Tuesday, February 28, 2006

Sama-sama menjejak mimpi....

Salam,

Acah je tajuk tu tadak kaitan pun dengan apa yang aku nak mengarut ni, tiba2 je teringat lagu Mulanya Di sini by Freedom..famous lagu ni dulu2 siap ada step tarian lagi...masa kat hostel kami bersungguh2 menari, teringat plak dekat kak CTK kat mana ntah dia ni sure dah beranak pinak, batch diorang ni ramai yang dah kawin pun...dan dah ada anak 2,3 orang...

Mimpi...hmm dah lama tak bermimpi sama ada di siang hari ataupun malam hari, tido mati aku ni, sedar2 dah subuh. Abang bulat rajin gak mimpi yang aku lawak tu last week dia mimpi jadi pembunuh buaya, siap bunuh buaya guna kuasa laser yang keluar dari jari dia...ha ha ha macam ultramen la kekonon. Semua buaya kat dunia dah bersumpah akan habiskan keturunan dia sebab dia dah bunuh raja buaya (something like that...) aku punya la gelak sakan...ntah apa-apa punya mimpi. Tapi at least dia bermimpi aku ni...hmmm jarang sangat...

Teringinnya nak travel ke mana-mana bulan 5 ni, tapi apakan daya bila teringat rumah nak siap hmmm batalkan la niat ikhlas suci murni tu...sat lagi orang masuk rumah baru dengan perabot baru kami masuk rumah baru ada tilam, bantal dan tikar beli kat pasar filipin je...arghhh tak sanggup le... ok nak stop sat ada meeting :)

-----------------------------------------------

Alhamdulillah dah habis meeting dan dah habis kelas, so boleh la menebeng lama sikit dekat sini. Lega sebab budak2 kelas tadi memenuhi paiwai aku, so dapat la depa 2nd assignment ke ke ke...esok pagi kelas 2 jam dan 1 jam tutorial...lomah sebab tutorial esok ada international students...dari China...aiseyman...maleh le...tapi apa bleh buat layannnnnn...

Ok, meeting tadi pasal nak buat buku or database pasal IP dan SME di M'sia something pasal tu le... aku ok je...insyaAllah tadak le complicated sangat pun...

T'hari pi lunch dekat K*k T**i, ada la minah ni dok nyanyi kuat plak ikut lirik VCD karaoke tu, tahu le gila karaoke, jgn la over sangat, sikit2 dah le...aku smash bagus punya...suruh makcik kedai tu buat karaoke corner...ha ha ha dia slow sikit suara dia lepas tu terasa ke?...Pelik le anak dara (if still...) zaman la ni...tak rasa segan ke nak nyanyi2 time tu...cover line sikit la...

Petang ni pukul 6pm la baru balik...abang bulat habis kelas pukul 5 lebih...tak pe jap lagi solat asar siap2...senang sikit. Nak masak apa ntah malam ni? Ikan kering ada le...buat gulai ikan kering dengan terung ok kot...hah...good idea sedap hingga menjilat jari ni, makan nasi + gulai ikan kering (kuah bagi melimpah) + kicap biar hitam sikit nasi tu wow...nyum2...dah terliur plak...ok menu dah ada...jangan abang bulat ada agenda lain malam ni dah le. E.g. nak pi mkn kat luar ke, golf ke...alamak punah le harapanku...tak pe esok masih ada.

Hujung minggu ni nak ajak M buat steamboat la...sure best, bleh melantak sakan, beli udang besar2, ketam, ikan, sayur2 yang segar2 nyum nyum...buat tomyam ayam perghh best ni, aku bab makan memang sakan (sebab tu le badan pun makin sakan...) Abang bulat lagi le sakan he he he...tak pe asalkan sihat walafiat.

ABP2005, aku tak le kisah sangat sapa yang menang, tapi kira ok le Mawi menang memang dia layak pun... dah nama pun anugerah bintang POPULAR, memang le siapa yang popular di kalangan peminat akan menang...buat apa la nak kepoh2...lagipun peminat yang keluarkan dut setem dan duit beli suratkhabar...jangan le bising sangat, biar le orang kata raja sms ke raja apa ke...yang penting dapat hadiah...lumayan lagi. Orang dlm industri hiburan kita ni dengki tak habis2...tak sedar kot how small the industry...pi mai pi mai jumpa juga...tak mustahil satu hari nanti yang dok ngutuk tu akan berduet dengan dia macam la masa zaman CT asyik menang anugerah dulu...macam2 orang kutuk, tapi dia tetap gah...dah sekarang tak ke terbeliak biji mata bila dia derma 500K (mak oiii bukan 5K), ambik kau...dan tak ada la suara2 sumbang nanti, buat apa la derma kalau nak bising2 tu...tapi hakikatnya yang menyumbangkan suara tu habuk pun tarak...

Ehhh aku bukan la minat Mawi dan CT sangat2 tapi ada la minat juga...tak salahkan? Lagipun imej depa ni ok apa...pada aku la...orang lain kalau tak suka apa bleh buat tutup telinga dan mata je la sebab lepas2 ni zaman budak botak ni pulak nyanyi lagu2 patriotik kat RTM he he he...macam CT dulu-dulu. Ramalan aku je la...kalau salah tak pe bukan rugi apa pun...tadak sapa yang akan hilang wang pertaruhan mcm kalau masuk bertanding dlm pilihanraya kecil atau umum.

Minyak naik lagi...hmmm tak pe la apa bleh buat...kena isi juga macam mana pun, kalau tak isi tak bergerak plak kereta kita. Bila la kerajaan nak komersilkan bahan api alternatif dari kelapa sawit yang di war warkan tu...takkan nak tunggu Jepun, Korea atau negara2 maju lain start dulu kot...ntah la pelik le...kalau dah terbukti boleh berjaya on je la...banyak faedah kepada negara dan rakyat dan makin ramai jutawan lahir kat M'sia ni...Jutawan Minyak Kelapa Sawit.

Oklah...malas dah nak menaip...chalo!

~dariBMkeKK~

Saturday, February 25, 2006

Hari ini hari Jumaat...

Salam,

Dah Jumaat pun...minggu ni apa yang aku buat? Ok banyak juga, siap final xm questions, dan dah dimuktamadkan pun...lega sebab tadak changes, aku rasa diorang tak berani nak komen kot, sebab aku jahat ke ke ke paper orang aku komen, paper aku, aku defend gila babas....ha ha ha orang jahat musti ketawa.

Pagi ni kejap saja, 12.15pm dah siap meeting, kelmarin dari pagi sampai petang 16 soalan SAHAJA...isk isk isk...tapi bila buat 3 session macam tadi nampak ok sikit la dan harapnya starting from next sem they will split the meeting to 3 concurrent sessions, mcm presentation kat conf. plak...

Sakit perut bergelak dlm meeting, malas la nak berhemah2 sangat, tapi cover line juga la...nanti apa plak kata Sama - sama...ntah la aku tak berapa nak baik sangat dengan Sama sama malas nak berbaik that's all.

S*aril ROT* telefon...pelik dia aku bleh bergelak ketawa kuat...iye la aku dlm bilik sorang2 tadak sapa nak jeling2...sure dia ingat opis ni open space...ops...tidak le, kami dapat bilik sorang satu...bilik ni ana yang punya...nak tido ke nak keja ke nak blogging ke nobody knows...asalkan keja siap on time ok la...that's the beauty of our job as a le*turer. Tapi insyaAllah keja siap...so far tak la orang tertunggu2 hasil keja kita, walaupun orang nampak kita mcm relax...ada sesetengah orang nampak kalut manjang, tapi keja tak siap juga lagi la drama queen...

Hah...melalut plak kawan aku telefon tadi pasal nak minta no telefon kawan yang jadi kurator muzium kat pahang yang ada orang hantar botol berisi lembaga arghhh ntah la lembaga apa. Bagus mamat ni dia jenis ingat kawan, dan aku suka kawan dengan dia, walaupun dulu2 dia ada awek...(yang mulanya kami ingat tak serius...) tapi dia relax tak la mcm setengah mamat perasan tu bila ada awek dah tak join kawan2 lain...aku kenai dia masa kat ITM Shah Alam, DPA 91-94. Skrg dah 2006, lama dah la kami kenal... dan nak dijadikan cerita wife dia (dulu awek dia tu...) kawan sekolah rendah aku, what a small world. Tapi sampai la ni tak jumpa walaupun sama daerah... dah aku harap balik raya tahun ni aku nak la beraya kat rumah mertua dia ni, insyaAllah.

Tadi pi lunch dengan cikpah, dayang dan ros, balik dari lunch alamak ngantuknya... solat dan aku tido dekat 1 jam 30 minit...hmmm terukkan? Mujur la tadak budak2 ketuk pintu, atau aku terlupa nak kunci pintu, kalau tidak sure terkejut budak sebab aku tido dlm telekung ke ke ke...kronik sungguh.

Gaji dah masuk...bulan ni mcm ok skit sebab aku bayar keta 25% je...abang bulat kata tak pa la since aku bayar rumah...I love u abang bulat...so bleh la bayar kad banyak skit biar cepat habis dan bleh guna lagi dengan jayanya.

Minggu ni nak masak nasi lemak la...ada sotong kering, buat sambal tumis, goreng ikan bilis, yummy...esok pagi ke...ok gak, or lusa pagi. Cadangan je ni...kadang2 tu kami dua ni lepas subuh tido tak ingat dunia...biasa la bukan ada sapa nak kacau. Gunakan kesempatan yang ada...

OK nak balik dah...selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~

Thursday, February 23, 2006

Dah siap pun...

Salam,

Lega sikit sebab banyak benda dah siap untuk semester ni:

1. Mid term exam dah buat, nak grading je.
2. Soalan final exam dah siap, esok nak bawa ke mesy sekolah.

Ok la tu...lepas ni nak fikir tajuk 2nd assignment habiskan semester ni sebab dah malas nak ngajar he he he...cuti lama sikit bulan 4 - 7 hmmm seronoknya, gumbira rasanya. Hopefully dapat buat 1 paper atau buku oklah...nak pi present malas banyak sangat prosedur la ni...3 kali dah cukup la kot.

Petang ni balik lepas maghrib...hmmm tak pa la kesian plak dekat abang bulat, sure dia nak buat notes untuk kelas esok, aku bleh update blog ni dan sembil baca blog orang sambil buat keja yang tak pernah selesai dll...tapi lapaq la...kenapa la aku tak beli apa2 tadi buat jajan sblm nak dinner...malam ni ntah la nak pi dapur mana plak. Aku ikut je...asalkan ada benda masuk perut.

Malam abang bulat pi driving range, bleh la aku tengok citer Filipin yang pada aku best...pada org lain tak tau la...hmm dah pukul 5pm, jiran aku dah siap2 nak balik kot dah dengar dia kemas2 meja dia, balik la Dr, duduk lama2 pun bukan ada kerja, aku lain la ada kerja part time, blogging ke ke ke...

Lunch dengan Ja, biasa la dok berangan dua2 orang nak buka kedai makan la plak, kat sini makan memang la payah, sebab tak berapa sedap, ikan, udang, ketam murah tapi ayam juga yang depa masak, yang lagi maleh tu fishball, hotdog juga yang dimasak...arghhh tensen sungguh. Kalau masak ikan bleh mcm2 masakan, masak lemak, masak sos, masak kicap, masak halia, kari tu memang tetap la...isk takkan la nak buat surat layang bertajuk : menu2 cadangan.

Ha ha ha, lawak sungguh anak Ja, dia dok puji air oren aku sedap, biasa la budak2... kreatif skit je, aku bancuh oren dan masukkan dlm botol mineral kecik2 sebab tu sedap, kalau masuk dlm botol besar mungkin kurenggg kot...

Alamak esok ada meeting soalan xm...dari 9am....jangan tanya pukul berapa habis, sebab silap2 sampai petang pun tak siap lagi...ntah2 bersambung Jumaat dan Isnin...biasanya mcm tu la...tak tau la mcm mana nak buat lagi, sure pening kepala orang baru, kami yang lama2 ni dah faham sangat, yang baru2 tu kesian la juga. Tak tahu la mekanisme apa lagi yang nak digunapakai untuk memastikan kelancaran perjalanan urusan penyediaan soalan ni (perghhh ayat formal...) kalau yang buat soalan ok senang citer yang KO payah tu...dan yang palin malas, soalan orang beria dia komen, tang soalan dia hah hancusss...macam2 la manusia ni. Yang best lagi semester lepas ada sorang ni dia bleh datang meeting, komen bersungguh2, bila sampai turn dia bentang dah hilang....pi buat soalan, apa kejadahnya dok komen soalan orang lain...tapi soalan sendiri tak siap lagi....isk isk isk dunia dunia...

Lapaq la petang ni sweets pun dah habis...mcm mana ni? Minum banyak2 berulang pi toilet plak...ada lagi sejam kat opis ni...bleh tahan ke? Tiba2 teringat kacang hijau dan keropok dalam tupperware tu...nyum nyum sure sedap kalau makan petang2 ni...aku ada kettle dkt opis ni tapi tadak kopi ka, milo ka nak bancuh buang karan juga, kalau bancuh benda2 tu nak cuci cawan plak malas... he he he so minum je air kosong ni...toilet pun bukan kena bayar...FOC je.

Oklah...stop sini malas nak menaip lagi...chalo!

~dariBMkeKK~

Wednesday, February 22, 2006

...akhirnya

Salam,

Akhirnya ok dah keta kami, rupanya meter minyak tak bergerak sebab ada plastik hitam kecik dlm pam minyak, hmmm sapa nak jawab tu...kami suspect masa isi minyak ada plastik dlm pam minyak hmmm sapa nak jawab ni...tak bersih le minyak S*ell ni rupanya or kat KK ni je kot or kat Stesen Minyak tu je kot ntah la...tak kisah le asalkan settled masalah tu alhamdulillah.

Makan Beriani lagi kat Bilal, hmm mamak ni letak kas kas kot...seminggu sekali mesti melabur kat kedai dia...lepas tu aku mcm biasa la tido sejam dua kat opis, mujur la kelas at 3pm memang sempat la tido, dengan nyenyaknya...kah kah kah...apa la aku ni dkt opis pun bleh membuta.

Kat kelas...nak ngamuk la juga, budak2 ni Mktg Mix dengan Comm. Mix pun tak bleh beza lagi...dah tahun 2 tu...isk isk isk. Esok depa ada mid term xm nak tengok mcm mana jawapan depa...kalau tak ok memang i need to do sth la...extra assignment ke apa ke...tak bleh manja sangat biar susah skrg drp nanti2 dah grad pun blank lagi...

Abang bulat mcm nak demam je...tak cukup tido kot...masa kat Penang dia tak cukup tido pasal menguruskan jenazah anak VC kami, dan menolong apa yang patut...

Bulan ni gaji 23hb ka...alamak ingatkan 23 tu Rabu, Khamis rupanya...sabar je la... tapi ok je bukan la tadak langsung, cuma tak bleh la nak pi shopping sakan, tapi skrg ni tadak apa pun yang aku teringin nak beli...ehh ada...nak beli kasut dan handbag boring dah dok bawa handbad ni, kasut pun dok pakai stok lama2 skrg ni, tapi tak best la...I need something new, loves the smells of new stuff...kwang2...akal nak ngabihkan duit...pirahhhh

Teruja dengan promotion kat Z*ji flight ticket S'pore-PEN S$58/- alamak bestnya, tapi bila check tarikh yang available dah habis plak tiket tu, tak pe la tadak rezeki (selamat RM aku...) tapi nak juga balik bulan 5 ni...hopefully AA ada promosi lagi kalau RM99 pun ok la tak payah la RM0 please Mr Tony...I wanna go home :)

Malam tadi tak habis pun tgk DHAC ntah2 apa la si Alia tu, sat suka sat jeles sat benci...eiii Rashid S ni suka memanjangkan plot drama, cepat2 la habis, malas penonton nak tengok. Bagus lagi cerita Stolen Moments kat Prima, walaupun aku tak suka negara ni...tapi cerita ni aku suka...

Isk lenguh plak jari telunjuk kiri ni...nak buat macam mana ntah, dah urut pun rasa sengal2 lagi...arghhh tolong tolong.

Oklah...stop sini...nanti la sambung lagi or, esok2 la cerita lagi ciao!

~dariBMkeKK~

Monday, February 20, 2006

Dah hujung bulan...

Salam,

Pejam celik pejam celik dah hujung bulan 2, kejap je...kalau tanya apa pencapaian setakat ni...hmmm ntah la no komen (mcm jawapan Ct Nurhaliza plak....)Weekend ok je...abang bulat tak dak kat rumah so Sabtu aku lepak kat opis sampai petang, pi la tengok penutup sukan kejap, tapi tak habis sebab tak solat Asar siap2 balik solat malas dah nak pi lagi sekali. Malam sabtu buat popia, nak bawa berkelah Ahad pagi... ke ke ke...bertuah sungguh husband outstation aku pi berkelah....tapi aku pi dengan permission dan dengan kawan pompuan la, bawa anak2 dia sekali.

Malam tengok Cerekarama...aku nak marah la dengan pengarah drama kat M'sia ni, watak2 baik mesti mati, cuba la jangan matikan watak Hasan tu...dan biar dia sempat kawin dengan Sahara, eiii malas la mcm ni disebabkan tadak citer yang best aku nganga juga tengok drama 'Dakapan Senja' tu...mujur lagu dia best, lagu Uji Rashid terbayang2 zaman kecik2 dulu...kalau pi jalan2 radio sure pasang lagu Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave...nostalgia. Naik kereta pun berhimpit2...mujur la kami jenis tak berani nak bergaduh dlm kereta, kalau tidak sure pening kepala mak abah. tapi yang aku ingat sangat2...dulu kalau nak pi SP sure kena lalu Jambatan Merdeka, then lalu replika Periuk Nasi sebab Kedah Negeri Jelapang Padi, aku dok tanya mak mana api pasai apa ada periuk saja...macam mana nasi nak masak...ish apa la komannya aku ni itu replika la bukan periuk betoi2...mujur mak jenis tak boring nak explain, yang pasti tiap kali lalu aku sure tanya ke ke ke...dlm cerdik2 aku...ada gak bengapnya... nobody perfect kwang3.

Pagi Ahad, dengan bersemangatnya aku bangkit awai...sebab janji dengan M nak pi 9am, dlm 8.30am dia call nak pi dlm 10am, hmmm sebabnya dia pi main bola baling, arghh ni yang maleh ni...dah tau nak pi piknik jgn la pi main bola lagi...last2 aku pi opis buat soalan xm, dlm 9.30am dia call ok dia dan anak2 dah siap, ok la jumpa la kami kat sana. 2nd time aku pi kawasan TA, 1st time tahun 99 hah! Dah lama tu...tapi ok la buat2 sand castle dengan anak2 dia, makan nasi lemak dan popia, kenyang dan seronok...tapi tak bleh mandi sebab abang bulat dah warning jangan mandi...risau dia dengan wife dia ni, kadang2 bleh terlupa dunia seketika kalau dah seronok ke ke ke, so aku pun tak pi langsung main air laut walaupun siap bawa baju salin, isk isk isk terliur je tengok air laut tu...mujur air surut so tak la ralat sangat. Tak pa la nanti2 pi dengan abang bulat la...pi Sa*ban*ar ka lawa skit pantai situ.

M mentioned pasal dia ada kenal sorang mamat ni...kawan lama, tapi dah ada famili, aku dengar je, mulut ringan je nak minta dia jangan la contact lebih2 kesian famili lelaki tu, bukan apa...fikir kalau kita di tempat wife dia. Tak pa biar la...dah matang pun rasanya dia boleh fikir sendiri.

Balik piknik, aku tidur sampai pukul 2pm, tengok Melodi kejap2...ingat nak pi rumah Kak Yat, tapi hujan plak...malas la, petang lepas siap laundry, pi isi minyak, tapi misteri nusantara la plak...meter tak bergerak plak, isk mcm mana ni? Tak pa maybe sebab cuaca sejuk meter malas nak gerak, malam mkn burger McD je, nak masak malas...sebab hujan (alasan....ke ke ke) tengok TV sambil baring sikit lagi je nak terlelap, tak larat la nak habiskan Smallville, tido 10.30pm sedar2 5.40am, bangun Subuh, sambung lagi sampai 7.15am, pi isi minyak lagi tak naik2 juga meter...hah macam mana ni. Hasilnya 8.30am le sampai opis pagi ni, siap juga soalan xm aku...lega, abang bulat telefon, flight KLIA-BKI 2.30pm, 4.30pm la baru nak jalan.

Tadi pi dengar talk by VC U kat India pasal Islam in India. Ok juga tapi blah awal sebab Sal nak pi ambik anak2 dia, lunch kat YS, hari ni orang bercerita pasal arwah anak VC, kesian plak dah ajal dia. Allah pinjamkan kejap je dekat mak dan bapa dia. Kita ni ntah bila plak masa kita...harap2 cukup bekalan untuk Akhirat...amin!!!

Bila Achik sebut pasal teringat US kalau dengar lagu2 yang berkaitan, aku setuju sebab aku pun selalu terasa rindu sangat dengan kenangan2 kat sana...lagu Melissa Ethridge, Alanis (Jagged Little Pills), U2 (Staring at The Sun), The Wallflowers (One Head Light), Verve Pipe (The Freshmen)...arghhh rindunya...rasa mcm nak pi sana, rindu dengan kawan2 dengan suasana kat NU, suasana kat Midland, suasana kat Meijer, kat rumah Malecki's (aku pernah jadi baby sitter this family for 2 years), semua la kat sana...tapi mungkin masa tu masih study, tadak tanggungjawab sangat so life was so simple, bebas...tapi jangan salah faham, kat tempat kami walaupun ramai yang ber 'couple' tapi tadak le yang duduk serumah...masih ada perasaan malu lagi kot. Aku pernah pi tempat kawan dekat OK, hmmm sempoi je budak lelaki tu keluar dari bilik budak pompuan, muka memang baru bangkit tido la...dan sempoi je diorang dok citer tido sama2...arggg aku mcm biasa la buat relax tapi dlm hati isk isk isk tak malu ka depa ni?

Yang best masa kat US ada je peluang nak berjalan2...walaupun tak semua negeri aku pi kira ok la...sebab ada kawan aku tak pernah keluar dari negeri yang dia belajar sebab sama2 dengan BF dia, kekonon kumpul duit la balik M'sia nak kawin...ntah la jadi ke tidak, kalau tak jadi hmmm aku rasa dia rugi la sebab bukan senang nak pi sana lagi...tambah2 kalau tengok keadaan skrg ni. Rezeki masing2 la...

In conclusion, aku puas hati dengan masa aku kat US tu...aku memang tadak BF maybe sebab aku ni garang sangat so tak terjadi la perkara2 tak berkenaan, aku jaga 5 waktu (Alhamdulillah...), aku khatam Quran 2 kali, aku kerja 1 tahun, aku travel sana sini, aku kenal ramai orang...dan aku dapat banyak pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kad kredit...dan aku dapat kawan2 yang sampai sekarang aku contact...walaupun tak sekerap dulu tapi masih tau apa yang jadi dekat depa, dan malam tadi masa sms dgn Nda (ex-roommate) aku sms S juga my best friend yang aku pernah tumpang kereta dari BM ke KL 2,3 kali sampaikan famili aku ingat dia ni BF aku, dan aku memang yakin dari dulu kami memang akan berkawan saja sebab aku tau taste dia macam mana...aku nak intro dia dkt abang bulat tapi nanti2 la kalau pi KL one fine day I will...insyaAllah. Dengan kereta dia la kami rajin pi Chicago sebab nak mkn Beriani...gambar kami punyalah banyak...dan aku rasa lega sebab dia kata dia masih kerja di company yang sama, dia ni rajin sangat tukar kerja sampaikan aku dan kawan2 lain risau...but he's so lucky ada je rezeki dia...kat establish company plak tu...memang he's so lucky and I hope he'll get one nice girl for his wife.

Oklah...aku nak sangat bercerita pasal kenangan di US tapi idea sangkut2...nanti2 la bila aku tadak keja sangat2 aku nak cerita masa tahun 1 - 3 kat sana...insyaAllah. Ok stop sini...nak tengok keja lain plak....ciao :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, February 14, 2006

Minggu ke minggu....

Salam,

Dah masuk minggu ke-3 bulan Feb 2006, apa yang dah aku capai untuk bulan ni? Azam nak 'pregnant' so far blom ada apa2 tanda lagi...tapi usaha dah ada insyaAllah mudah-mudahan Allah Taala makbulkan doa dan usaha kami aminnnn!!!

Gatal je tangan ni nak booking air asia bulan 4 atau 5 ni...tapi tak discuss lagi dengan abang bulat, ntah la rasa nak balik sekejap, sebab kalau tak balik memang raya nanti la baru balik, lama lagi tu. Plan nak balik kampung sini bulan 6 ni...dengar2 ada orang nak merisik adik ipar yang bongsu, ok la tu bleh makan kenduri tak lama lagi. Orang Semporna...aku pun blom pernah sampai sana, bleh pi Sipadan Island, he he he...isk ada ke bleh plan nak pi melancong plak. Akal nak perabih duit memang terrer...

Sekarang kami dah minum Habbatussuda, memang lain mcm skit rasa dia tapi tahan je la lagipun namanya ubat mana ada ubat yang yummy...vitamin budak2 ada la perisa mcm2... Malam tadi aku buat bubur asyura, tapi disebabkan tak letak garam tak rasa lemak sangat, tapi manis dah ok. Tak pa...1st time buat, nanti2 ok la tu...petang ni bleh bagi kat kawan2 yang berkenaan...silap2 abang bulat habiskan, dia kalau yang ok memang tadak masalah nak mengabiskan...tengok badan le :)

Petang ahad, pakcik abang bulat pi rumah, biasa la kalau orang mai rumah kami depa yang lorat, sunyi la kan duduk dua orang....hmmm tapi so far kami ok je, rasa lebih bebas duduk berdua, aku faham la sebab adik ipar dah tak duduk sini lagi, menyewa bilik, so...apa masalahnya. Berdikari le...dah kerja sendiri, sampai bila nak duduk dengan sedara mara. Ntah la....masing2 ada pendapat sendiri la, aku insyaAllah kalau ada anak, make sure anak kita berdikari, boleh duduk dengan orang tapi sekejap saja sebelum nak selesa dengan persekitaran, kalau lama2 duduk rumah orang pun tak bagus juga, ntah la ini pendapat aku la.

Dari bulan ke bulan aku perasan kakak ipar aku makin kerap minta bantuan abang bulat, yang aku kagum tu tengah2 bulan pun daia sanggup sms or telefon minta bantuan kecemasan, pelik bin ajaib gak sebab hari tu kata jaga anak orang, tapi apa hal? Aku suspect sendiri2 la...abang ipar aku tu ada masalah kot...kalau tidak takkan la sampai nak bayar bil api pun minta kat abang bulat? Ntah la depa ni, memang la kami mampu nak hulur2 tapi setakat ni kami berdua kalau sampai nanti2 bila kami dah bertiga, berempat ... dok kena hulur bantuan kecemasan tengah2 bulan aku tak tau nak cakap apa la...

Adat berumahtangga....

Tadi turun pi bilik komputer...nak print banyak2 pun tak selesa sebab ramai plak orang, so aku print 2 transperancies je...untuk esok sblm mid term exam. Soalan dah photostat, lega dah...kelas petang ni tak nak bincang apa lagi...nak dengar budak2 present je...then soal daripada presentation tu...

Kat opis le ni aku blog hopping merata...teringin gak nak jumpa kenkawan lain selain achik dan mar tapi so far blom ada lagi...agaknya diorang ni busy kot aku je yang kurang busy, best keja lecturer ni ada gak masa nak bersosial walaupun kat dlm bilik. Bleh kenal mcm2 orang...tapi so far aku baca je entries...komen kadang2 je aku letak, the rest aku baca dan baca...mana yang cerita menarik aku follow, mana yang so so aku baca gak sampai habis, mana yang berkait hal rumahtangga aku baca dan berdoa agar aku dan abang bulat dijauhi daripada dugaan hebat mcm tu...bukan takut dengan dugaan cuma yang biasa2 tu terima sebab hidup kena la ada dugaan...yang heavy tu hmmm minta dijauhkan....

Kereta baru ok...alhamdulillah aku tadak masalah nak handle...aku ni fleksibel skit, bleh je nak adapt. Tapi biasa la org yang mcm tak caya dengan aku...sebab saiz kecik, eleh... daripada badan je besar tapi hampeh, baik le macam aku...dulu2 bengang juga tapi la ni lantak le malas nak layan.

Jiran aku macam biasa le buka dan tutup pintu macam nak runtuh dinding bilik ni... sama ada pintu dia memang payah nak tutup rapat atau memang dia ni jenis tutup pintu mcm mengamuk...aik...tensen juga kadang2...tapi aku buat2 hepi la...

Sekarang ni dtg opis pun mcm tak best je...ramai sangat muka2 baru...tak kenal sangat, aku kadang2 mai angin malas nak layan orang aku senyum je tak berkata2... kalau nak kata sombong pun kata la...tapi aku dah senyum tadi, kalau orang sombong takkan nak senyum plak...so aku tak la sombong cuma malas nak bersuara (erkkk...apo ni?)

Banyak benda nak cerita...tapi bila duduk depan komputer ni terbang semua idea. Memang la aku bukan good writer, aku good listener pun bukan, so sampai kat sini je la good bye !!!

~dariBMkeKK~

Thursday, February 09, 2006

10 Muharam

Salam,

Alhamdulillah dapat 2 hari dah posa dlm bulan ni...Isnin dan hari ni (insyaAllah), hari ni siap bangun sahur lagi sebab abang bulat pun posa juga, tak le paksa dia cuma dia nak juga posa, kesian juga sebab hari ni dia ada kelas pagi dan petang, maybe dia OK tu sebab tak telefon pun cakap letih ke apa ke...hari ni aku relax manjang dari pagi tadi sampai sekarang ni...tak dak mood la nak buat apa2...apa2 pun sat lagi kena turun print soalan midterm next week, make copies dll...takut mana le tau next week toner mesin photostat habis ka, printer tadak toner ke...isk bukan bleh harap sangat kat sini...malas nak pi photostat kat kedai...walaupun kos bukan le mahal sangat tapi diorang ni mcm tak jaga kebajikan kami je...kalau untuk pegawai2 ok je untuk ahli akademik mcm berkira plak...jeles ke?

Ada dua tiga orang tegur kereta baru kami...he he he syhhh dediam, lama2 nanti orang tau juga, awal2 ni relax dulu, lagipun nak sembunyi mcm mana pun, bukan besar sangat tempat ni...kat KK pun bleh jumpa beberapa kali dlm sebulan (hmm ntah2 seminggu...). Petang kelmarin abah telefon, hmm ingat juga depa dekat aku dengan abang bulat, mak pun cakap gak...isk Pika balik dari sini demam seminggu, macam mana nak mai lagi? kwang2...tak pa la...next time tak payah bawa dia pi tepi2 pantai, pi shopping complex je...2,3 tahun lagi ada beberapa attractions kat sini...menunggu2 yang dekat Sutera Habour tu, kot2 ada mcm Berjaya Times Sq. bleh pi ronda2 sakan.

Alhamdulillah beberapa kali aku bangun qiamullail minggu ni...dah lama tak buat, rasa tenang dan lepas tu susah plak nak pejam mata balik. Sekarang dah juz 23, lagi 7 lagi, nak cepat2 habis, nanti bleh start baca Quran lain plak. Ada 1 lagi Quran yang sorang kawan ni bagi hadiah kawin, insyaAllah bila baca dapat gak pahala dekat dia, yang aku baca skrg ni adik ipar bagi dia dpt hadiah syarahan ke apa ntah, aku ambik je orang dah bagi. Tq :)

Tadi aku tido 45 minit...pelik awat la alarm tak bunyi...check balik aku kunci 1.45am bukan pm...kalau dok tunggu juga alarm tu berbunyi sampai asar le aku tido kwang2...tapi tak pe kunci pintu lagi pun semester ni budak2 pun tak berapa nak mai bilik, diorang prefer jumpa kat kelas je...ok le tu bagus gak. Bangun tido pi le toilet nak cuci muka, he he he sure kalau ada budak yang perasan muka bangun tido aku akan bengkek, time keja bleh membuta, tapi aku membuta masa lunch hour la...
Terserempak dengan kawan tadi dia kata meeting pengesahan next week, isk abang bulat dah hantar CV ke blom ... geram gak sebab dia kalau kita beria2 balik malam ni nak paksa dia update dan make sure early next week hantar kat Pendaftar. Aku dah hantar lama dah dekat Pendaftar...tapi biasa la diorang meeting pun ntah berapa kali dlm setahun...so sabaq ja la...malas nak layan. Masa bercakap2 tu risau gak dia perasan muka sembab aku, tapi biasa la buat2 cool...walaupun malu la juga erkkkk...

Minggu depan meeting sekolah lagi...tapi aku seronok gak sebab aku ada kelas masa tu...so paling2 awal pun pukul 11am le baru masuk bestnya...aku nak masuk 11.30am lepas siap semua kerja2 dan siap membaca e mel, blog dll...lama kalau sekolah ni meeting, kadang2 tu mcm meeting mengesahkan minit je, buhsan gue.

Oklah...tadak idea nak mengarang lagi...ciao!

~dariBMkeKK~

Monday, February 06, 2006

Syoknya cuti...

Salam,

Wow...seronoknya cuti kali ni...lama bercuti dan berjalan2 sakan...kira berbaloi la. Mak dengan abah dah balik Penang sedihnya...terasa sunyi plak rumah tu, tapi tak pe next time aku ajak lagi ramai2 yang lain mai lepak rumah kami. Abang bulat pun tak kisah nak bawa pi jalan2...ntah la dia kalau belah dia mai biasa2 je, tapi Alhamdulillah ada tetamu belah aku dia ok...yang aku pasti kami tak meminta lebih2... mana bawa kami ikut, kalu belah dia demand juga kadang2 tu...biasa le no komen!

Kami beli kereta baru...Optra, selesa sangat...biasa le kalut le org S nak tau kereta mcm mana...isk boring gak. Biasa2 dah le...tambah boring sebab aku ada share dlm kereta tu nanti2 diorang akan ingat itu kereta abang bulat...tolong sikit ye... aku bukan la nak berkira cuma hormati aku as a shareholder (kwang2...) macam bisnes plak :) tapi aku tak kira...ntah la aku bukan tak nak berbaik tapi diorang ni lain skit bila kita berbaik diorang mcm lebih2...hujung2 bulan nak RM hmmm payah la... dengan abang bulat tak pe la adik diorang aku malas nak layan la.

Aku nekad lepas ni aku tak nak pi rumah no 12 lagi...biar le apa2 hal pun, diorang ni main sedap mulut je nak komen itu ini, tak fikir ke apa perasaan orang lain. Tak pe la...kalau diorang ingat rezeki lepas kahwin ialah anak sahaja...sedangkan rumah, kereta, gaji dll juga rezeki...tapi payah kalau bertekak dengan orang kurang IQ ni, tak pa la kalau sampai beranak pinak diorang bleh duduk rumah free, insyaAllah aku tak nak at least ada rumah sendiri senang skit. Lantak le...sama je anak beranak dan menantu...malas la nak layan bukan diorang bagi nasi kat kami pun...tapi sakit hati la juga, memang aku nekad habis...susah kalau kenal dengan orang tak puas mengawal hidup anak2...sampaikan anak orang pun dia akan sibuk juga, manusia mcm ni pun ada. Yang haru kita kenal plak...isk tensen gue.

Aku puasa hari ni...dah dua tiga kali terlelap...blom pukul 10 lagi, isk mcm mana ni... macam letih je, tapi tak pa try juga, puasa sunat sebab dah habis ganti pun...

Stop sat....nak sambung buat soalan midterm.

=====================================================================================