :)
  • Hmmm aku nak balik raya kat BM, janganlah AAsia banyak songel plak... yang penting surat Dr kena ambik dulu, lepas tu kena pakai baju yang loose... bagi nampak slim [erkkkkk.... slim ke?].
  • Barang-barang babies cukup ke?
  • Sampai la ni aku blom beli apa-apa ubat [jamu etc...] lepas bersalin... tatau nak makan apa, kalau tak makan ok kot....sebabnya mak jaga dalam pantang, mmg berpantang sungguh. Mau terkejut MIL aku nanti... tak pe bleh la depa belajar2 juga cara berpantang orang Utara ;)

Cukuplah kot berdebar-debar tu :)

Pejam celik dah 19 hari posa... esok 20 hari... wah, tinggal 10 hari seronok dan berdebar [isk... berdebar lagi...]

Dua orang dalam perut ni... sakanlah bergerak, tapi abang bulat haru sebabnya, kadang-kadang tu bila dia letak je tangan, terus diam ke ke ke... memainlah kot dengan bapa depa. Tapi aku rasa bukan pasal apa tu... depa bagi surprise skit, nanti dah keluar... sila la jaga bagi mak berehat skit kwang kwang kwang

Pagi ni dengan malasnya aku tak seterika baju, abang bulat la seterika baju dan seluar... kesian plak... tapi dah lama dia tak buat keja tu, dulu masa aku dok muntah2 di pagi hari, mmg dia yang seterika ... lepas je aku dah OK, memang ambik balik le keja seterika baju di pagi hari.

Oklah... nak solat dulu... selamat berhujung minggu dan berbuka posa :) cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Monday, September 15, 2008

Gear 5 dah....

Salam,

Hari ni memang guna gear 5, 2 1/2 chapters habiskan...penat skit tapinya terpaksa le... lepas Raya ni lega skit, tak la haru sangat.

Risau ni... kalau sakit perut malam-malam tu rasa suspen je, mujurlah setakat ni sakit perut pun sebab nak ke tandas je kwang kwang kwang....

Doakan le bagi at least 36 weeks... besar skit dan cukup tempoh. Tak nak la tak cukup bulan... atau kecik sangat, kena duduk spital plak nanti. Hmmm...

Esok cuti... Hari M'sia... bestnya, bleh la lepak sakan. Tengok TV, dan TV tgk aku ;)

Ngantuk la plak... tapi dah petang sangat nak tido pun alang-alang je. Buat sakit belakang je. Baiklah sedia untuk solat Asar.... lepas tu sedia untuk cau cin cau...

Oklah... selamat berpuasa dan selamat berbuka :) daaaaaaaaaaa!!!

~dariBMkeKK~

Thursday, September 11, 2008

Sesi soal jawab :)

Salam,

Ke ke ke... ada plak orang tag aku... ok le cik Anne, akak buat je bukan susah pun kan kan kan... sekurang-kurangnya ada gak benda nak ditulis hari ni ;)

Ok silalah membaca :)

What were you doing 5 years ago?

Hmmm 5 tahun lepas.... tahun 2003? Dah keja kat sini, tahun ni juga ikut kursus Induksi, tahun ni juga jumpa abang bulat masa kursus Induksi.... 6 bulan berkawan, hujung tahun 2003 kami pun kawin ke ke ke... senang je kan? Tak payah nak bertunang ke apa ke... orang pun cam tak percaya je bila edar kad kawin... sungguh ka dua-dua orang ni... rupa cam tak serius tapi alih-alih sampai edar kad kawin ni... Itulah yang dinamakan jodoh... Alhamdulillah kekal sampai sekarang dan insyaAllah akan berkekalan ke akhir hayat aminnnnnnnnnn!!!

What were the 5 things on your to do list today?

1. Siapkan LO untuk kursus semester ni
2. Siapkan LO untuk kursus semester lepas [tak siap-siap lagi....]
3. Isi borang sambung study [tak isi lagi...]
4. Ambik pen kat pejabat am [dah hilang pen... pi mana ntah....]
5. Nak beli nasi kerabu kat depan DK [kwang kwang kwang...]

What are 5 snacks that you enjoy?

1. Tak berapa makan junk foods... tak tau la nak bagi jawapan apa :)

What are 5 jobs you've had?

1. Admin Asst kat CIC kat Kelana Jay*, gaji RM800/- lepas Diploma

2. Baby sitter kat Midland, MI. Budak-budak ni dah besar pun... lebih besar daripada aku.

3. Retail Asst, SEARS Roebuck... rasanya the one and only gadis bertudung yang pernah
depa ambik keja. Keja 6 bulan best juga sebab dapat kenal ramai orang... tapi masalahnya bila
kena jaga bahagian baju... sokmo orang tak nampak sebab penyangkut baju tu lebih tinggi
daripada aku kwang kwang kwang....

4. Research Asst, Dow Corning Corp. seronok juga keja kat sini, dapat la pengalaman buat
keja research skit-skit...skrin komputer besar bagak... nak check e mel payah la juga sebab
nanti kantoi plak... boss kat situ cerewet skit...

5. Admin Asst kat Kilang Kotak kat Kulim... ke ke ke balik study, sajalah minta keja kat
situ, guna diploma je, masa ni [1998] ekonomi kurang memberansangkan... keja la ambik
pengalaman dan dapatlah duit saku. Duduk rumah mak abah, kereta abah, kadang-kadang
abah isikan minyak... jimat banget... kadang-kadang bawa bekal pi pejabat... perghhh jimat
jimat

5 People i want to tag?

Ada sesapa sudi nak buat? Rasanya ramai yang 'tagged' camno nak cari 5 orang ni? Tak pe la... abaikan je :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, September 09, 2008

Bulan posa... zzzzzZZZZZzzzzzzzz

Salam,


Ngantuk sungguhlah... eiii sabar je la. Tapi kat opis ni tak best nak tido lagi... bilik ni berhabuk dah. Budak yang cuci bilik tu susah nak dikesan... cepat je hilang. Haru sungguh.Pagi ni kronik sungguh, lepas Subuh biasanya senang je nak tido... tapi susah sungguh nak lelap. On da way nak mai opis aku lena....... ke ke ke...... mujurlah kelas start pukul 10am, dapatlah lena sambil duduk sejam camtu... lega skit ;)


Esok ada majlis berbuka posa kat sini... rasanya join kot, bagus gak sebab malam esok abang bulat ada futsal... dah jimat masa kami, tak payah pi membeli makanan lagi. Tunggu je kat opis ni, lepas maghrib sambung makan, lepas tu bleh balik ada urusan kekonon... kwang kwang kwang.


Hari ni 2 kelas tutorial... 4 pembentangan... jenuhlah buka mata luas-luas... ngantuk sesungguh. Mujurlah ok juga budak2 tu bentang, kalau tidak lagi haru.

Tengahari pi p'raya kat sini... saja la teman kawan beli biskut kat anak dia, aku beli ubat gigi dan mopiko, gatal-gatal plak tangan ni, macam ruam tu... dah sapu mopiko lega skit. Tataulah awat la dengan muka aku ni... macam senget plak... kurang benda apa plak ni... isk risau la pulak. Bila la nak pi jumpa Dr. Jumpa malam la kot2 kena injection ka apa ka... rugi posa. Rasanya mcm kena infection la... hmmm dugaan sungguh.

Oklah... itu saja untuk hari ke-9 ... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Monday, September 08, 2008

Puasa yang mencabar...

Salam,


Iye tahun ni rasanya puasa paling mencabar... harap-harap dapat bertahan sebulan aminnnnnnn!!! Mujurlah cuaca KK ni ada juga hujan sekali sekala... kalau tak hujan siang, hujan malam... sejuk la juga badan ni.


InsyaAllah semoga diberi kekuatan...


Dah 29 minggu, macam kejap je... hmmm lagi 2 bulan + -, Dr nak bagi sampai 36 minggu ++ insyaAllah... jadinya masa 34 atau 35 minggu nanti dia nak bagi MC yezzarrrrrrr... ehhh Alhamdulillah. Berehat kat rumah. Dah plan nak langgan streamy* bleh la YM dan juga update blog ;)


Dah guna losyen cap Pur**n plak... badan dah naik ruam. Gatal jangan cakaplah... macam nak garu dan garu dan garu... tapi tahan je la, sabarlah jari-jari.

Hujung minggu lepak rumah je, Sabtu MIL dan SIL mai buka posa kat rumah, plan nak goreng kueteow, tapi tadak plak kat Gia*t, goreng la bihun putih, tawar skit, tak berani nak letak garam banyak, sat lagi masin plak. Buat gulai ikan + bendi pun kurang masin... isk isk isk... tak kisahlah, bulan posa orang faham la tu. Depa duduk sampai 9pm ++ lepas tu kami dua orang lepak tengok TV ... bleh relax skit, sebab tak payah bangkit awal nak masak lagi, panaskan lauk je...

Sahur pagi Ahad tu, aku goreng nasi, panaskan gulai senang citer. Lepas tu lepak tengok TV jap, abang bulat ada kelas pukul 8am, dia seriau nak tido takut bangun pukul 10am, tak pe la... aku set alarm pukul 7am... insyaAllah jaga tu. 7.30am dia pi kelas... golek-golek jap... pukul 8.30am bangun la... kutip kain baju basuh... dan lepak depan TV, kebanyakan masa, TV tu tgk aku...

3pm, kami kuar pi Pasar R'dan...beli nasi lemak 2 bungkus, nasi dagang, mee goreng, yong tau foo, murtabak daging (banyak telur je...), air soya sebotol. Ke ke ke.... nasi lemak tu aku la yang punya... makan masa berbuka sebungkus dan lepas t'wikh sebungkus... sekarang ni tetiap petang ada orang suka buat teh tarik... yezzar... aku sukalah... sebab teh tarik minuman feveret ;)

Malam tengok drama kat Prima, hmmm apa punya cerita daaa... kadang-kadang cerita Rashid Sib*r ni boring gak... mesti sedih-sedih, tak bleh ka buat yang ada sedih ada gumbira, bulan R'dan kena cerita sedih-sedih ka? Pukul 11pm baru tido... payahnya nak cari posisi yang sesuai... tapi try la juga, abang bulat biasalah, tolonglah urut kaki kejap... tapi tiba2 dengar dia dah berdengkur... sabar je la.

Oklah... itu je cerita w'end yang tak berapa menarik... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Thursday, September 04, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Salam,

Wah cepatnya puasa kali ni, dah 4 hari... isk isk isk... alhamdulillah dapat berpuasa. Ramai juga yang bertanya... boleh puasa ke? Boleh je... asalkan bangun sahur insyaAllah mampu lagi.

Berbuka cam biasalah 'riadah' di pasar Ramadhan yang suam-suam kuku. Tapi beli juga la tadak pilihan... sahur masak apa yang patut. Pukul 3.30am bangun, pukul 4am dah bleh makan... malas nak naik kejut abang bulat... aku akan missed call dia senang citer.

2 hari berturut-turut berbuka dengan nasi kerabu, beli kat gerai lain-lain... oklah juga, not bad. Tapi kalau hari ni pi situ lagi nak try nasi tomato plak ;)

Dah 3 malam ni kami tarawikh kat tempat yang berbeza, malam 1 kat masjid BP, malam 2 kat surau BERN*S, malam 3 kat masjid U... malam ni tataulah kat mana... silap2 masjid U lagi. Nak parking senang cuma jauh sikitlah.

Malam tadi lagi haru... lepas Tarawikh abang bulat pi futsal... aku pun pi la juga teman dia, lagipun hujan risau gak dia dok bawa kereta ulang alik sana sini... yang pelik tu keluar masjid hujan lebat... dekat-dekat futsal centre tu tak plak hujan... sejam depa berfutsal... aku main sudoku kat phone. Sampai rumah dekat-dekat 10.45pm, perabih nasi kerabu dan soya bean, lepas makan ubat krohhhhhhhhhh ... kena tido awal risau terlajak sahur plak.

Alhamdulillah.. bangun sahur cam biasa... hari ni goreng nasi + telur mata lembu, ingat nak makan kuih sagu beli kelmarin... eh eh eh dah habis dimakan oleh orang letih futsal. Ok je... bleh beli lagi hari ni kalau pi situ lagi. Tamatkan sahur dengan kurma dan susu Mam*l... tak minum dah AnM*m tak berapa sedaplah... oklah insyaAllah boleh diteruskan lagi puasa ni.

Kelmarin pi klinik pun nurse tu tanya puasa ke? hmmm puasa le akak oiii sat lagi sapa plak nak tolong ganti kalau dok tuang posa ke ke ke... dua orang dalam perut ni pun baik je... masa berbuka kemain lagi buat gimnastik berirama... masa Tarawikh pun sama... siang-siang cool je, tau la tu mama dia posa ke ke ke... makasih ye :)

Oklah... itu je update sempena 4 hari puasa... nak solat lepas tu nak lelap sat... ngantuk pulak. Cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, September 02, 2008

Cerita cuti lagi... (sambungan...)

Salam,

17/08/08 - 19/08/08 - Family Day kat T*ara Beach Resort berjalan lancar... seronok dapat kumpul ramai-ramai dan juga makan ramai-ramai... katerer tu memang bestlah... berbaloi dengan harga. Makan cukup... yang paling sedap siap ada bubur kacang + durian... perghhh yummy!

Seronok berendam dan berenang... budak2 lagi seronoklah... aku pun terjun juga, tapi tak bleh nak berenang sangat sebab kaki cam nak cramp... sabaq je la.

Sesi paling best... apa lagi kami hentam ber'karaoke'... mak abah masuk kejap je mana le tahan depa dengan bising2 tu... abang2 ipar yang n01 dan no2 masa pak mentua dengan mak mentua ada tolak bila orang bagi mic, bila balik je orang tua tu wah wah wah kemain lagi depa tunjuk skill sabaq je la... sakit perut gelak.

Disebabkan aku jadi juri... abang bulat dapat no 3 la untuk karaoke kwang kwang kwang... mana bleh obvious sangat ... no 1 dan no 2 biasalah anak-anak buat SP, depa memang kelaslah bab menyanyi ni... semua berbakat... yang lelain tu cukup2 makan je la ke ke ke ....

Balik PD, singgah Nila*, mak membeli sakan sebab abah tak pi... adik aku bawa balik abah dulu sebab kekonon nanti abah penat berjalan, penuhlah kereta dengan segala karpet dan barang-barang rampasan... aku tak beli apa pun sebab ada plan lain lepas ni layannnnnnnn!!!

Malam tu semua malas nak keluar, kami tapau je nasi dan roti naan... baru rasa letih.

Rabu - Kak T n the gang balik Merb*k, mak dengan abah balik Khamis sebab kak M nak pi shopping skit... t'hari Pika kuar dgn kak M pi BBB beli apa yang patut. Aku lepak rumah je sebab nak tido ke ke ke... petang depa pi Kg Sbg, esok balik BM dari sana.

Khamis - Lepas makan kat Puter* Bongsu, Pika hantar aku pi LCCT... next destination... KT, Ganu... ye kenkawan aku pi KT plak, abang bulat dah sampai nanti jumpa kat a'port. Sampai a'port uruskan tiket balik... sampai hotel contact Mat Az*ng... kebetulan dia kat KT, petang tu jumpa dia pi mkn nasi dagang.... hmmm sedap. Malam makan kepok lekor lagi.... yummy!!!

Jumaat - Abang bulat pi jadi hakim dabat... aku siapkan diri pi Pasar Pyg... ha ha ha... bestnya tengok kain... rembat beberapa pasang... untuk diri sendiri dan juga untuk jual. Dah contact prospek... memang ada yang nak beli bestnya. Penat berjalan, singgah makan mee sup + teh o limau ais... perghhhhh bleh jalan lagi ni. Beli serunding dan keropok skit. Dah lenguh kaki barulah cau cin cau... contact pakcik teksi minta ambik kat tempat sekian-sekian...

Malam... kawan abang bulat bawa kuar makan kat Pantai Bt Bur*k, oklah mungkin sebab lapar, semua benda jadi sedap. Balik tu awal lagi terlelap... lepas tu turun supper kat bawah, ok juga foods kat situ...

Sabtu - lepak bilik je... dah penat nak berjalan, memang aku tido seharian. Turun makan breakfast je, room service for lunch... baru terasa penat berjalan sana sini. Petang ingat nak lepak je, tapi abang bulat ajak pi rumah kawan dia kat area-area KT juga. Mujurlah pi, wife kawan tu siap goreng mee, ada buah dokong, rambutan perghhhh sakanlah makan. Alhamdulillah :)

Ahad - breakfast kat hotel... lepas tu pukul 10.30am pi a'port ... flight 1pm ke KLIA, flight KK 4pm... sakan pusing KLIA... tapi tak la membeli sebab malas nak usung, tengok je la. Sampai KK on time, teksi plak tak banyak... lama menunggu teksi. Tatau yang kat atas dah banyak kedai-kedai makan... kalau tau baiklah aku lepak dulu kat a'port tu. Dah besar a'port KK skrg ni... lebih selesa. Sampai rumah 9pm... home sweet home. Abang bulat balik esok... tido sorang lagi malam ni... tapi dah ngantuk, pukul 10pm dah kroh kroh kroh.

Habis dah cerita percutian sakan.... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Wednesday, August 27, 2008

Hmmm nak cuti lagi bleh ka?

Salam,


Selepas menghilangkan diri selama 18 hari... baliklah semula aku ke opis ni. Dah balik check memo itu memo ni... ada plak memo penyediaan soalan final xm. Hmmm lega juga meeting peringkat program khamis... tak la kalut sangat. Sekarang ni dok pulunlah buat soalan... campur juga soalan kitar semula kwang kwang kwang....


Kursus BTN?... pada aku best sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Ceramah-ceramah tu jangan ditanya... banyak kali juga dengar ceramah sambil pejam mata ke ke ke mujur tak terjatuh kerusi 7 Ogos - 11 Ogos... lama ke? Tak le... pejam celik pejam celik habislah 5 hari tu. Ada beberapa kali masa dok leka dengar ceramah....terasa je jari-jari kecik ni dok garu-garu, tak la bosan sebab aku layanlah... rupanya ada orang perasan ke ke ke... adik-adik yang 1 kumpulan tu suka pula nak main-main dengan perut ni... layan je la. Sungguhlah bersemangat patriotik dua-dua orang ni nanti sebab dok dengar ceramah kenegaraan je kwang kwang kwang...

Lepas je kursus... lepak Kjg sehari semalam. Ohh ya abang bulat dah balik KK dulu, dia ada kelas Rabu dan Khamis... masa ni dah batuk2 dan selsema. Sempatlah pi klinik kat BBB ambik ubat batuk dan selsema... tapi makan sekali dua je sebab dok makan durianlah, rambutanlah... sat lagi jadi benda lain plak... ihiks... sanggup tak makan ubat sebab nak makan buah :)

Rabu dalam pukul 11am... balik BM dengan kakak aku, singgah makan kat RnR, Bkt G'tang. wah durian semerbak tapi panas sangat nak makan, sabar dulu... balik BM nanti mesti ada tu. Sampai rumah 4pm, lepak sembang itu ini... tak keluar pi mana pun sebab penat dan ngantuk. Khamis pi pasar... beli ikan dll b'fast dulu roti canai + teh tarik. Oh ya... heboh orang dok sembang pasal P'raya Kecil PP, dah tau sapa yang lawan DSAI... kawan lama dia tu. Poster dah banyak sana sini... layan je la.

Siap masak gulai ikan, sayur, goreng ikan, sambal belacan, ulam skit... bawa bekal pi makan kat rumah di PS, mak beli durian... sekilo RM2/- hmmmm murahnya... isi elok sangat-sangat. Siang tu je aku dah makan 6 ulas... dok batuk-batuk pun belasah gak sebab sedappppppppppp.... lepas makan... semua pakat lena.

Jumaat lepas orang mai ambik rambutan, punyalah banyak... 3 guni. Pi M*rbok tukar kereta kancil ambik saga... sembang itu ini...lepas asar balik. Singgah ambik ketupat nak bawa pi PD, lepas tu terus pi PR hantar kopi kat Kin... berjalan sakan sungguh... abang bulat dah haru sebab banyak sangat berjalan... bukan nak rehat ke ke ke... sabar je la.

Sabtu... hari penamaan calon ... sambil dok isi buah rambutan dalam guni, dok kira berapa kali helikopter dok ronda kawasan kami. Haru sungguh... cadangan asal nak bertolak pukul 9am... tapi kakak yang kat Alm* tu tak bleh nak masuk kampung sebab banyak jalan ditutup... biasanya 20 minit dah sampai, tapi hari tu dia ambik masa 1 jam 30 minit... sebab kena pi Lun*s, masuk dari arah Lun*s... isk isk isk... haru sungguh. Kami nak masuk h'way... ikut Sg 2 la apa lagi, kalau ikut BKE mau lepak dalam kereta lagi. Ramai sungguh manusia.

Singgah lunch kat Tap*h... masa ni abang bulat dah telefon dia dah sampai KLIA hu hu hu... silalah lepak situ dulu... aku dengan kak M terus pi KLIA, kak Ms dengan mak abah terus pi Sbg. Sampai KLIA 5.30pm... pi Kjg lepas tu rehatkan diri... lepas Maghrib barulah pi Sbg. Adik aku silap jalan.... ntah mana-mana dia bawa... sejam lebih la juga tapi gasak le... bleh la ronda-ronda gak. Sampai Sbg. makan sakan-sakan... lepas tu kami pi tido Kjg. 3 kereta konvoi.

Ahad pagi b'fast roti canai, nasi lemak, teh tarik dll... lepas tu lepak la, sebab check in kat PD pukul 3pm. Cerita PD nantilah ye... malas plak nak menaip ke ke ke.... seronok sebab banyak tempat aku pi, banyak benda aku makan besttttttttttttt!!!

Ok cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, August 06, 2008

Daaaaaaaaaa!!!!

Salam,

Ok kenkawan.... doakan selamat pergi dan selamat kembali. Esok seblm subuh dah kena keluar rumah... sampai KLIA terus ambik teksi pi NS... berBTN. Iye kursus BTN tu... tengok jadual banyak sungguh ceramah dan latihan dlm. kump. [LDK] harapnya ahli dlm kump best le... kalau tidak jenuhlah juga :)

Harapan aku 5 hari tu cam kejap je la... sebab agenda lepas BTN yang lebih memberansangkan... agenda balik kampung dan family day :) kemungkinan besar pi Ganu juga... kwang kwang kwang. Jalan-jalan cari makan? Lebih kuranglah :)

Apa-apa pun mana tau... kot-kot dapat ber'tenet' kat mana-mana... ada le update baru, kalau tidak, layan je la N3 ni sampai bosan :)

Cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Tuesday, August 05, 2008

Jom kursus dan bercuti...

Salam,





Ok... confirmed kursus BTN tu Khamis - Isnin... dah maklumkan tadak kelas dan tutorial 2 minggu, dah siapkan segala borang yang nak diisi dan sebagainya... insyaAllah harap selamat dan sejahteralah hendaknya ;) pstttt.... nak bagitau je, aku ni berkursus + cuti sakan... ting tong ting tong... 24 Ogos baru balik KK insyaAllah. Yezzarrrrrrrrrrrrr!!!




Hari ni tak dak kelas... lepak bilik tunggu budak2 hantar assignment 1. Hari ni awal sampai sebab abang bulat pi golf... biasalah Selasa Hari Golf Sedunia... sanggup tu kosongkan jadual segala sebab nak golf... layan je la. Ngantuklah pulak dah sampai opis awal2 ni... maklumlah biasa sampai dekat-dekat 9am... atau lebih, dah rasa cam lama kat opis. Jenuhlah kalau balik pun lepas maghrib nanti... sakan sangat keja... isk isk isk.



Lunch makan mee jawa ... macam kureng sedap... tak habislah pulak. Sat lagi kalu lapaq jenuhlah cari benda lain nak makan. Tak pe bancuh susu dan makan biskut je la... jimat gak tu ahaks... [kononlah... ntah2 kuar minum petang lagi].



Uiskkk menguap sakan ni... nak landing la kejap... cauuuuuuuuuuu...



~dariBMkeKK~

Thursday, July 31, 2008

Semakin berat...

Salam,


Hmmm beratnya rasa diriku ini... kadang-kadang tak mau tengok imej diri kat cermin ke ke ke... sabar je la. Tak pe la... lagi 3 bulan camtu je, apa-apa pun kena la bersedia mental dan fizikal :) insyaAllah.


Lunch kat Pizz*Hut... try pizza baru yang ada cicah-cicah tu... tataulah sama ada pasal sedap atau pasal lapar... habis segala yang sampai kat meja, gamaknya kalau silap hantar pun kami akan makan juga ke ke ke...oklah anggaplah penat buat kelas pagi tadi.

Petang ni ngantuk sangat... pi turun pejabat am ambik air, lepas tu naik balik, turun lagi buat susu... dah teringin plak nak minum nescaf* yang kaw kaw... tapi kalau kuar dengan abang bulat tu jgn cuba-cuba le sat lagi dia membebel. Tak tahan ooo telinga ni dengar dia bebel... janganlah cuba try test ahaks. Teh pun dah dikurangkan... tak pe la untuk kesihatan jugakan... nanti lepas-lepas ni minumlah sepuas-puasnya.

Bestnya... sabtu ni ada jemputan makan-makan... ada laksam dan nasi kerabu 'home made' lagi.

Adeiii sakit plak belakang ni... tak pe minta la yang berkenaan tolong sapu minyak panas... macam malam tadi lepas disapu ok dah... tido pun nyenyak je. Kena beli minyak YUYI cap Limau ni.

Malam ni ada drama kat Tv2 yang aku suka tgk... 'Bila Bulan Bertemu Matahari' ada yang ikut siri ni? Oklah juga pelakon-pelakon pun boleh tahan, jalan cerita pun tak meleret-leret... bila nak habis tataulah. Kita tunggu je la.

Uiskkk ngantuknya... mujurlah dah nak maghrib, kalau baru nak masuk asar ada la yang landing sekejap kat bawah ni. Sabar sabar...

Oklah... tadak motif sungguh N3 ni... layan je la ok cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Wednesday, July 30, 2008

Gumbiranya...

Salam,


OK.. dah dapat kelulusan untuk tiket mengunjungi wilayah asal... ke ke ke... ada projek bagus ni. Sebab nak open ticket lepas tu nanti bleh guna di kemudian hari kwang kwang kwang syhhhh....


InsyaAllah minggu depan BTN ... lepas tu lepak KL sampai 24 Ogos bleh? Syhhh... nak balik kampung dan insyaAllah 17 - 19 bulan 8 nanti Family Day ke-2 kat PD. Tahun lepas buat kat Bkt Tinggi, Phg. Tahun ni buat kat tepi laut pulak. Ada chance nak mandi kolam lagi, dah lama tak mandi manda ni, best best yezzarrrrrrrrrrrr.

Sempena dapat tiket free dll tu gunakan sepenuhnya... dan ambik je cuti tu... insyaAllah hujung tahun ni cuti memang tak payah apply lagi... 2 bulan tu ngam-ngam le sampai habis tahun 2008.


Kelas pun dah dirancang sebaik mungkin... insyaAllah boleh habis silibus, boleh buat informal exam dan boleh juga cuba menanda sebelum bersalin. Aminnnnnnnnnn!!! Tak naklah nanti dok berpantang sambil menanda kertas exam isk... tak menarik langsung. Macam tak cuti le kan? Wah wah wah berkira sungguh kalau bab bercuti ni ahaks... tak kisahlah tu janji kerja siap dan cuba tak susahkan orang :)


Ada terbaca pasal 'Cloth Diaper' bagus ka benda tu? Ingat nak order beberapa keping... mana tau bleh dipakai waktu malam ke atau masa berjalan jauh :) Ada sesapa yang bleh bagi info?

Kelmarin perut berangin sangat.... dah rasa cam belon, cekang semacam je. Silap makan apa ntah... alhamdulillah dah petang skit ok la... rasa selesa semula. Biasalah tu kan... macam-macam le perasaan... layan je la :)

Bulan 8 ni masih musim buah kan? Nak makan buah ni... contohnya durian, rambutan, langsat, dokong, manggis hmmm buah apa lagi ye... ok setakat ni itu je. Kalau jumpa yang lain kira bonuslah. Ada sesapa nak ajak pi dusun ke apa ke? ke ke ke... mana la nak tau kot-kot dah tak larat nak makan dan nak sedekah je buah-buah tu kat kenkawan... jemput le saya ahaks.... [cehhh tak malu offer diri....] layannnnnnnnnnnn!!!

Oklah... berhenti dulu, esok lusa ada masa cerita ceriti lagi... walaupun tak menarik, tapi tak kisahlah nak gak menaip kat sini... kwang kwang kwang... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Sunday, July 27, 2008

Lepak je le

Salam,

Memang aku lepak sungguh hari Sabtu, lepak kat rumah seharian... tapi tak la lepak sampai tak buat apa-apa... pagi tu sempatlah sapu bilik + mop... untuk selesakan diri. Cuci bilik air dll... lepas tu baru turun masak nasi & gulai ikan bawal + bendi + tomato... makan nasi panas-panas, letak la kicap skit... perghhh cam nak tambah tapi sabaq sabaq... kontrol skit makan tu.
Lepas kemas-kemas dapur, naik atas makan rambutan sambil tengok TV... sedar-sedar TV tengok aku... kwang kwang kwang

Jadi jugak vadei / masalodeh... goreng 8 biji untuk minum petang, dan yang selebih tu simpan dalam petiais, kalau teringin nak makan bleh goreng je.

Petang abang bulat balik dari Debat... dia tapau K*C ... snack plate... dia tak makan sebab 7.30pm ada dinner kat seafood rest... untuk hakim2 Debat dll... lepas dia kuar baru makan ayam-ayam tu sambil tengok TV, uiskkk habis plak ingatkan nak la simpan ke ke ke... simpan dalam mimpi le.

Rasa cam nak tido awal... best pulak cerekar*ma tu... tengoklah sampai habis, 11.30pm baru abang bulat sampai rumah, turun minum susu... ohh aku dah tukar tak minum AnM*m lagi, sebab rasa tak sedap... skrg ni minum Mam*l perisa vanila... sedap plak. Nak teruskanlah lepas ni dan harga pun lebih murah... berjimat weh :)

Cakap pasal berjimat, hari Jumaat pi jenjalan... terjumpa baju untuk newborn, dan yang sewaktu dengannya... sehelai RM5, 2 helai RM7 ehhh murah sungguh ni... ada brand lagi, e.g. G@p, Espr*t dll... belilah 8 helai... oklah tu at least dah ada la... sebagai permulaan. Tak beli apa lagi ni... busy sungguh. Nurse kat klinik dah pesan... belilah skit-skit risau dia sat lagi last minute dah tak larat nak jalan sangat... hmmm betul gak tu, sebabnya perut ni dah macam orang 6 - 7 bulan... baru 5 bulan lebih... uiskkk

Kalau dengar muzik ke apa ke... kemain lagi 2 orang kat dalam ni dok bergerak... takkan tunjuk bakat awal2 kot... sabar sabar. Masa scan hari tu doktor tu pun gelak sebab kejap yang sorang dok tendang lutut yang sorang lagi... tetiba...ehh kepala dah bertemu kepala... dok main-main la tu kot. Tak pe kat dalam mainlah... nanti bila keluar... rehat-rehat jugak ye. Ke ke ke...

Nak makan apa ntah jap lagi, tadi dah breakfast nasi lemak + horlicks suam. Kenyang lagi. Tapi kena makan juga ni... sebab balik nanti nak rehatkan diri je. Yang penting kena beli oren sebab dah tadak stok... skrg ni suka makan oren sebab banyak vitamin dan juga senang lawas ahaks... tak nak lah ada masalah sembelit ke apa ke, mencegah lebih baik kan kan kan?

Ok... stop sini dulu... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Wednesday, July 23, 2008

Penat dan ngantuk

Salam,

Ngantuk sungguh la... tapi tak bleh tido kat opis le ni. Memilih tempat ooo lagi pun kalau tido nanti bila jaga sakit belakang dll. Jangan ambik risiko.

Jenuhlah tahan mata ni...

Hujan kat sini... since morning. Rasanya akan melarat sampai ke petang. Tak pe la sejuk skit alam maya. Sejuk-sejuk ni... tido pun best :)

Malam tadi dah pi beli rambutan... ke ke ke makan sampai kena tegur suruh berhenti sebab takut batuk. Iyelah.. sat lagi kalau batuk bukan susah diri sendiri je, yang memantau pun susah gak. Layannnnnnnnnn!!!

Pagi pi klinik, MIL tetiba je tak boleh pusing leher sana sini... urat masuk angin camtu le kot. Lama gak kat klinik, sementara Dr check dia, kami pi makan nasi lemak kat kedai belakang klinik. Sedap gak. Dekat 10am baru siap... hantar MIL balik rumah SIL yang dlm pantang tu, lepas tu kami pun 10.30am baru masuk opis ke ke ke

Pukul 1pm kuar makan, sebab abang bulat dah lapaq, dia ada kelas 10.30am - 1pm. Order la bihun goreng... w'pun tawar tapi habis juga tu... isk isk isk.

Hari ni tataulah pukul brp nak balik... harap-harap awal la sikit... malas la menunggu kat opis ni, walaupun ada internet segala tapi lepak rumah lagi best. Bolehlah tengok TV, lepak sana sini... kemas apa yang patut :)

Ok... cukuplah sampai sini, tadak citer makanan le... kalau ada baru best nak bercerita ke ke ke. Cau cin cau...

~dariBMkeKK~

Monday, July 21, 2008

Tadak tajuk yang sesuai...

Salam,

Hujung minggu... cam biasa lepas je, sabtu pi hantar kain kat kedai, buat blouse dan baju untuk Raya [ye ke?] lepas tu baru pi makan... lepak opis, siap juga 1 bahan untuk jurnal. Chaiyok chaiyok....

Petang pi ambik abang bulat kat airport... yey yey...dpt 2 new blouses... cantik plak tu. Tak payah la beli lagi... [opsss bleh caya ke?]

Petang... adik ipar mai rumah, bawa baby dia. Hmmm seriau tgk sebab dia bukan bersalin normal, lepas tu berjalan sana sini... nak tegur pun sat lagi kata memandai plak. Dia kuar berjalan sebab dah boring duduk rumah... Kenapa ramai orang boring duduk rumah ke ke ke.... layannnnnnnnn!!! Yang pasti kakak2 aku dulu... memang tadak chance le nak ke mana2 selagi masih dalam pantang. Biar sihat betul barulah nak keluar ke mana-mana pun. Tak pe la lain orang lain cara penjagaan betul tak?

Ahad, pagi pi makan nasi lemak kat Tamu, aku makan 2 bungkus... lepas tu abang bulat beli lamb chop perghhh sedapnya... makan dengan penuh semangat. Balik kemas-kemas rumah ... sapu habuk mana yang patut... lepas tu baru masak. Dah makan berat di pagi hari, aku cuma masak sup kentang + tomato + kurma merah dan bawal masak halia. Lepas makan... lepak kejap lepas tu tido, penat mengemas.

Petang lepas asar pi rumah kawan makan laksa perlis... wa wi wu ndappppppppp!!! Mak dia buat lepat pisang, bubur pulut hitam uisk uisk uisk... ndappppp wa cakap lu.Balik rumah tak makan dah le... kalau makan lagi tataulah apa nak jadi.

Kuliah hari ni sungguh tensen... mencabar jiwa raga. Komputer pandai shut down sendiri... lepas tu kena ON balik... alahai... dapat habiskan 1 chapter je... berangan nak habiskan 2, tak tercapai. Esok nak buat kuliah masa tutorial... kena kejar ni, nanti bulan 8 bleh buat 1 kuliah je, yang lelain tu hari cuti ke ke ke

Apa-apa pun... kena lebih cool, sebab terkejar-kejar sangat pun merana diri nanti. Ok berhenti kat sini... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Thursday, July 17, 2008

Santai dan lepak sakan

Salam,

Wah... sakan la aku melepak... ntah apa-apa aku buat hari ni, sambil belek-belek organizer, ber YM, sambil update paper ber YM, sambil marking laporan praktikal ber YM pendek kata YM sajalah... sabar je la

Dah pukul 5pm... harap-harap boleh balik awal la... malas nak lepak opis, panas la plak.

Lunch kat Lik*s Sq. oklah nasi goreng ayam goreng tu, tapi rasa dah lain skit mungkin tukang masak dah bertukar... tapi hampir habislah juga. Alhamdulillah syukur ada gak rezeki :)

Ok nak balik dah... abang bulat sudah telefon ... cau cin cau. Esok sambung byeeeeeeeeee

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 15, 2008

Panas pulak ....

Salam,

Kelmarin masa ni macam ada aircond... ni hari ni tadak rasa plak pelik pelik... agaknya depa ni selang seli kot tutup cepat.

Esok meeting... harap2 makan sedaplah... jangan dok hidang kuih je... mana best. Makan kena sedap, contohnya nasi lemak ke, bihun goreng yang sedap ke... baru ngam. Dah le meeting selalunya lama... eiii ntah apa-apa. Layan je la.

Alamak baru tau tak bagus makan peria masa mengandung... oklah lepas ni tak makan lagi. [Mujurlah durian bleh makan... legaaaaa....] Apa-apa pun kena cari rambutan le balik ni... rasa cam best je kalau makan rambutan yang kita simpan dalam petiais tu. Nyum nyum....

Oklah... tadak le idea sangat pun tapi sementara tunggu nak masuk waktu Maghrib ni taip jugalah... benda yang nak diceritakan cam biasa le cerita makanan... kwang kwang kwang ok cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Monday, July 14, 2008

Ngantuklah...

Salam,

Kelas 2pm -4pm, ingatkan nak habis awal... 5 minit sblm 4pm baru habis... hmmm sure tension budak-budak tu. Nasiblah ye... banyak nak kena cover.

Hujung minggu yang padat... Sabtu pi jumpa kawan mai dari KL. Ingat nak belanja dia... akan tetapi kami yang dibelanja oleh kenkawan dia ahaks... rezeki jangan ditolak. Makan kat Seaf**d Rest plak tu. Layannnn!!! Lepas tu makan kenyang-kenyang barulah kami bawa dia jenjalan ke 1 Born*o. Sajalah bawa ke tempat baru buka tu.

Ahad, sanggup bangun awal sebab nak makan nasi lemak kat tamu KPD, alih-alih aku beli nasi kerabu yang sedap... dan ada laksam kat situ... minggu depan nak pi lagi, cari laksam plak... best best... nasi lemak pun nak rasa gak. Puan AppleB kalau baca ni... hang bolehlah pi tamu KPD tu tiap2 pagi ahad ada... segala makanan dan minuman ada dijual... jemput jemput jangan memalu.

Lunch kat rumah adik ipar yang baru lepas bersalin... aku masak lauk siap-siap, ayam masak merah, sayur peria dan stim apa ntah bentu, makan bersila punyalah sengkaknya. Orang dalam pantang makan sup je la... apa bleh buat.

Perut kenyang... lepak kejap, pi Parks*n redeem points, beli barang-barang guna baucer ke ke ke jimat weh. Lepas tu pi beli durian... alahai sedapnya makan. Cath minta maaf ye tak de gambar sebab durian tu dah dalam perut... buat pengat sikit, letak dalam peti ais balik malam ni bleh makan dengan roti wow... wi... wu yummy :)

Oklah... berhenti dulu kat sini... makin banyak cerita makanan. Cau cin cau esok lusa sambung lagi... ta ta :)

~dariBMkeKK~

Thursday, July 10, 2008

Panaslah....

Salam,

Sekarang ni kami malas nak mai ofis lewat-lewat sangat... cuba juga masuk 8.30am camtu, sebabnya petang-petang chiller a'cond akan ditutup tepat jam 4.30pm... mangkuk mana la punya idea tu... dah le waktu keja rasmi 8am - 5pm... 4.30pm dah tutup...bengonglah.

Tapi hari ni lepas subuh tido... bangun dah 7.30am... iron baju lagi, nak minum susu lagi... isk isk isk memang sampai ofis pukul 9am la. Kenalah lepak ofis sampai lepas maghrib... tapi petang-petang ni nak buat keja lagi senang sebab tadak students nak kacau... kalau masa biasa, alahai kejap2 ketuk pintu... kejap2 ketuk pintu. Ada plak yang tergamak minta aku tambah kelas tutorial allo... 4 dah cukuplah, sapa suruh lambat daftar... dah la kelas 1 tak mai... ada yang nak kena sekeh kepala ni.

Pukul 2pm tadi pi monthly checkup kat klinik... tapi hari ni kejap je, jadi lambat sebab Dr nak scan. Tak pe la layan je la. Yang lelain Alhamdulillah OK ... dah kena cucuk tadi, tak la sakit pun, tapi skrg ni rasa lenguh2 skit. Biasalah tu lepas kena cucuk memanglah akan ada rasa camtu. Last kena cucuk rasanya masa sekolah menengah... lepas tu dah tadak lagi.

Ngantuklah pulak... baru lepas Asar, dok leka belek itu ini... baru la nak Asar bila dah pukul 5.30pm... harap-harap wuduk ni tahanlah... tak buka telekung ni menaip sambil tunggu maghrib pukul 6.30pm...

Malam ni nak makan kat mana ntah... perut ni memanglah kenyang sebab on da way balik ofis, singgah McD beli burger dan milo... skrg ni kurangkan minum teh... sebab dah boleh minum milo, horlicks... sekali sekala minum gak kopi, sekali sekala minum gak air gas ha ha ha...layannnnnnnn!!! Nak beli durian pun tupperware tak bawa, esok atau lusa la beli.

Oklah... berhenti dulu... panas-panas ni idea pun sangkut cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 08, 2008

Sem 1, 08/09

Salam,

Ho ho ho dah start semester 1, 08/09... kejap je kan. Sedar tak sedar dah lama aku kat sini rupanya... layan je la.

Harapnya oklah connection Internet ni... dah tukar segala IP kalau tak OK juga tak nak layan lagi, biar je la tak bleh nak e mel ke nak buat benda... boring tau asyik slow macam kekura ni.

Hari ni kekonon nak mai awal... lepas Subuh sapa la suruh dok tido lagi... bangun dah pukul 7am, baru nak gosok baju, baru nak kemas itu ini... pukul 8 lebih la juga keluar rumah. Sampai kedai nasi lemak mana le nak wujud lagi... makan bihun je la. Tak pe makan alas perut ke ke ke...

Sungguh pun mengalas perut sebab pukul 11.30am pi makan nasi dah... pukul 1.30pm keluar lagi makan pau teman abang bulat makan nasi. Isk isk isk... tak pe la... aku makan sikit-sikit pun bukan banyak-banyak. Ok la tu kot :)

Kelmarin buatlah kelas 1, at least ramai la juga yang mai kelas... dekat 20 orang. Kenkawan buat kelas hari ni ada yang 4 orang je isk isk isk pi mana budak-budak ni... cubalah rajin skit cam orang yang mengajar ni... sabar je la.

Oklah... tadak idea sebenarnya... nanti cerita pasal makan je marah plak kenkawan kwang kwang kwang... walaupun aku nak gak cerita pasal aku masak lemak tempoyak pucuk ubi + udang, lepas tu stim ikan bawal dll... kesian kenkawan sebenarnya. Sat lagi ada yang mengidam ke apa ke... terliur plak ahaks...

Cau cin cau... nanti ada idea kita cerita-cerita lagi OK :)

~dariBMkeKK~

Friday, July 04, 2008

Yeyyyyyy dah Jumaat

Salam,

Perghhh kejap je dah Jumaat... esok lusa cuti, bleh le melepak... plan nak masak-masak tempoyak esok... jangan dua-dua orang dok pulun tido dah le... bukan boleh kira sangat. Sat lagi pukul 9am baru nak bangkit... siap sana sini, kemas sana sini pukul 11am la juga baru nak kuar rumah.

Ada sambutan Hari Pelad*ng rasanya minggu ni...boleh la pi cari ikan sungai ke, atau sayur-sayur kampung yang bleh dimasak dengan tempoyak. Yummy...

Dapat juga beli durian malam tadi, beli 2 biji dah habis 1 1/2 biji...ada lagi skit... ingat nak buat pengat malam ni, esok pagi bleh breakfast... cicah dengan roti nyum nyum... opsss... kenkawan ku di luar negara tu janganlah terliur, nanti balik negara bleh makan semua tu :)

Tadi pi pameran Hab*b Jewels... mak aiiii bling bling... banyak plak tu latest design, mamat yang keja situ sms dan siap hantar surat lagi maklumkan pameran intan berlian tu... alahai, kopaklah kalu camni. Sayang lagi rantai yang baru beli ni takkan nak beli baru atau tukar yang baru kot... melampau tahap gaban le. Tapi rasanya tak tahan lama juga rantai ni... silap2 dua tiga bulan lagi ada yang pi trade in kwang kwang kwang

Oklah... silibus, lecture notes dah siap... boleh la buat kelas Isnin ni. Tutorial pun nak mula minggu ke-2... tapi rasanya aku akan gunakan masa tutorial untuk kuliah... pastikan kuliah bleh habis banyak sebelum pi BTN bulan 8 ni... nak buat mid term dan nak mohon untuk informal final exam... kena uruskan betul-betul ni, insyaAllah.

Stop sini dulu ye... minggu depan jumpa lagi, selamat bersantai ye wahai kenkawan :)

~dariBMkeKK~

Thursday, July 03, 2008

Kampus dah ramai

Salam,

Hari ni dah jumpa pelajar-pelajar baru... majlis mula jam 10.30am (sepatutnya...) tapi tataulah boss lambat pula sampai... mula lambat, habis pun lambatlah. Yang jadi lebih haru biru tu... dah habis lambat semua dah lapar, nak makan nasi yang memang disediakan... tetiba jeng jeng jeng.... nasi daging yang dijamu, dalca daging, ayam goreng dan acar timun + nenas....

Adalah beberapa orang yang tak makan daging... [atas sebab kepercayaan...], muka depa dah lain, dan ada sorang tu dah bising-bising... kat AJK, tak prihatin ke dengan orang lain. Erkkkk... kami diam je la... say sorry je la sebab kami bukan AJK. Masa tu pulak kami dua tiga orang ni dah dok makan dengan jayanya [sedappp wa cakap lu]. Sure nanti masa meeting sekolah makcik tu akan timbulkan isu sensitif tu... tapi baguslah jadi pengajaran le... lain kali kena la fikirkan pasal orang lain juga... buatlah alternatif, ada nasi putih dan juga beberapa lauk lain.

Tadi ngantuk sangat... dok semangat ni nak siapkan paper nak hantar kat 1 jurnal ni...biasalah bila dah semangat membara kena teruskan... masa santai hari tu memang tadak idea, dah nak sibuk ni idea mencurah-curah la pulak... layan je la.

Ok... hari ni dah bawa tupperware kosong, nak singgah membeli durian. Beli roti je... makan durian dengan roti pun sedap :) kalau rasa nak makan nasi... masak je nasi, makan nasi dengan durian dan santan... ho ho ho...tapi beli 2 biji je sebab kat sini kira kilo... hari tu kawan beli sekilo RM20/- kalau 2 biji kadang-kadang RM50++ alahai cam duduk o'seas plak... mahal bebenor. Kalau kat pasar malam kat semenanjung... main kira longgok je... eiii tensen gak kekadang tu. Tapi dah nak makan... beli la juga.

Tadi pi melawat adik ipar kat Hosp. minggu depan mungkin dia kena bersalin, sebab baby dia masih songsang... walaupun Dr dah banyak kali cuba betulkan tapi baby tu tetap berubah kedudukan... agaknya baby selesa kot dengan keadaan melintang tu. Nampak dia penat sangat... hmmm harap-harap aku nanti tak le macam tu... walaupun nak dekat bersalin steady la lagi ... insyaAllah. Bukan apa... kita tengok pun kesian. Tak naklah nak susahkan hati orang [dan diri sendiri juga].

Yeyyy dah dapat beli avocad* , siap beli susu lagi. Kalau tak makan durian... malam ni makan avocad* la pulak. Terbaca dekat 1 article pasal buah ni... banyak zat besi dan beberapa khasiat lain... bagus untuk diamalkan. Yezzarrrrrrrrrr!!!

Oklah... cukuplah merapu kat sini... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Monday, June 30, 2008

Habis dah cuti panjang....

Salam,

Minggu ni dan minggu seterusnya ramai la manusia kat kampus. Budak baru pun dah mendaftar kolej, dok berorientasi [skrg guna istilah 'suaimesra']. Tapi tak terlibat apa-apa... masih boleh relax. Khamis dan Jumaat ni barulah ada perjumpaan. Hmmm macam biasa je tadak le benda baru pun.

Tadi pi dengar pembentangan pre-viva PhD... ada sorang kawan kat sini, no komen sebab banyak gak isu dia dgn penyelia. Tak nak campur. Yang kecut perut tu aku nyaris-nyaris menyaksikan dia kena marah dengan penyelia... mujurlah aku cepat berundur dan menyorok ke ke ke... malas le nak dicampur tangankan... sat lagi orang kata kita dok bawa cerita plak... jangan buat pasal.

Ok... semua hutang2 dah settled... wah wah wah.. banyak lagi balance ni. Cam best je nak membeli baju baru ahaks... dan kasut baru. Dah nak start semester kena la beli kasut baru... ehh dulu masa zaman sekolah nak buka sekolah dapat baju dan kasut baru... ni dah keja takkan tadak kot kwang kwang kwang [alasan... nak ngabihkan duit la tu.]

Hmm sedapnya makan cherries... terjumpa plak kat supermarket kat sini... walaupun tak la manis cam cherry Istanbul, tapi masih boleh diterima tekak... aku suka sangat-sangat. Jangan tatau 0.25 g = RM19.90 erkk.... sabar je la. Tapi bukan aku beli... abang bulat yang beli aku tolong makan, jangan membazir... kan kan kan :)

Ehh dah dekat 6.30pm ... nak solat dulu... lepas ni balik, makan pe malam ni... nanti difikirkan. Sedap gak pizza yang ada sosej tu... aku suka. Kalau abang bulat tadak idea nak makan kat mana, nak ajak dia pi situ je la. Ok cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Friday, June 27, 2008

Dah lega skit [",]

Salam,


Ok la... dah kurang sikit selsema ni. Hidung je berair sikit-sikit... suara tak le serak-serak lembab lagi ke ke ke...

Kejap je minggu ni... maklumlah minggu depan dah start semester eiii boringnya... sabar je la. Dengan students yang makin ramai, dengan kelas dah start alahai... yang pasti aku akan adjust agar masa bulan posa kelas dah tak banyak... segala assignment dah selesai... nak buat informal exam. Lepas Raya dah boleh relax... yezzarrrrrrrrrr!!!

Macam nak hujan plak... tadi punyalah panasnya. Mana le tak demam... cuaca KK ni ekstrem sangat. Kalau orang tak tahan... memang memanjanglah demam.

Lunch hari ni jimat dah... pi rumah kawan, sebab kawan sorang ni nak tempah buat baju ... siap ada kek, jemput-jemput udang, teh o perghhhh makan sakan le. Ntah berapa biji jemput-jemput yang aku jemput masuk dalam mulut ni ke ke ke... berselera banget. Lepas tu kek sepotong, ola la la... ndapppppppp!!! Carrot cake plak tu... yummy!!!

Ngantuk tapi tak bleh tido... ntah la, susah plak nak tido siang-siang... walaupun dah ada bantal yang empuk... hmmm agaknya kena bawa 'to to' kot, tido atas karpet ni memanglah tak memberansangkan... sakit belakang ada le.

Oklah kenkawan... tadak le cerita menarik pun... cukuplah sampai kat sini, nanti minggu depan kita jumpa lagi orait... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Monday, June 23, 2008

Achummmmmmm....

Salam,

Iye kenkawan... aku kena selsema yang agak kronik dan batuk yang sedang-sedang... malam ni nak pi ambik MC, nak minta 2,3 hari kat Doktor ke ke ke...

Bukan selalu pun MC setahun ada le sekali dua, kali ni kalau lebih bleh diterima tu.

Ada sesi pembentangan thesis MBA... kena jadi penilai ke-2, tadi dah jumpa puan koordinator dan hints kat dia kalau esok aku tak mai maknanya aku MC Hammer la tu. Tak pe... depa pun faham, so far aku bukan jenis yang ngelat... kalau ada aku pi, kalau tak daya jangan paksa diri.

Lunch pi makan pizza yang berjari-jari tu... nyum nyum... oklah makan dua orang dengan abang bulat... malam sabtu aku malas nak masak... kuar jap pi tapau piza dan dengan jayanya aku habiskan piza tu sorang sorang... ke ke ke... uiskkk apa la makan banyak ni... layannnnnnnnnnnn!!!

Kelmarin aku buat masak lemak cili api ayam + tempoyak dan sayur bayam rebus... nyum nyum nyum... makan dikala hujan renyai-renyai...hmmm sedapnya.... [puji je diri sendiri... kalu tidak sapa nak puji ke ke ke]. Abang bulat sampai rumah almost 9pm, aku panaskan lauk t'hari, goreng sayur bayam [lagi....] dan telur dadar 2 biji. Makan punya makan habislah nasi seperiuk. Pedas gak masak lemak tu... harap-harap dia tak sakit perutlah.

Malam ni cam nak pi makan kueteow la... suka sungguh makan kueteow sejak dua menjak ni... ntah la. Tak pe... ada masa nak goreng sendiri... buat char kueteow tapi sini payah nak jumpa kerang la... tak kick sangat kalu tadak kerang. Hmmmm...

Oklah... apa da cerita pasal makanan je ni, minta maaf le kenkawan... itu je bab yang menarik perhatian aku masa ni... bab makanan. Dok selsema pun bleh makan lagi, kalau sihat fahan-faham le... itulah aku :)

Cau cin cau...

~dariBMkeKK~

Friday, June 20, 2008

Hujung minggu dah...

Salam,

Wah... kejap ke masa bergerak... dah Jumaat. Seronok gak sebab bleh la berehat sakan Sabtu dan Ahad ni, abang bulat tadak dia pi field trip, Ahad baru balik. Esok bleh la ronda pi cari durian, untuk dibuat pengat dan juga untuk dimakan-makan.
Wah wah wah dah plan tu.

Bab makan aku mana bleh tolak... telan je bleh ;)Tadak ke sesapa nak jemput makan2 ye?

Kenyang la plak makan nasi lemak bungkus tadi... ada plak vadei perghhh aku makan la, walaupun bukan aku yang order, tapi aku plak yang makan sakan. Silap-silap esok pi cari lagi vadei kat kedai tu. Ahaks... layannnnnnnnn!!!

Yang pasti sekarang ni jarang tido siang... ntah la kenapa, tapi malam-malam pukul 10pm dah menguap sakan la. Baguslah juga siang tak tido sangat...muka pun tak tembam. Disebabkan muka tak tembam, kalau pi beli baju pun budak yang jual tu dok suruh beli baju yang kecik-kecik, kalau beli baju besar nanti nampak cam orang mengandung erkkkk... adik oiii, akak ni nak beli baju besarlah sebab nak pastikan bleh pakai sampai berbulan-bulan... isk isk isk. Layan je la.

Ke ke ke... as expected banyaklah komen-komen yang aku terima, ada yang kata bestnya nak dapat kembar, ada yang cakap... hmmm boleh ke nak jaga nanti masa sambung belajar? Ada anak kecik ni susah le itulah inilah...Aku sengih je la ... sebab aku rasa Allah tu maha adil... segala yang dikurniakan kepada kita dia tahu sama ada kita bleh handle atau tidak. InsyaAllah harap-harap aku kuatlah dengan komen-komen camtu.

Yang aku tau... aku pun tak pasti sama ada aku boleh atau tidak sebab belum rasa suasana tu, tapi sentiasalah berdoa semoga dipermudahkan, itu je yang mampu kita lakukan sebagai hambaNya. Betul tak kenkawan?

Biasalah tu... kalau dilayan komen-komen dan pandangan sesetengah orang memang bleh jatuh segala semangat yang ada, so kita jangan layan... kita ambik konsep masuk telinga kiri, keluar telinga kanan :)

Ok... sampai sini saja, minggu depan jumpa lagi insyaAllah cau cin cau ;)

~dariBMkeKK~

Wednesday, June 18, 2008

Rezeki kami...

Salam,

Alhamdulillah, syukur.... doakan ibu dan anak-anak selamat ye :) terima kasih.

Nanti-nanti citer panjang ok :)


Posted by Picasa
~dariBMkekK~

Tuesday, June 10, 2008

Lagi gegambar masa bercuti...

Salam,

Ini gambar-gambar kat Taman Hidupan Liar KK, best juga... sesapa yang blom pi silalah...


Gambar 1:
Minah mulut becok ni... semua benda dia eja ... sepanjang jalan nak ke Kudat dok komplen rumah-rumah b.u.r.u.k sabaq je la...


Gambar 2:
Otomen ... tadak gaya lain dah... sesuka hati dia je

Gambar 3:
Otomen & Pakteh... gaya otomen kaki senget ke ke ke... belasah je la. Pakteh tu cam idola dia le... mesra alam sungguh, nak makan pun sebelah pakteh... yang tak tahan tu start kereta je dia akan tunjuk peta ajak pi tempat dia tunjuk tu.... biasanya dia main belasah je... tunjuk Sipadan le, Tawau le... isk isk isk... ingat dekat ka?

Gambar 4:
Inilah rupa kanak-kanak ribena yang memeriahkan rumah aku selama 1 minggu... rancangan asal nak mandi manda kat sini... kwang kwang kwang mana le nak tau pukul 5pm dah tutup. Nasib le :) Lain kali la kita mai lagi.

Posted by Picasa

Gegambar masa cuti

Salam,

Perghhh bestnya bercuti ... as planned, aku bawa tetamu pi Kundasang, Kudat, Zoo, Monsopiad, Pasar Filipina di lupa jangan... sakan kami berjalan-jalan... tak pe la bukan senang orang nak mai sini... riuh rendah la sepanjang jalan... ntah apa-apa lagu la kanak-kanak ribena tu nyanyi. Layan je la.

Gambar 1:

Puncak Gunung Kinabalu, dari Taman Kinabalu. Dah petang masa ni tapi sekali sekala boleh nampak juga puncak tu. Biasanya petang-petang memang tak nampak lagi sebab awan tebal. Rezeki orang jauh tu :)


Gambar 2:

Tanjung Simpang Mengayau, bagi peluang orang jauh rasa air Laut China Selatan dan Laut Sulu.




Gambar 3:

Ha ha ha.... siap menari Sumazau lagi. Layannnnnnnn!!!



Gambar 4:

Tarian buluh plak.... ada yang tersepit kaki tu :)




Posted by Picasa


- ada sambungan ... tungguuuuuuu -

Tuesday, May 27, 2008

Menghitung hari...

Salam,

Bukan aku yang dok menghitung hari tu... tapi anak2 buah aku yang nak mai sini le, tetiap hari dok tanya bila nak pi KK, bila nak pi rumah 'pakteh' iye... lebihkan 'pakteh' bukan 'makteh' depa. Iye la 'pakteh' suka melayan... 'makteh' ni silap sikit kena sound la juga... kwang kwang kwang.

Alhamdulillah sekarang ni rasa macam sediakala... agaknya musim merenung sinki dah hampir tamat. Pening sikit-sikit dan mulut rasa pahit tu biasalah... walaupun sebelum ni aku ingat tak lama... bila kenkawan cakap benda tu biasanya kita rasa sampai bersalin ke ke ke... tak pe la terimalah seadanya. Asalkan sihat dan boleh makan kira oklah tu :) Kenkawan pun komen aku ni dalam kategori senang jaga sebab tak banyak fe'el... makan boleh, masak boleh, bau apa-apa pun boleh... insyaAllah semoga yang baik berterusan.

Isk dah nak hujung bulan 5... kejap sangatlah... awal bulan 7 dah start semester baru hmmm sabaq sabaq...

Uiskkk rezeki terpijak sungguh... sajalah turun pejabat am, nak pi refill air... tetiba.... ada jamuan bestttttttttt!!! Teruslah makan dengan jayanya. Ada laksa, ada kek, ada pulut + kuah kacang, ada nangka, ada tembikai... he he he tapi aku makan laksa la sudah semestinya... yang mana ada potensi untuk menambahkan angin tu tidak le berani nak sentuh... sat lagi haru biru la pulak.

Pagi tadi makan nasi lemak tak habis sebab tak berapa sedaplah... beli karipap 3 biji, dah makan 1, ada lagi 2 ... bawa la bekal untuk abang bulat jap lagi. Dia sure lapar sebab hari ni dia jaga exam 3 jam. Exam untuk program luar kampus.

Oklah... cukuplah update untuk hari ni... [ntah-ntah untuk minggu ni....] cau cin cau

~dariBMkeKK~

Friday, May 23, 2008

Santai dan sempoi...

Salam,


Bulan Mei - Jun.... memang seronok. Kampus sunyi, ofis sunyi... santai dan sempoi la kiranya. Kena pula tadak idea nak menulis... lagilah santai. Tapi nak tido tak plak boleh sebab tak dak alas agaknya... sekarang ni kalau tido atas karpet ni... bila bangun badan jadi lesu plak... kena pi cari alas yang lebih selesa [he he he....]


Hmmm... rasa loya tapi tak plak nak keluar apa yang patut. Sabar je la... nak makan pun rasa banyak dah benda yang dimakan... aku ada kismis, ada rempeyek, ada coklat Tango... tapi tadak yang menarik untuk dikunyah... tak pe biar perut ni kosong... tapi sebelum masuk angin, makan nasi baru best!


2,3 hari ni internet kat bilik aku ni teruk sangat... kejap offline kejap offline. Sampaikan kenkawan ingat aku cuti sebab tak balas e mel dll... sabar sabar.

Wah... dah hari Jumaat rupanya... punyalah malasnya nak update cerita, bukan tadak cerita cuma malas je nak bercerita. Biasalah kondisi pun kadang OK kadang tu kureng OK... terlebih makan pun susah gak... kurang makan lagi susah.

Apa-apa pun aku dah tau kat mana nak dapat kueteow goreng yang sedap kat sini... malam tadi pi Nori*a Tomyam... tapi tak order nasi, kami order kueteow goreng, rerupanya... memang lazat dan berkhasiat... habislah sepinggan. Kenyang sampai pukul 1opm, lepas tu pi cari biskut dan buat susu la... tak naklah sampai pening dan masuk angin sat lagi angin tolak-tolak segala makanan tu sesia je.

Pagi ni lapaq... pekena nasi lemak sebungkus, baru clear pandangan :)

Sat lagi nak pi urut buang angin kat tukang urut biasa... mana tau bleh kurangkan angin ni... insyaAllah.

Minggu depan Khamis - Jumaat cuti... minggu depan lagi... Isnin - Rabu cuti lagi... best best... kakak aku mai ... kami nak bawa jenjalan... KK - Kundasang - Ranau - Kudat - Kota Belud - KK. Perancangan je ni... insyaAllah berjalan lancarlah hendaknya. Aminnnnnnnnn!!!

Lepas tu barulah bawa pi berjalan area KK... nak pi Zoo, aku pun tak pernah sampai Zoo kat sini. Nak pi berkelah kat mana ntah... boring gak pi pantai, nak cari air terjunlah... atau pun sungai. Wah wah wah... kemain lagi kalau plan nak berjalan... terus rasa sihat. Kalau plan nak mai keja... badan ni terus je lemau...

Ok... selamat berhujung minggu. Drive safely... kita tengok sapa yang jadi juara AF kali ni... aku suka Stacy tapi... ke ke ke... biasalah tak undi pun, sebab rugi kredit, baiklah sms adik beradik atau kenkawan lagi best... cau cin cau all :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, May 14, 2008

Hujan, angin kencang dan angin

Salam,

Bahagian 1: [Selasa]

Dua tiga hari ni... hujan lebat kat KK, lepas tu angin kuat sangat... petang ni tiba-tiba je angin menderu-deru... lepas tu hujan lebat. Risau la juga sebab kat parking lot tu banyak pokok dan tiang letrik... Alhamdulillah selamat. Masa dok menaip ni hujan dan angin dah tak dak lagi... dah pi tempat lain gamaknya.



Dah la pintu nak masuk ke bilik-bilik kami ni dah tertanggal... malam tadi ribut gamaknya, sampai pintu pun tertanggal... sabar je la. Pintu kaca bukan la pintu papan tu... isk isk isk



Awatlah petang ni rasa pelik sungguh... macam nak terbuang tapi tak keluar la pulak, hmmm angin la tu. Kat luar banyak angin... dalam badan pun banyak juga la angin... sabaq sabaq

------------------------------------------------------------

Bahagian 2: [Rabu]

Malam tadi kat Berita ada cadangan sorang cerdik pandai kat M'sia ni minta kita makan keledek dan kentang untuk ganti nasi... hmmm itulah M'sia yang boleh segala-gala ni... kalau ada sesuatu isu macam-macam alternatif suruh kita buat... macam masa krisis gula, minta rakyat tukar gaya hidup, jangan minum atau ambik gula banyak-banyak kekonon gaya hidup sihat. Lepas tu bila harga minyak naik... minta berkongsi kereta, lepas tu kurangkan penggunaan kenderaan dll... kekonon rakyat kenalah tukar cara atau gaya hidup untuk sesuaikan dengan sesuatu krisis... akan tetapi apa pulak tindakan k'jaan? Adakah pemimpin atau orang besar-besar tu pun tukar gaya hidup juga?... Hmmmm ntah la...

Rasanya ada benda lain yang boleh dicadangkan... antaranya bagi yang duduk kat kampung tanam padi huma atau padi bukit, lepas tu kerajaan buka semula sawah yang terbengkalai tu tanam padi semula, sekarang ni bukan lama sangat nak tunggu masa untuk menuai... ada macam-macam kaedah terkini yang boleh digunapakai asalkan tak menjejaskan kesihatan rakyat.

Lepas tu untuk cover isu-isu semasa banyak plak isu-isu yang kurengggg penting diperbesar-besarkan. Eiii tolonglah...

Cukuplah tu... malas dah nak menaip... cau cin cau

~dariBMkeKK~


Sunday, May 11, 2008

Jawab tag saja...

Salam,

Ada la pulak orang tagged aku ... tak pe... at least siap 1 entry ke ke ke...
Layannnnnnnnnn.....


A.List out top 5 present that u wish for:

1. Banglo setingkat ada 5, 6 bilik cukuplah

2. Sepasang anak [lelaki dan perempuan] kalau yang ni lelaki... cuba untuk dpt kan perempuan... dan camtu la sebaliknya :)

3. Umrah dan Haji sebelum umur 40 tahun insyaAllah [",]

4. Dapatkan PhD sebelum umur 40 tahun insyaAllah [",]

5. Cuti rehat bergaji penuh setahun dua ke ke ke... [nak lepak kat kampung dengan mak abah....]

Itu je... ok ke cik Nonie?



B. 25 steps I repeat every day on normal working days:

1. 5.15am Subuh.... [kadang-kadang 5.35 lepas alarm berbunyi 3 kali.....]

2. 6.00 am sambung tido

3. 7.15am bangun seterika baju, seluar, kemeja dll... untuk 2 orang

4. Tutup plug dll... penting ni

5. Gosok gigi

6. Cuci muka

7. Mandi manda

8. Sikat rambut

9. Berbedak lebih kurang

10. Siap pakai baju

11. Baru pakai tudung + spray perfume

12. Kemas-kemas katil [kalau abang bulat tak kemaskan]

13. Kemas-kemas ruang tengok TV

14. Selak langsir

15. Cuci pinggan [kalau ada]

16. Selak langsir

17. Panaskan engine kereta

18. Siram pokok bunga [kalau abang bulat belum siramkan]

19. Lepak sambil kemas-kemas apa yang patut kat living room

20. Kunci pintu rumah

21. Kunci pintu pagar

22. On da way nak pi opis dok haru nak pi breakfast kat mana

23. Sampai mana-mana kedai order atau ambik apa yang patut

24. Makan dan minum

25. Baru semangat nak masuk opis... biasanya masa ni dah 9.00am atau 9.15am [kwang kwang kwang....]

Ok cik Apple... :)

Itu la rutin pagi, sebelum masuk opis... sebab kalau dah masuk opis tak de nak sama lagi rutin. Tetiap hari ada la juga perubahan... walaupun 0.05% perubahan.

Senang je bela aku... tak payah nak beli segala make-up... aku pakai bedai Johnson&Johnson saja kwang kwang kwang.... 15 minit dah boleh siap.

Ok cau cin cau....

~dariBMkeKK~

Wednesday, May 07, 2008

Sabar je la....

Salam,

Perghhh sabar je la... dah hampir siap entry... komputer 'hang' habis la hilang entah ke mana....

Ok...untuk makluman ye... maka dengan ini siaplah keja P&P aku untuk semester ni... lepas ni kena cari keja la... apa ye nak buat untuk isi masa lapang kat opis ni [ke ke ke....] Cehhh bunyi macam la free bebenor... layannnnnnn!!!

Tadi meeting gred untuk final exam... seperti biasa gred aku lulus je... banyak dapat A ke sikit ke tadak sapa nak tanya kwang kwang kwang... biasalah tu sama ada depa malas nak soal atau depa tak berani [eiii macam le orang takut sangat dengan aku...]

Apa-apa pun tak kisahlah... yang penting siap dengan jayanya... dan lega rasanya.

Malam ni nak buat gulai ikan kering + carrot + tomato + keledek... nak campur kacang panjang dan nenas tu tak berani plak... kacang panjang angin, nenas tu bisa berbisa... sabar dululah. Ingat nak buat gulai yang tumis darat tu...wallaaaaaaaaaaa... cam best je ni.

Kalau ada lebih pagi esok breakfast nasi la... ke ke ke... mak aiii ni bukan cerita dinner je, siap breakfast segala ni... layan je la OK. :) Ikan kering ni kawan bagi... student dia bagi banyak... dia agih-agihkan kat kenkawan... aku terima je dengan tangan terbuka. Lagi pun benda kita makan... jangan ditolak rezeki :)

Lainlah kalu orang offer kulit lembu goreng ke... hmmm yang ni kena fikir banyak kali la ke ke ke... kelmarin ada sorang kawan ni... orang Indo, lunch sama-sama... lepas tu dia keluarkan 1 bungkusan cam keropok la... lepas tu dia cakap try la... kulit lembu goreng... aku tak la berani nak cuba try test... sat lagi pening plak... kawan yang sorang lagi tu ambiklah 2 ketul... ke ke ke... Hari ni tanyalah ada apa-apa kejadian ke? Kawan aku cakap dia pening-pening ke ke ke... Mujurlah tak cuba try test... tapi dah aku tolak tu aku bagitaulah pasai apa tak nak makan... sat lagi kecik hati plak ;)

Oklah... itulah cerita untuk hari ni... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, May 06, 2008

kadang :) kadang :(

Salam,

Alhamdulillah... siap juga marking dan grading untuk semester ni... lega rasanya. Ingatkan PTK tu minggu depan... rupanya sudah silaplah... nak ambik yang 4 depa letak kat 3 mana boleh... tak pe la... lagi pun skrg ni bukanlah busy mende pun.

Lama tak letak gambar-gambarkan? Janganlah salahkan aku... salahkan blogsp*t ni... guna pica*a pun tak dapat, guna blogsp*t lagi la payah... boring juga dok menaip je... kalau bleh letak gambar senang kojo den kwang kwang kwang.

Bila tadak keja sangat ni... rasa macam nak bercuti je, tapi bila mengenangkan lebih baik cuti tu disimpan masa bulan posa nanti... atau pun sblm nak due... lagi berbaloi. Sekarang ni mai je opis... buat apa yang patut :)

Baru balik minum petang dengan abang bulat... dah makan keropok lekor seplastik... lepas tu aku pau lagi apam balik yang dia tolong tapau untuk kawan dia ke ke ke... tapi aku ambik sikit... tak luak pun... [ayat cover....]

Oklah... cukuplah tu. Penat pulak menaip cau cin cau

~dariBMkeKK~

Friday, May 02, 2008

Hepi B'day 2 Me

Salam,

Esok kan... b'day aku... yang ke 30an ke ke ke... aku tak la kisah pun sebab kekadang boleh pulak lupa berapa umur tahun ni... tak kisahlah... umur dah berapa pun asalkan kita pandai jaga diri dan kesihatan kan kan kan...

Lagipun kalau tak dimaklumkan umurku tadak lah orang nak perasan sangat pun... mungkin sebab size kecik jadi muka pun nampak muda sokmo. Dulu masa tingkatan 5 orang ingat darjah 6, masa diploma orang ingat sekolah menengah... masa lepas grad U orang ingat lepas SPM kwang kwang kwang... pernah la beberapa kali students luar kampus panggil aku adik tanya kat mana pejabat am, ntah apa-apa la. Layannnnnnnn!!!

Oklah... apa-apa pun doakan aku dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindunganNya aminnnn!!! Itu yang penting.

Hadiah??? Hmmm tak kisahlah... kalau ada yang teringat nak bagi terima je, kalau tadak tak pe beli je sendiri apa yang berkenan lepas tu lambat-lambat keluarkan purse... mestilah abang bulat bayar ke ke ke... strategi beb strategi.

Kelmarin seronok bercuti sakan... lepas subuh tido balik, bangun lapaq tak ingat... pi makan roti canai dulu... walaupun masa tu dah ada nasi + lauk pauk. Lepas makan pi beli kurma kat Wisma MU*S... seronok sebab banyak jenis, kami beli 3 jenis... + kismis yang besar-besar tu... macam dah luak je... dua-dua orang makan macam makan nasi... non stop.

Lepas siap urusan membeli kurma... pi CP ... ha ha ha... aku makan ayam Kenny Rog*r's... sedapppppppp... lepas tu jalan sana sini... pi beli blouse, baliklah sebab petang abang bulat ada meeting plak... balik tu lepas Zohor, zzzzzzzzZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz...........

Petang.... dah boring tgk TV, pi jenjalan tengok orang renovate rumah... uiskkk banyak sungguh fulus depa ni... renovate sakan-sakan... siap tukar bumbung baru la... buka tiles la itulah inilah... isk isk isk... dah Maghrib baru balik rumah, solat dan memulakan sesi memasak. Masak ikan 3 rasa... abang bulat goreng sayur... kenyang jadi ular sawa sekejap... lepas tu dok bertolak suruh mandi... isk isk isk apalah dua orang ni.

Ngantuk ... plan nak tido awal.. dok leka tengok TV dekat 11pm juga tido... ingatkan abang bulat tido lewat... dia pun tido 11.30pm sebab TV dah tgk dia bukan dia tgk TV... biasalah tu.

Pagi ni malas nak mai keja... tapi kenalah mai juga sebab nak siapkan marking at least 1 soalan ... Isnin nanti siaplah. Nak grading... nak nak key in dan nak bentang kat mesyuarat. Lepas ni ho ha ho ha ho ha la... bestttttttttt!!!

Ok cau cin cau... hepi weekend to all.

~dariBMkeKK~

Monday, April 28, 2008

Cuaca panas di KK

Salam,

Kat sini panas sungguh... sampaikan selera makan pun tak dak. Tapi makan la juga ... tekak pun rasa pahit-pahit... hmmm

Ok... skima dah siap... nak start marking ni bila... isk isk isk sabaq je la. Kat rumah jangan ceritalah... rumah ku syurga ku... kelmarin rasa nak lepak je kat rumah... tapi kesian plak kat abang bulat dah lama dia tak urut kaki... dia pi urut kaki aku pi minum petang kwang kwang kwang...

Ngantuk tapi tak bleh tido plak... sebab lupa lagi nak bawa bantal kecik yang lebih selesa... skrg ni aku alas kepala dengan bantal yang ada radio tu... kadang radio tu OK kadang tu KO, dua tiga kali... dok sedap tido radio plak berbunyi...isk... sabaq je la.

Kejap je tahun ni... dah hujung bulan 4, isk isk isk....

Alamak... tadak idea la... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, April 24, 2008

Isk isk isk....

Salam,

Apa la malas sangat ni, skima blom siap jadinya tak dapatlah nak marking lagi. Duduk dalam bilik pun rasa boring... kawan sebelah MC lagi sebab sakit mata... kalau tidak boring je pi lepak sembang kejap balik bilik OK la balik.

Hari ni magik sungguh... harga breakfast kami lebih mahal daripada harga lunch... itulah KK... sepinggan makanan mana ada kurang RM2/- sekarang ni ntah-ntah kurang daripada RM3/- pun payah nak jumpa. Makanan pun bukanlah best sangat... tapi makan je la. Nak masak pun gas blom beli lagi [alasan... ke ke ke]

Bila ON aircond sejuk sangat... lepas OFF rasa macam berbahang plak... isk isk isk ... nak buat camno ni?

Yezzarrrr...bulan ni rezeki murah... dapat claim duit klinik gigi, dapat duit kutu... wah wah wah... bleh belanja sakan kwang kwang kwang. Kekononlah... tapi kena top up duit penalti tiket flight BKI - KUL. Isk isk isk...

Sebenarnya hari ni sampai Isnin depan kami [aku dan abang bulat] kena pi kursus BTN kat NS... pi jumpa Dr minta surat pengecualian aktiviti fizikal ... tetiba Dr cadang tunda la dulu kursus tu. Bagilah besar sikit... Oklah... aku no hal. Tetiba abang bulat pun rasa tak nak pi kursus... dia pun minta tunda... tiket dia kena penalti sebab kurang 24 jam, tiket aku tak kena... so itulah ceritanya.

Dia kesian kat aku kekononnya sebab tu tak nak tinggal aku sensorang... tapi pada masa yang sama hari Ahad ni ada Golf Tournament gak... kalu pi kursus dia tak bleh join, kalau tunda dia bleh join... layannnnnnnn je la.

Seperti biasa balik rumah tu memang untuk bersihkan diri dan zzzZzzz... TV pun dah kurang tengok... malam bila ntah, tido awal... tetiba terjaga tengah malam... lapar sangat-sangat... turunlah kami dua orang ni pi buat Milo dan cicahlah dengan biskut... memang aku sebelum ni biskut-biskut tak mainlah... tapi lapar punya pasal... cepat je habis. Makan macam dalam mimpi... lepas tu sambung tido dengan nyenyak... [ke ke ke....]

------------------------------------------------------------

Nota untuk cik Sue kat England:

Iye betul la tu camtulah kita kenal dan rapat dan mesra... terima kasih untuk doa tu... insyaAllah selamat semuanya... aminnnnnn!!! :) Gue pun selalu doakan juga semoga cik Sue jumpa mat salleh muslim kat sana bleh kami jadi pengapit nanti :)
------------------------------------------------------------

Ok cau cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, April 17, 2008

Cerita ceriti hari ini...

Salam,

Kenkawan baca tak dalam newspaper (online je...) tak ingat Kosmo atau Metro pasal Dr Fa*z yang keliru dengan pendapat Dr SMS pasal tak de pekdahnya hantar angkasawan lagi... hmmm aku cuma baca komen Dr Fa*z je yang pelik kenapa la Dr SMS cakap camtu, macam tak nak bagi dia pi angkasapuri oppp angkasaraya je... nak makan sorang ke ;)

Lepas tu pasal pelakon apa ke nama... Beeg* yang berlakon sitkom Puter* tu... dah failkan permohonan Nusyuz hmmm baru kawin 4 bulan camtu. Dunia dunia... macam-macam hal.

Bosanlah pulak... tapi apa bleh buat kena la juga tunggu sampai lepas maghrib, abang bulat tu buat kelas lagi. Minggu depan dah exam pun dok buat kelas lagi. Cukup-cukuplah... rajin la pulak.

Ehhh ampun ampun... rupanya suamiku tadak kelas lagi ke ke ke... ok nak cau cin cau daaaaaaaaaaaaaa

~dariBMkeKK~

Wednesday, April 16, 2008

Bila angin ke udara....

Salam,

Banyak sungguh angin dalam badan ni... aku memang perasan sblm ni pun aku kerap sendawa. Bila dah keadaan camni, rupanya angin tu telah menyebabkan segala benda yang aku makan sama ada semua atau separuh akan dikeluarkan balik... sabaq sabaq. Tapi mujurlah aku masih boleh makan ke ke ke.... kalau nak keluar balik pun apa bleh buat... layannnnnnnnnn!!!

Malam ni nak makan mende pun tatau dah... harap-harap dapat makan dengan jayanya. Aminnn!!!

Weekend ni nak buat laksa la... cam lapaq laksa plak. Yang beli sedap tapi masih kureng sedap. Nak pi cari buah buat rojak... kuah rojak ada. Best best... tu dia, baru hari Rabu dan plan nak makan apa untuk weekend... ntah apa-apa la aku ni.

Oklah... tadak la cerita sensasi sangat pun, stop sini dulu. Kesian sapa yang baca cerita ntah apa-apa ni.... ampunnnnnnnnnnn!!!

-dariBMkeKK~

Monday, April 14, 2008

Habisssssssssss....

Salam,

Habis la sudah kuliah semester 2, 2007/08. Lega sebab dapat habiskan silibus dengan jayanya. Apa-apa pun esok aku buat juga kelas untuk sesapa yang berminat, nak bagitau format dan juga bab yang masuk dalam exam. Oklah tu aku baik juga bagi hints kat depa... kalu tak bleh score juga memang merepek la bebudak ni.

Sabtu lebih banyak lepak kat rumah... petang keluar jalan sat, malam pi makan laksam dan laksa kelantan kat rumah kawan. Kenyang.... sangat-sangat. Bertambah-tambah kami makan. Balik tengok AF yang makin sejuk... [bukan suam lagi dah sejuk pun...] ntah apa-apa la. Kalau aku jadi cikgu depa memang kena sekeh la kepala... kesian sungguh, macam tak belajar. Aku dengan abang bulat yang hangin... mana yang tak best tu kami tukar channel. Sabaq je la.

Ahad, abang bulat pi kelas aku pi makan-makan dan lepak rumah kawan sembang-sembang sampai dia habis kelas pukul 2pm. Lepas tu singgah beli barang nak masak kekonon.... time rajin ni gas plak habis... teruslah abang bulat buat stail duduk kat hostel masak dalam rice cooker... layannnnnnnnnn!!! Janji masak.

Hari ni keja macam tak keja... habis masa kat klinik. Tak pa... yang penting semua OK Alhamdulillah :)

Ok... nanti sambung lagi nak cau cin cau.... daaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

~dariBMkeKK~

Tuesday, April 08, 2008

Ho ho ho....

Salam,

Sukanya dalam hati... kelas dah habis... assignments dah habis tanda, lepas tu dah siap segala carry marks yezzarrrrrrrrrr!!!

Hari ni makan bihun goreng + telur goreng + sambal nasi lemak... air teh ais, makan punya makan punya makan... tetaplah ada angin juga. In between kelas pi lepak depan sinki kwang kwang kwang... tak muntah pun cuma keluarkan angin je...tak pe la bukan teruk sangat pun layannnnnnnnn!!!

Lunch makan laksa, sedap juga. Lepas tu pi cari air kotak, lepas tu beli buah... makan je keja aku ni. Ngantuk juga ni silap-silap lepas solat tido jap... aktiviti biasa le :)

Silibus dah habis... minggu depan buat 1 kelas lagi... tapi kelas soal jawab dan juga kelas bentuk soalan xm ... aku start kelas pukul 10am ha ha ha.... pemalas sungguh. Tak kisahlah... asalkan buat. Buat sejam pun OK la... sure ramai tu sebab kekonon dapat hints soalan... bagi tau je topik yang masuk... sila baca. Soalan bukannya direct to the point... dah tahun 3 nak grad pun kenalah bagi soalan yang mencabar minda sikit... kekononlah kwang kwang kwang.

Hari ni abang bulat posa, balik awallah sikit... dia nak berbuka dan lepas tu nak pi dinner plak... biasalah masa-masa ni semua nak buat dinner... pi je raikan students... sambil layan mata dan telinga tengok persembahan yang ntah apa apa tu.

Oklah... itu je N3 yang mampu, pening plak dok ngadap komputer ni. Tido lagi bagus :) cau cin cau.

~dariBMkeKK~