Wednesday, May 14, 2008

Hujan, angin kencang dan angin

Salam,

Bahagian 1: [Selasa]

Dua tiga hari ni... hujan lebat kat KK, lepas tu angin kuat sangat... petang ni tiba-tiba je angin menderu-deru... lepas tu hujan lebat. Risau la juga sebab kat parking lot tu banyak pokok dan tiang letrik... Alhamdulillah selamat. Masa dok menaip ni hujan dan angin dah tak dak lagi... dah pi tempat lain gamaknya.



Dah la pintu nak masuk ke bilik-bilik kami ni dah tertanggal... malam tadi ribut gamaknya, sampai pintu pun tertanggal... sabar je la. Pintu kaca bukan la pintu papan tu... isk isk isk



Awatlah petang ni rasa pelik sungguh... macam nak terbuang tapi tak keluar la pulak, hmmm angin la tu. Kat luar banyak angin... dalam badan pun banyak juga la angin... sabaq sabaq

------------------------------------------------------------

Bahagian 2: [Rabu]

Malam tadi kat Berita ada cadangan sorang cerdik pandai kat M'sia ni minta kita makan keledek dan kentang untuk ganti nasi... hmmm itulah M'sia yang boleh segala-gala ni... kalau ada sesuatu isu macam-macam alternatif suruh kita buat... macam masa krisis gula, minta rakyat tukar gaya hidup, jangan minum atau ambik gula banyak-banyak kekonon gaya hidup sihat. Lepas tu bila harga minyak naik... minta berkongsi kereta, lepas tu kurangkan penggunaan kenderaan dll... kekonon rakyat kenalah tukar cara atau gaya hidup untuk sesuaikan dengan sesuatu krisis... akan tetapi apa pulak tindakan k'jaan? Adakah pemimpin atau orang besar-besar tu pun tukar gaya hidup juga?... Hmmmm ntah la...

Rasanya ada benda lain yang boleh dicadangkan... antaranya bagi yang duduk kat kampung tanam padi huma atau padi bukit, lepas tu kerajaan buka semula sawah yang terbengkalai tu tanam padi semula, sekarang ni bukan lama sangat nak tunggu masa untuk menuai... ada macam-macam kaedah terkini yang boleh digunapakai asalkan tak menjejaskan kesihatan rakyat.

Lepas tu untuk cover isu-isu semasa banyak plak isu-isu yang kurengggg penting diperbesar-besarkan. Eiii tolonglah...

Cukuplah tu... malas dah nak menaip... cau cin cau

~dariBMkeKK~


17 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

dgr berita semalam nak dicadangkan luaskan kawasan penanaman padi di sabah n sarawak dan beberapa negeri di semenanjung..hmm, negeri yg ditadbir pembangkang termasuk tak? terutama kedah darul aman tu..kita tunggu n lihat.harapnya kerajaan pusat tak double standard

kt gombak ni rasanya dh beberapa hari tak ujan

Alinlai said...

syikin,

itulah... macam tak dak nak buat apa2 je kat Jelapang Padi M'sia tu... kesian orang Kedah, tak pe usahakan sendiri mana tau ntah2 lebih berkat :)

arianna adrizal said...

org mcm sy yg jrg2 mkn nasi kalau nk sekat lg, cam melampau jee.. hu~

btw, hepi belated bfday kak! moga hepi sokmo. dan sentiasa berada dlm lindunganNya. amin :)

Alinlai said...

Anne,

ke ke ke... terus jadi kurus kering la kalau kena sekat makan nasi. Terima kasih insyaAllah aminnnnnnnnnn!!!

tipahvogue said...

owh..dok kat KK rupanya...rugi tak kenal dari awal, kalo idak, leh gak tanya2 pasal tempat menarik di KK. huhuhu...

Norasiah said...

Kan? Suka2 e suh kiter makan kentang plak. Tak takut ker kiter kurang melayu??? Huhuhu relevan ke ayat nih? Hopefully nanti gi putrajaya leh nampak laman umah paklah dah tak nampak rumput karpet tapi penuh ngan pokok keledek la pulak...

Alinlai said...

tipah
ehhh ni sure dtg lagi bila2... tak pe nanti bleh tanya kalu nak mai

asia,
tanam kentang, keledek, ubi kayu dll... elehhh ntah2 depa tak pandang pun segala ubi tu, kita je yang disuruh makan benda camtu isk....

HAPPYIRFA said...

SALAM..
emm itulah ragam org cerdik pandai kita.suruh org ubah cara hidup.
diorang pulak senang2 abiskan duit rakyat..yg dah sedia susah tu semakin susah.yg makan nasi sekali sehari skrg ni kiranya nak jimat x payah makan nasi langsung..

Alinlai said...

irfa,
M'sia Boleh la katakan :(
Ntah apa-apa la cadangan tu....

Cat Cat said...

Lin,
Everything is so expensive now, Lin... Kat USA ni, semua harga barang naik.. Entahlah Lin, rasa2 tak lama lagi kita kena makan habuk aje lah ceritanya....

KV said...

cer try org yg cadangkan tu makan sendiri ubi keledek ngan kentang tu!

Mummy Rizq said...

so.. mahathir dah keluar UMNO.. apa citer yang lelain??

Alinlai said...

cath,
nilai fulus makin rendah... agaknya nanti2 kena bawa fulus sebakul baru bleh dapat beli makanan... hmmm haru haru, makan habuk ehhh ingat plak kuih abuk abuk yang sedap tu nyum nyum...

kv,
ntah-ntah yang cadangkan tu ubi pun tak makan sebab banyak kanji kekonon... dia pun dok makan pizza, spageti dll je...

achik,
ohhh rasanya ramai lagi yang akan ikut tu... kita tunggu dan lihat :) haru biru sungguh politik M'sia ni

simah said...

weiapa habaq? sori lama tak mai sini... sibuk sket...anak hang sihat?

eh kalau minum air teh ginger bukan buang angin ka? cuba la minum...

harga beras kat mesia mahal sangat ka la ni lyn? berapa harga beras la ni??

eh nak tumpang tanya la... (ni kak ipar aku yg tanya)... kat mesia la kan hang tau tak harga satu rantai pearl berapa??

PuteriSatu said...

trimester pertama memang gitu...angin je dalam badan rasa...dapat sendawa lega sikit...

makan ubi plak ye...camana malaysia nak pandang ke depan..dok suruh pandang ke belakang...aduhai...

Zareda said...

sekarang ni beras siam pun naik 100%. Nak buat cam ne kan..

tapi idea suruh makan kentang dan ubi tu memang idea paling hampess abad ni.. ini ke pemikiran pemimpin negara? hancoorrrr

Alinlai said...

simah,
beras naik harga skrg ni :) tak pe nanti hang balik sini bleh la tgk betapa mahalnya... rantai pearl tu nak yang air tawar ke air masin? kalau air tawar ratus-ratus je... kalau air masin atau laut dalam mahal la sikit :)

puteri 1,
ini angin kaw kaw punya... lambat makan je memang masalah la... mujurlah badan ni tak la naik sangat... kalau tidak haru la kena beli baju baru banyak2

zar,
itulah pasal... macam le tadak solution lain... keja senang je depa ni...