Tuesday, June 27, 2006

Hari mengemas sedunia....

Salam,

Perghhh hari ni setengah hari aku membersihkan bilik, buang segala assignments, budak-budak yang dah grad tu aku memang buang je assignments depa, tak larat nak simpan lagi... punyalah banyak...3 plastik hitam besar, 2 kotak skrg ni dah clear sikit... makcik cleaner sure suka sebab depa boleh jual kertas-kertas tu... ambiklah makcik duit tu buat beli beras ka ikan ka... apa-apa yang patutlah...Boleh bisnes aku lepas ni, jual 'comb binding' segala saiz ada :) tapi aku tak la nak menangguk di air keruh... nanti sedekah je kat budak-budak yang ambik subjek aku...kalau depa nak buat assignment. Dapat gak pahala kan kan kan...amin!!!

Seronok sikit sebab dah kosong rak buku aku dengan benda-benda tak berkenaan...esok bolehlah minta makcik tu mop bilik, nanti bila dah start semester bilik ni macam klinik sebab kejap-kejap budak ketuk pintu masa tu kenalah bersabar banyak-banyak sebab kadang-kadang fe'el budak-budak ni menduga kesabaran juga. Explain banyak kali pun tak berapa nak faham...hangin satu badan kadang-kadang tu.

Hari ni walaupun tak hujan tapi cuaca sejuk juga...angin sejuk je. Eiii tido sedap ni... tapi disebabkan ada keja maka tidaklah dapat aku meneruskan cita-cita nak tido kejap lepas Zohor. Dah la masuk opis pukul 9am. Punch card merah tu biasalah bagi aku ni...tapi balik keja lewatlah sikit...lepas maghrib ka...janji lebih 8 jam kat opis (tapi kadang-kadang tak cukup juga ke ke ke).

Tadak benda yang menarik pun kat opis atau kat mana-mana yang aku pi hari ni....segala-galanya biasa saja.

Malam tadi dah mula belek-belek 1 thesis...dah start komen itu ini...belum habis pun 1 bab, minah tu buat 7 bab (200++ pages)...erk...pengsanlah makcik nak membaca dan nak komen, tapi demi tugas akan ku komen apa yang patut...sementara ada peluang nak komen. Nanti-nanti kalau orang komen keja kita redha saja le :)

Hmmm kurang sikit sakit ulser aku ni, malam tadi aku letak garam, tapi kat rumah tadak garam kasar, garam halus pun jadilah...sakitnya...tapi tahanlah juga...cari bonjel* tak jumpa...adalah tu kat mana-mana. Sdkn panas sangat so mulut ni pecah-pecah la. Jadi, kawan-kawan kalau ada ulser letaklah garam kasar sebiji kat atas ulser tu cepat je reda sakit tu...tapi kena tahanlah.

Lupa nak cerita...aku tengok gambar SIL bertunang, tunang dia yang sarungkan cincin. Selalu kalau bertunang sapa yang sarungkan cincin? Aku tanya sebab aku dengan abang bulat tak bertunang kami terus nikah. Jauh weh...mana mampu nak travel pi mai pi mai... macam kes simah juga, bezanya kawan kita tu lagi jauh...merentasi benua, aku merentasi laut cina sela*an saja.

Dulu masa kakak aku bertunang aku semedang tak dapat tengok, masa tu sekolah rendah mana nak heran, dok berlari sana sini je...ada dua tiga kali kat asrama tak dpt balik...ada sekali kat US, jadinya tak la dapat follow dengan terperinci. ke ke ke sure pelik berapa kali daaa kakak aku bertunang?...kakak aku 5 orang memanglah banyak kali majlis bertunang.

InsyaAllah kenduri bulan 12 ni, kat Semp*rna. Rumah tunang SIL atas air (menurut info MIL)... confirm Baj*u Laut, sure pandai berenang mamat tu :) dengar kata orang Baj*u Laut, kecik-kecik lagi dah dibuang dalam air...then pandai-pandailah berenang budak tu...bagus jugakan...tak payah nak masuk swimming class macam kita ni. Jimat duit depa.

Ehhh masuk citer orang Baj*u Laut pulak...nampak sangat chacha marba N3 kali ni...sabaq saja la.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku stop kejap menulis...pi minum petang, kawan ajak pekena teh tarik. Biasalah petang-petang ni boring juga duduk dlm opis je. Teh tarik + roti sebiji tahanlah perut ni sampai malam...harus diingat aku kena balik lambat hari ni (sapa suruh mai lambatkan...)

Abang bulat dah janji nak pi Le Meri*dien lagi lepas dia dpt claim mengajar luar kampus... ke ke ke...aku OK je. Lama tak berenang...seronok sebab kat situ swimming pool besar dan orang tak ramai. Biasalah hotel yang orang duduk semalam dua je mana sempat depa nak guna sepenuhnya kemudahan dalam tu. Jadi kami yang tak dak urusan rasmi ni pi la situ memeriahkan keadaan, siap bersauna bagai lagi...best best. Bilik pun besar, TV plasma eii kira menyeronokkan la kat situ, yang lagi best ada Govt. rate, kira murahlah juga untuk sekali sekala... selalu tak dapatlah sengkek la kalau selalu :)

Kalau ada sesapa nak mai KK atas urusan rasmi duduklah hotel tu sebab dekat dengan Pasar Filipin*, nak beli segala gelang mutiara, kristal, manik, tikar dll senang...tak payah jalan jauh. B'fast dia pun sedap. Dinner tak tau lah sedap ke tidak sebab kami pi makan kat luar...(ehhh dok promo pulak...)

Oklah...stop dulu nanti hotel tu kena bayar aku pulak sebab bagi free promo, cia0...ta ta :)

~dariBMkeKK~

Monday, June 26, 2006

Hari Isnin yang sejukkkk....brrrrr

Salam,

Sejuknya hari ni...rasanya dalam semua berita malam ni mesti ada cite pasal banjir kat KK, sebabnya hujan selebat-lebatnya dari petang kelmarin sampailah pagi ni. Malam tadi hujan lebat + angin kencang...pagi ni tengok sungai kat sini air memang naiklah...dan rasanya kat kawasan-kawasan yang kalau hujan 2,3 jam pun air naik mesti dah banjir pagi tadi.

Biasalah...bila banyak pembangunan, banjir pun muncul kat sana sini...yang kesian tu kalau kena dekat orang susah...ramai makcik cleaner tak datang pagi ni, rasanya rumah depa air naik lagi tu.

MIL dah turun sikit darah dan tahap gula...so dia kena pantang itu ini, merungut dia sebab tak boleh makan macam-macam...jenuhlah anak-anak nak pesan. Aku kadang-kadang tercakap juga suruh dia pantang tapi bila sedar diri hmmm control control...biarlah anak-anak dia yang bising, takut nanti dia silap interpret plak apa yang aku cakap...hah dah kecik hati ka berdosa saja....

Aku tak tengok konsert akhir tapi aku dapat dengar je, rumah SIL aku tingkat 3, orang rumah tingkat 1 dan 4 pasang TV macam dia sorang je ada TV, kuat sangat. Jadinya semua orang boleh dengar sebiji-sebiji perjalanan konsert tu, eiii macam-macam fe'el orang duduk flat ni. Petang kelmarin barulah dapat tgk ulangan kat ch 15.

Yang best trip kali ni, kami bersungguh-sungguh membeli ikan dan udang...sebab makanan laut (yang mentah) memang murah kat Sdkn, udang besar sekilo RM12/- fresh pulak tu, ikan siakap hidup-hidup lagi, lobster besar-besar, eiii geram tengok. Kami beli tenggiri, ikan merah, udang besar. Malam tadi aku dah goreng udang, masak cili ikan tenggiri, goreng pekasam (Perl*s mari....) sedap makan nasi...Alhamdulillah :)

Malam tadi aku tak la tengok Eng main sebab ngantuk, sedar-sedar dah 1 - 0, menang juga Eng. Aku tak la minat sangat pasukan ni...tapi dah tadak benda layan saja ....

Pagi ni punyalah malasnya nak datang opis, dahlah hujan...sejukkkk...tapi kena mai juga.

Kenapa aku panggil my husband 'abang bulat'? hmmm kenapa ye???

Sebab suamiku ini, bulat dan comei ... kwang kwang kwang...1st time intro kat adik beradik, depa kata muka dia macam Afdl*n Shauk*, badan pun macam tu juga...cuma abang bulat pakai spek. Makin lama makin bulat sebab alasan dia aku masak sedap...(biasalah bodek....) jadi dia makan banyak... apo-apo le abang bulat :)

Hari ni kebanyakan boss tadak kat kampus sebab depa ada program kat Kening*u, makanya kami pun gumbira ria ... tadi around 11am keluar pi tampal tayar, pi bayar bills, makan dll pukul 1.30pm baru balik opis. Biasalah tu...seronoklah kami sebelum minggu depan...bila masuk budak baru...hah tak dapat nak berseronok lagi...memang busy habislah...dengan kuliah, nak sign borang gugur/tambah kursus dll...tak boleh nak bersuka ria lagi.

Stop dulu...tadak ide nak cerita panjang...ciao :)

~dariBMkeKK~

Thursday, June 22, 2006

dari klinik ke kedai mamak....

Salam,

Punyalah pening kepala dan lapaqnya pagi ni....maklumlah doktor pesan jangan makan selama 12 jam sblm nak pi ambik darah...so starting from 10pm last nite, aku cuma boleh minum air kosong sahaja...pagi ni memang lapaq kebuloq dll. aku suruhlah abang bulat pi makan, tapi ntah la dia tu nak juga ikut aku...kesian juga dkt dia. Tapi dah dia nak ikut gak apo nak di kato...

Pukul 10.30am doktor pun ambik darah aku...tak ingatlah bila kali terakhir aku ambik darah ni, sebab doktor tengok aku macam kekok je...dia pun pelik. Bersungguh-sungguh dia pesan tarik nafas, jangan tengok proses tu...tapi biasalah dah aku tak rasa sakit aku selamba je tengok, siap boleh sembang-sembang lagi...(doktor sure pelik, species apakah ini....), dia tegur aku...hmmm tak takut darah ye. Sengih sajalah....tak tau ka aku ni brutal...orang brutal mana boleh takut darah isk isk isk...

Keluar saja dari klinik...terus terpa kedai mamak depan tu pekena beriani ayam, perghh barulah segar badan, ceria, dan minda pun terbuka sikit ke ke ke...lapaq weh...mujurlah malam tadi dah makan sakan masa dinner (PEMERIAH majlislah katakan...)

Oklah...minggu depan dan minggu seterusnya aku akan busy dengan thesis budak2 master & doktor falsafah...ada 3 thesis yang nak kena nilai...isk isk isk tensi gue, bukan boleh baca macam tu saja...kena tengok segala benda yang berkaitan...aku malas arghhhh...tapi apakan daya itulah salah satu tanggung jawab aku kat sini...maka akan berakhirlah sesi blogging, jawab komen dan kawasan-kawasan yang sewaktu. Tapi tak pe semua ni ada nilai untuk prestasi kerja... mudah-mudahan banyaklah markah aku tahun ni...(kalaulah blogging pun dikira ... sure full mark aku tahun ni ke ke ke...)

Esok pagi aku akan berjalan jauh dengan abang bulat...kami balik Sandak*n, tapi best sikit kot kali ni sebab naik keta besar sikit, last time bawa Wira...kita yang duduk sebelah ni pun lenguh badan...harap-harap perjalanan lancar, tak plan lagi nak bawa bekal apa...tapi biasalah paling senang goreng bihun dan buat sandwiches la...

Bestnya kawan aku baru sms, ikan pekas*m made in Perl*s dan ada...best best...petang ni pi ambik, malam ni sempat lagi masak....(ehhh macam mengidam pulak aku ni...) tapi eiii makan nasi panas-panas berlaukkan ikan pekas*m memang bestlah....tak dapat nak digambarkan. Kalau balik awal...nak buat gulai ikan kering + kacang panjang perghhh terangkat beb!!!

Stop sini dulu...selamat berhujung minggu dan bermalas-malasan...minggu ni nak pi tgk konsert kat mana ntah, ajak abang bulat cari kedai mamak lah nampak gayanya...kat rumah kak dia tadak Astr*, tak demamlah kami minggu ni :)

Ciao ta ta

~dariBMkeKK~








Wednesday, June 21, 2006

Conf::::::::::erence & aku

Salam,

Pagi ni awal sampai opis, bukanlah sebab rajin tapi sebab nak kejar perasmian Conf. ada ucaptama dan sebagainya. Sebagai pemeriah majlis sahaja, kami relax la...masa ucaptama pun boleh berborak sakan...tapi cover line la juga...kadang-kadang boring juga pi conf. ni, kekonon macam bagus je semua orang...tambah-tambah kalau yang buat kat M'sia ni...conf. kat o'seas sempoi je...tak protokol sangat, sesi Q&A pun sempoi...pendek kata segala-galanya sempoi. Kat sini kena berjemput berhantar orang yang nak rasmi tu...isk malas nak cakap banyak...

Tadi kenyang makan roti jala + gulai kentang sedaplah juga, atau sebab aku lapaq, pagi tadi tak sempat pi breakfast, minum milo kat rumah je...abang bulat makan oat (diet la konon...), lapaq punya pasal...aku ambik 6 ketul roti jala ke ke ke....kenyang sampai pukul 1pm, skrg ni pukul 1.30pm rasa lapaq pulak...isk isk isk...harap-harap sesi petang ni ada mee atau bihun, kalu jamu kuih saja jenuhlah... malam ni aku akan memeriahkan juga dinner conf. walaupun bukan AJK tapi dah dijemput pi saja...rezeki janganlah ditolak...musuh jangan dicari...

Ok...abang bulat memang kena wakil dek*an dia so...senanglah cite dua-dua boleh pi makan free (kalau tak kena wakil pun memang aku nak bawa dia...dah minta permission AJK ke ke ke...) kesian plak dia kena makan sorang-sorang...lagi pun kebiasaannya memang tak penuh pun dewan kalau ada dinner ni, drpd membazir baiklah jemput pemeriah majlis macam aku ni...tak membazir :)

Sejuklah hari ni...mata ni dah kuyu je, ingat nak pi pejabat pos...hujan isk...malaslah (walaupun kereta aku ada bumbung...), esoklah pi...tido memang best ni tapi takut terlajak pulak sampai ke petang terlepas pulak sesi pembentangan kenkawan nanti...kiranya conf. kali ni peranan aku ialah...PEMERIAH MAJLIS, tak bolehlah nak masukkan dalam CV.

Ngantuklah pulak...setakat sini saja untuk kali ni...esok lusa ada masa aku cite lagi aktiviti aku kat sini... bestkan keja macam ni...nampak macam relax je...(memang relax pun ke ke ke...) so ada sesapa yang berminat nak keja macam aku? Sila layari laman web www.kejekerelax? ha ha ha.... kantoiiiiiii

Ciao ta ta....

~dariBMkeKK~

Tuesday, June 20, 2006

...komputer menguji

Salam,


Petang kelmarin sblm solat Maghrib aku masuklah blog sana sini...tiba-tiba...'plup' skrin gelap...lepas tu CPU berbunyi pelik....alamak apa ke jadahnya ini...cepat-cepat OFF, lepas maghrib ON komputer....masih gelap gulita dan berbunyi yang pelik-pelik...alamak...haru ni. Oklah...dah tadak benda nak buat lagi baliklah dengan harapan esok masih ada (ehh macam tajuk filem plak...)

Hari ini...masuk opis dengan berdebar-debar...ON komputer...hmm macam weng je komputer ni...tak pe restart ta da....dah OK pun Alhamdulillah, lega....kalau kong lagi komputer ni tatau nak cakap apa...kali ke-2 lah komputer ni buat hal...last time tiba-tiba je hilang segala benda kena install semula segala benda tension sungguh, mujur banyak file dah saved dlm pen drive kalu tidak pengsan makcik...

Kalaulah tak OK juga maka akan bersawang rumahku ini buat beberapa hari sebab takkan nak update kat lab kot isk isk isk tak sesuai tu nanti pecah rahsia ku ini.

Esok ada jemputan ke perasmian conf. bagus juga tu, selain dapat ilmu dapat makan-makan (kwang kwang kwang)

OK silibus terkini dah siap...updated cases dll...perghh produktif sungguh. Nak lagi produktif buat salinan siap-siap, kuliah 1 nanti distribute to the students mau pengsan budak-budak tu....biasanya lepas cuti panjang budak-budak ni macam bengong-bengong sikit...biasalah tu macam kita masa sekolah dulu-dulu juga...macam terlupa sekejap peraturan itu ini...

Alamak...deja vu plak dengar lagu My He*rt Will Go On, berapa kali kenkawan tgk cite Titan*c?

Aku tgk 2 kali je sekali kat Midland, MI, sekali kat sini dua tiga bulan lepas ada kat TV...aku tengok cite ni dengan sorang kawan mat salleh masa keja kat Sea*rs, yang lawak tu minah ni budak baru 18 tahun...dia menangis sakan masa tengok cite ni (maklumlah Jack mati), aku biasa-biasa je...memanglah sedih tapi ntahlah...tak nangis plak. Tapi salah satu sebab aku balik M'sia, lepas tengok cite ni lah...tengok ramai sangat orang tersayang mati dalam cite ni tiba-tiba aku jadi rindu kat M'sia...bulan 11 aku tengok Titan*c, bulan 4 aku balik M'sia for good...kira hebat jugalah impak cite ni kan...

Kalau aku ikutkan hati muda aku masa tu ntah-ntah sampai skrg ni aku kat MI lagi...ramai juga kawan-kawan yang masih kat sana...sama ada kawin dengan mat salleh atau pun kawin sesama kita, keja kat sana. Tapi aku percaya dah memang tertulis rezeki dan jodoh aku kat KK ni :) sebab tu aku tak pernah ada perasaan nak pindah keja kat tempat lain...tapi kalau ada rezeki kat tempat lain, ok jugalah tapi bukan dalam M'sia.

He he he...macam manalah dari cite komputer boleh sampai ke cite sejarah aku pulak...layan sajalah ok.

......
Disebabkan aku tengah layan OST My Best Friend's Wedd*ng, aku masukkan juga lirik lagu kat bawah ni...sama-sama layan ok ciao ta ta...

I Say a Little Prayer
Diana King

From the moment I wake up
Before I put on my makeup
I say a little prayer for you..
While combing my hair now
And wond'ring what dress to wear now
I say a little prayer for you...
[Chorus:]
Forever, and ever, you'll stay in my heart,
and I'll love you
Forever, and ever, we never will part, oh I love you
Together, forever, that's how it should be
Living without you
Would only mean heartbreak for me...
I run for the bus dear,
while riding I think of us dear,
I say a lil prayer for you
At work I just take time,
and all through my coffee break timeI say a lil prayer for you...
[Chorus]
My darling believe me
For me there is no one but you
Say you love me too...
[Chorus]
~dariBMkeKK~

Monday, June 19, 2006

Isnin ka hari ni?...

Salam,

Alahai...malasnya nak mai opis hari ni, sebab dah tau banyak keja nak kena siapkan...tapi apakan daya kenalah mai juga...duduk rumah pun bukan boleh siap keja-keja tu...(2 hari cuti buku + silibus yang dibawa balik tak buka pun elok je dalam beg)

Pagi-pagi lagi dah pi dengar pembentangan kenkawan...ada dua tiga orang nak membentang kat conference. Polisi sini kena bentang depan kenkawan (jawatankuasa) dulu, dapat komen sana sini baru boleh disokong oleh boss...biasalah tu. 2 jam juga dalam sesi tu...mujur ada minum + makan terisi juga perut :)

Ok...ada sesapa pernah pi Chin*se W*dding? (tak kiralah kat rumah or hotel)... Malam tadi 1st time aku dengan abang bulat pi, memeriahkan majlis resepsi my MBA student, buat kat hotel. Mula-mula kami gayatlah juga sebab tak pernah ada pengalaman...tanya jiran aku apa yang biasanya orang bagi hadiah atau RM? Jiran aku pun bagitaulah...biasanya orang bagi RM paling sikit pun RM50/- hah!!!! 50 hengget.....perghhh berpeluh den hujung-hujung bulan ni.... OK relax lagi...kalau bagi hadiah boleh? Dia cakap hadiah pun ok juga, belilah hadiah dalam harga 100 hengget ka...(gulp....telan air liur aku....)

Hmmm habis konsert akhir AF4 aku dengan abang bulat keluarlah pi supermarket dekat rumah ni...mulanya nak jalan kaki, hujan pulak...naik keretalah. Ingat nak beli album gambar...tapi ntah la tak menarik pulak album-album tu...at last belilah frame gambar, warna silver cantiklah juga harga dalam RM30/- (hujung-hujung bulan....30 hengget banyak weh...) tak kisahlah janji ikhlas (kui kui kui...) balut elok-elok..make sure tanda harga dibuang...taa daa...cantik dah hadiah kami.

Dalam kad, ketibaan tetamu 6.30pm, nak maghrib lagi...kami keluar awal, pi solat kat hotel...masa bersalam2 dengan pengantin dan mak bapa pengantin baru perasan...tak banyak hadiah, ramai orang bagi ang pow, isk...masalah ni...tapi buat dek saja...salam, bagi hadiah dan masuk dalam dewan...

Rupanya istilah janji Melay* tak boleh digunakan lagi...janji M'sia lagi sesuai ... dalam kad kata majlis mula pukul 7pm... sampai pukul 8pm tak mula lagi makan-makan... dah start majlis satu masalah lagi...emcee cakap Cin* kami ikut orang je tepuk tangan... siap ada nyanyi-nyanyi lagi...(lagu Cin* dulu-dulu....) mak bapa pengantin nyanyi sakan, siap berduet lagi...kelesss.

Makanan ok..not bad, lepas dia hidang ikan kerapu kami pun cau cin cau... tak sanggup nak duduk lama-lama lagi sebab majlis semakin hangat...rasanya kalau tunggu sampai habis jenuh tahan nafaslah...sebab dia dah start order minuman mabuk-mabuk...kami undur diri awal sikit. Lagipun dah kenyang apa lagi blah la...He he he sepanjang jalan kami dok gelakkan nyanyian-nyanyian yang ada OK ada juga yang rasa macam nak tutup telinga. Apa-apa pun ada juga pengalaman pi majlis kawin bangsa lain.

Balik tengok bola dan sempat tengok Farh*n nyanyi, petang tu masa dia nyanyi aku naik solat, sebab orang dok puji nak juga tengok...memang best pun dia nyanyi...jangan terkeluar minggu depan dah...bukan boleh kira sangat AF ni.

Untuk makluman...MIL masuk hospital...sebab darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi... dah 3 hari kat hospital...so hujung minggu ni aku dan abang bulat akan balik Sdkn. InsyaAllah hari Jumaat pagi-pagi bertolak dari sini dalam 7 - 8 jam sampailah...tak pe maknanya hujung minggu ni aku dah ada plan, berjalan-jalan sambil melawat MIL kat Sdkn. Kwang kwang kwang baru hari Isnin dah ada plan untuk weekend, sabar sajalah kan?

Lepas kuar dari hospital, rasanya MIL duduk kat rumah kakak ipar kat Sdkn. tu dulu...sebab MIL ni jenis yang tak pantang makan sebab tu darah dia senang naik...kencing manis pun ada...tak lah tua sangat pun baya-baya kakak aku yang sulung je...Alhamdulillah kakak aku tu maintain je...kalau letak mak aku kat sebelah MIL pun rasanya orang ingat sebaya tapi mak aku dah 65++ kesimpulannya secara genetiknya kami ni memang nampak muda jka dibandingkan dengan umur ke ke ke...(opss...perasan pulak)

Oklah...stop sini nanti panjang pulak sesi memerasankan diri...jangan muntah ok...kalau nak muntah juga apa boleh buat...cepat-cepat cari plastik atau baldi :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

Friday, June 16, 2006

Hari Jumaat yang indah....

Salam,

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat...penghulu segala hari.
Hujung minggu yang tiada apa-apa rancangan, waima rancangan tergendala...jadi lepak rumah saja le gamaknya.

Esok abang bulat ada golf tournament, aku??? Ok boleh kemas-kemas rumah dan buat apa yang patut...udang ada 1 kilo dlm petiais, masak kari/masak lemak/ buat mee udang sedap ni... *terliur la pulak*
Ahad for sure tak pi mana-mana...nganga depan TV je tgk konsert akhir **tak demam konon..**

Tadi...pi melawat budak2 yang buat praktikal kat area KK, pergi 1 tempat saja sebab ada 2 orang, komen positif daripada industri...harap-harap next year ada tempat lagi untuk junior depa pi praktikal kat situ. Lepas lawatan...brunch dengan abang bulat kat Wism* Merd*ka, lapaq sangat-sangat sebab aku blom makan apa lagi pagi ni...vitamin yang Dr bagi pun blom makan...lepas makan perut pun kenyang aku pun suka hati *tepuk tepuk....*

Pi kedai golf la lepas tu beli bola golf maklumlah esok ada orang tu nak main golf wakil U perghhh hebat abang bulat...biasalah dia kroni dapatlah wakil U, lagipun bukan ramai sangat pun yang aktif golfing, suka-suka ramailah...ada juga orang suruh aku join golf...erkkk bukanlah tak nak aku risau nanti aku yang lebih-lebih, dah gian nanti tiap-tiap hari pulak nak pi driving range hah....sapa nak jawab??? Untuk mengelakkan sebarang konflik baiklah aku tak aktifkan diriku dengan aktiviti tu... aktifkan diri dengan aktiviti masak, tengok TV dan kemas rumah lagi bagus ...

Tapi yang best ni abang bulat dah pi main golf, so minggu depan turn aku plak buat cadangan nak pi mana-mana.... rasanya nak pi pulau lagi...nak snorkeling lagi...ha ha ha....kali ni dah tau cara-cara dan apa yang patut dibawa dan dipakai untuk memudahkan pergerakan...lagilah best...ok ok aku dah ada ide untuk minggu depan, minggu ni tak pe bagi chance dekat abang bulat dengan aktiviti dia (yehahhh....)

Petang kelmarin aku berjaya membuktikan sesuatu...memanglah jiran sebelah bilik aku ni...(Dr ni dulu keja kat overseas...baru join sini less than 6 mths), merokok...dia masuk tandas kumur2 mulut masa tu aku tengah ambik wuduk, berbau rokok semerbak...kalau aku pun dah siap berwuduk memang nak tanya 'merokok ke???' tapi disebabkan aku pun sibuk dan tekun berwuduk abaikan sajalah...patutlah petang-petang bau rokok je kat level ni. Bau masuk ikut lubang aircond...tak pe nanti masa meeting aku nak cakap pasal isu merokok dlm bilik ni...sapa makan cili rasalah pedasnya (atau...sapa yang hisap rokok dapatlan kanser paru-paru....)

Oklah...untuk semua have a nice weekend, sesapa yang dah ada program bercuti-cuti M'sia atau luar negara, pi dengar talk organized by company atau apa-apa aktiviti yangg dah disusun....selamatlah ye...ciao...ta ta.

~dariBMkeKK~

Thursday, June 15, 2006

Hujan di pagi hari Khamis

Salam,

Pagi ni sejuk sangatttt...brrr... sesudah subuh hujan mencurah-curah...punyalah malasnya nak bangun tido nak pi keja, kalau ikutkan hati cuti lagi aku hari ni tapi memikirkan ada keja nak dibuat (silibus la apa lagi...esok nak kena submit...) bangunlah juga iron baju dan tudung (abang bulat cuti lagi...tak payah iron baju, seluar dia....yahooo....)

Lebat sungguh hujan ... Alhamdulillah ada lagi bihun malam tadi, abang bulat panaskan...dia buat telur dadar potong2 letak atas bihun (rajinkan dia...) aku turun buat milo je...sedap makan bihun panas + milo panas...

Sampai opis pun hujan lagi, redah je malas nak buka payung, setakat basah sikit2 tu kira halal je la...

Hah...dpt juga aku tgk ulangan konsert AF4 tu...yang aku rasa elok keluar cepat2 ialah Amir*l, eiii apalah yang sedapnya dengan suara dia tu nak kata cute pun tak lah cute sangat....Lot*er pun biasa2 je...tak berapa nak berkenan sebab AF dah ada karekter macam tu... Fel*x lah siapa lagi. Harap2 Velv*t, Farh*n, Faiz*l dpt pi akhir yang lain-lain *aiman tak kisah*....

He he he...dok buat ulasan AF pulak...sorilah kalau ada sesapa yang anti-AF aku taklah 'demam' cuma ikut perkembangan saja...kadang2 tadak menda layannnnnnnn sajalah.

**********************************************

Tadi ada sorang kawan hulur buku derma anak dia... aku tak kisah nak hulur seringgit dua...(aku bagi 5 ringgit). Tiba-tiba teringat balik zaman sekolah2 rendah dulu...pi sana sini minta derma, kadang2 kena buat kerja dulu...cuci pinggan ka, cuci kain ka...tapi biasanya sapu sampah dan cuci pinggan lah... masa tu dapat seringgit kira hebatlah...biasanya 3 - 5 kupang la orang bagi kat kanak2 ribena ... tapi memang seronoklah ke sana sini ramai-ramai... kesian budak2 skrg tak merasalah pengalaman macam tu... macam-macam faktor yang menghalang silap2 langkah kena kidnap, kena r*gol, lagi silap langkah kena bunuh pulak...

Kita masa kecik2 ada lah juga pengalaman mandi sungai, masuk bendang, masuk kebun getah, lastik burung, panjat bukit sana sini...aktiviti informal yang lasak2...budak2 skrg nak aktiviti lasak boleh...tapi biasanya aktiviti formal anjuran sekolah atau apa-apa persatuan yang ada peraturan itu dan ini....

Kesimpulannya aku kesiankan budak2 skrg dan akan datang...depa tak akan merasa pengalaman mahal macam kita dulu-dulu.

Oklah...stop sini dulu...cukuplah N3 untuk hari ni...cuaca kat luar betoi2 mempengaruhi mood keja aku... memang mandom habis...tadi pi Pej. Am fax surat je...naik bilik dah tak tau nak buat mende...walaupun banyak keja nak buat...silap2 last minute lagi ni...hmm tak pe tadak sapa nak marah aku...ke ke ke... walaupun aku marah students yang suka keja last minute, tapi keja last minute depa memang hampeh... ada saja silap sana sini...keja last minute aku biasanya 'tip top' (hmmm perasan sekali sekala...boleh? ) opsss better stop sini nanti jadi sesi memerasankan diri pulak muntah hijau pulak sapa-sapa yang baca N3 ni :)

Ciao ta ta

~dariBMkeKL~



Wednesday, June 14, 2006

Sungguhlah membosankan....

Salam,

Tajuk pun menunjukkan N3 ni akan jadi sesuatu yang membosankan....tapi layannnnn saja ok :)

Sabtu - Isnin, kami ada retreat ... punyalah bertegang urat, memerah otak untuk menghasilkan perubahan dan pembaharuan, aku macam biasalah...kalau bab nak melawan boleh saja...sepanjang retreat aku duduk depan dengan S, dah la duduk depan tak pandai cover line langsung...pantang orang silap present ke apa ke...kami bersungguh2 gelak... ingatkan tadak orang perasan, rupanya orang kat belakang dok perati...bila ada orang tegur barulah kontrol sikit...tapi sikit sajalah...tak tahan beb nak gelak...lepaskan saja...

Petang Isnin barulah habis program....abang bulat pi ambik, then kami pi urut kaki...biasalah...aktiviti hujung minggu sebenarnya urut kaki tu sampaikan aku dah tak rasa sakit sangat. Orang tu urut, aku tido dengan nyenyak...sebab penat kwang kwang kwang.

Kelmarin tak buat benda...aku ambik cuti, abang bulat memang cuti seminggu ni. Lepas pi breakfast, singgah klinik check apa yang patut, balik masak untuk lunch... tadak letrik pulak, tapi dah ngantuk lepas Zohor dua2 tido kat living room, pintu pun terbuka, kalau ada orang singgah nasib le... tapi memang ngantuk sangat2.... panas pun kami tido sakan.

Bangun tido....letrik tadak juga, lepas Asar pakai track suit kami pi beriadah kat Stadium. Jalan dua tiga round memang berpeluh la...maklumlah lama tak beriadah (itu pun ada hati nak naik Gunung K*nabalu...angan2 je la...), tengok orang main bolasepak...lepas 1 jam baliklah... letrik dah ada, legalah juga maklumlah kalau tadak letrik jenuh berpanaslah kami...

Sekarang ni ada hobi baru...sms Roda Imp*an...bersungguh2 kami selesaikan...setakat ini markah oklah, nak try kot2 dapat hadiah saguhati or hadiah yang lumayan2 tu best juga.

Malam pun makan kat rumah, habiskan ikan dlm freezer....jimat $$$ kekenyangan....lepak tengok WC2006, Kor*a menang juga akhirnya. Masa Peran*is main, aku tido dah....sedar pukul 2am....mamai-mamai naiklah tido dlm bilik....

Hari ni masuk opis punyalah malasnya nak keja....abang bulat pi golf, aku pukul 10++ baru pi breakfast.... nyaris-nyaris nak balik rumah je...tapi bulatkan tekad lepak opis dulu....buatlah apa yang patut filing dokumen itu ini, update silibus ka...pukul 12.30pm ni nak balik sebab nak tengok ulangan AF kwang kwang kwang... maklumlah hari Ahad tu tak dpt tengok semua...yang paling aku nak tengok aksi 'munafik' yang Bob L*kman komen tu...ke ke ke macam2 hal...tapi industri kita ni tak boleh dikomen...melenting saja, takkan nak puji-pujian je kot... aku sokong juga komen Adl*n, tu barulah budak-budak tu serius sikit...apa-apa pun layan je, tapi nak undi sorilah...bazir kredit je :)

Bila sebut pasal kredit ni...sajalah nak ingatkan kenkawan yang guna talian prepaid sila-silalah mendaftar dengan sykt telekomunikasi yang berkaitan....sblm akhir tahun ni. Jom pi skrg. nanti-nanti mesti ramai orang, macam masa buat MyK*d hari tu.

Tadi ada kawan mai jual kain...aku pun ambiklah sepasang...pada pandangan mata aku oklah kain tu... harap2 bila dah jadi baju cantiklah juga. Kain dari Kelan*an, dia balik kg hari tu beli banyak2 mai jual kat sini, ada juga tudung tapi tak la cantik sangat (selamat duit aku...) satu lagi sebab tak beli tudung tu...kakak aku selalu bagi tudung dia yang kadang2 tak pernah dia pakai pun, aku ambik je....(selamat duit aku lagi....) dan tudung2 aku yang tak pakai aku bagi dekat kakak ipar (kakak abang bulat...) yang duduk S'kan tu...so bila balik raya atau pi sana aku pun kadang2 rasa familiar je tudung2 dia pakai, macam biasa ku lihat tapi di mana ye???....ke ke ke...iyelah tudung aku bagi, isk apalah aku ni.

Itulah kisahnya...boringkan? ke ke ke sorilah...memang boring sangat2 ni...sabaq sajalah... ok ta ta

~dariBMkeKK~

Thursday, June 08, 2006

Hari ini hari Khamis...

Salam,

Tadi lepas meeting program, kawan aku cerita la, last 2 weeks arwah Zurai*i
(cite dia kat sini) datang bilik dia sembang2 pasal his new project, nak buat bisnes dalam kampus, projek pertanian untuk orang kampung kat tempat dia praktikal dll... tapi memang lain sikit la perangai dia...nampak diam sikit, dan nampak macam banyak benda dia dok fikir.... totally not his style. Tapi tak la suspect apa sebab kot2 la dia dah praktikal so perangai pun dah bertukar sikit...skrg baru my friend tu perasan rupanya itu tanda2 dah sampai ajal dia.

Ada banyak versi....

i) Masa dia terjatuh dalam sungai tu dia masih hidup....orang kampung + pasukan penyelamat suruh dia datang ke tepi....tapi dia macam tak nak, ada orang sempat capai tangan dia tapi terlepas, ada orang sempat peluk badan dia tapi too heavy....hmmm memang banyak halangan untuk selamatkan dia...sampailah dia dibawa arus mungkin kepala terhantuk dengan apa-apa terus dia hilang ....


ii) Rupanya ada kawan membonceng motosikal dia, tapi kawan tu turun dan jalan kaki, orang minta dia sorong motor bukan menunggang, tapi dia tak nak...masa jatuh, motorsikal masih di atas dia yang terjatuh dulu...memang dia masih hidup masa terjatuh sebab kawasan tu bukanlah dalam sangat, tapi ntah la dia macam tak dak perasaan nak ikut arahan orang kampung then terus dibawa arus dan...hilang.


iii) Orang kampung kata mungkin ada unsur2 lain yang menghalang dia dari selamatkan diri (jin or hantu dll), sebab tu dia tak selamatkan diri dia....Wallahualam.

Kesimpulannya...memang dah sampai masa dan ajal dia.

Masa kawan aku bercerita kami diam saja...memanglah sedih tapi tak boleh buat apa lagi, kita sedih...mak bapa dia lagilah sedih. Anak bongsu pulak tu...sabar je lah...Allah lebih sayangkan dia.

*********************************************

Alhamdulillah dah lunch. Aku dengan abang bulat sepakat nak 'ban' kedai makan tadi sebab eiii lambatnya serve air... order milo ais dengan teh lemon suam saja...tapi lambat sungguh waitress tu nak hantar...at last kami pi ambik sendiri air tu...boleh?... next time kena buat air sendiri gamaknya...ntah apa-apa.


Hari ni harap2 tak la ngantuk sangat...kelmarin balik lunch aku ter'pengsan' sampai pukul 2pm... ngantuk sangat, bukan makan nasi pun makan pasta kat pizza h*t je. Kalau makan nasi berlauk kot2 la...ini makan pasta je...isk isk isk...sabaq je la. Tapi musim2 budak cuti ni memang la sunyi sepi kawasan opis ni...memang sesuai untuk aktiviti merehatkan mata (dan minda kekonon la...)

Berita terkini...aku pi Beij*ng InsyaAllah on the 17th July - 22nd July 2006... yippie....

Borang cuti luar negara dah submit...harap2 dapat kelulusan VC kalau tak dapat apa boleh buat, aku ambik cuti dlm negara je la...ke ke ke...syhhhh tapi harap2 tak dak halangan InsyaAllah aminnn.... ada trip ke T*mbokBesar ke ke ke...best boleh bergambar-gambar :) lepas tu boleh letak dlm blog then boleh kenkawan tengok kan kan kan...saja la berkongsi kenangan...esok tua2 ada benda nak belek2...kita pun tak tau demam blog ni sampai bila....dulu masa muda2 sikit (skrg pun muda juga...) dok gila chatting...lepas tu reda....muncul sms....now blogging plak...tengok saja la sampai bila kita semua nak ber'blog' kan kan kan :)

Ide sampai setakat ni saja....nak tunggu Zohor ni, ntah berapa kali ulang alik 'water closet' , ntah la minum banyak sangat kot, t'hari panas kat sini...so kena la minum banyak air kalau tidak kering tekak. Bila dah banyak minum banyaklah nak membuang....begitulah kisahnya...

Ok kat sini saja....ciao ta ta

~dariBMkeKK~

Wednesday, June 07, 2006

Cerita bergambar...

Salam,

Ok mari kita menengok gambar2 pemandangan Pulau Man*kan.


Gambar 1:

Pemandangan dari atas jeti Pulau Man*kan, nampak orang berkayak dan nampak tak bot2 yang banyak tu...bot macam tu lah yang kita kena naik kalau nak ke pulau-pulau...ada berani? Tak la takut sangat sebab ada life jacket...insyaAllah kalau jadi apa2 pun kita masih boleh terapung2 :) . Macam best je berkayak...tak pernah cuba...rakit pernah la cuba.


Gambar 2:

Gambar ni diambil masa nak balik...gelap sikit sebab cuaca tiba2 gelap macam nak hujan, seriau dah takut gak kalau hujan lebat ka...atas bot ambik masa 25 minit juga nak sampai jeti kat KK tu...tapi halfway cuaca cerah balik...legaaaa....

Gambar 3:

Nampak tak ikan2 tu...ini sikit ni....tak sempat nak snap gambar masa nak naik bot, ada pelantar kayu dalam air...kita boleh bagi makan ikan...dan ikan2 tu jinak2 sangat kalau letak makanan atas kaki nanti rasa geli2 la dia gigit2 makanan tu...dan lagi seronok kalau kita berenang dengan ikan-ikan tu....seronoknya, tak dapat nak digambarkan.

Gambar 4:

Gambar salah satu pulau kat sini...private island rasanya sebab tak dak orang pi, biasalah ramai orang kaya2 kat sini...tokey2 balak (masa balak banyak dulu2....), skrg ni jadi tokey lain la pulak kot :) Gelap je cuaca masa ni, ingatkan nak hujan dah...risau risau...atas bot ni. Kalau hujan memang basah lencun la kami...tetapi secara tiba-tiba...cuaca cerah pulak...legaaa...legaaa...Petang tu hujan juga tapi masa tu kami dah lepak2 di rumah, menjadi faktor penyumbang kepada aktiviti membuta di siang hari :)


Sekian sahaja lintas langsung dari Bandaraya KK, terima kasih.....ciao.

~dariBMkeKK~

p/s: Harap maaf visual kurang memuaskan...visual oleh jurugambar amatur.

Tuesday, June 06, 2006

Hari 2, minggu 2, bulan 06 '06

Salam,

Bersungguh-sungguh aku menaip tadi tak boleh publish...erk...dah tadak ide ke ke ke sabor je la.

Untuk makluman kenkawan atau sesapa saja yang singgah blog ni, student U*S yang meninggal terjatuh dlm sungat Mandah*n, Bon*awan tu ialah salah sorang pelajar program aku. Arwah bukanlah sorang pelajar 'cemerlang' tetapi...dia sorang pelajar 'mudah dan akan di ingati'. Memang kadang kala dia boleh menaikkan darah kami tapi kejap je...lepas habis kelas dia oklah, boleh tegur, bagi salam, sembang-sembang...dia matang daripada kawan-kawan dia. Aku boleh terbayang muka dia sebab, 1st time tengok dia teringat kawan masa sekolah menengah...ingatkan adik dia ka...rupanya tidak. Tapi memang copy cat.

Masa tengok Bule*in Utama, nama dia disebut je oleh pembaca berita tu aku dengan abang bulat dah terjerit...bila dimaklumkan dia pelajar tahun akhir program sekian-sekian...confirmed that's the person. Malam tu ber sms aku dengan kawan2...apa yang boleh kami buat selain dari mendoakan agar dia sempat berenang dan berpaut kat mana2 dahan....

Ahad pagi lebih kurang 6am....mayat dia dijumpai 100m dari tempat kejadian...mmg dah ajal dia... dan sedekahkan Yassin mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal saleh...Al-Fatihah!!!

Mayat penuntut U*S ditemui

Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KOTA KINABALU 4 Jun - Mayat penuntut tahun akhir Universiti * Sabah (U*S) yang hilang dibawa arus semasa cuba menyeberangi Sungai Mandahan, Papar, kelmarin, ditemui pagi ini.
Mayat Zuhairi (nama betul Zurairi) Abdul Wahab, 23, yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat serta penduduk kampung pada pukul 6.05 pagi.
Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa ditemui terapung-apung di tepi sungai tersebut selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.


Ketika dihubungi jurucakap itu memberitahu, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan Penampang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi kelmarin, dua beranak terbunuh selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan Sungai Mandahan runtuh.


Beberapa jam selepas itu, Zuhairi pula terjatuh ke dalam sungai yang sama selepas motosikal yang ditunggangnya tercampak semasa melalui laluan alternatif menggunakan jambatan kereta api ke Bongawan.

Sumber: Utusan Malaysia Online 6 Jun 2006
********************************************************

Weekend ni ada big event untuk sekolah aku (kat sini blom jadi fakulti lagi...) ada retr*at kat Pap*r, malas nak pi sebab macam tak ready je diorang ni...tapi apa boleh buat t/jwb kena la ikut juga. Petang ni ada meeting program...lagilah malas...erk...boleh ka aku skip jer meeting petang ni ke ke ke...

Agaknya dah sampai masa buzz off from the routines, kena perah idea nak buat proposal la...at least awal tahun depan ciao...pi la mana2 U sambung study, tapi nak sambung study kena prepare mentally & physically. InsyaAllah...M'sia boleh...aku pun boleh juga kan? Tak boleh la buat macam masa Master dulu tak la serius sangat...kali ni kena la serius sikit...kot2 dapat siap cepat...2 1/2 tahun ke...who knows...(berangan yang +ve...)

Yang pasti proposal kena ready dulu...angan2 later :)

Bln. 12 ada kenduri kat Melaka....kawan baik aku kawin. Jangan marah tiket k/terbang bajet murah dah dapat booking number. Balik 5 hari sempat la jumpa kenkawan lain...(bulan 12 tu jauh lagi...aku dah berangan2...) insyaAllah dapat attend...yang seronok bulan 10 balik raya....15 hari (perghhh....), bulan 12 balik 5 hari...best best best...oleh yang demikian...plan balik sblm raya tak jadilah setakat ini...tapi janganlah terkejut tiba-tiba aku bagitau ada ada kat BM unpredicted juga kami ni...kot2 ada urusan rasmi ambik la kesempatan melangkah jauh sikit...

Oklah...cukuplah merepek meraban untuk hari ni...N3 orang malas tak tau nak buat apa, walaupun banyak benda boleh dibuat...layannnnnnnnnnnnnnnn saja la ok :) ciao ta ta...

~dariBMkeKK~




Monday, June 05, 2006

Hujung minggu yang santai....

Salam,

Perghhh bestnya cuti, walaupun abang bulat ada niat nak pi main golf hari sabtu tu...tapi aku dapat menepis niat dia dengan plan cuti2 M'sia aku....kami ke Pulau Ma*nukan...snorkeling...best sangat.

Dah lama mengajak ke pulau2 ni...sebab last aku pi tahun 2003, sblm kawin...lepas kawin ada juga mengajak tapi ntah la ada saja alasan...angin kuat, ombak besar dll. Kali ni tak dak alasan lagi sebab cuti seminggu aku duduk rumah je...nak tak nak kena la follow plan aku ... ke ke ke...

Pukul 8.30am keluar dari rumah...lepas makan bihun, goreng nak bawa bekal la...hampeh...tinggal sikit je, tak jadi la bawa. Ramainya umat nak ke pulau....abang bulat dah boring...sebab kena register itu ini....lama gak kami tunggu 9.40am la baru dapat bot kongsi dengan 1 famili (6 orang) dan sorang Jepun...sampai pulau...sewa snorkel dengan abang bot tu....salin baju terjunnnn....

Kami turun laut pukul 10.30 sampai pukul 12.30....punyalah lama...terbakar kulit merah2...tapi puas hati. Cantiknya...subhanallah...itupun aku berani dekat2 je...bila rasa tak sampai kaki je aku balik ke tepi...ikan jinak2...tapak sulaiman...gamat dll banyak la...bila kita diam-diamkan diri ikan-ikan tu datang dekat...tapi aku geram...dok kejar ikan-ikan tu, habis la ikan lari jauh...biasa la 'gayat' ke ke ke...

Yang klasik tu abang bulat kena obor-obor....merah kaki dia, mujurlah budak life guard tu ada ubat...petua dia kalau kena obor-obor cepat2 letak pasir pantai...kalau ada ubat sembur, kalau tak ada perah limau tapi memang pedih la.

Ini kira my first experience ber'snorkeling' tapi yang best tu aku cepat belajar...ke ke ke...bukan susah sangat pun, sblm ni kagum je dengan orang yang dok pi sana sini dlm air tu...bila dah cuba perghhh memang best. Kena tingkatkan keberanian....chaiyo chaiyo.

Lepas mandi manda baru rasa lapaq...tak pe la 2 orang je kami mkn kat restoren kat situ...sorang RM25/- buffet, melantak la...lepas kenyang pi surau....then baru bergambar2....tak excited nak bergambar sebab dah banyak gambar kat pulau...cuma nak sekeping dua je gambar dengan abang bulat...dulu2 dtg single lagi.

Yang pasti...kenkawan yang nak mai sini boleh le ke pulau2 ni...memang cantik la...tak semestinya berenang2...lepak2 pun ok sebab air jernih, udara segar...dan masih bersih...next trip ke pulau lain plak... skrg dua2 orang dok gila berenang.... so trip kami tempat yang ada swimming pool atau laut....(nak cuti pun ada tema ke ke ke...)

Balik pengsan la...hujan pulak tu sedap la membuta...zzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz.....

Ok gambar upload nanti bila dah ready....ini version membakar semangat kenkawan datang sini je ni...marilah bercuti2 M'sia di sini...macam-macam ada :)

Till then...ta ta.

~dariBMkeKK~

Thursday, June 01, 2006

Tad*u Kaam*tan

Salam,

Allooo...lama jugak tak update...bukan la busy sangat tapi idea kering...dan bila nak start je ada plak panggilan2 kecemasan...untuk makluman, kat negeri di bwh bayu ni, kami bercuti umum 30 & 31 Mei...sempena pesta menuai...(untuk sesapa yang ada ladang le...)untuk yang tadak ladang macam aku ni menuai kat rumah je....makan tido dll yang sewaktu.

Syikin, sori la sebab mai rumah tapi tak dak apa2 hidangan :) skrg ni budak2 cuti semester....so kami pun relax, exam P*K hari tu pun berjalan lancar...harap2 dapat CEMERLANG, gemilang dan terbilang ...aminnnnnnnnnn!!!! Yang pasti jawapan memang ada...betul salah belakang kira ke ke ke...

Hari ni dan esok aku ambik cuti juga, tapi disebabkan abang bulat kena memangku D*kan ... jadi tak ke mana2 la...Ahad ni ada kenduri adik ipar aku bertunang kat kampung, tapi kami tak balik la...rushing sangat la...nanti balik masa kenduri kawin insyaAllah bulan 1, '07 masa Raya Haji...

MIL nak buat besar kenduri bertunang ni...anak2 dah bising sebab baiklah simpan RM untuk kenduri betul2...ntah la aku kurang faham, kalau mampu ok...ini anak2 nak kena supply itu ini...yang nak bertunang tu pun baru keja 5 bulan, hantaran pun dia nak tinggi...org sini memang mahal hantaran...kalau yang belajar tinggi lagi le...ntah la aku nak mengadu sini je sebab aku hangin satu badan juga kadang2 tu...nanti tak cukup itu ini abang bulat juga...kami pun nak masuk rumah bulan 7/8 ni...nak buat grill itu ini kena la sediakan 10K juga...eiii no komen no komen (jawapan artis...)


Ok...stop whining ma'am...ke ke ke...

Kisahnya malam tadi kami ada jemputan VIP ke Rumah Terbuka M'sia buat kat Dewan Cans*lor...tapi bila dah petang hujan lebat...angin kuat dah mandi2 rasa malas nak keluar rumah...so kami pun nekad duduk rumah je la...layan TV... masak nasi 2,3 jenis lauk... lepas makan berehat sakan....pukul 12 baru tido. Tengok movie recycled kat Ast*o, pagi ni malasnya nak bangun...aku yang cuti ni lagi malas...mujur tak payah iron baju, pakai t-shirt je...orang pun tak ramai kat sini...semua ambik cuti sampai next week...bawa anak2 pi jalan2 dan balik kg gamaknya.

Ingat nak balik juga tapi kesian plak kat abang bulat tinggal sorang2...tak sampai hati. Lain la kalau urusan rasmi...tapi sekarang ni la aku kesian...esok lusa kot2 tak berapa nak kesian aku balik je kwang3....dia bagi green lite tu...kot2 la nak balik sebab dia memang tak sempat balik. Hujung minggu ni ramai adik beradik aku kat kampung...sebab cuti sekolah...kakak2 yang duduk KL balik, memang teringin nak balik tapi apa kan daya nak berenang tak pandai sangat, nak naik k/terbang tiket dah mahal2...so bleh sms atau call je la tanya apa cerita depa.

Kami plan nak pi berkelah kelmarin...tapi last minute kawan aku sms dia malas nak pi mana2 sebab she's upset with her life...erk bahaya minah ni. Dia ni ada masalah dengan husband dia...aku ni ringan je nak cakap... takkan la pasal lelaki tak bertanggung jawab mcm tu dia nak rasa kecewa dlm hidup...kenapa aku kata lelaki tak bertanggung jawab? Husband dia ni kat KL...memang sokmo bertukar kekasih hati...kawan aku ni kat sini ada 2 orang anak lelaki...semua urusan anak dia yang urus...husband memang lepas tangan...nafkah pun memang liat nak bagi, geram juga kat kawan aku ni...sebab dia lebih rela husband dia buat macam tu sedangkan dia ada hak nak minta lepas...pada aku lebih baik dia dilepaskan...mana tahu dapat yang lebih baik...husband dia senang je main lepas tangan...tak nak lepaskan dia. Eiii geramkan?

Aku tak boleh tanya dia lebih2 pasal perkembangan their marriage...sebab nanti aku akan menangis juga. Ramai juga orang yang tau pasal kes dia, tapi yang pasti aku tak pernah share cerita ni dengan abang bulat, kalau abang bulat nak tau pun biarlah daripada orang lain. Sebab...abang bulat orang atasan dia...nanti dia rasa rendah diri plak...susahkan orang pompuan ni...bayangkan dia ni bukan lah calang2 orang ada master bidang Undang2...dia tau semua hak dia dan anak2 tapi masih sabar...walaupun husband dia dah tak nampak apa2 lagi dlm diri dia ... kesiankan?

Opss...cukuplah.

Ok kenkawan ku...ada masa aku update lagi...silap2 esok pun datang opis juga pagi2...sebab nak buat silibus lagi...(eii tak habis silibus....nyampah dah aku....) ciao....ta ta.

~dariBMkeKK~