Monday, February 23, 2009

Jawab je :)

Salam,

Saya kena tag... jawab je bukan susah sangat ke ke ke :) Ct ni jawapan yang bleh difikirkan... ok ka?

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Ha***nd*

2. Four letter word: huge

3. A boy's name: Hasan

4. A girl's name: Hannah

5. An occupation: Headmaster

6. A color: 'Hijau'

7. Something you'll wear: hot pants [ke ke ke tipu la tu...]

8. A food: hotdog

9. Something found in the bathroom: 'habuk'

10. A place: Holland [Michigan, USA]

11. A reason for being late: hmmmm jap nak fikir :)

12. Something you'd shout: hoitsss....

13. A movie title: Highlanders [semua siri yang ada pernah tengok...termasuk yg kat TV tu.]

14. Something you drink: horlicks

15. A musical group: Hujan [pagi yang gelapppp kini sudah teranggg...]

16. An animal: hawk

17. A street: Hudson st. [kat US kat UK kat Aust. mesti ada nama jalan camni ke ke ke]

18. A type of car: Hyundai Matrix

19. The title of a song: 'Hujan'

Saya nak tag:
-sesapa yang sudi nak buat.. ;)
Khamis minggu lepas sampai kelmarin Ahad, kami balik Sdkn. MIL buat kenduri skit. Petang kelmarin sampai KK, malam keluar kejap j/k taman belanja kami makan2... rezeki jangan ditolak. Selesai makan dah 9pm, sampai rumah kanak-kanak pun dah ngantuk... depa lena sakan, kami pun tengok la MyStarz LG... camno la bleh menang kat Wana tu... suara biasa-biasa je. Rezeki dia la kot, dapat selatus libu ooooo.... isk isk isk
Pagi ni bangun awal, sidai kain, cuci kain dll... banyak lagi barang blom simpan, hmmmm kena nekad baru keja-keja tu siap, bukan susah sangat pun. Oklah... cau cin cau dulu. :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, February 18, 2009

Jawab tag Achik...

Salam,

Dah orang tag jawab je .... ada gak entry baru :)


1. Do you think you're hot?

Hmmm kejap nak fikir, tak de la hot mana... suam suam kuku je [ke ke ke...]





2. Upload your favourite picture of you!

3. Why do you like that picture?
Gambar sblm bersalin... kandid abang bulat yang ambik, dok baca majalah sblm ditolak masuk labor room :) suka gambar ni sebab tatau la bila akan merasa pengalaman mengandung lagi ;) ada rezeki lagi Alhamdulillah, kalau 2 ni je pun Alhamdulillah... :)

4. When is your last time you ate pizza?
Last month, hari Sabtu tak sempat masak. [+ malas nak masak ke ke ke]

5. The last song you listened to...
Ayat-ayat Cinta - Rossa

6. What are you doing right now beside this?
Kemas-kemas meja dan kemas apa yang patut, sambil YM, baca blog itu ini, balas e mel ... bla bla bla....



7. What name do you prefer besides yours?
Ok dah nama le ni, tak nak la ubah-ubah lagi :)



People I tag :

1. Ayu

2. Zek Zek [2 orang dah tag hang kena buat juga2 tau... :)]

3. Simah [hang busy aku tau....]

4. Hazel [layan je....]

5. Ilah [",]



8. Who is number one?
Kenai kat blog je, tapi pernah la e mel dia, kekonon nak hantar baju nak jahitkan labuci bagai... sampai ke sudah aku tak pos, ke ke ke sorry la Ayu, mula-mula macam beria, tetiba malas plak nak pos baju tu... sabaq je la :)



9. Number three is having relationship with?
Halil la laki dia... org Turki ;)



10. Say something about number 5.
Kawan lama... kenai sejak umur 7 tahun (darjah 1) sampai umur 17 tahun(SPM) kami sama sekolah... lepas tu terpisah...sebab dia pi US lepas SPM, masa aku pi US lepas ITM tak plak ter'contact' dia kat sana... dah kat KK ni baru la tersambung balik silaturrahim... insyaAllah lepas ni tak terputus lagi. :)



11. How about number 4?
Kenai kat blog juga... dia ni kat Sydney tapi macam kat Ipoh je, rajin balik M'sia minah ni ke ke ke... oppppsss... la ni hang kat Sydney kan, bkn Ipoh?



12. No 2 kenai kat blog juga, dia...dulu2 dia kat Tanah Arab, la ni dah kat Tanah Melayu ke ke ke... yang aku kagum dia ni pandai buat kek... isk mmg aku tadak la skill buat kek, skill makan kek ada le :)

OK itu je... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Monday, February 16, 2009

Selepas bercuti

Salam,

Minggu lepas kami balik KL, 4 - 12Feb. Seronok... :) melatih kekanak naik flight, alhamduilllah ok. Tido je... seronok kot terbuai-buai dalam flight tu. Jaga untuk minum susu 1 kali lepas tu sambung lena. :)

Sempat balik kampung lepas selesai urusan yang sepatutnya, hi way pun clear, selesa la... ada 2 orang misi ikut kami balik, misi Nina dan misi Angah ke ke ke... cuma tersilap skit, sblm sampai BM, kami singgah kat RnR Sg Bak*p yang agak sunyi tukar lampin kakak... lepas tu dia nangis sepanjang jalan, sampai rumah dah maghrib... sampaikan mak pi panggil sorang bidan ni... makcik tu buat minyak celak dan air skit, kejap lepas tu diam dah dok senyum2 dan gelak2... makcik tu kata memang ada yang berkenan... ikut balik ... isk seram plak. Alhamdullillah malam tu depa tido lena je. Penat kot.

Sabtu, pagi sampai petang orang mai rumah... kenkawan, sedara dll... budak-budak tu dah orang dok melayan tak nak lena la... malam buat perangai lagi, sebab penat. Tapi kejap je lepas dah betul-betul lena pasang TV kuat-kuat pun memang depa tak jaga lagi. Layan je la.

Ahad, pi Pdg Ser*i rumah mak menakan, lepas tu pi SP dan last sekali pi Merb*k jumpa sepupu depa yang rajin melayan depa masa dalam perut dulu. Kakak perut masuk angin plak petang tu... lepas sapu minyak OK la... sebelum dpt kesan perut dia kembung tu jenuhlah pujuk sebab dia melalak sakan. Penat la tu... jenjalan sana sini.

Isnin tengahari baliklah kami ke KL semula... insyaAllah panjang umur balik lagi :)

Oh ya... gambar kat bawah ni special untuk Achik Ilah yang sudi menaja alas yang cantik ni... kekanak pun suka lepak-lepak dalam ni... tapi kejap je la lepas tu buat-buat menangis la, batuk la... bila diangkat senyum senyum... sabar je la. Tapi bila letak untuk posing bleh lama pulak... isk isk isk...layan je la.

Gambar 1:

Menangis sakan bila letak dekat-dekat camni, iyelah dua-dua dah bam bam... panaslah kot kalau letak dekat-dekat camtu. Sabar ye nak ambil gambar dulu :)




Gambar 2:

Ok dah cool... kakak bisik kat adik suruh pandang kamera, mama dgn angah dok cari shot yang menarik [kekonon la....]



Gambar 3:

Wah... dah pandang kamera pun... macam tu le, janganlah nangis-nangis...nanti tak ambil gambar lagi. Special pose for Achik Ilah... :)




Gambar 4:

Sama ke muka kami?


Ok... ini saja yang mampu ... time is running out, busy ni ... busy pasai apa, nanti ye aku citer ciaoooooooooooooo!!!

~dariBMkeKK~