Thursday, September 25, 2008

25 R'dhan 1429H

Salam,

Lagi 5 hari je... isk isk isk...cepat sungguh R'dhan kali ni. InsyaAllah cukup posa tahun ni :) Best gak... Alhamdulillah.

Selasa hari tu pi jumpa Gynea... scan dan check apa yang patut... wah wah wah patutlah berat rupanya babies dah 1.6kg each... = 3kg ++, Dr kata itu berat yang perfect... dijangkakan bleh meningkat sampai ke 2.5kg++ each... erkkk = 5kg weh... jenuh gak nak bawa tu ke ke ke layannnnnnnn!!!

Sempena posa... berat pun naik malu-malu je, 64.8kg, uiskkk sungguh berat diriku ini. Abang bulat dok gelak bila aku jalan. Cehhhh gelaklah... cubit nanti. Paling haru kalau duduk lama-lama, nak bangkit payah la juga, bila baring nak bangkit pun kena ada stail, silap-silap nanti kaki bleh cramp... tak pe la... tak lama lagi pun sabar je la :)

Weh... nak raya dah. Kelas dah habis, bolehlah berangan untuk beraya plak. Weekend ni baru nak pi cari baju raya yang sesuai. Abang bulat pun tadak baju raya... ntah apa-apa, orang tak buat dia pun tak buat. Mungkin pakai baju tahun lepas je, sebab tahun lepas dia buat 2 pasang, untuk raya dan kenduri adik dia... apa-apa le... janji pagi raya pakai baju Melayu bukan baju Koboi. Ha ha ha....

Kelmarin makan nasi tomato, hari ni nak makan apa ye? Nasi kerabu tak larat nak makan dah... try beriani la pulak... :) air soya dilupa jangan. Cendol pun banyak... tapi nak dapat yang sedap payah la pulak.

Pagi tadi buat ketam masak lemak + kentang, sedaplah pulak. Kwang kwang kwang sendiri puji ka? Apa bleh buat... sapa lagi nak puji, abang bulat tu makan dengan keadaan mata separa terbuka... aku memang makan dengan berselera. Lepas makan nasi, makan kuih, lepas tu makan kurma, lepas tu minum susu... risau gak kalau makan skit, sat lagi tak tahan plak.

Ohhh dah dkt 1pm... sat lagi nak solat, rehatkan mata dan minda [perghhh...] lepas tu tunggu la kot2 kek lapis S'wak sampai. Kawan dah pos kelmarin... harap2 sampai la petang ni.

Ok la cau cin cau... selamat berbuka :)

~dariBMkeKK~

7 comments:

Unknown said...

Wah...berat gak yek babies tu...Alhamdulillah, sihat. Maunye tak sihat, tgk la mak dia mkn macammana..hehehehe. Moga2 selamat semuanya.

Alinlai said...

ilah,
itulah pasal ke ke ke... makan tak hengat kwang kwang kwang....

AppleB said...

wahhh besar2 dah baby tuh. selera budak2 tu pun besar gak kan. eh..selera budak yg besar ke selera mak budak yg besar neh?? hoohohohohohoh

Zetty said...

tahun depan Insyaallah dua2 sambut raya salam tangan la nieh .. bestnya laa .. apa2 pun harap2nya semuanya selamat .. salam raya:)

Alinlai said...

apple,
selera mak yang besar rasanya ke ke ke, tak pe tak pe... nanti lepas ni kena pantang, sebab berpantang amalan mulia [kwang kwang kwang...]

yatie,
insyaAllah harap2 semua berjalan lancar dan selamat ;)salam raya

Aku Bukan Bidadari said...

alinnnnnnnnnnnnnn
kembar..!!!??
alhamdulillah..
nampak sangt dh lama x gi blog alin..sowiii

anyway baby twins by 33 weeks berjaga2 ya..
jaga diri takec are

Alinlai said...

Tiara,
:) insyaAllah... balik Raya ni mmg Dr dah bagi MC suruh duduk lepak kat rumah, tak bleh keja sangat2... :)