Thursday, September 28, 2006

Kamikenabeb vs Kenakandiabeb!!!

Salam,

(sambungan citer
ini )

Kelmarin petang kami balik lambat...abang bulat ada meeting sampai dekat 5.30pm, untuk menjimatkan masa kami pi beli mee goreng mamak je tapau + kuih dua tiga ketul...berbuka la dua orang dengan berselera nyum nyum nyum, lepas berbuka abang bulat ketuk la bilik minah tu nak tanya ada tak bapa atau mak dia telefon...boleh minah tu tak buka pintu, tak pa kita ada kaedah lain nak buka pintu tu...kami guna kunci spare, bila dia dengar kami buka pintu dia halang / sekat pintu pulak....isk isk isk...sabaq je la, malas nak layan lagi, kami solat Maghrib, pi Tarawikh, pi settled all the bills... dekat segala bank yang ada, dekat 9.30pm baru sampai rumah ... dan bermulalah kejadian kamikenabeb vs kenakandiabeb....


jeng jeng jeng!!!

Sampai je rumah abang bulat pun pi ketuk lagi bilik dia sebab sblm pi masjid mak dia dah telefon rupanya mak dia telefon dia tak angkat, bapa dia telefon dia tak layan...kami dah pelik la. Kalau ikut mak bapa dia suruh tahan dia dulu atas alasan dia nak cari keja kat sini... aku hangin la juga, sat nak study sat nak keja... memang cadangan ditolak la... bila abang bulat citer yang kami keberatan juga sebab dia dah tipu kami awal2 lagi masa ambik kat stesen bas tu, lepas tu mak dia kata bagi dia 2 pilihan, sama ada balik Sdkn atau tolonglah hantar dia pi mana yang dia suka.

Sekali lagi dia buat perangai kunci pintu dan tahan pintu tak bagi kami masuk, abang bulat dah tinggi suara dah...kami ambik kunci dan tolak kuat-kuat pintu tu baru dapat masuk. Minah tu dah start menangis...abang bulat tanya pasal apa dia menangis, telefon mak bapa dia suruh cakap dia diam dan menangis, aku hangin juga...tapi kontrol lagi, sampai satu masa aku perasan beg besar dia tak dak...tanya dia kat mana tak jawab juga, geram juga tau sebab dia menangis je, tak mau cakap...bleh agak la dia ingat bila kita dah boring layan nangis dia kita blah la... kami terus syak dia dah hantar beg tu pi somewhere dan malam tu dia akan lari dari rumah...sebab ada beg sandang je. Aku makin hangin....abang bulat apa lagi ....

Malam tadi aku pun terpaksa la bersyarah juga... masa aku bersyarah tu dia dok nangis lagi, sampai satu tahap aku hangin sangat-sangat aku angkat dia dari belakang...sebab budak tu memang pelik la tak boleh layan elok2...agaknya kuat juga aku pegang tangan dia sebab dia cakap sakit... dan lepas tu bila abang bulat tanya dia dah jawab, terkejut agaknya dia dengan tindakan drastik aku (kui kui kui). Kami tanya mana rumah kawan dia tu, malam tu juga nak hantar sebab dia memang tak mau balik kampung. Kalau tak hantar pun memang malam tu dia akan lari dari rumah sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb....

Beg besar tu dia dah tinggalkan kat belakang rumah. Rupanya dia dah berniat nak lompat pagarlah malam tadi. Lagi malu kalau dia lari dari rumah. Apa kes lari-lari dari rumah ni, nak keluar cakap la kami bleh hantar. Nak tergelak juga sebab dia boleh tinggalkan beg dia kat belakang rumah tu, tepi jalan pulak tu, mujurlah malam tadi tak dak orang yang suka buka tong sampah cari tin/ plastik untuk recycled, kalau tidak selamatlah beg dia tu. Ntah apa la yang dia fikir...nampak la singkat sungguh fikiran minah tu.

Telefon kawan dia...alamak keja malam pulak kawan dia tu, pukul 1am baru balik (erkkk keja apa ni?) tapi dalam pukul 12am kami pun keluarlah cari rumah kawan dia tu, memang tak pernah masuk kawasan tu....apa-apa pun Alhamdulillah rupanya memang betul tempat kami sampai tu tempat kerja kawan dia....yang disyaki merupakan pusat Karao*ke (gulp...) tapi dah dia nak juga duduk situ dan mak bapa dia pun suruh kami hantar kat mana yang dia nak pi.

Hantar dia kat situ, terima kasih apa pun tak dekat abang bulat...kami pun blah. Ringan sikit kepala walaupun dah lewat malam, hari ni aku ada kelas at 8am, nak bangkit masak sahur lagi. Tapi memang rasa terlepas beban. Bukan tak mau dia tumpang, tapi cara dia masuk rumah dengan menipu, lepas tu ada niat nak lari dari rumah isk tak boleh terima sangat-sangat. Biarlah dia tau langit tu tinggi atau rendah lepas ni. Walaupun risau dia akan kerja macam kawan dia (kami syak G*O), tapi itulah kehendak dia ... kita ni sapa nak halang, sedangkan bapa dia nangis-nangis cakap pun dia tak heran.

Betullah kata pepatah lama... 'lebih mudah menjaga lembu sekandang, daripada menjaga anak dara sorang' .

Yang lagi pelik tu mak bapa dia macam lepas tangan, sepatutnya hantar la kakak atau diorang datang KK jemput dia. Ini suruh kami jaga dia dulu, kalau aku tak perasan beg dia tak dak malam tadi silap-silap bangkit sahur pagi ni terkejut badak sebab pintu dapur ternganga... atau dia bawa kunci sekali hmmm tak nak la fikir semua tu ngeri je.

Hari ni abang bulat nak telefon pakcik dia tu dan nak minta maaf la sebab terpaksa hantar anak dia macam tu. Apa-apa pun aku rasa kisah kamikenabeb ni sekarang dah bertukar menjadi kenakandiabeb. Harap-harap tak dak lagi kenakandiabeb siri 2, penat la nak layan. Banyak lagi masalah negara yang nak kena fikir.

Kalau ada yang tak setuju dengan tindakan kami yang nampak macam pentingkan diri ni aku minta maaf la, tapi pada pendapat aku, tindakan kami ni yang paling sesuai (mungkin bukan la yang terbaik...), sebab:

  1. Bila dia ada kat rumah, memang tak selesa sangat sebab tahu dia menipu banyak benda.
  2. Risau dengan keselamatan diri dan harta benda.
  3. Nanti kami balik Raya lama-lama takkan dia nak lepak rumah kami kot?
  4. Kesiankan abang bulat yang selalu sangat kena tanggung kes-kes macam tu, sedara dia ingat kami ni kaya sangat kot...isk isk isk...tak pikiaq langsung la depa ni.
  5. Yang paling penting tindakan kami ialah untuk memelihara keharmonian rumahtangga kami dari sebarang ancaman anasir luar atau yang tak berkenaan.

Apa-apapun aku harap minah tu sedaq diri dan balik kampung jumpa mak bapa dia. Sampai la ni kami tak tau kenapa dia tak mau balik kampung....bila tanya menangis, bila tanya menangis... tak tergamak la nak tampar anak orang, tapi ringan juga tangan aku malam tadi, tapi sabaq nanti kurang pulak pahala posa :)

Alhamdulillah pagi ni tak dak masalah nak bangun pi keja walaupun malam tadi aku tido pukul 1am, pukul 3am bangkit masak dan makan sahur, pukul 5.30am baru sambung tido semula sebab kena la prepare sikit untuk kelas pagi ni. Pukul 7am bangun semula, 8.05am start kelas sampai 9.45am. Sekarang ni dah mamai-mamai sikit...lepas Zohor ni tido la gamaknya, sebab petang ni aku free.

Apa-apa pun aku sentiasa berdoa agar Allah Taala akan sentiasa melindungi kami berdua aminnnnnnn !!!

Till then ciao & selamat berbula posa :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, September 27, 2006

Kamikenabeb!!!!

Salam,

InsyaAllah hari ni dah masuk 4 hari kita semua berpuasa.... aku dengan abang bulat ok je setakat ni. Yang pasti aku tak masak lagi untuk berbuka...tapi sahur Alhamdulillah belum miss lagi...pukul 3.15am masak...by 4am dah bleh makan...imsak kat sini 4.30am ++ sempatlah berehat-rehat dan buat apa yang patut sblm masuk waktu Subuh :) relax la juga...

Ok pernah tengok rancangan Wakenabeb tak? Ada kat NT*7 rasanya tahun lepas atau awal tahun ni, yang si Adl*n Aman Ramlie pi pekena artis @ selebriti tu? Untuk makluman...aku dengan abang bulat dah terkena tapi secara live dan tadak kamera bagai...on the 1st day of Ramadhan 1427 H.

Cerita dia macam ni....

Hari Sabtu malam balik daripada Tarawikh, sepupu abang bulat contact dia, kata nak mai rumah kami sebab nak daftar kat satu kolej kat sini, oklah...tetamu nak mai terima je la tetamukan bawa rezeki :)

Hari Ahad, masa dok membeli ikan dan barang-barang nak masak sepupu dia call, dia dah kat stesen bas...oklah, abang bulat suruh tunggu sebab kami nak pi bazar Ramadhan kejap... lepas membeli belah makanan serba sikit...kami pun pi la stesen bas tu...yang pelik tu masa kami ambik dia tapi beg tak dak...dia kata ada dlm kereta kawan dia...oklah...pi lah ambik beg tu.

Sampai rumah, berbuka sama-sama (minah ni tak posa sebab dia non-muslim). Tapi aku ni instict kuat juga rasa mcm pelik je minah ni...tapi tak nak la prasangka (perghhh ayat...) apa-apa bulan posa tak baik ada perasaan macam tu nanti kurang pahala...

Isnin petang dalam kereta on the way balik rumah...abang bulat ceritalah yang kakak minah tu dah contact dan maklumkan hal sebenar...nak tau hal apa?

  1. Minah tu dah sampai KK on the 19th Sept. (dia pi rumah kami 24th Sept so 5 hari sblm tu dia kat mana?)
  2. Dia kata nak daftar kat kolej tu on the 28th Sept. bila abang bulat tanya kawan dia yang keja kat kolej tu ada tak kursus sekian-sekian dan bila tarikh mendaftar...kawan dia kata bulan 12 ni baru ada intake dan boleh daftar masa tu...)
  3. Mak dan bapa dia tak tau yang dia kat KK skrg ni depa ingat dia kat Sdkn lagi.

Hah...kamikenabeb!!!!

Sampai rumah...berbuka macam biasa ... sambil tu dia ada minta permission nak keluar sat jumpa kawan dia, abang bulat cool lagi cakap TAK BOLEH, nak jumpa kawan siang-siang je malam tak payah. Nampaklah dia dah lain macam, dan makan pun tak habis...(kekonon merajuklah tu....)

Lepas makan, rehat kejap abang bulat slow talk dengan dia suruh dia ngaku bila dia sampai KK dan kat mana sblm pi rumah kami, mula tu dia dok cakap la dia memang dari Sdkn bla bla bla... bila abang bulat bagitau kakak dia sudah contact dan explained everything terus dia pucat dan dok cakap... 'aku takut...aku takut...' sebab muka abang bulat dah serius masa tu, aku naik atas solat Maghrib, dan bila abang bulat dah selesai solat aku tanya la dia kat mana sblm tu? Memang confirm dia pi lepak rumah kawan dia....yang lagi best kawan LELAKI.

Isk memanglah budak ni tak kesian kat mak bapa dia tau...depa bukan orang senang, mak bapa dia duduk kampung yang kira ulu la kat Sabah ni...yang jalan pun tak bertar kalau hujan terputus hubungan dengan dunia luar... geram juga, tapi ntah la aku masih boleh cool dan tak campur tangan sebab malas dan kesian kat abang bulat nanti dia susah hati plak...sblm tu dia mengadu juga malas la nak fikir benda macam tu sebab benda kerja pun banyak dia nak kena fikir.

Lupa nak bagitau sblm ni dia dah pi Serda*ng daftar untuk ikut Nursing course, kat kolej apa ntah, dia balik selepas 2 hari kat sana sebab dia tak berminat (pandai memilih juga tu....) ni lagi kesian sebab sure bapa dia bagi duit poket yang banyak sebab nak belajar jauh, apa la dia buat dengan duit tu hmmmm....

Untuk makluman...sampai hari ni (27th Sept.) minah tu ada lagi kat rumah aku, eksyen juga tak sembang dengan aku...tak layan la sangat perangai dia tu sebab malas dan tak rugi apa pun. Hari ni mak bapa dia akan contact abang bulat dan tengoklah macam mana... tapi kalau tanya pendapat aku, by Friday ni cukuplah dia kat rumah tu tolong beli tiket dan minta dia balik Sdkn la...kat opis pun susah hati je sebab dia kat rumah, risau mana la tau terdesak ke dia ambik apa-apa kat rumah tu pi jual, or bawa kawan masuk rumah ke sapa nak jawab? Nauzubillah....

Ya Allah selamatkanlah kami dan harta benda kami...

Itulah kisah kamikenabeb di bulan posa tahun ni....

Ta ta all....

~dariBMkeKK~

Monday, September 25, 2006

Resepi konon....

ACAR BUAH

Bahan-bahan:
  1. 1/2 kg buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak masin (kalau ada) ]
  2. limau/ lemon [rebus 2,3 kali tukar air setiap kali rebus]
Bahan mesin halus:
  1. 1/2 kg bawang kecil
  2. 10 ulas bawang putih 10 cm halia
  3. 100 gm cili kering
  4. 3 sudu besar rempah kari ikan[goreng tanpa minyak]
  5. 1/2 kg minyak
  6. 1/2 kg gula pasir
  7. 1 botol kecil cuka
  8. 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
  2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
  3. Masukkan semua buah campur masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
  4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
  5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

KUAH KACANG

Bahan-bahan:

  1. 300g kacang tanah goreng tanpa minyak (kisar, tapi jgn sampai halus)
  2. 3 sudu makan gula pasir
  3. 3 sudu makan gula merah/melaka/kabung
  4. 3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air
  5. 1 camca garam
  6. 1 camca kunyit serbuk
  7. Sedikit hirisan daging lembu

Bahan Dikisar:

  1. 2 biji buah keras
  2. 1 camca jintan manis }
  3. 1 camca jintan putih }digoreng dulu
  4. 1 sudu makan ketumbar biji }
  5. 1 inci lengkuas
  6. 1 inci halia muda
  7. 20 batang cili kering
  8. 1 sudu makan udang kering
  9. 5 ulas bawang putih
  10. 7 ulas bawang merah
  11. 2 batang serai (diketuk pun boleh)
  12. sedikit belacan

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar sampai wangi.
  3. Lepas tu masukkan air asam jawa.
  4. Kemudian, masukkan pula kacang yg dikisar tadi dan juga daging yg dipotong kecil2.
  5. Kacau.
  6. Letakkan gula merah sedikit untuk mendapatkan warna yg hitam.
  7. Jika agak pekat, tambahkan air dan garam secukup rasa

Friday, September 22, 2006

Marhaban Ya Ramadhan....

Salam,

Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa lagi...rasa baru je puasa tahun lepas...dah puasa lagi, dah akhir zaman ni masa cepat je berlalu...insyaAllah mudah-mudahan dapat kita semua melaksanakan puasa tahun ni dengan sesempurna mungkin dan cuba dapatkan 'bonus' tambahan dengan tingkatkan 'nilai tambah' sebanyak mungkin dalam melaksanakan amal ibadah kita :)

Tamatlah sudah p'raya kampus untuk semua IP*A termasuk la kat sini, jangan tanya proaspirasi atau propembangkang yang menang sebab aku tak tau...bukan tak ambik tau tapi tahun ni sibuk dengan kelas dan mid term dan lain-lain hal berbangkit + calon-calon yang bertanding kurang femes di mata aku (ke ke ke...) tak pernah ngajar budak-budak yang bertanding tu, jadinya tidaklah aku kenal mereka itu.

Esok kenalah pi pasar beli apa yang patut, untuk sahur dan berbuka. Hari cuti bolehlah nak masak sedap-sedap. Hari keja kalau abang bulat boleh balik awal oklah...kalau tidak beli je, setakat nak makan 2 orang...tapi banyak kali juga beli kat luar ni balik sakit perut pulak. Isk..isk isk...bayangkan sakit perut di bulan posa :(

Hmmm negara 'Gajah Putih' tengah bergolak skrg ni, harap-harap rampasan kuasa tu akan menjernihkan keadaan dan nasib umat Islam di sana lebih terbela aminnnnnnnnnn!!! InsyaAllah berkat Ramadhan kali ni sama-sama la kita mendoakan kesejahteraan saudara seagama dan serumpun kita kat sana :)

Selamat berhujung minggu untuk semua...insyaAllah jumpa lagi di bulan puasa nanti dengan cerita-cerita Puasa @ KK.

Ciao...take care all

~dariBMkeKK~

Wednesday, September 20, 2006

Erk...anak sapa ni?





Salam,

Comei tak anak menakan aku ni? Nama dia Suri (bukan suriram...bukan surirumah... ) tapi awat mak dia nampak macam tua? Isk...bapa dia plak nampak makin muda.... bahaya ni. Rasanya gambar ni je yang ada kat mana-mana media pun...kedekut sungguh depa nak tunjukkan muka anak depa ni. Mujurlah comei lote.

Untuk sesapa yang sedang berisi (mengandung le tu...) tengok2 le gambar ni kot2 dapat anak macam muka si Suri ni :) tapi ambik tang muka je ok. Perangai tak tau lagi macam mana...


Ok cukuplah untuk hari ni...jumpa lagi esok atau lusa ciao :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, September 19, 2006

@ hari 2, minggu 4, bulan 9, '06

Salam,

Baru habis tutorial, menaip sambil makan kerepek pisang yang boleh tahan je sedapnya...tapi makan juga le sebab rasa nak mengunyah je...(so kalau berat bertambah jangan merungut ok ...)

Pagi ni sampai agak awal...sebab abang bulat ada kelas at 8am, bagus juga sebab ada juga kaler biru dekat punch card aku (kui kui kui...), biasanya merah je...(merahkan tanda berani!) Yang best keja minggu ni...semua boss tadak...ada yang pi Jepun, ada yang pi bengkel...tapi keja sini ada boss dengan tadak boss sama je...aku rasa nak mai lambat aku redah je...janji keja siap :)

Seronoknya sebab bilik ni dah kemas dan terasa bersih...sebab dah sapu (bukan aku sapu pun...) dan dah susun elok buku2 atas meja ni...nak buat keja pun bersemangat dan nak tido pun senang juga (tido lagi...) dan masa menaip ni pun memang ada rasa nak lelapkan mata ni... isk isk isk...bulan posa nanti mesti lagi senang lelap...kuranglah pahala posa aku erkkkk ...

Sejuknya hari ni...dari pagi tadi hujan. Laut pun berombak sakan. Kesian nelayan kecik2 tu, sure income kurang dah la nak raya ... hmmm tetiba teringat lagu kumpulan Kembara yang Faiz*l nyanyi masa konsert AF hari tu apa ntah tajuk dia, tak ingat pulak.

Kawan aku baru sms dia & famili dah nak naik flight balik KL, lupa pula flight dia hari ni. Sempat jumpa pi makan malam kelmarin je, sebab hari-hari lain depa dah ada program sendiri... rajin dia mai dengan suami, anak 4 orang (yang paling kecik 4 bulan), mak, bapa, adik dan anak buah dia. Sewa Uns*r la...kereta memang tak muat. Achik kenai ni...Anis DPA, budak Sg. Sip*t...ingat tak?

Ehhh dah dekat 2pm...tadi ngantuk tapi tak boleh nak tido la...dah banyak kali nak bawa bantal kecik mai opis tapi tak terbawa...kalu bawa baru best sikit tido-tidoran. Sakit kepala kalau lapik dengan telekung atau sejadah atau tangan. Inilah untungnya ada bilik sendiri... bila kunci bilik sapa pun tak tau apa aktiviti kita ke ke ke...dan of course la kelebihan lain ialah kita boleh buat kerja dengan aman tenteram tak dak sapa kacau...bila bab macam ni la yang buatkan aku dah tak terfikir nak tukar karier, OK apa keja aku ni, tak la bercita-cita tinggi melangit sangat sampai jadi Prof. setakat ada Dr pun Alhamdulillah...kalau dah ada rezeki dpt PM kira bonuslah...amin amin amin...(ke ke ke kalau ada org yang kenal aku baca sure depa gelak besar...berangan tinggi juga budak ni, tapi aku redha je kalau depa gelak... aku nak ucapkan...*aiman x kisah* dekat sesapa yang gelak-gelak tu).

Ok...layan je la angan-angan aku ni, apa-apa pun tq sebab ada juga yang sudi baca cerita merapu aku kat sini...take care all ciao :)

~dariBMkeKK~

Thursday, September 14, 2006

Nostalgia....

Salam,

Hari ni kita layan blues ok... nostalgia aku masa kat US dolu-dolu.... layannnnnnnnnn.....


1.
Woodl*nd Pla*e Apt. Winter 1995 (or 1997?)

Aku duduk kawasan ni dari tahun 1995 - 1996, dan 6 bulan sebelum balik M'sia.

Aku suka pemandangan ni... tiap kali winter tak sabar-sabar nak duduk lepak tepi tingkap, layan blues. Cantik sangat...walaupun nampak sejuk, tapi bila kita dah pakai winter coat, gloves, jeans, socks, kasut yang sesuai...sejuk tu tak terasa la... lepas tu siap boleh main kejar-kejar lagi. Perghhh best tau...kalau sesapa ada peluang pi tempat ada 4 musim...pi la sana :)


2.
Mulber*y Lane Apt. (Fall 1996)

Apt. no 2 ni lagiii best sebab luas, selesa dan kawasan ni selamat. W/pun jauh sikit nak ke U tapi tak kisahlah... semua orang ada kenderaan sendiri. Best ooo pi kuliah bawa kereta masing-masing, mujur masa kerja ada kereta juga, kalau tidak terbalik pulak ... kereta murah kat sana, apa lagi merasalah juga memandu sebelah kiri :)

Jiran kami masa kat sini orang India, jadi tiap-tiap hari berbau kari la ... bau sedap sangat, rasanya kalau kami masak pun dia akan cakap benda yang sama kot ke ke ke.


3.
Tridg*, Midl*nd, MI (Winter 1997/98)

Kawasan rekreasi kat Midl*nd, Tridg* (triple bridge). Petang-petang jogging/ roller blading/ jalan-jalan kat kawasan ni...seronok juga. Winter boleh juga pi membekukan diri kat situ. Biasalah sesi fotografi yang tak sudah-sudah...ke ke ke...

Masa Spring memang cantik kawasan ni, berwarna warni. Kadang-kadang ada Farmer's Market (pasar tani la tu...) boleh beli buah dan sayur-sayur fresh... yang best tu kedai-kedai makan Cina siap buka gerai nasi berlauk lagi kat situ... tapau la apa yang patut.

4.















5.
Robbie & Andrew (2000)

Inilah gambar kanak-kanak ribena yang aku jaga masa kat sana...2 tahun aku jaga...seminggu 2,3 kali. Sejam 5 bucks...kadang tu kejap je tapi depa bagi jugak 20 bucks lepas la nak beli benda makan...seronok tau. Kalau jaga malam lagi best, start pukul 6pm, 8.30pm depa kena tido, kadang tu pukul 10pm baru mak bapa dia balik. Lepas budak-budak ni tido aku study atau tengok TV je, atau pun tido juga kui kui kui...ada beberapa kali aku tido kat rumah depa sebab malas nak balik (masa winter...) sejuk weh malam-malam...balik pagi la cerah sikit...kurang bahaya sebab jalan licin. Dah besar dah budak-budak ni...for sure lebih tinggi dari aku :) sampai skrg aku ber emel dengan mak dia dan sekali sekala bertukar-tukar gambar terkini.

InsyaAllah kalau ada rezeki memang nak pi melawat tempat belajar ni, ambik peluang melawat keluarga omputeh ni. Melawat tempat-tempat nostalgia masa belajar dulu.... tempat bergurau senda dengan kenkawan, bergurau senda dengan bf tak jadi-jadi ke ke ke...nak juga pi melawat Meij*r (sebut Maiyer...masa awal2 sampai kami sebut Maijer....melopong mat salleh tak faham...kui kui kui...)

Masa study ni ntah la...memang kami seronok je, habis exam tadak keja lain, cepat je buat plan nak jalan sana sini...pantang ada duit sikit. Setakat nak memandu 5, 6 jam tu kira dekatlah...sebab tu la ntah berapa kali aku pi Toled* tempat Achik Yang seronok duduk US tu, kalau travel boleh je tumpang rumah kawan/ kawan atas kawan. Kadang tu tak kenal pun tapi kawan kita kenal kawan dia, dah boleh tumpang rumah ke ke ke ... sempoiiiiiiiiii

Apa-apa pun terima kasih kepada MA*A yang sudi menaja pembiayaan pelajaran aku kat sana... Alhamdulillah masa tu dikira pinjaman boleh ubah dan tak payah bayar selamatlah...kalau kena bayar jenuh la beratus ribu weh...mana nak cekau duit.

Itulah saja cerita untuk hari ni...sajalah nak letak gambar dalam ini supaya insyaAllah kalau panjang umur gambar-gambar ni jadi tatapan anak cucu kita nanti :) dan mana la kita tau apa-apa terjadi dekat gambar-gambar ni at least ada versi digital...apa-apa pun enjoy the pics :)

Ciao

~dariBMkeKK~

Kuah rojak buah...

Salam,

Hari ni aku relax habis...sebabnya, tadi nak buat midterm xm pun tak boleh sebab kelas terkunci/ berkunci/ dikunci tak tau la mana satu... telefon pak guard...berzaman tak sampai juga, at last janji dengan students next week la buat midterm xm tu. Lega juga sebab malam (atau pagi...) tido pukul 1.30am. Abg bulat pi jemput kawan dia kat a'port, lepas tu kawan dia nak pi mkn plak...pukul 1am dia sampai rumah...aku dah mamai buka pintu then naik tido, sedar2 dah subuh...sambung tido pukul 7am barulah bangun pressing baju dll...mata separa buka, erkkk ngantuk weh...

Ada Pidato Kemerd*kaan kat sini...sempena penutupan bulan Kemerdekaan, aku tak terlibat apa, tapi kalau rajin esok pi tgk final je la...tak la berminat sangat pun tapi bagi sokongan moral tak salahkah?

Tak b'fast lagi...janji pukul 11am dengan Su* sat lagi nak pi ambik dia, brunch la kekonon. Sekarang ni pun dok menguap2 je...sabaq saja la.

Malam tadi sempat makan buah amra (kedondong) cicah kuah rojak. Sedap juga kuah rojak tu...tak dak brand apa pun beli kat apa ntah nama tempat tu tak ingat dah. Kalau sempat petang ni atau petang esok pi beli sengkuang, nenas, timun boleh buat rojak buah...perghhh sedap sedap...terliur dah ni.

Ops...lupa nak habaq...buah amra tu ambik belakang rumah je, jiran aku tanam...buah masuk ke kawasan rumah kami...so dia dah bagi green lite ambik la makan...tapi kadang-kadang tu aku bagi balik kat depa sebab tak termakan pun kalau dah banyak sangat. Sedap pulak tu buah tu...tak masam tak manis...rasa lemak-lemak sikit. Pendek kata memang ngam la kalau nak buat rojak :)

Hmmm minggu depan dah posa...insyaAllah ada peluang kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti. Seronok tak terkata ni sebab tak lama lepas tu balik kg lagi, kwang kwang kwang...uisk...jangan suka sangat tak baik kontrol sikit...

Stop sini dulu, to all take care :)

~dariBMkeKK~



Wednesday, September 13, 2006

Cerita berjalan sakan...

Salam,

Seronoknya balik cuti...hari ni nak mai keja pun seronok juga sebab tak buat kelas tapi buat mid term xm ke ke ke... kalau buat kelas leceh la sikit nak kena prepare juga...so minggu ni relax lagi... orait tak plan aku buat...

Seronok pi konvo orang...sebab boleh jalan2 sakan, tambah2 kat U*M tu, makanan sedap2...ada laksa, bihun sup mcm2 la...tapi lama sungguh sidang petang Ahad tu, dari pukul 2pm - 4pm...abah siap telefon dari toilet...boring la tu. Mak macam biasalah sure lena dalam dewan tu ke ke ke...

Tapi kami yang tak masuk dewan (aku, adik, kakak sulung + anak-anak dia 2 orang + cucu 1 orang), seronoklah ronda pesta konvo. Murahnya barang-barang...baju ready made pun murah...(sepasang RM40/-...siap piping lagi...) cantik-cantik...malangnya aku tak bawa cash banyak...kena la sedia duit sikit nak belanja depa makan...dah niat nak bayaq makan...kalau beli semua tu tak dapat la nak belanja depa makan-makan...tak pe la insyaAllah dah cukup kot baju 3 pasang yang baru siap last week tu ke ke ke... lepas kakak aku keluar je kami pun posing sakan...lepas maghrib baru keluar dari U*M tu, mak aiii jammed gile...nak masuk pekan Sint*k pun sesak...ingat nak pi makan kat situ, kensel... makan la kat Gur*n, punyalah ramai umat...tapi dah lapaq makan la juga. Lewat kami makan...10pm ++, sampai SP rumah kakak sulung dah 11pm++ duduk setengah jam sembang-sembang sampai rumah 12am++ penat sungguh... tapi puas hati berjalan-jalan ke ke ke...

Lupa nak citer pasal LC*T... punyalah jauh kena jalan masa sampai tu...kapal berhenti hujung dunia...mujurlah beg tak berat, kalau tidak jenuh usung...kesian kat warga emas, ibu-ibu hamil dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah (ayat announcement.....) awatlah depa buat airport macam tu, tau la untuk budget airlines... mana pi tagline 'K'jaan Prihatin, Penyayang" dll tu... kesianlah sikit kat rakyat... ntah apa-apa la... facilities pun lebih kurang je, 2 tempat makan je? isk isk isk... lalat banyak pulak tu... isk isk isk lagi sekali....

Alhamdulillah...aku tak terjebak dengan kes kapal delay dll...masa KUL-PEN, cepat 10 minit lagi...aku masuk balai ketibaan, kakak aku + 4 kanak-kanak ribena baru masuk kekonon nak tunggu aku kat depan pintu ke ke ke...lawak sungguh. Siap pi makan nasi kandaq lagi sblm balik rumah, perghhh best...

Ohhh sblm terlupa... aku terserempak dengan Zamar*l (Z) & Dian* Raf*r (D) + anak Z. Tak sangka sungguh comel muka si D itu... lain la tengok dia live...dia tak fotogenik kot... terus sms adik aku gosip sikit ke ke ke...biasalah dulu-dulu ada cita-cita nak jadi reporter konon-kononnya...

Minta maaf la kenkawan ... Achik, Ayu...tak sempat nak contact pun...(no phone Ayu kekonon nak minta thru e mail...tapi tak sempat e mail...) Achik sempat sms masa kat LC*T je...biasalah balik lupa daratan sikit... seronok berjalan-jalan. Pekasam pun tak sempat nak beli... frust abang bulat...tak pe la balik raya ni makan puas-puas...

Oklah...cukuplah sampai sini, kalau teringat bawa kamera esok boleh masukkan gambar2 apa yang patut...cerita bergambar seronok sikit :) Till then ta ta all.

~dariBMkeKK~

Thursday, September 07, 2006

Yezzarrr

Salam,

Dah hari khamis...minggu ni lagi seronok sebab:

  1. Petang ni naik flight pi KL
  2. Esok balik BM
  3. Lusa kat BM
  4. Tulat pi U*M
  5. Isnin kat BM
  6. Selasa kat KL (tapi kejap je...malam dah balik sini)

He he he...seronoknya.

Abang bulat tak ikut sebab dia ada kelas Ahad...tak pe la sekali sekala tinggal dia kat KK :)

Nak tau apa yang dia pesan (selain take care....) PEKASAM...he he he sure IV gelak kalau dia baca ni. Stok bulan posa nanti (konon-konon...risau tak sempat bulan posa je). Bangkit sahur sedap sikit makan nasi :)

Harap-harap ada jual kat pasar malam, kalau tak dak sblm pi U*M singgah P*kan Rabu kot2 ada....ehh ada jual ka kat P*kan Rabu? Tak pe akan diusahakan...chaiyo chaiyo.

Balik ni memang tak dapat nak buat keja apa...sebab komputer adik aku rosak, bercuti sakan la. Tak pa minggu depan budak2 mid term xm, tak payah nak prepare lecture notes kwang kwang kwang...tapi kami kena siapkan soalan final xm minggu depa isk...potong stim orang nak bercuti je depa ni...menci tau.

Lupa nak habaq...aku balik ni bulan 9, bulan 10 balik lagi ke ke ke... berhari raya pula. InsyaAllah :) Abang bulat dah risau sebab balik BM memang kami makan sakan...dia diet la ni. Tak pe kalau dia tak makan aku tolong makankan he he he...(iyo le tu tak makan...kalau orang jamu laksa, mee / bihun tomyam takkan tolak kot?)

Oklah...nak sambung keja, selamat berhujung minggu untuk semua ta ta all :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, September 05, 2006

Selasa datang lagi....

Salam,

Oh tidak...ada GP Motor pulak minggu ni bermakna rate hotel kat kawasan Sep*ng jadi mahal...erk erk erk...

Pukul 10am dah makan nasi sebab hari ni abang bulat cuti ada golf tournament petang ni, jangan bawa balik blender lagi dah la...dah 2 blenders kat umah tu, alang-alang bawa balik TV ka, Mesin basuh ka...orait gak kwang kwang kwang... kot2 hole in one ka bawa balik kereta hah lagi best kui kui kui, boleh jual.

Malam tadi buat kesekian kali dia ajak aku belajar golf...hmmm bukan tak nak tapi risau kalau dah pandai nanti aku jadi gian hah sapa yang susah...dia juga. Kot sat lagi pantang ada masa nak golf je isk payah weh...kopak plak dua-dua orang. At least sekarang ni kalau dia 'kering' aku boleh support, kalau dua-dua 'kering' sapa nak support plak...

Dok belek-belek iklan AirAs*a, macam best pulak. Terasa nak pi sana sini...macam mana le nak kumpul duit juta-juta kalau macam ni. Pantang ada duit sikit nak berjalan je :) Ha ha ha berangan tu nak kumpul duit juta-juta, rupiah ke rupee?

Kalau nak balik kampung laman memang macam ni, jadi malas nak keja. Tapi biasalah masuk kelas berlakon-lakon la juga, kalau kita buat rupa malas...budak-budak sure lagi malas. Apa-apa pun sabaq...ada lagi 2 hari. Balik BM tak online la, tak sempat dan memang tak dah perasaan pun (maknanya aku tak la tegar sangat ke ke ke)

Hah dah sunyi sikit depan bilik ni...buat apa ntah budak-budak tu. Agaknya tunggu jiran sebelah kiri aku kot. Kadang budak-budak ni mangkuk gak, penat orang buat jadual perundingan dll depa main terjah juga. Nak kata tak pandai dah boleh masuk U tu kira pandai la kan? Nak kata apa pun tak tau la...aku kata depa mangkuk senang cerita.Kadang-kadang tak faham juga...tak tau nak panggil apa lagi.

Apa-apa pun hari ni boring sikitlah. Dah la aircond ni sejuk sesangat...macam winter plak. Ke ke ke...rindu la suasana 4 musim tu ;)

Ok stop dulu...bye bye all :)

~dariBMkeKK~

Monday, September 04, 2006

Isnin, minggu 2, bulan 9 '06

Salam,

Apa cite hujung minggu hari tu? Aku ok je...Sabtu pagi kat rumah, petang kat dewan besar, malam kat tamu gad*ng (tapak pesta konvo)...Alhamdulillah majlis konvo*syen kali ni cepat selesai...lega sebab kepala masih pening-pening...dan yang haru tu aku dan 2,3 orang kenkawan lagi tersilap 'spot' kami duduk depan sekali...so nak ber'sms' pun tak boleh la, kena kontrol la sikit pergerakan...graduat dan mak bapa dok tengok je tu...masa berarakan keluar ada gak orang ambik gambar kami he he he ok la tu...jangan mak bapa tu pelik dah, awatlah macam budak-budak je pensyarah ni...(isk perasan plak...)

Sabtu malam, lepas Isyak pi jalan-jalan kejap, beli sate, ikan bakaq...habislah diet abang bulat, makan sambil tengok Cereka*ama dan sekali sekala tengok Gil*ore Girls... pukul 2 lebih baru naik tido kat atas sebab ada bola kot...ntah la aku terlelap depan TV ke ke ke...

Pagi Ahad pi brunch...abang bulat sudah mengamuk dengan satu kedai ni sebab kain baju melayu dan kain seluar dia masih elok dalam plastik tak bergunting lagi...kena 'ban' la kedai tu lepas ni...solat kat Masjid Neger*, pi 2,3 shopping complexes cari kedai jahit semua tak berkenan, ada yang mahal sangat ada yang macam tak konfiden...lepas Asar tertido la kami, penat berjalan-jalan konon...bangkit tidoq lapaq la pula...buat sandwich lepas maghrib makan lagi. (makan tido je keja kami ni...isk isk isk...) abang bulat pi driving range, malas nak ikut basuh baju lagi bagus.

Malam tadi aku tengok 'adik manis' bersanding di kampung dia, she's so sweet!. Hujan rahmat ke hujan sebab dia nyanyi pun tak tau la...tapi memang T*3 ni layan dia bagus sungguh...sanggup injakkan masa berita pukul 11pm ke 11.03pm, lepas tu 11.04pm plak ke ke ke layan je la. Tapi sekali sekala tukar juga tgk movie, biasalah kadang tu sebanyak-banyak channels tu semua hampeh...kalau best semua best. Sebelum tu tengok konsert 'Jomhe*oh', yang aku perasan baju-baju 'budak botak' tu memang ngam la dengan dia, smart je ramai yang sponsor dia agaknya... aku suka baju bendera masa Konsert Mer*eka kat KLCC tu, untung sungguh dia. Penyanyi lain pakai jeans je, ntah-ntah koleksi sendiri...tapi baju dia bertukar memanjang...rezeki tu.

He he he...ada je cerita pasal 'adik manis' dan 'budak botak' kan? Habis tu kat s/khabar asyik-asyik citer depa dua ni je... tapi aku baca s/khabar utama je, tak la membeli tabloid semua tu... buang duit dan buang masa membaca je. Baiklah baca benda lain yang lebih berfaedah. Tapi aku risik-risik juga dengan maid jiran aku kot-kot dia beli majalah hiburan tu ke ke ke nak tumpang baca je, aku selalu bagi dia pinjam majalah yang aku beli kira macam sistem barter la.

Oklah...berhenti kat sini dulu. Nak solat dan lepas tu rehat kejap...ngantuk la :) bye all.
Ta ta.


~dariBMkeKK~

Friday, September 01, 2006

Hari Pertama Bulan 9, '06

Salam,

Uisk...dah masuk bulan 9? Kejapnya kan?

Hari ni dah Jumaat...esok walaupun cuti kena datang juga...berarak untuk konvo. Aku suka sebab rasa lapang dada bila tengok budak-budak tu ambik skrol. Boleh terbayang lagi muka depa masa tahun 1...muka budak-budak habis...tahun 2 dah lain sikit, tahun 3 lagi beza...masa ambik skrol tu kadang-kadang dah tak cam (kalau depa mekap...), feel masuk dewan masa ambik dan tengok rasanya sama saja... bezanya kalau kita dah jadi pemerhati kita bebas sikit tak la banyak sangat protokol, kalau ambik kena ikut protokol itu ini...dan yang lagi seronok, sidang 2 (sebelah petang) dah habis segala ucapan-ucapan panjang tu...cepat sikit habis majlis itu yang aku lagi suka :)

Ye kawan-kawan semua, Alhamdulillah demam dan selsema dah OK...cuma batuk sikit-sikit lagi :) Suara pun dah tak jadi suara rockers lagi...dan syukurlah minggu ni memang tak buat kelas kalau tidak sukalah budak-budak sebab sure tak boleh nak buat kelas 2 jam tu, berdiri lama sikit memang pening la.

Lapaq ni...belum b'fast lagi, dah janji nak pi makan at 9.30am, brunch la kekonon.


Petang ni pembentangan Bajet kan? Kalau ada masa nak juga dengar atau tengok live, apa-apa pun esok beli suratkhabar la dan satu lagi kot-kot ada bonus untuk 'gomen' biasalah keja 'gomen' ni bonus paling banyak sebulan gaji...bayar 2x he he he...tak pa la rezeki juga tu :)

Ada berita baik...aku dah pi kedai kain yang terbakar tu, dapatlah kain free sepasang, dah minta dia ukur (buka akaun baru ahaks...), rupanya dia sempat selamatkan kain (skirt) je...baju tak sempat...jadi aku ambik la kain tu...pi cari kain kosong la untuk buat baju kwang kwang kwang... tergelak dengan kawan aku tadi...sebab banyak gak kain-kain yang terselamat...baju tak selamat ha ha ha...layannnnnnnnnnnnnn.

Oklah...cukuplah merapu untuk kali ni...selamat berhujung minggu untuk semua, sesapa yang nak pi jalan-jalan cari makan tu selamatlah ye, yang nak pi jalan-jalan makan angin pun selamat bersukaria dan yang tak pi jalan mana-mana selamat mengemas rumah dengan jayanya :) ciao cin cau ta ta all.

~dariBMkeKK~