Sunday, September 27, 2009

Falki*k Wheel...again???

Salam,

Bulan posa di Stirling ni walaupun masa panjang tapi tak penat sebab cuaca amat menarik... tak penat pun ke ke ke... jadinya pantang ada masa kami akan berjalan sana sini... ntah apa-apa. Kali ke-2 kami ke FW ni... bukan apa sebab kali 1 tu tak naik boat ... kali ni naiklah... saja tadak keja... isk isk isk.

Ini gambar sebelum naik boat...senang je nak bagi kanak-kanak diam, bagi je kertas ke apa ke ha ha ha...bertuah sungguh mak depa kan.



Ini separuh jalan ke atas terusan...


Ini dah di terusan... memang tak perasan boat tu diangkat ke atas... sedar-sedar dah kat atas...


Nampak terowong tu... boat ni dah masuk dan kuar dan nak masuk semula sebab nak turun balik ke bawah...


Posted by Picasa

Aha itu je kisahnya... nanti update benda lain plak OK daaaaaa :)

dariBMkeKKkesTiR

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri 1430H

Salam,

Pejam celik dah di penghujung Ramadhan dah... kanak-kanak pun dah 11 bulan hari ni. Bulan depan boleh buat kenduri setahun erkkk kejap je kan... Alhamdulillah makin cergas dan cerdas. InsyaAllah amanah ini kena dipelihara dengan sebaik mungkin... lama kami menunggu... :) mungkin sesetengah orang 4 tahun tu sekejap je tapi kalau kita mengidamkan sesuatu akan terasa lama... sebab banyak benda yang kami buat... banyak tempat yang kami jenjalan berdua. Tapi semua tu ada hikmahnya... kena sabarlah.

Ok ini gambar hari ni 18.09.09.

Sempena menjelang Syawal 1430H, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan memohon Maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dan tersilap menyusun ayat masa komen blog dll... 0 - 0 aaa... ^-^



Posted by Picasa



Daaaaaaaa

~dariBMkeKKkeStiR~

Saturday, September 12, 2009

Bulan posa lagi...

Salam,

Wah...dah 22 hari????? Isk isk isk....dah nak raya tu...minggu depan insyaAllah masa ni dah sibuk2 la kemas-kemas rumah dll... nak raya kenalah kemas2 rumah... ke ke ke... langsir je tak tukar sebab pakai blind...tapi cadar raya dah beli kwang3... beria-ia sungguh kiranya mood beraya tu adalah jugakan? ke ke ke...

Ohhh kena alter baju kanak2 ni... hari tu besar tataulah kot2 dah OK...budak umur cam depa ni cepat sungguh besar, tak ke kiri dan kanan... memanjang tu jangan ceritalah... seluar beli minggu ni, minggu depan dah jadi size lain.... erkkkk

Dua tiga malam ni susah nak bagi tido sebab ada adik2 yang buat master kat sini...yang dah grad, tumpang tido... biasalah, ada orang je depa pun payah la nak lena... nak bermain je, 2 malam ni memang masukkan je dalam cot lepas tu biarlah... kakak OK dia tak lena pun dia diam je...main sorang2... adik pesen menjerit mak aiiiiii perangai baru plak... bila angkat senyum2 plak...isk akai keling sungguh.

Malam tadi, abang bulat try la masukkan depa dalam cot, ha ha ha depa ajak dia bermain-main...lepas tu tutup lampu adik menjerit kuat kwang3.... bila aku take over, dia teriaklah pelan-pelan macam merajuk sebab kena masuk dalam cot tepuk-tepuk skit lena la... hua hua hua.... tensi papa depa. Mengena namanya tu ;)

Pagi ni kami sahur dengan beriani Pakistan dimasak oleh Cina ke ke ke....abang bulatlah beria nak masak beriani... memang buka posa nanti dah lepaslah... tak payah masak nasi lagi, bagus gak ;) TQ la abang bulat ...

OK nak sambung tido jap...ta ta

~dariBMkeKKkesTiR~

Wednesday, September 09, 2009

20 Ramadhan???

Salam,



Cepat la sungguh... isk isk isk... ingatkan masa panjang kat sini terasa la lama...rupanya tidak juga ye :)

Hari Ahad minggu lepas, kami tak plan apa-apa pun...tetiba sampai ke Falki*k Wheel... cantik tempat ni, akan tetapi hujan la plak... tak la kami nak berjalan-jalan sakan, bergambar pun sikit-sikit saja... yang lagi best aku terlupa my Kodak, kenalah guna Canon abang bulat yang besar tu ke ke ke... memang minat dengan kamera tapi hmmm ntah la aku ni pesen yang kalau ramai orang minat aku akan jadi kurang berminat... pelik sungguh. Tapi that's me ;) Mujurlah ada... my 'Beri Hitam' ok gak gambar-gambar... bleh la nak edit sikit-sikit lepas tu post kat sini ;)



Sepatutnya Isnin ada appt dengan Julie... akan tetapi Julie kena selsema... [bkn H1N1 harapnya...] lepas tu tunda ke minggu depan....lega juga sebab bolehlah tambahkan lagi apa-apa yang patut. Kwang..kwang..kwang... sabar je la. Biasalah... bila last minute idea akan mencurah-curah macam hujan di Stirling ni... kalu tidak hmmm macam hujan kat Afrika. ;)



Malam tadi... aku tido awal... pukul 10.30pm... pagi ni rasa lega sungguh... kalau tidak macam lemau je. Tak cukup tido rupanya... hu hu hu. Yang lawak tu... [bleh masuk kategori lawak ke....] aku terlelap kat sofa, tetiba dengar 'berdebuk'...rupanya bam bam sudah jatuh daaaaa...jatuh daripada duduk bkn berdiri... aku terkejut jaga... terus marah abang bulat ha ha ha.... mamai namanya tu... lepas 15 minit kejadian... bam bam pun lena la atas bahu abang bulat. Dia lena... aku pun tido la... gitulah citernya.



Ok meh kita tengok gambar-gambar pulak, gambar bawah ni dalam souvenir shop kat Falki*k Wheel, he he he... kesian depa kan....nampak tensen je, mana le tak tensen... sebab kena paksa pakai jaket tebal tu... dah sejuk kenalah pakai jaket isk isk isk....budak-budak ni kan.



Ini pun dalam kawasan Falki*k Wheel... besi tergantung tu... nanti ada boat bergerak bawa pelancong ... kami terlepas boat tu, tak pe la...lain kali insyaAllah bleh naik lagi.



Hmmm nampak boat tu... nanti mesin tu angkat boat tu... dan turunkan boat yang kat atas... menarik juga kalau naik...harga OK la juga... £8/- hu hu hu





OKlah...sampai sini je la....apa ni dok update blog plak... tak pe multitasking ni...sambil dok menulis benda lain juga. Ta ta...

~dariBMkeKKkeStiR~

Thursday, September 03, 2009

Pantasnya masa...

Salam,

Cepat sungguh rasanya masa bergerak sekarang ni... dah nak masuk separuh Ramadhan ... isk isk isk... camno ni? Kami dah 6 bulan dah kat sini... hu hu hu seriau ka? Sikit-sikitlah... Alhamdulillah ada progress, kalau statik mesti seriau tahap gaban.
6 bulan... hmmm banyak benda yang berlaku, Alhamdulillah setakat ni boleh handle, kanak-kanak pun setakat ni OK, sihat walafiat... demam sikit-sikit tu biasalah... manusia normal mestilah sekali sekala demam, kalau tak demam robotlah namanya tu. :)

Dah 10 bulan lebih... hmmm sekejap sungguh, tahun lepas aku berpuasa dengan depa masih dalam perut, Alhamdulillah cukup 30 hari... kuat jugakan. Tahun ni ke ke ke jangan haraplah... silap2 6 -7 hari dalam tangan la. Tapi kalau posa penuh mesti seriau juga tu ke ke ke... blom ready la untuk next one [or two].

Posa kat sini OK, walaupun masa panjang tapi tak terasa sangat, sebabnya pagi-pagi aku pi opis sampai pukul 1pm, balik petang dok melayan depa ni...sedar-sedar dah 4pm... lepas tu nak masak ... sekali sekala abang bulat masak ... sedar-sedar dah berbuka... la ni berbuka makin awal, hari ni 8.13pm... esok 8.09pm... dan dekat nak Raya nanti 7.15pm camtu macam kat KL la...OK la tu :)

Rasanya semua orang dah demam FB, aku demam ke? Tidaklah sangat tapi kalau ON laptop ni biasanya FB tu ON la juga... ehhh masa menaip ni aku tak ON FB pun... tak le demam sangatkan ke ke ke.

Aha.... cerita pasal FB ni, seronokkan dapat jumpa balik kawan-kawan lama... ada yang masih bujang, ada yang dah beranak pinak dan ada juga yang dah kembali single dan ada yang bujang - kawin - bujang - dan kawin semula... hmmm macam-macam. Tapi yang buat sedih tu... aku ada FB kawan yang pernah kawin... dah berpisah...dan yang lelaki dah kawin lain... lepas tu baru dapat anak sulung dengan isteri terkini... lepas tu dia dok komen yang isteri terkini tu sangat kuat masa lahirkan anak dia hmmmm aku terus rasa sedih sangat, kalau kawan aku [bekas isteri] baca mesti terasa sebab dengan bekas isteri tu ada 5 orang anak, dan salah sorang anak tu sakit kronik yang sekarang ni bekas isteri [kawan aku] yang jaga sebab faham2 la...sapa la nak jaga kalau budak sakit macam tu.... tak cukup kuatkah bekas isteri dia dulu tu? Alahai manusia... dan petang tadi juga aku terjumpa kat youtube majlis pernikahan ustaz rocker dgn W... aku terasa betapa tak sensitifnya si W ... memanglah dia sebelum ni lincah... tapi tolonglah hormati perasaan bekas isteri ustaz tu... cover sikit kelincahan tu, nampak 'gelenyar' plak... isk...posa posa ni macam malas nak komen tapi geram la juga. Itulah orang kata...musuh wanita sebenarnya wanita sendiri... renung-renungkan. Hmm cukuplah... tak nak la emo sangat bulan-bulan posa ni dah la cuaca sini bleh menyumbangkan kepada emo yang kronik... mandom memanjang.

Masa aku menaip ni dah 10.40pm...adik nak lena, kakak dok nganga tengok TV. Hmmm biasalah, depa ni kadang-kadang ambik turn, sapa nak berjaga. Tak kisahlah tu...paling-paling lambat pun 12am depa lena la... dan yang bagusnya lena dan esok baru depa jaga. Kami pun bleh lena la malam-malam. Alhamdulillah... lega jugakan. Kalau yg dok berjaga malam yang haru tu.... setakat lena lambat skit halal je la ;)


Cukuplah untuk kali ni... kalau sambung lagi aku akan emo lagi dengan cerita kawan-kawan. Ta ta dan selamat menjalani ibadah posa dengan jayanya aminnnn!!!


~dariBMkeKKkeStIr~