Tuesday, March 31, 2009

Tag lagi...:)

Salam,

Tq la Nonie...time tadak idea ni hang bagi idea, senang citer. Meh kita layan N3 yang sempoi ni :)

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Kombinasi nama aku dan abang bulat :)


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://alinlai.blogspot.com/ dariBMkeKKkeSTIR

Asal BM, lepas tu keja dan menetap di KK, lepas tu kena sambung study mai la sini, itulah sejarahnya.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Hmmmm kena analisa juga ke nanti? Nak guna Excel je ke atau nak guna SPSS? ho ho ho method = merapu jer

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah, lepas abang bulat dapat kesan blog ni, tapi lepas tu rasa macam oklah... bukan aku citer benda pelik-pelik pun benda biasa dan merapu je... layan je la. Teruskan la...senang citer.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog Nonie ni mmg sempoi, dan aku rasa dia pun mmg jenis sempoi... aku pun sukalah baca kalau cerita sempoi je... sebabnya aku pun jenis yang sempoi gak hu hu hu berapa banyak sempoi daaaaaaaaa...

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
i) Ct Nini
ii) Achik
iii) Kiah
iv) IV
v) Ilah

hu hu hu mau ka depa ni buat? Tak pe bkn paksa pun.... saja je nak nyusahkan depa kwang kwang kwang...

~dariBMkeKKkeSTIR~

Sunday, March 29, 2009

Jalan-jalan sampai penat

Salam,

Tengoklah muka kanak-kanak kepenatan... ha ha ha kena dera... berjalan seharian. Pagi jalan, balik rehat kejap... petang sambung lagi. Ni sapa yang beria nak berjalan ni... mak bapa ke anak-anak ke ke ke....

Sampai rumah dah pukul 7pm... kakak baru lepas nangis sebab nak susu... adik tu biasalah... memang dok minum pun. Alah depa nangis beria dalam kereta bukan sebab apa... tapi sebab penat. Cian depa. Natijahnya... malam tadi semua lena dengan nyenyak... [lena cam pengsan la...] baguih gak. Tapikan... kakak tu bangun kejap... dok senyum-senyum nak bermain plak.... layan kejap lepas tu suruh dia tido balik... mujurlah dia ikut arahan kalu tidak... habislah muka, hidung kena tarik... sakit juga oooo... kuku kena potong selalu kalau tidak, sama ada muka depa yang bercalar, atau muka kita yang dicalarkan.






Ok... mungkin hari ni jalan lagi... misi mencari baby cot yang blom berjaya dicapai... bye semua... cau cin cau.

~dariBMkeKKkeSTIR~
Posted by Picasa

Thursday, March 26, 2009

Petang yang syahdu...

Salam,

Petang-petang camni kalau makan cekodok, atau jemput2 udang sedap ni... minggu ni nak beli tepung la... bleh gak buat cucur bila boring [malas] masak nasi ke ke ke. Boring ooo mkn nasi jer...nak gak makan yg lelain...tapi aku ni tak beria sangat dgn roti...kalau tidak senang gak... sapu jem je dah siap makanan. Hu hu hu...

Hari ni kejap panas, kejap hujan... tatau nak kata apa dgn cuaca sini, yang penting jangan terikut sangat dengan cuaca...kalau tidak memang hanyutlah... nak kroh kroh je.

Tadi sikit lagi nak kena saman parking kali ke-2, mujurlah bertindak pantas...buat2 bodo pi tegur pak guard yang dok tulis saman tu... bagitau dia kami dah apply tapi blom ada jawapan... dia suruh pi ambik sendiri kat pejabat. Ke ke ke... ingatkan dia letak gak saman tu... rupanya dia tarik balik fuhhhhh lega... tq pak guard :)

Oklah... layan TV la pulak bye :)


~dariBMkeKKkeSTIR~

Tuesday, March 24, 2009

Dah siap pun Ct :)

Salam,

Tagged by Ct Nini... ok jer bukan busy sangat pun... kejap je siap ;)

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Kalau termarah depa masa depa buat perangai pelik2 ke ke ke ... lepas tu mesti rasa isk macam le depa faham kita marah... lagi pun budak kecik camtu camno la depa nak berekspresi selain daripada menangis, buat perangai kan kan kan


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.


  • Sembang-sembang dengan bam dan bim, walaupun tak faham apa depa nak cakap tapi layan je, terapi yang bagus...

  • Tido berjemaah, biasanya kalau aku tido tak lama lepas tu dua-dua akan ikut tido ke ke ke...

  • Berjalan-jalan... tak kisahlah dekat atau jauh.

  • Bergambar, mama suka anak-anak pun suka gak

  • Peluk depa lama-lama... walaupun nanti baju basah dengan liur depa, sabaq je la sblm nak besar ...

  • Feeding time... suka sebab depa berselera ke ke ke

  • Sesi baca buku cerita... seronok baca dan tengok depa excited melayan kita baca buku cerita yang dapat masa pi klinik minggu lepas

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.


Sapa ye? alahai tak pe la... ke ke ke Byeeeeeeeee


~dariBMkeKKkeSTIR~

Monday, March 23, 2009

Spring... sejuk???? hmmm

Salam,

Sihat ke kenkawan? Kami kat sini Alhamdulillah sihat... kekanak lagi sihat, depa ni kebal sungguh, ada cahaya matahari je badan depa dah berpeluh sakan... iskkk kita ni payah-payah nak kuar peluh. Tapi asalkan depa sihat oklah tu...

Lepas cucuk 2 jarum minggu lepas adalah demam sikit...tapi yang lega skit dengan kekanak ni, walaupun demam... tetap minum susu dengan bergayanya. Tak le macam tak selera ke... hmmm ikut sapa la gamaknya ;)

Yang best tu skrg ni depa dah bleh pegang sendiri, dah bleh minum sambil baring... malam-malam berbunyi jer, buat susu sumbat terus diam ke ke ke... dah le aku dah set tido jam 7pm ikut arahan plak tu... bertindak mengikut arahan la kiranya. Kwang kwang kwang.

Spring skrg ni... ada la bunga yang dah kuar, tapi masih sejuk sebab sini berangin... eiii harap-harap bulan 4 ni ok, supervisor aku cakap biasanya bulan 4 memang cantik... kalau nak berjalan-jalan area sini baiklah masa bulan 4 tu... summer pun kadang-kadang sejuk sebab hujan ataupun sebab angin kuat...hmmm sabar je la.

Petang Jumaat aku buat gempaq... biasanya kalau masak memang aku buka tingkap luas-luas takut la nanti asap berbunyi plak alarm... ntah macam mana bleh terlupa... tetiba jer bau nasi hangit ... dok melayan budak-budak ni le... ohhh masa tu tetiba dua-dua orang nak susu... dok menangis... dan tetiba juga disebabkan asap nasi tu alarm sudah berbunyi daaa.... apa lagi makin kuatlah depa ni teriak... teruslah aku buka pintu depan... bagi tau guard yang aku la yang menyebabkan bunyi alarm kwang kwang kwang.... sure menyumpah budak-budak yang dah turun ingatkan ada kebakaran ke apa ke... maaf deh... ngak sengaja.

Hah ini gambar terkini bam bam dan bim bim... yang bergaya sakan sambil minum susu. Kalah anak orang putih, bleh lagi pakai seksi-seksi kat tempat sejuk... layan je la janji tak nangis. Dahi tu bertampal dengan cool fever... demam sebab kena cucuk di paha kanan dan kiri. Cian depa...

Ohhh ini bukan angkasawan ye... tapi bam bam dan bim bim sblm masuk kereta... Alhamdulillah depa ok je duduk dalam ni... diam je menikmati pemandangan. Hmmm dah sama sangat muka depa ni... tak pe nanti kita beli gelang ye. Nak gelang tangan ke kaki? Gold or silver? White gold??? ok je white coffee mama belikan he he he

Bim bim menikmati pemandangan alam semulajadi sambil mencari ibu jari nak hisap la tu...

Bam bam minum susu sambil termenung dan bergaya santai...

Posted by Picasa
Ok... sampai sini saja... cau cin cau :)
~dariBMkeKKkeSTIR~

Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah...

Salam,

Dah 5 bulan kekanak ni... kejap je. Makin bulat... dah nak meniarap... tido mlm2 dah tolak2 mama dgn papa... sabaq je la sblm nak dpt baby cot depa. [baca betul2... baby cot bukan newborn baby...] Bulan depan bolehlah bagi makan.... ehh kejap plak rasanya. Apa2 pun syukur, depa ni senang nak sesuaikan diri dgn keadaan... senang la juga hati ni. :)

Sabtu lepas kami jenjalan kat kawasan ni... kejap je sebab angin kuat. Kesian kekanak malam tu adik hingus makin banyak.

Cuaca makin bagus... dah naik ke 8 atau 9 celcius... cuma kadang kala berangin je tu yang buat sejuk giler... jenuhlah nak melawan angin tu kalau berjalan balik. Macam nak terbang dah... ehhh sama la macam masa undergrad dulu... aku sokmo nak melayang ditiup angin... tapi masa tu badan memang kurus sungguh... sekarang ni walaupun kurus, tapi berisi la sikit berbanding dulu. Bayangkanlah dengan tinggi 149cm dan berat 37kg - 38kg. Ke ke ke .... sabaq je la. Sekarang ni naiklah sikit dah 45kg atau 47kg... beratlah sikitkan.

Hari ni abang bulat beli kebab, masak nasi dan goreng je telur dadar... jadilah dinner kami. Alhamdulillah... kenyang. Lepas tu dalam pukul 8pm aku ngantuk sangat-sangat... terlena sampaikan adik nangis pun aku tak sedaq... bangunlah juga untuk bagi kakak minum, sekarang ni dah segar bugar pulak mata... tapi tak nak la tido lewat macam malam tadi, rugi je ke ke ke....

Sekarang ni aku pi ofis awal... pukul 7am kadang dah kuar, pi awal bleh balik awal. Maklumlah kami ni kena ambik shift jaga kekanak ni... so kalau balik awal bolehlah abang bulat pulak pi department dia atau buat keja dia. Tak pe la... insyaAllah setakat ni masih boleh diuruskan. Mana tau dengan doa kanak-kanak ni perjalanan pengajian kami lebih lancar... insyaAllah. Rezeki anak-anak sapa nak boleh nafikan...




Inilah kekanak yang gembira dalam kesejukan masa bawa jenjalan Sabtu lepas, tak pe insyaAllah Sabtu dan Ahad ni kalau cuaca elok kita berjalan-jalan lagi.... :) Mama depa pun seronok juga berjalan-jalan camni ke ke ke...
Ok, nanti cerita lagi... cau cin cau.
~dariBMkeKKkeSTIR~


Sunday, March 15, 2009

Kekanak berehat

Salam,



Hari ahad camni, untuk org yang tadak kereta mcm kami ni, lepak rumah je la. Aktiviti kat rumah? hmmm biasalah, selain menonton TV yg cuma ada 5 channels... melayan kekanak ni le. Masa aku menaip ni depa dok lena... sejuk camni lena best la. Tapi ntah la... skrg ni jarang sangat tido petang... bagusnya lepas subuh tak plak nak lena balik, bolehlah membaca sebaris dua ayat ke ke ke....

Petang kelmarin bawa depa jalan-jalan kat sini, tapi angin kuat plak... malam tadi adik dah selsema balik, jenuhlah abang bulat sedut hingus dia .... seduh guna suction ... bukan guna mulut ke ke ke...masa baru2 lahir guna mulut... mmg termakan la hingus depa. Layan je la.

Hari ni abang bulat kuar pi 'car hunting' payah gak tadak kereta ni... belilah juga, kalau dpt yg berjenis pakai lama kalau tidak nanti beli lagi ke ke ke... wah cakap mcm byk $... cakap je, bukan kena bayar pun.

Oklah... nak masak... lapaq plak, kekanak dok lena, ambik kesempatan.... cau cin cau





Bye bye - bim dan bam.

~dariBMkeKKkeSTIR~

Friday, March 13, 2009

Pagi cantik....Petang syahdu

Salam,
Isk cuaca sinikan... memanglah mengharukan, pagi tadi cantik sangat....matahari memancar-mancar... kami pi klinik depan rumah... sajalah dah orang suruh pi tak check mende pun, tengok tekanan darah, berat, tinggi je... yang diperiksa mama n papa... tapi anak-anak masuk sekali, sapa la nak jaga depa plak.
Dah nak bergambar tapi disebabkan lapaq sangat-sangat... lari la masuk rumah... walaupun ada matahari tapi masih sejuk eiiii....sabaq sabaq.
Ada berita sedih.... kamera aku sudah rosak la... hmmm kena beli yg barulah pulak... tak pe tak pe ... ada la tu. Esok nak pi shopping skit... mana tau ada yang berkenan dan mampu dimiliki... tangkap le satu.
Kekanak cam biasalah... kurang sejuk je depa akan tolak-tolak selimut... isk kebal sungguh. Malam-malam jenuhlah nak adjust depa tido, dah lasak sangat.... kejap melintang sini, kejap sana... baby cot blom jumpa lagi ni. Lepas tu nanti kena cari baby seat plak... nak letak dlm kereta. Tak pe la... demi keselamatan anak-anakku. Ohh ini gambar depa masa balik dari Tesc*, tapi Tesc* sini tak best la... tak menarik la barang2 dia... pasai apa ntah. Tapi dalam tak menarik tu rembat juga baju depa ni... baju mama depa pun ada gak ke ke ke... sabaq je la.
Ini Bim Bim @ kakak.

Ini Bam Bam @ adik

Dah rupa kekanak monggoli* plak... bila sejuk je pipi merah bulat plak tu... isk kesian gak, jenuh sapu losyen sebab kulit depa kering. Apa-apa pun yg lelain Alhamdulillah hidung berair sikit-sikit tu biasalah, kita pun kalau sejuk berair apa lagi kekanak macam depa.
Oklah... baru siap summary, dah submit, dan nak balik umah... nak masak ke nak beli? Tak pe nanti bincang dengan abang bulat ke ke ke... tak pun beli piza je.... ndap gak piza masalla... ada tanda halal lagi.
Cau cin cau....
~dariBMkeKKkeSTIR~










Tuesday, March 10, 2009

Jawab Tag cik Kiah...

Salam,

Kiah ni dok tagging plak... mujur tadak keja ke ke ke dah siap, so mana kek yg hang nak bagi tu? Hang kan pandai buat kek....

The questions from the tag are:-


What is your enthnicity? Melayu ada gak kata mamak... mana2 le janji bumiputera [huh... nak kena buka Perlembagaan M'sia ka?]



What are your interests outside of fashion? Makanan, minuman, berjalan-jalan


Favorite musicians/bands? Search... [otai...]


Favorite movies? Layan je mana yang ok...


What do you plan to study? PhD insyaAllah...



What do you plan to do for a career? Prof. Di Raja [boleh?] ke ke ke dlm mimpi kot


How often do you shop? Very often


Do you have a job/work? Yep... ada keja ada gaji...tadak keja mana nak dpt gaji...


How do people react to how you dress? Cantik baju...[baju je ke?]



What are your summer plans? Turkey to be specific Istanbul [tu dia...Simah haru dah...]





**************************************Tag about cellphone



THREE NAMES IN YOUR INBOX ....Kak Misah, Angah Gayat, Abang Bulat



YOUR MAIN RINGTONE? Avril Lavigne...When You're Gone...



WHAT YOU DID AT 12 LAST NIGHT? Solat Isyak



WHO WAS THE LAST PERSON YOU WENT OUT WITH? WHERE? Abang Bulat, Bam bam dan Bim bim.... Tesco



THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW? Green + White



THE LAST THING YOU DID? Bagi kakak minum susu untuk ke sekian kali



THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS? Surah Yasin, Kamera, Komputer



THE COLOR OF YOUR BEDROOM? Putih bersih...[kami duduk hostel la skrg ni ]



HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW? tataulah... beberapa puluh pounds dan beberapa ratus RM



YOUR FAVORITE CITY? Kuala Lumpur



WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND? Reading journals and summarize it



WHEN WAS THE LAST TIME YOU SAW YOUR MOM? last month



WHERE IS SHE NOW? at home [BM]



WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS? last sunday



WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU? Kak Misah



WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT? at home... masak la



THE LAST SURPRISE YOU GOT? bunga... sempena b'day...



LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIENDS? Gam nak lekat gambar kat borang



WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE? Abang Bulat



ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE? Nope



WHAT DO YOU ORDER AT MCD? Burger, Fries



THE LAST TIME YOU FELT SO SAD? Ntah...sblm mai sini kot


~dariBMkeKKkeSTIR~

Monday, March 09, 2009

Yuhoooooooo...bersiaran kembali

Salam,

Lama sungguh tak masuk sini...tak sempat la pulak. Kami sihat je, cuma busy nak sesuaikan diri dan nak lengkapkan apa yang patut. Insya Allah nanti-nanti ok la tu aminnnnnnnnnnnn...

Kat mana kami sekarang ni? Ok ... kami kat sini.... sila klik :)




Sampai sini Isnin 2/3.. dah seminggu rupanya. Alhamdulillah makin OK, budak2 pun dah hilang skit selsema...sejuk giler ha ha ha ambik kau. Dah spring tapi masih ada salji...isk isk isk layan je la.


Kakak dan adik melayan perasaan...sambil bermain dengan bim bim dan bam bam [soft toys M'sia Airlines] muka depa merah macam budak monggolia dah...cian ke ke ke



Ok ada appointment ni cau cin cau ....
p/s: Ct Nini makasih hantar kat KLIA malam tu...jumpa juga kita :)
~dariBMkeKKkeSTIR~