Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA @ KORBAN @ HAJI
Biar di mana anda berada dan menyambutnya ...
Maaf Zahir dan Batin
:)
Cau cin cau


p/s: Mungkin ini merupakan entry terakhir untuk tahun 2007, insyaAllah kita jumpa lagi 2008 nanti :)


~dariBMkeKK~

Friday, December 14, 2007

Masih kerja...

Salam,

Hari ni keja lagi... masuk opis lepas breakfast, sblm tu dah makan seri muka kat rumah. Pukul 10am camtu akak sorang tu telefon ajak teman breakfast... on da way telefon M, kami pi la breakfast 3 orang...sembang punya sembang pukul 11 balik opis... lepas tu balik la ambik abah nak pi solat Jumaat... dia dok haru dah sebab dah 12 ++, abang bulat boleh minum teh dan makan kuih lagi kwang kwang kwang...

Lepas Zohor, sempat tengok movie sikit... dalam 1.30pm depa balik Jumaat...makan nasi dan balik opis la...sambung keja.

Oh ya, mesyuarat diawalkan...pagi Isnin 8.30am ... ha ha ha ada la juga 1 kali kehadiran mesyuarat aku tahun 2007 ni.

Macam best pulak...ada kawan nak pi Disneyland, HK hujung tahun ni. Kalau diikutkan hati nak je ikut, tapi abang bulat sibuk dengan Pesta Filem Pendek ... hmmmmmmm lain kali la. Rasanya ada peluang lagi dalam bulan 2 ke... kena start menyimpan duit la sehari 5 kupang [ke ke ke...]

Petang ni adalah aktiviti mak dan abah...tanam pokok pandan, serai dan daun kari. InsyaAllah hiduplah pokok-pokok tu kalau harapkan kami tanam ... memang tak hiduplah :) Senanglah nanti kalau nak buat kari, nak buat kuih dll... boleh petik je [wah wah berangan sakan....]

Esok ada aktiviti makan-makan... kami nak makan [melantak?] kat seafood rest. lunchtime, nak bawa mak abah, dan ajak kawan2 port luck. Kali ni bukan port luck la... sebab makan kat rest. Apa-apa pun kena bawa kamera la sebab nak ambik gambar makanan dan juga gambar mak abah kat KK, trip kali ni blom sempat lagi ambik gambar depa...bahan bukti bawa jenjalan :)

Ok, stop dulu... cau cin cau hepi weekend :)

~dariBMkeKK~

Thursday, December 13, 2007

Hujan di petang Khamis

Salam,

Brrrrrrrrrr sejuknya, hujan petang-petang camni. Tadi ngantuk sangat-sangat... tapi nak letak kepala je ada orang call, nak letak kepala je ada orang call...lepas tu dah tak ngantuk lagi grrrrrrrr...

Kejap lagi nak pi umah 'ibu kutu' ambik duit kutu ha ha ha... aku join main kutu sebab nak top-up semua akaun yang ada... sedih tengok baki yang ada dalam akaun yang ada tu... isk isk isk... sabaq saja la :(

Sepatutnya turn aku bulan ni...tapi ada kawan minta tukar. Abang bulat kata OK je sebab mungkin kawan tu sesak. Bagilah kat dia dulu. Sebenarnya abang bulat pun masuk share juga, dia guna nama aku le...sebab ni aktiviti pompuan...geng pot luck.
[isk isk isk makan je keja kami ni....]

Ok nak kuar dah...cau cin cau... esok keja, dan lusa pun kena mai opis sebab ada taklimat TNC, isk isk isk awatlah depa ni suka bebenor buat aktiviti hari Sabtu dan masa orang bercuti. Tak bolehlah nak bawa mak abah jenjalan... apa-apa pun petang Sabtu nak bawa pi Pasar Filipin, nak beli tikar... untuk bawa balik kampung dan untuk umah baru :)

Bye...cau cin cau layannnnnnnnnnnnnnn!!!

~dariBMkeKK~

Wednesday, December 12, 2007

Opis yang sunyi

Salam,

Sunyi sungguh persekitaran... sunyi sampai jadi bosan. Disebabkan nak cuti lama... aku pun tak la ambik cuti minggu ni. Minggu depan kalau tak cuti sure lagi boring sebab majoriti orang bercuti menghabiskan cuti tahunan dan cuti Raya Haji dan Krismas. Sapa yang tak cuti tu mesti sebab cuti dah habis kwang kwang kwang... jadilah penunggu opis.

Skrg ni...balik keja ada je kuih atau benda yang boleh dimakan... biasalah kalau ada mak kat rumah :) best ooooo.....

Malam ni nak bawa mak abah pi makan kat luar la... kesian plak duduk rumah je, insyaAllah weekend ni nak bawa pi Law*s ataupun sampai Sipit*ng pun oklah. Sebelum ni depa sampai Pap*r je...tak sempat nak bawa jauh-jauh. Nak pi Labu*n pun cuaca sejuk2 camni...malas la, pulau lagi sejuk.

Yezzarrrr aku dah siap isi borang Penilaian 2007... ha ha ha nak gelak ni, isi punya isi... aku dapat 95 ++ kwang kwang kwang, layannnnnnnnnnnnnnn!!! Sapa suruh buat penilaian sendiri... memang naikkan segala markah yang ada...tak kisahlah asalkan ada bukti biasanya tidak dipersoalkan. I am loving it...

Ok...tadi ada idea la ni hilang plak segala idea tu...esok la sambung. Cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, December 11, 2007

Perghhhh....

Salam,

Awal tahun lawannya hujung tahun... sekarang ni dah hujung tahun, beberapa minggu lagi awal tahun... macam tu la putaran alam... sekejap awal sekejap hujung.

Tahun ni ada yang tercapai ada yang tersasar...apa-apa pun Alhamdulillah syukur, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menikmati kehidupan di dunia ini.

Minta maaf ye kenkawan... blom sempat nak mengambil gambar rumah... weekend sibuk pi makan-makan... kenkawan dok menjemput pi makan kat rumah sebab mak abah ada... depa suka plak nak jemput mak abah pi makan kat rumah depa... rezeki jangan ditolak :)

Abang bulat baru balik pagi tadi... dia kena pi BTN kat L'kawi ke ke ke...hari tu masa mak dia mai sini aku balik kampung, kali ni mak abah ada kat sini dia plak kena pi kursus... ntah apa-apa la kami ni...layannnnnnnnnnn!!!

Sabtu pi beli pasu kat Tuar*n, murah rupanya... pasau besar bleh dapat 6 ringgit, kalau kat KK mau berbelas-belas ringgit... patutlah ramai orang pi beli kat area situ. Aku 1st time pi situ, tapi biasalah gaya macam confident je... ke ke ke kenalah berlakon.

Ahad pi lunch kat rumah M, punyalah banyaknya di masak...dan sedap-sedap, siap bagi lauk bawa balik... malam dah tak masak la...makan je lauk yang dia bagi. Jimat jimat :)

Malam tadi pi makan kat rumah kak IK, lagi banyak dia masak, ketam masak cili, gulai ikan, ikan bakar, sayur campur perghhhh sakan la kami makan... [aku la yang sakan makan...] tension abang bulat, sokmo dia terlepas agenda makan-makan macam tu kwang kwang kwang... tapi tak la lepak lama sebab 9.30pm abah dah sound nak balik sebab dah malam sangat... ke ke ke biasanya selagi blom 10 lebih, dok berborak lagi... tak habis-habis la bersembang. Ntah apa-apa.

Alhamdulillah...lega sebab ada orang bleh tolong hantar pi a'port minggu depan... kalau tidak kena la panggil teksi, weekend ni kalau tak jadi pi Lbn, nak bawa mak abah pi Pasar Filipin... membeli dan membelah ha ha ha....aku suka aktiviti ni... nak beli tikar, nak beli raga dll... kristal untuk dijual dll la... ada sapa-sapa nak pesan???

Ok...untuk makluman... 26hb Dis. aku kat KL, mungkin pi Subang atau Kajang rumah kakak aku... kalau nak pesan barang boleh la... sama ada jumpa kat KL atau LCCT aku balik KK 27 Dis. :)

Minggu depan ada 2 aktiviti yang aku tak boleh ikut:

i) Mesy Sekolah
ii) Majlis Anugerah Q

[awatlah depa ni buat majlis masa orang kalut nak balik kampung nak raya dan nak habiskan cuti... isk isk isk]

Memanglah aku ni bukan la kategori pekerja yang layak untuk dapat anugerah... tapi aku ralat sebab nanti tak dapat nak menikmati sesi jamuan selepas majlis tu... biasanya makanan sedap-sedap... isk isk isk mangkuk la depa ni.

Oklah...sebelum lebih ramai orang dapat mangkuk berhenti dulu... nanti cerita lagi... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, December 04, 2007

Hai hai hai....

Salam,

Alloooooooooo...lama sungguh tak masuk sini...bukan tadak ide tapi tak sempat, maklumlah cuti sakan.

Yang pastinya...masih terasa penat pindah rumah, penat mengemas, penat naik turun kapal terbang, penat kenduri dan segala macam kategori penat...tapi tak pe penat yang berbaloi.
Masuk opis tu OK sebab tak banyak keja sangat... update file itu ini, kemas bilik... sebelum bercuti panjang.

Balik rumah best la...ada je makanan sedap-sedap. Pagi tadi ada cucur jagung, ke ke ke... best ooo.

Sebenarnya abah tak la sihat sangat... tapi dah beli tiket so, dia mai la juga. Alhamdulillah mai sini duduk rehat2... dah nampak baik sikit. Jangan tak tau... lama depa lepak sini... 27hb Nov - 17 Dis ke ke ke... terkejut abang dan kakak2 aku... ayat apa la aku guna sampai abah OK nak lepak lama2... kwang kwang kwang...

Isk ada pulak graduan sini kena tangkap pasal mengedar dadah kat Chin*... bahaya sekarang ni, nak keja pun kenalah selidik dulu. Jangan main rembat je. Kesian juga. Mudah-mudahan hukuman diringankan... insyaAllah. Dah la heboh cerita pasal anak YB yang kena bunuh kat rumah tunang dia tu. Hmmm macam-macam kesimpulan orang boleh buat... kenapa tido rumah tunang, bukan kawin lagi... kenapa itu kenapa ini... hmmmm dunia dunia.
OK nanti update lagi... nak buat keja sikit cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Friday, November 16, 2007

Sonang kojo den [".]

Salam,

Wah...dah Jumaat rupanya... kejap sungguhkan? Lega rasanya...selamat dah keja semester ni, tadi meeting sahkan markah dan gred ... dan seperti biasa... LULUS... sonang kojo den.



Adalah insiden yang agak menyakitkan hati, tapi tak pe la...kalau depa purposely buat camtu kat kawan aku tu... aku doakan benda yang sama akan jadi dekat depa... susah juga manusia kat sini... memanglah setakat ni aku selamat...soalan exam ke, gred exam ke...tadaklah orang nak soal sangat... tapi yang aku perasan la... kalaulah ada la seseorang ni yang boss kurang 'favor', makanya yang lelain pun akan ambik kesempatan untuk menghentam orang tersebut. Sedangkan kalaulah insiden yang sama berlaku kat kenkawan depa...boleh pulak depa back up... hmmm bahaya sungguh... tapi tak kisahlah... malas nak layan...yang aku tau kita berkawan ikhlas dan kita berkawan dengan sapa yang kita rasa kita boleh berkawan... bukan berdasarkan apa persepsi orang terhadap orang yang kita nak kawan tu...[ faham ke.... berbelit ke? ]


Malam ni nak le mengemas apa yang patut...masukkan dalam kotak. Yang tak patut bolehlah buang je dalam tong sampah.


Kami nekad, minggu depan Isnin... nak pindah ke rumah baru... minggu depan aku cuti seminggu [yezzarrrrrrrrrrrrrr...] dah hantar pun borang cuti tu...markah dah selesai berani la nak cuti sakan... kalau nak tau...aku cuti minggu depan 19Nov - 28Nov, lepas tu 18Dis - 1Jan 2008 cuti lagi.


Sakan ke tak?


Inilah namanya bercuti sakan... dalam dok ambik cuti ni pun... rasanya aku boleh carry forward 10 hari cuti tahunan ke tahun 2008 nanti. Suka tak? Jawapannya.... SUKAAAAAAAAAAA sangat-sangat :)


Oklah...selamat berhujung minggu kalau lama tak dak update tu faham-faham le...aku sibuk ngemas dan sibuk bercuti di kampung :) Cau cin cau....



~dariBMkeKK~

Wednesday, November 14, 2007

Eiiii mangkuk la.....

Salam,

Eiii rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala mamat mangkuk sorang ni tau... aku dah nyumpah2 [dalam hati le...] yang dapat keluar dari mulut ni cuma 'kurang ajaq' je la... itu je la perkataan yang aku bleh keluarkan... yang lebih2 tu tak tergamak...[aku ni skima juga....]

Ceritanya macam ni...

Ada satu pasangan yang telah nikah senyap2 kat tempat abang bulat... yang pompuan tu sama batch dengan dia... dan yang lelaki tu pegang jawatan admin kat situ. Jawatan yang pernah abang bulat pagang 2 tahun lepas... ntah angin busuk mana ntah agaknya macam main telefon karat la... maklumat sudah bertukar.

Maklumat asal:
Seorang perempuan batch abang bulat kawin dengan orang berjawatan [yang telah berkahwin]

Maklumat tersebar:
Bekas orang berjawatan, batch sekian-sekian kawin satu lagi ...

Kelmarin balik golf abang bulat cerita kat aku ada sorang mamat mangkuk ni telefon ucap TAHNIAH kat dia sebab kawin satu lagi... terkejut la dia sebab gilo ko apo... mamat mangkuk ni pun ceritalah...dia dengar orang bercerita pasal tu, dan suspect utama ialah abang bulat... teruslah abang bulat teringat sapa yang dimaksudkan dan betulkan balik cerita tu...

Masa abang bulat cerita tu memangla sambil gelak-gelak... tapi bila aku keluar je perkataan 'kurang ajaq' tu... terus dia pun slow tak le cerita lagi sebab dia tau aku sudah marah... memang mangkuk la mamat mangkuk tu... tak pe... dunia ni bulat kalau next time kena kat dia plak sila la rasa sendiri ... mamat mangkuk ni perasan hebat... tapi hampeh... [bukan aku buat2 cerita... itu memang kenyataan...]

Tau la kami blom ada anak...dan mestilah depa dok bercerita kawin lain sebab tadak anak... isk isk isk...awatlah dangkal sangat fikiran depa... rezeki orang lepas kawin tu bukan anak/ zuriat semata-mata... kalau dapat naik pangkat, dapat duit lebih, dapat beli rumah dll itu pun rezeki juga namanya.

Oklah... itu je cerita aku sekian, terima kasih.

~dariBMkeKK~

Friday, November 09, 2007

28 Syawal

Salam,

Sakitnya... rasa kebas bibir ni lepas letak ubat. Nak makan pun tadak selera...

Uiskkk dah Jumaat...kejap sungguh rasanya, kelmarin cuti, kami dua orang posa...lepak rumah je sampai 2.30pm, lepas tu kuar pi melawat tapak [kekonon kontraktor la....] balik tu singgah Pasaraya Gergasi, beli ketam, udang, ayam, sayur, soya + cincau. Lepas Asar memasaklah kami dengan jayanya... buka posa minum Milo [anda jadi sihat dan kuat...] lepas Maghrib baru makan dengan jayanya :)

Menu:

Nasi putih
Ketam masak lemak cili api
Ayam goreng
Sayur [tak ingat nama tapi sedap...macam kat Sabah je ada sayur ni]
Soya + cincau

Sedap ke? Sedapppp hingga menjilat jari [puji le masakan sendiri ...]

Oklah...hari ni tak tau nak masak apa untuk berbuka posa, abang bulat last day posa...esok dia raya [baru nak raya isk isk isk....] tak pe ada ayam, ada udang... benda yang senang nak urus, payah-payah goreng udang dan buat ayam masak kicap...habis cerita.

Opsss...apa ni cerita pasal makanan je kan? Jumpa lagi minggu depan cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, November 07, 2007

Musim menanda...

Salam,

Kenkawan pernah dengar 'musim menanda'? Ohhh fenomena ini hanya berlaku di sekitar kawasan kampus [IPTA/ IPTS] sahaja. Dalam musim ini, semua orang akan berada diam-diam dalam bilik masing-masing menanda...sama ada tugasan atau pun kertas jawapan. Oleh yang demikian kawasan sekitar akan menjadi sunyi bagai dilanda garuda [bukan Garuda Air ok...]

Musim ini telah melanda kawasan aku...oleh yang demikian, sunyi dan sepi kawasan ini. Ada masanya seronok sebab tenang je, tapi pada kebanyakan masa yang lain bosan gak...sebab sunyi sangatlah...jadi boring, lepas tu mata pun ngantuk [apa la kaitannya.....]

OK Happy Deepavali...selamat bercuti rehat :) cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Tuesday, November 06, 2007

Makan, makan dan makan....

Salam,

Dah tajuk pun makan-makan... jadi isi N3 mestilah pasal makanan :) tadaklah happening sangat tapi kira best la juga sebab 2 hari berturut-turut ada makan-makan FREE.

Sabtu:

Pagi - Makan laksa s'wak [bukan FREE, sebab makan kat kedai :) ]

T'hari - Pi kedai perabot, pi tengok rumah, pi sana dan sini... pi jumpa tuan rumah bagitau nak pindah bulan 12 ni... mujurlah dia OK nantilah tolong dia cari orang untuk sewa.

Petang - Open House [makan FREE]
Menu: Nasi putih, ayam BBQ, kuah kacang, nasi impit, dan banyaklah lagi... makan kenyang-kenyang sebab malam nanti tak payah makan lagi [ha ha ha....]

Ahad:

Pagi - Bihun goreng [masak sendiri] abang bulat ada kelas sampai 11am, kang pengsan plak sebab perut kosong.

T'hari - Open House [makan FREE lagi...]
Menu: Kambing BBQ, sate ayam, daging, perut, nasi beriani, kuah kacang, soto, lontong, biskut raya dan beberapa menu lain yang hmmm yummy...

Makan punya makan punya makan... [sebab nak habiskan masa, dari situ nak hantar abang bulat pi airport plak...] sampailah 3pm. Yang best tu siap dapat tapau sate dan nasi beriani ... ha ha ha... lepas dah untuk sahur :)

Malam - Kekenyangan... ingat nak tido awal...tak jadi pulak sebab terlelap lepas maghrib, bangun lapar, makan tapau [beriani + sate tu], pukul 11pm tido.

Itulah citer weekend yang penuh dengan acara makan-makan....hmmm dok terasa-rasa kambing BBQ yang nyum nyum nyum...

--------------------------------------------------------------------

Kelmarin:
Pagi - Jaga exam

T'hari - Pi bayar kontraktor

Petang - lepak kat ofis layan mata yang ngantuk sebab posa last day yang agak penat.
Buka posa dengan nasi putih + telur dadar [masak sendiri] + tomyam campur yang sedap [tukang masak kat kedai tolong masakkan, aku bagi 5 ringgit je kat dia]

Malam - Tengok Kaber sambil tukar sana sini...lepas tu tengok citer omputeh tajuk The Dark, pukul 12 juga masuk tido

Hari ini:
Pagi - Nasi lemak kat Kg E dengan Sal, sembang itu ini begitu begini... sambil layan panggilan orang tak disangka yang ajak b'fast...

T'hari - lunch kat YS sensorang makan mee bandu*g yang agak sedap

Petang - sambil marking sambil layan YM... ngantuk ni

OKlah...itu sajalah laporan untuk hari ni cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Friday, November 02, 2007

KK & November - Disember

Salam,

Kenkawan pernah mai KK? Kalau blom, dicadangkan jangan la mai bulan 11 dan 12, musim tengkujuh la juga... macam kelmarin, hujan sepanjang hari...hari ni blom lagi, tapi nampak gaya petang hujan la tu... hujan = rahmat :)

Tapi bulan 11 - 12 tu musim cuti sekolah, pelancong tempatan tadak pilihan sangat... untung sabut masa mai sini cuaca cerah... untung batu sepanjang masa lawatan hujan pagi dan petang :(

Macam kawan aku mai sini tahun lepas... tak dapat la depa nak berjalan sangat, pulau-pulau pun tak dapat pi sebab kalau hujan bahaya kepada bot-bot kecil. Pi Kundas*ng pun sejuk sangat... nak mandi kat Por*ng pun kalau hujan leceh gak...kiranya buat lawatan tengok pemandangan je la. Tapi satu je tempat yang OK tak kira masa hujan atau panas... Pasar Filipin* [ke ke ke....] Kat situ masa bila pun best!!! Percaya la cakap gue.

Minggu depan dan seterusnya...ramailah umat kat KK ni, tengok stail dan dengar cakap pun tau bukan orang sini... kadang dengar slang Utara, kadang Pantai Timur. Aku pun dikira pelancong la juga sebab aku tak pandai cakap slang Sabah...abang bulat pun dah ikut aku cakap Utara [kwang kwang kwang...] apa bleh buat lidah ni 'ketegark', kalau aku rasa nak cakap Utara aku belasah je... gue punya suka la...[ha ha ha...orang jahat musti ketawa]

Tapi biasalah kalau jumpa orang luar kat KK ni mestilah depa tanya ngajar mana? Ingat cikgu je ke mai keja sini... kalau lelaki depa tanya askar ka? Isk isk isk...ramai lagi orang luar kat KK ni keja kat Jabatan K'jaan Persekutuan, kat IPTA, IPTS...keja Swasta pun ada gak... dah rezeki kat sini. Kadang-kadang mai angin malas nak layan aku iye kan je, ngajar la juga. Bila tanya sekolah tak la berani nak menipu sat lagi ada pulak sedara dia ngajar situ ke... paling senang jangan tegur, senyum [atau sengih? ] je.


**pause**


Aku baru balik dari Pej B'hari...bila telefon kata borang claim aku tadak dalam simpanan depa macam-macam la... pi untuk hantar borang salinan...nak tau...[mujurlah posa...tak la hangin sangat], borang yang aku hantar bulan 7 tu...elok lagi blom diusik isk isk isk ... kerani tu dah rasa bersalah gamaknya terus la dia check depan tu juga, lepas tu siap betulkan elaun yang aku claim sikit, macam mana bleh isi 140 sedangkan aku boleh tuntut 200 [hmmm rezeki ]. Pertemuan diakhiri dengan...janji minggu depan check boleh ambik [Alhamdulillah...] Tak pe la...kalau minggu depan blom dapat...aku nak pi lagi jumpa dia...yang magic tu aku boleh cool...mungkin sebab posa dan mungkin sebab dia tengah mengandung... kesian la juga. Kalau kena dengan orang kurang sabar siaplah minah tu... sebab bayangkan le... borang diterima pada bulan 7 [05072007], ikut peraturan mana-mana borang tuntutan yang diterima sebelum 10hb MESTI diselesaikan pada bulan berkenaan [melainkan ada ralat dan sebagainya], ini dah bulan 11... berapa bulan dia buat dek je dengan borang aku isk isk isk sabaq saja la.

Ok la...dah selesai pun, insyaAllah ada rezeki minggu depan dapatlah check tu semestinya aku dok tunggu check sebab faham la bulan ni nak masuk rumah, nak balik kampung... banyak fulus mau guna...apa-apa pun Alhamdulillah syukur :)

Ciao cin cau dulu... have a nice weekend :)


~dariBMkeKK~

Tuesday, October 30, 2007

Rumah dan Rumah Terbuka

Salam,

Dua tiga hari ni berulang alik la kami dua orang ni dok buat lawatan ke rumah yang blom siap 'renovate' tu... hmmm risau, seriau, ngeri harap-harap siaplah macam yang kami nak... bukan apa, tak nak la cakap takut ketulahan...simpan je perasaan risau tu dalam hati...

Ya Allah, Ya Tuhanku, permudahkanlah kerja-kerja 'renovation' tu, semoga berjalan lancar dan siap pada masa yang kami telah persetujui, aminnnnnnnnnnnn!!!

Dah habis novel Mirage oleh Soheir Khashoggi, aku bagi **** untuk penulis ni. Dah tadak buku nak baca ni... kena pi cari la satu lagi Nadia's Song, macam best juga tu. Tapi kena beli sebelum exam paper aku... kalau tidak tak jadi kerja. Tak pun beli sebelum nak naik flight, mesti dibaca, kalau beli sebelum masuk kedai makan... akan terampai-ampai la buku tu...

Ada sorang lagi kawan balik dari PhD, tapi blom terserempak lagi... malas nak jumpa sebab nanti adalah soalan-soalan macam ni... 'bila nak jalan?' 'dah dapat tempat?' dan soalan yang sewaktu...arghhhh malas nak jawab [tadak jawapan sebenarnya ke ke ke]

Hujan lagi kat sini...Alhamdulillah. Sejuk je, mata pun layu je. Aku posa lagi hari ni, hari ke-2... nak teruskan sampai Sabtu, cukupkan 6 hari. Lepas tu boleh Raya 6 hari Ahad ni :) lagi best kalau ada jemputan ke Rumah Terbuka perghhh maka makin berertilah Raya 6 aku nanti.

[ha ha ha... kita dok tanya orang bila nak buat Rumah Terbuka...orang pun dok tanya kita gak ...erkkkk no komen!!!]

Oklah, stop sini dulu...cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Monday, October 29, 2007

Syawal ke 17

Salam,

Kejap je dah 17 hari...baru nak start posa sempat ke ni? Ke ke ke...insyaAllah kalau dapat melawan nafsu ke open house situ sana sini...

Masuk bulan 11 ni aku makin rasa seronok...sebabnya hujung bulan balik kampung... dan bawa mak abah mai sini juga. Masuk bulan 12 lagi best sebab lepas tu balik kampung lagi untuk Raya Haji [yezzarrrrrrrrrrrrr...]

Hujung minggu yang sempoi...Sabtu, pi tengok rumah, petang pi open house [yeyyyyyyyyy...] sedap makan soto dan nasi beriani. Malam kekenyangan...tak makan apa-apa lagi. Layan EPL lepas tu zzzzzzzzzzZZZZZZZzzzzzzzz...

Ahad...lagi sempoi, aku kemas-kemas rumah, mop lantai, sapu sawang dll... lepas tu masak untuk lunch... sedap plak dapat masak ikan Tapah goreng berlada, begedil daging dan air asam. Balik kampung hari tu yang depa dok masak...sup ikan, ikan masak kicap... tak la komplen sebab aku kalau balik ramai2 camtu aku tak nak la tunjuk skil masak...makan je apa yang orang masak.

Tapi kalau tetiap hari sup dan masak kicap....hmmm tak tau nak cakap apa...makan ala kadar je la.
Balik sini... ada lagi ikan tu, aku masak gulai lemak, masak goreng berlada dan masak lelain yang lebih yummy [untuk tekak aku le....]

Malam tadi makan2 kat rumah Kak I, ladies only. Sedapnya makan nasi tomato, kari ayam, asam pedas ikan pari... sate ayam. Aku buat begedil lagi... [abang bulat panggil berdegil...cehhhh]. Budak-budak tu suka plak dengan begedil tu... tak pe nanti bagi resepi kat mak depa [ha ha ha....]

Ngantuk pulak pagi ni... biasalah kalau posa memang macam-macam. Kalau tak posa OK je. Tak pe abang bulat ada meeting biasanya ada makan. Lepas tu nanti nak kuar jap...bayar apa yang patut kat bank :(

Ok le...malas plak nak menaip cau cin cau la.

~dariBMkeKK~

Friday, October 26, 2007

[",] senyum jer....

Salam,

Ngantuknya hari ni... malam tadi lambat pulak dinner Konvo tu habis... walaupun aku tak pi tapi abang bulat pi, makanya aku pun kena la tunggu dia balik sebab kunci dia tak bawa. Isk isk isk...

Hari ni dok belek2 gambar nikah E & E... memanglah cantik, tapi sila la jangan senyum 'plastik' sangat kak E oiii apa-apa pun semoga berkekalan...

Lega...sebab dah siap grading the carry marks...ada juga yang berani tak hantar assignments, tak pe la...silap2 gagal. Kalau gagal pecah rekod la... tak pernah lagi aku gagalkan budak. Ada sorang tu dapat 17/60 hmmm kalau dapat full mark for the final exam pun 17 + 40 = 57, kalau cukup makan, contohnya dapat 20/40 masa final nanti.... 17 + 20 = 37 [ D ] uiskkkk cukup makan sungguh.

Ngantuk sungguh lepas makan nasi... perut ni jadi pelik lepas bulan Posa, lepas makan nasi tengahari je terus rasa lain macam... malam ni tak payah makan ni... sebab akan kenyang sampai malam. Jimat sungguh [",] Dah banyak malam tak dinner... bukan sebab nak diet tapi sebab tak terasa nak makan.

Pagi tadi dah hulurkan 1 bekas berisi kuih Raya untuk orang kat Pej. Am... rasanya dah selesai kot, sebab masa masuk tengahari tadi dah tak nampak pun bekas tu. Senang cerita kalau hulur kat depa tu... sedap ke tak sedap ke...belasah je, kalau rasa ada yang tak habis... baiklah hulurkan kat depa tu.

Ok...lagi satu benda dah settled, duit kain dah habis bayar...bolehlah pi hantar ke kedai, bulan depan ada lagi sepasang baju baru...ehh bukan sepasang tapi 3 pasang ha ha ha....sukanya rasa hati ku... boleh la buat baju Raya Haji. Balik BM kami akan berjalan sakan... ke sana sini... kalau tak pakai untuk raya pun boleh pakai untuk kenduri. Biasalah hujung-hujung tahun banyak kenduri kendara... best tu [",]

Hmmm tadak ke sesapa nak jemput open house esok dan lusa? Isk isk isk depa ni... buatlah boleh gak kami pi mengendeng... sedap apa makan kenduri @ open house...[makan free memang le sedap...]

Selamat berhujung minggu kat semua... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Wednesday, October 24, 2007

Raya lagi...

Salam,

Sunyi dan sepi lagi kat pejabat kami...ramai lagi yang bercuti, mai keja pun pakai santai je la... duduk diam-diam dalam bilik sapa tau ke ke ke...mujur gak aku tak pakai jeans je...sebab ada 1 lagi jeans Raya blom pakai ;)

Ada kawan promote jamu... ke ke ke nak try makan jamu la pulak...mana tau berkesan. Kalau berkesan nanti tolong promote kat sini... :) tolong kawan2 bisnes dapat pahala gak insyaAllah.

Yezzarrrrr tiket balik raya haji dah ada....insyaAllah on the 18th Dec aku balik BM [lagi...] kwang kwang kwang...balik ke sini blom ambik lagi sebab kalau ada org nak balik KL kami tumpang dulu sampai KL lepas tu ambik je flight dari KL tu... ada alternatif. Teringin nak jenjalan KL lagi... blom naik 'Mata M'sia', nak pi 'Kota Keriangan' [abang bulatku blom sampai sana lagi...], blom pi shopping complex depan ofis Achik lagi... ehhh banyaklah aktiviti kami [perancangan je... jadi atau tak belakang kira ye ...]

Rasa pelik plak perut ni... pandai sangat order kopi ais tadi... air pulak tadak kat tandas...isk apa kes la...malas nak bising-bising. Rasanya tiap2 bulan ada je masalah air kat bangunan ni. Tak bayar bil ke? Arghhhhhhhhh.... jadi hulk sat lagi haru pulak

Kejap lagi nak pi ambik jubah...esok kena masuk dewan untuk konvokesyen komemoratif, uiskkk kalau tahu ada lagi konvo tak le dipulangkan jubah hari tu, ni nak kena gosok lagi malam ni...isk isk isk sabaq saja la. Kalau dibuat jamuan Raya terus lepas majlis lagi bagus... sekali harung je. Tak payah nak pi makan mana2 lepas konvo tu.... [ehhh masuk bab makan plak dah...]


Ok la...tadak ide nak mengarut lagi...cau cin cau



~dariBMkeKK~

Monday, October 22, 2007

Demam raya...

Salam,

Jangan silap tafsir...bukan la beraya sakan...maksud tajuk N3 ni ialah... aku demam raya kali ni. Bukanlah pasal tak dapat beraya kat BM, tapi sebab banyak sangat aktiviti masa raya kali ni. Nak tau apa aktiviti? Jommmmmmmmmmm

Pra Raya (Jumaat 12/10)

Sibuklah sikit-sikit tolong bakal pengantin hias bilik pengantin, lepas tu tolong masak sikit2 untuk berbuka. Orang buat biskut raya aku malas nak tolong [ ha ha ha....] malam raya sibuk iron baju raya dan baju untuk kenduri, iron siap-siap :)

Lepas tu cuci pinggan mangkuk dan juga gelas...kecut-kecut jari main air + sabun...mujurlah jari ni heavy duty, kalau tidak jenuhlah juga.

Raya 1:

Bangun awal...lepas subuh siap-siap ke masjid, tak pe masjid dekat je dengan rumah MIL, sepelaung je...dapat saf depan sekali...kalau lambat sikit kena solat kat luar... panas ooo
Balik tu salam-salam, bergambar, dan makan-makan... lepak kejap, lepas zohor pi kenduri... balik rehat :)

[Telefon BM, sembang dengan mak abah dan anak2 menakan... cehhhh boleh pulak depa dok cerita main mercun sakan... tahun ni mercun ka bunga api ka...tak nampak apa lagi nak pegang...kalau kat BM pi je Psr R'dhn tu mesti ada orang jual... best gak main mercun dan bunga api ni ke ke ke....]

Malam tak buat apa sangat... layan orang buat pelamin je la... sambil komen itu ini... ehhh orang tanya opinion kita bagi je, bukan kita memandai-mandai. Sambil gubah hantaran dll... [ke ke ke...] berseni juga tangan aku ni rupanya.

Raya 2:

Jari-jari ku pedih semua...kerana mengupas bawang putih... uiskkkkkk
Itulah aku dah kata...mujurlah jari aku ni heavy duty.... cuma pedih saja tapi tak la mengelupas dll... tapi pedih yang pijar tak tau nak kata macam mana...

Ada cerita lawak... ada budak tingkatan 3 tanya umur aku... lepas tu boleh plak dia tanya... 'sudah kawin ka?' hmmm nak tergelak pun ada gak... kalau blom kawin apa ke jadahnya aku pi beraya kat kampung depa... siap bagi komen lagi... macam 'sumandak' [anak dara] kwang kwang kwang.... cerita kat abang bulat... tergelak besar dia...

Malam sesi potong sayur pulak...ingat nak berinai... tapi tak jadilah... penatlah pulak. Pukul 12am baru dapat tido.

Raya 3:

The wedding day... orang dah ramai... aku tolong ala kadar saja... tak nak la tunjuk rajin sangat ke ke ke... pukul 2.30pm akad nikah...dengan sekali lafaz sahlah pengantin...

Malam tu ada kenduri lagi....ha ha ha ni yang lawak... aku bawa 3 pasang baju kurung SAHAJA, rancangan asal...raya 4 buat kenduri doa selamat...ntah macam mana depa tukar rancangan kenduri doa selamat buat malam tu juga, dan kenduri raya 4, BATAL... hah... dengan santainya aku pakai slack, t-shirt. Terpaksa la buat pengakuan dekat mak pengantin lelaki yang aku ni tak bawa baju extra... isk isk isk...sabaq sajala... dok gelak dengan abang bulat, dia pun malam tu pakai jeans + t-shirt je, memang santai habislah kami dua orang... hentam sajalah labu :)

Dalam santai-santai tu pun boleh lagi pi makan dengan tetamu... dah tadak orang layan mak pengantin lelaki aku pun pi la meramahkan diri... sembang itu ini... lagi pun aku dah beberapa kali jumpa mak dia...bolehlah nak bersembang. Adik pengantin lelaki tu study kat sini juga... apa-apa pun memang aku dengan abang bulatlah paling santai sekali.

Raya 4:


Relax la sikit....tapi sekejap saja...sebab aku sudah cirit birit.... berulang aliklah buat bisnes. Lemah badan... t'hari orang masak aku tido...[ke ke ke] nak kutuk pun kutuklah...aku dah tak terdaya nak buat keja lagi. Petang lepas makan...kami tengok VCD mujurlah dah tak melabur lagi...legaaaaa....

Malam ada kenduri cukur kepala...punyalah ramai kepala yang dicukur...

Raya 5:

Ada 2 keluarga dah balik...lepas diorang balik barulah aku membasuh baju dll...cuaca pun cantik je, cepat kering baju-baju. Lega...Alhamdulillah.

Hari ni pengantin lelaki plak berulang alik ke tandas [ke ke ke....]

Malam tengok VCD hantu Indon... kwang kwang kwang...

Raya 6:

Pukul 5am kereta sewa sampai... punyalah awalnya mandi...sejuk brrrrrr.
9.40am dah sampai airport, lepak makan nasi goreng dll... flight ke KK @ 1.10pm... lama kami lepak makan-makan dan menengok orang...
Pukul 2.30pm sampai rumah... home sweet home :)

Pukul 3pm start spring cleaning... cuci dapur, cuci pinggan yang berdebu, sapu lantai dll... perghhh penat la juga. Cuci baju, cuci cadar, cuci selimut.....arghhhhhhhhhhhh
Pukul 5.30pm kuar cari makan...balik tu lepak...lepas tu ZZzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZ...

Raya 7:

Lepas subuh, tak tido tapi sambung kemas rumah lagi... mop lantai bilik, mop atas bawah... tukar cadar dll...ada 2 kereta akan sampai petang.
Selesai segala keja, pi pejabat pos...renew lesen memandu...alang-alang renew... aku renew 5 tahun ha ha ha...sonang kojo den.
Petang lepas Jumaat pi pilih tiles untuk rumah, lepas tu singgah beli ikan dan lunch.
Lepas maghrib baru masak... elok siap je, depa pun sampai... nasi masak ngam-ngam je, ehhh berselera plak depa makan...masak extra. Tak habis la plak....

Raya 8:


Breakfast... aku goreng bihun dan nasi... bawa depa pi tengok rumah yang tak siap-siap renovate lagi, lepas tu pi minum alas perut...sebab majlis kat tempat lelaki mula pukul 2.30pm.
Lama plak pengantin bersiap... 2.30pm baru la bertolak dari rumah... luckily jalan tak sesak, 2.45pm sampai la dewan TH. Teruslah dihidangkan nasi...teruslah kami makan... mujurlah tadak bersanding ... tapi ada band jemputan... yang lawak tu ada sorang pakcik siap nyanyi lagu Westlif* perghhh berjiwa muda sungguh ;)

Majlis habis pukul 5pm, balik tu dah hujan... ngantuk sungguh, malam ada jemputan makan kat rumah pengantin lelaki... lepas maghrib pi sana la pulak... makan nasi, kuih raya dll.... kenyang sungguh Alhamdulillah :)

Raya 9:

Pagi...masak nasi, kari telur, sayur + udang.... untuk orang nak balik Sdkn... buat sandwich, harap-harap depa kenyanglah. Petang lepas zohor bawa makan-makan kat seafood rest. Rancangan asal depa yang tinggal ni balik hari Selasa, dah tukar plak... nak balik Isnin... lepas makan pi beli tiket untuk 4 orang... pi pasar lagi beli ikan, sayur dll untuk makan malam.
Malam tu aku masak...tapi aku tak makan sebab kenyang lagi... aku tengok orang lain selera je makan... isk isk isk depa ni...baguih sungguh tak menolak rezeki.
Malam tido nyenyak...tak la aku tertengok My Te*m kalah dengan Indon tu...tak larat dah.

Raya 10:


Pagi hantar orang balik Sdkn, masuk opis...kensel cuti minggu ni... tapi opis ni masih sunyi lagi, ramai yang masih beraya gamaknya.

Petang lepas lunch pi bayar duit tiles dan seronoknya dah 60% keja renovation tu ... harap-harap sblm mid Nov siaplah... insyaAllah :)
OK itulah saja diari Raya 1 - 10 aku.... hari ni dah pening-pening, dan hidung dah berair... nak selsema ke nak demam ni....isk isk isk...penatttttttttttttttttttt la tolong tolong


~dariBMkeKK~

Tuesday, October 09, 2007

Salam Lebaran

Salam,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri :)







Kepada yang memandu balik ke kampung halaman...Pandu Cermat Jiwa Selamat

Kepada yang menaiki kenderaan awam...Berhati-hati dengan barangan peribadi anda, jangan jadi mangsa 'pencopet'

Kepada yang menaiki kapal terbang... jangan buat2 lupa pulak, jangan ambik makanan yang disediakan [MAS], posa jangan tinggal... dan jangan membeli mee segera atau nasi lemak [Air Asia], hormatilah orang lain yang berpuasa :)

Kepada semua...Maaf Zahir dan Batin 0 - 0 ok !

Bersalamlah dari tangan ke hati...

Sekian,

~dariBMkeKK~

Monday, October 08, 2007

Why Mr Kent??????????? :(

Salam,

Aku sedih.......Mr Kent mati :(

The date that will live in Smallville infamy, January 26 will be forever the date that Jonathan Kent passed away on the episode, The Reckoning.John Schneider apparently knew it was coming for quite a while. In an interview with Zap2it he said he was grateful for the advance notice the "Smallville" producers gave him, as it allowed him to field projects for next season through his production company, Johnenelly. But it also meant he had to keep Jonathan's death secret from the rest of the cast, who didn't find out about it until shortly before Reckoning began filming.

Even he was fooled into thinking Lana would be the one to die before he finished reading the entire script, thinking he might not die after all.

In an interview with SCI-FI Wire Schneider said that he was sorry to leave the show behind, but that he used those emotions in his final scenes with Welling. "It was very sad, which helped," Schneider said. "It really, really helped. The last scene I shot was pulling Clark out of the car when Lana had passed. ... I worked until 3:30 in the morning and it was probably 18 degrees. It was cold out there. But the last thing I did was that with Tom, which I think is very appropriate. The very last thing Jonathan Kent does in the show is tell him it's not his fault. So he's trying to protect him. The very last thing John Schneider did was pull Clark out of the vision of seeing Lana dead."Schneider also said he had hoped his character wouldn't die until later on in the season like episode 23 or so.

John takes his character's demise in stride saying, that he understands the need for his character to die in order for Clark to move forward toward his destiny as Superman. "It happens for great reasons," he said. "He's trying to live up to his father's expectations, or trying to fill the gap that was left, fill the void that was left by the death. The passing of Jonathan Kent in Clark Kent's life is, I think, what causes him to become Superman. Not just somebody with super powers. ... To me it was like John Wayne in The Cowboys, an empowering death, which is so important. Because if Jonathan Kent had just died, that would have been terrible. It would have been meaningless.

Who is Jonathan going to miss most? He says none other than Smallville's star Tom Welling. "We have a really remarkable relationship with regard to the father-son thing," Schneider says. "We're peers in many respects, but when you really get down to it, the relationship you see on 'Smallville' is very much like the relationship we have."Have any tributes to Jonathan Kent send them to superherouniverse@yahoo.com

Find out these images below of the Fortress of Solitude and Jonathan were indeed meant to be in the 100th episode, but Al Gough just felt it was too much. He told Kryptonsite.com, " It was something that sounded great on paper, but ultimately it seemed a little awkward and a little morbid."

(sumber: http://www.supermantv.net/smallville-tribute.htm)
~dariBMkeKK~

Thursday, October 04, 2007

:)

Salam,

Hari ni kan...amatlah mengantuk...aku dah banyak kali terlelap...[sapa suruh dok tgk Adam Sandler....]

Luckily, I planned earlier to cook [or prepare?] pasta for sahur ...sempoi la sikit, tak la terkial-kial nak masak lauk :) ok gak makan pasta...kenyang gak. Ingatkan buat banyak bolehlah simpan, isk isk isk abang bulat sudah habiskan.

Bangun pagi ni iron baju pun dengan mata separa buka, ambik baju yang senang nak iron... dah la abang bulat tu kelas pukul 8am isk isk isk ... mujurlah kelas aku petang2 je...kalau pagi memanglah ada masalah ummah sikit.

Makin hari makin cepat terasa...dan rasa penat plak, banyak keja kot. Otak dok berfikir je, tak terbayang orang yang keja buat bangunan ke, keja menoreh getah ke...uiskkk bersyukurlah keja dalam bilik yang ada aircond [kalau panas sikit dah merungut...], hmmm itulah manusia, suka nak buat isu...benda kecik je pun... oklah lepas ni kena lebih bersyukur...jangan merungut tak tentu pasal...kena ada sifat qanaah.

Hari ni kelas last...aku seronok sangat :) minggu depan dan minggu seterusnya dah tadak kelas...dan lagi best tu bulan 1 nanti baru start semester II. Yezzarrrrrrr.... setakat nak marking final exam tu kejap je, lepas tu bolehlah fikirkan nak buat proposal dll. Kena agresif la, dah malas keja ni. Harap-harap bila tukar environment, lain la sikit motivasi diri ni...sekarang ni macam tadak motivasi je, isk isk isk teruk sungguh.

Oklah...dok cerita pasal motovasi pulak dah...cukuplah, dah la bulan posa ni orang semua senang tido, sat lagi ada plak yang tido baca N3 aku yang lemau ni... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, October 02, 2007

20 hari dah?

Salam,


Dah 20 hari...lagi 9 atau 10 hari je nak posa...isk isk isk sat sungguh la...tanda-tanda kecil nak kiamat tu. [insaflah wahai umat....]


Boringnya...nak pi shopping pun tadak mood [tadak geng sebenarnya...semua orang busy], dulu ada sorang kawan ni...tapi sejak dua menjak ni busy pulak minah tu kelas dia banyak, nak kacau pun kesian plak...dah la baru kawin, makin busy la. Opsss jangan salah faham...dia busy pasal husband kat KL, dia kat sini... kadang2 weekend dia pi KL la...atau pun seminggu dia cuti balik sana.


Semester ni padat sangatlah...tak sempat nak berpoya-poya [perghhh berpoya-poya tu...] ke ke ke...berpoya-poya tu dalam erti kata keluar lunch lama sikit, hari Jumaat pi KK jalan-jalan... tak sempatlah ntah pasai apa. Lunch pun sempat kat area sini-sini je... dulu-dulu breakfast bleh pi KK [ha ha ha....]


Seronok tengok kek lapis yang bersusun dalam fridge tu... malam ni bolehlah rasa satu, jangan tiap-tiap malam satu mau habis 10 biji tu...bukan boleh harap sangat dua-dua orang kami ni. Kelmarin masa ambik kat opis tu ramai yang tegur..tak nak jual ke? Ke ke ke...sorilah itu ja la modal nak bawa balik kampung kali ni, kalau tak sempat nak pi cari biskut kat pasar tu, memang aku bawa balik kek lapis je la tahun ni...


OK la tu asalkan ada benda yang nak dibawa balik, sat lagi kena complaint plak... aku ada sorang SIL yang suka complaint... layan je la, aku malas nak bising aku diam je... adatlah tu. Kalau MIL tak kisah...mesti ada yang lelain yang suka berkisah ke ke ke... tadak hal la tu. Bukan selalu jumpa pun. Kalau depa mai KK kena gak duduk umah aku...tapi lepas ni depa ada pilihan sebab yang nak kawin ni pun duduk area sini juga, kot-kotlah nak lepak umah dia pulak...aku no hal... dialu-alukan [kwang kwang kwang....]

Kejap lagi nak keluar pi uruskan bab rumah... [tak habis-habis lagi...] Tak tau lah nak buat apa lagi. Ngantuk ni...nak tido pun macam alang-alang je, sat lagi sure abang bulat telefon :) Ok la...berhenti dulu cau cin cau....
~dariBMkeKK~

Monday, October 01, 2007

Mimpi....

Salam,

Pernah tak kenkawan mimpi yang macam real sangat-sangat?

Malam [atau pagi tadi lepas subuh?]...aku mimpi balik kampung... meriah sangat...dok main-main dengan anak-anak buah....terasa real sebabnya aku boleh ingat yang tahun ni aku sepatutnya beraya kat kampung abang bulat, tapi pasai apa aku balik kampung kat BM?... sampaikan aku suruh kanak-kanak ribena tu cubit-cubit lengan aku... bila aku tak rasa sakit aku tau yang aku mimpi je... rasa sedih sangat lepas tu... sebab aku tau yang semua tu mimpi saja... dalam mimpi tu aku boleh lagi rasa nak tido lama-lama lagi biar lama sikit mimpi tu. Hmmmm..............

Bangun pagi rasa sedih la pulak... masa menaip ni pun aku rasa sedih...rasanya tahun ni aku akan rasa sedih masa beraya kat kampung abang bulat... :(
Pasai apalah ada perasaan camni pulak... dulu masa kat US tadak pula nak rasa sedih masa Raya, agaknya bila kita makin matang [cehhh ke ke ke...] kita makin menghargai suasana raya dengan keluarga... dulu-dulu nak seronok je kot...ntah la.

Tapi...macam mana sedih pun aku takkan tunjuk kat abang bulat... tak sanggup nak buat dia rasa bersalah...sebab dia baik sangat. Lagipun dalam setahun sekali tu je nak balik lama pun, kenalah jaga perasaan dia juga... aku balik BM setahun berkali-kali :)
Oklah tu...rasanya nanti berkuranglah sikit rasa sedih-sedih ni...macam mengada-ngada plak nak sedih-sedih camni...iskkkk sabar saja la.

---------------------------------------------------------

Kita flashback ke hari Sabtu dan Ahad.....

Sabtu:

Pukul 8am dah kat kampus...aku buat kelas ganti, punyalah jenuh nak dengar 12 pembentangan, 20 mins each....rasa dah pening-pening dengar budak-budak tu membentang. Aku minta depa buat re-packaging untuk produk yang tidak menarik perhatian... ada sesetengah tu dapat buat dengan baik sangat... boleh juallah idea depa tu... ada yang hmmm macam lepas batuk di tangga je [ehem ehem.....terbatuk plak]

Ada yang terlebih semangat...ada yang tadak semangat, macam-macam la fe'el depa. Lepas kelas, pi KK menengok perabot... biasalah aku dengan abang bulat...kami senang je nak beli apa pun [kalau masa ada duitlah....], lepas tengok itu ini... kami letak deposit untuk set bilik tido ... kwang kwang kwang.... ntah apa-apa.

Berbuka dengan nasi ayam dan kuih sikit....malam ribut eiii ngeri

Ahad:

Pagi abang bulat ada kelas....aku sambung tido. Bangun kemas-kemas rumah, mop rumah, cuci dapur dll...mak aiii macam nak pengsan... ha ha ha aku jatuh tergolek sebab lantai licin...kena bali selipar Asad* ultralight la camni :)

Petang buat caramel...pukul berapa adik ipar aku mai umah pun tak taulah... tengok-tengok dah ada kad kawin dia bawah pintu.

Petang pi Pasar Ramadhan...mujurlah blom beli apa-apa...M telefon kak I ajak berbuka posa kat rumah dia...tapi pot-luck, senang cerita beli ikan pari bakar, sate dan roti john habis cerita... bawa caramel sikit... sampai rumah dia dah dekat azan... makan itu ini perghhh sedaplah pulak. Kak I buat nasi ayam, M buat cucur udang, kak IS bawa mee kuah...banyaknya makanan...jenuhlah kami makan... dah la kejap-kejap maid dia buat air... kejap-kejap buat air... Alhamdulillah rezeki kami :)

Bersembang sakan...sedar-sedar dah 10 lebih, depa tu tak ingat ada anak nak sekolah... kami dua tak pa la... ditapaukan nasi ayam + sup perghhh lega sebab ada dah benda untuk sahur :) Pagi tadi aku buat telur masak sos lauk extra.

Itulah saja aktiviti hujung minggu...ok cau cin cau

~dariBMkeKK~

Friday, September 28, 2007

Bulan posa....

Salam,

Habis dah separuh perjalanan Ramadhan...kejap sungguh.

Rutin bersahur dan berbuka masih sama... masak untuk sahur, beli untuk berbuka... tapi dah 2 kali aku buat sandwich je... ingat bila2 nak buat spageti la plak... mempelbagaikan menu bersahur :)

Minggu depan dah kelas akhir... sure budak2 tu seronok sebab dah nak habis... depa seronok.. aku 10x seronok berbanding depa... eiii dengan result mid term ntah apa-apa, assignment pun buat lebih kurang, rasanya ramai yang dapat teruk...tak pe, kita tungguuuuuuuuuuuuu kesudahan semester ni camno.

Aku order kek lapis S'wak... harap2 sampailah hari ni... yang risau tu, nanti kek tu tak sempat berhari raya, kami merayakan dulu ha ha ha... kek tu kan sedap...makan banyak pun tak muak. Bahaya ni...

Sejuk hari ni...hujan + ribut sejak malam tadi...ngantuklah pulak sejuk2 camni :)

InsyaAllah bln 11 ni masuk rumah...yezzarrrrrrrrrr, bersungguh kontraktor tu nak siapkan, kami dok haru sebab fulus mana mau cekau...korek sana sini rasanya cukup kot...banyak kos la pulak nak masuk rumah ni...sabaq saja la :) Nak pi cari lampu la, kipaslah, itulah inilah... boleh tak kalau buat rumah tu pasanglah lampu sekali...kan ke senang kerja kita isk isk isk....

Kalau mak abah aku tengok rumah kami nanti sure geleng kepala dia... budak2 ni kata nak pi belajar tapi dok buat rumah plak...ampunnnnnnnnnn!!! Kami pun tak sangka nak renovate sampai camtu sekali...nanti sayang plak nak tinggal...ku dalam dilema plak nanti.

:)

Oklah...stop sini dulu, tadak idea nak mengarang, bye.

~dariBMkeKK~





Tuesday, September 25, 2007

13 hari dah....

Salam,



Wah...kejap sungguh posa kali ni... dah 13 hari kita posa Alhamdulillah...aminnnn!!! Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk melengkapkan lagi 16/ 17 hari lagi :)



Uiskkk ngantuknya...



Dah tengahari ni tenaga pun semakin berkurang...mujurlah cuaca kat KK ni nyaman je dua tiga hari ni. Pagi kelmarin ribut lagi...[angin + hujan lebat], tapi aku dah tido masa tu mamai-mamai bangun tutup tingkap, tempias.


Pagi tadi lepas subuh pi airport hantar M, sampai umah sblm jam 6am... kami sambung tido sampai 8am ke ke ke.... 8.30am la sampai opis tadi. Abang bulat cuti hari ni uruskan letrik umah dll... dia ajak, tapi malas la sebab ada student nak mai jumpa. Biarlah dia uruskan ke ke ke...

Alhamdulillah...hari ni dah ada air kat opis ni... kalau tidak jenuh la nak ke sana sini untuk solat dan untuk 'bisnes' apa yang patut...payah ooo. Time tadak air lah terasa nak pi toilet selalu... kalau ada air tu tadak plak nak pi situ kerap sangat. Kelmarin dah nak mengamuk... ingatkan orang tu meeting sat saja... tunggu punya tunggu dah 2pm tak mai lagi... berjalan la ke surau terdekat... di tengah-tengah panas...mujur orang tu tau yang kita marah...kalau tidak rugi gak ke ke ke...

Aku edisi siasat abang bulat... sama ada dia pernah ponteng puasa atau tak?... Surprisingly dia kata tak pernah...kecuali masa sakit itu pun 1 hari je... hmmm lega rasanya, sebab rasanya orang lelaki ni bab posa memang liat sikit... abang bulat bukan Muslim sejak lahir... dah umur 13 tahun baru masuk Islam....[bukan dia sorang, the whole family]. Masa bujang pun dia posa penuh... Alhamdulillah :)

Bukan apa...keluarga aku nak kata kuat agama sangat taklah...tapi bolehlah... bab solat, posa ni mak abah memang ambik berat. Bab posa ganti...memang sokmo kena soal dah ganti ke belum, kalau balik kampung ramai-ramai tu sure kena soal gak dah solat ke blom....faham-faham la kalau dok melepak bersembang tu... memanglah leka sikit.

Terbaca gak dalam majalah, blog dll orang lelaki ni ramai gak yang buat mudah je bab posa ni, ada yang terang-terang bagitau tak cukup posa, as if benda tu tadak salah kat depa...hmmm ntah la...kalau cakap banyak2 nanti dijawab kubur masing-masing :(

Oklah...cukuplah untuk hari ni... bulan-bulan posa ni senang je nak lentok letak kepala atas meja ni je, gelaplah pandanganku... ehhh aku dah cerita ke, yang aku ada pillow radio ke ke ke... beli 2 bagi kat abang bulat satu. Yang kat opis dia masih dalam plastik... yang aku ni dah togel, sebab senang nak melentokkan kepala kwang kwang kwang...
Ciao...selamat bersungkai to all

~dariBMkeKK~

Thursday, September 20, 2007

9 hari dah....

Salam,

Kejapnya...dah 9 hari posa isk isk isk...

Alhamdulillah setakat ni posa berjalan lancar, tarawikh pun baru sekali tinggal...tapi tahun ni liat sikit ngaji Quran :(

Kelas minggu ni berjalan lancar tapi ter'meletus' gak sekejap... awatlah payah sangat faham...isk isk isk sabaq saja la...harap2 tak kena tolak markah banyak sangat kalau tidak rugi posa erk....

Sibuknya minggu ni... lagipun terasa minggu ni pendek sebab Isnin kami cuti, tapi masa cuti 3 hari tu perghhhh best sungguh. Dah lama sangat nak cerita pun tak best dah tak payah cerita le :)

Masa sahur tadi hujan lebat sangat... angin kuat tempias ribut mana le gamaknya :( Petang ni insyaAllah join majlis berbuka posa kat tempat abang bulat yezzarrrrrrr menarik tu [ baru pukul 9am dah cerita pasal berbuka :) ]

Pening ni dok menanda assignments, mid term, assignments lagi uiskkkk tolong tolong...apa-apa pun kena siapkan sebelum next week... nak kena submit apa yang patut...yang pasti tak sabar nak habiskan semester ni...ntah la boring la. Bukan aku je yang boring dua tiga kawan lain pun ada rasa yang sama ...layannnnnnnnnnn!!!

Oklah tadak idea la...selamat berhujung minggu dan selamat menjalani ibadah posa :)

~dariBMkeKK~

Thursday, September 13, 2007

1 Ramadhan 1428

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam... insyaAllah semua amal ibadah kita di bulan yang mulia ini akan meningkatkan lagi darjah keimanan kita aminnnnn :)

Ngantuk sangat-sangat ni, mujurlah ada kawan singgah bilik kejap, bincang pasal isu air. Hari ke-2 tadak air kat bangunan ni... tensen la juga. Nak solat tak apa boleh balik rumah... tapi nak buat 'bisnes' lain yang membuatkan kami tensen. Tak kisahlah 'bisnes' kecil atau 'bisnes' besar... payah oooooooo...

Sahur tadi masak 2 jenis lauk je, siakap masak kicap + sayur sawi tumis bawang putih. Weekend ni la pi pasar beli bahan2 memasak... yang best sikit. Sedap juga makan masa sahur tu sebab masa berbuka biasanya rushing nak maghrib, lepas tu nak tarawikh... balik dah kira nak tido. Memang malam-malam bulan puasa jarang nak tengok TV sangat... paling lewat pun pukul 11pm la tido... tido lewat payah pulak nak bangun sahur nanti.

Yang pasti...aku tak masak untuk berbuka...kita pi pasar ramadhan je...lebih banyak pilihan. Nak yang sedap ke yang tak sedap ke semua ada. Tapi jangan tersilap pilih yang boleh membuatkan perut memulas dah le... bahaya bahaya...tak dapat tarawikh dengan tenang...
Ok...kat sini je yang mampu, esok kita sambung cerita puasa lagi. Cau cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, September 11, 2007

Pemandangan je....

Salam,

Makin dekat nak puasa ni makin berdebar-debar pulak... biasalah tu, lagi pun Raya tahun ni kat sini sebab tu berdebar-debar kot [kui kui kui...]

Hari ni abang bulat pi golf lagi... dah puasa nanti tak pi la kot, kalau pi juga memang sakan la.

Awallah aku kat opis...sunyi lagi, belum ramai yang masuk opis...biasalah tu. Puasa nanti ramai la yang mai awal... balik awal pun ramai gak [termasuklah aku...] beriadah di pasar Ramadhan :)

Ok kat bawah ni ada 3 keping gambar pemandangan yang boleh dilihat dari dalam rumah aku...[rumah kosong tu...] sekarang ni baru 'piling' kat belakang rumah, baru ambik quotation 'wiring', pasang gril dan etc... perghhh kopak kopak... tapi tak pe la buat bagi puas hati silap2 lepas 10 tahun pun tak berubah lagi bentuk [interior & exterior] rumah tu... kwang kwang kwang....

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.................






Berangan-angan nak lepak atas tangga tu menikmati pemandangan-pemandangan di atas tu bila boring... yang aku risau lebih banyak masa aku lepak dalam bilik kroh kroh atau pun lepak depan TV ... biasalah tu macam tak biasa :)

Berhenti dulu nak sambung menanda assignment 1, minggu depan assignment 2 pulak... ciao :)

~dariBMkeKK~

Thursday, September 06, 2007

Gelang mutiara gelang kristal apa ada pada title...

Salam,


Hari ni nak cerita pasal fe'el sesetengah manusia kat sini... [bukan la manusia kat bangunan aku] tapi manusia yang keja kat bangunan lain.

Kes 1:

Sabtu hari tu aku pi kedai yang jual gelang-gelang kristal, mutiara dll yang bling bling tu.... sebelum masuk kedai dah terserempak dengan manusia dua orang ni... tapi tak la nak menegur sebab yang sorang tu dok membebel apa ntah... lagipun kalau aku tegur pun ntah-ntah depa tak cam pun... sapalah aku... dibandingkan dengan depa... tak kisahlah tu.

Masuk je dalam kedai tu... tuan kedai dok membebel....ayat lebih kurang camni:

"lain kali jangan panggil saya kakak...panggil prof. dat*n...(PD)"

Aku dah tersenyum-senyum sebab dah dapat agak kejadian yang berlaku... tapi biasalah tanya gak tuan kedai tu pasai apa....[kepochi gak....]

Tuan kedai tu pun ceritalah dari A - Z ceritanya lebih kurang camni:
PD tu ada tempah gelang apa ntah... tapi belum siap, lepas tu budak yang jaga kaunter tu pun explain le situasi yang berlaku... lepas tu terus dia bagi arahan jangan panggil dia kakak, panggil dia PD. Siap hulurkan kad lagi.


Tuan kedai pun tunjuk la kat aku kad dia... walaupun aku dah tau sapa dia tapi buat-buat tengok la juga. Tak la nak ngaku kami keja sama tempat ke ke ke... malu beb, ada ke nak bermegah-megah dengan title segala... betullah kata tuan kedai tu... prof. dia kalau dalam kampus lakulah... kalau dekat luar sapa tau dia ada pangkat apa.

Sebagai nasi tambah dalam kes ni... aku kata lain kali up sikit harga barang tu baru kena dengan title dia ke ke ke.....

Ok tak cadangan aku?

Tapi memang melampau gak... kalau dia beli mutiara tu dekat Raffles*a ke... Tom*i ke... nak megah dengan PD tu ngam le... ni beli kat kedai area Sinsur*n gak... apa kes?

Kes 2:

Ada sorang manusia ni... kat bangunan abang bulat, baru je dapat title Dr. Biasalah kadang-kadang dah biasa panggil nama bukan senang nak tune lidah tambah title kat depan tu... dia telah me'memo'kan orang yang tak panggil dia dengan title tu... alasa, dia telah berkorban untuk mendapatkan title tu, jadi orang kenalah panggil dia dengan title... OK la...itu lantak dia la. Yang lagi tragis... wah...dia bleh kata yang susahnya nak kerja dengan orang yang tadak title macam dia tu.... erkkkkk lupa daratan la manusia ni. Sedangkan dia pun bukan ketahuan hala sangat... berlagak pandai je, kerja hampeh gak.

Isk isk isk.... apa kes?


Itulah kenkawan 2 kes yang melibatkan fe'el manusia kat sini... malas nak layan kenkadang tu. Tak payah la layan depakan... kita blog hopping lagi best [ke ke ke...] OK cau cin cau :)


p/s: Ok tak pantun dua kerat tu?
Gelang mutiara gelang kristal...Apa ada pada title


~dariBMkeKK~

Wednesday, September 05, 2007

Hari yang panjang

Salam,

Panjangnya rasa hari ni... jangan tak tau aku sampai opis pukul 6.45am isk isk isk bukan pasal semangat nak keja tapi kes 'paksarela'.

Abang bulat pi golf... tee off pukul 7.30am kot... dia hantarlah aku dulu... ada ke kawan dia kata aku nak ikut pi sama cehhh tak la sampai tahap nak ikut ke situ, baiklah aku duduk opis buat keja atau buat apa-apa yang patut.

Breakfast dengan S dan Lunch dengan M... kenyang lagi ni. Mata ngantuk tapi banyak assignments nak kena marking... tahan je la. Balik nanti tido puas-puas. Macam malam tadi, lepas maghrib tertido sampai pukul 10pm, dengan pagar tak kunci hmmm teruk sungguh. Mula tu baring-baring je, ntah macam mana bleh terlelap dengan nyenyak sekali. Letih apa ntah...

Tadi belek sana sini aku telah terjumpa blog sorang kawan kat sini kwang kwang kwang... tapi as usual aku kena la baca secara senyap-senyap dulu, nanti dia malu ke apa ke... nanti kantoi plak yang aku pun ada juga... kalau terkantoi habislah...nanti abang bulat pun tau isk isk isk tak nak la...not ready yet :)

Kelmarinkan aku pi rumah baru, rupanya jiran tu ajak kongsi untuk buat piling kat belakang rumah tu... bincang itu ini setuju je la... sebab nanti kena buat juga. Tak la mahal sangat pun... sementara ada ongkos ni buatlah apa yang patut. Segala renovation tu abaikan dulu, buat yang penting dulu. Kot-kot nak sambung kat belakang tu...at least dah piling tak la retak dinding kami nanti.
Isk isk isk lebat sungguh hujan ni... minggu ni ada Mktg Fiest* kat lobi... banyak gak gerai-gerai tu, aku tak la pi menjenguk lagi... esok dan lusa ada lagi... bleh la pi melawat sambil membeli apa yang patut. Bagus gak budak-budak ni bisnes senang kalau lapaq-lapaq bleh turun je pi beli kat situ. Jimat masa dan tenaga :)

Oklah...cukuplah N3 yang boring ni....tadak la cerita sangat pun tapi nak gak menaip beratus perkataan ni, sebab nak lawan ngantuk di petang hari hujan lebat ... ok babai.

~dariBMkeKK~





Tuesday, September 04, 2007

Konvo, gerai dan aku....

Salam,

Maka tamatlah Majlis Konvokesyen kat sini... tahniah untuk semua yang bergraduat, semoga berjaya pula dalam kerjaya nanti :)
Aku masuk sidang ke-3 sahaja... sambil tengok orang ambik skrol sambil makan Ment*s yang disediakan... meningkatkan kandungan gula dalam badan ke ke ke... tak pe lepas tu minum air banyak-banyak.

Yang seronok masa Konvo ni...tengok students sendiri la... muka dah lain, maklumlah semua dah bermekap sakan... yang pompuan tu memang melaram sakan... yang lelaki biasalah ada yang nampak hensem ada pulak yang dah jadi pelik [kui kui kui....]
Apa-apa pun aku OK je nak duduk berjam-jam dalam dewan tu... tadak hal la.

Ehhh citer weekend ... apa yang menarik? Ok ada tetamu kat rumah...yang best tu MIL bawa durian perghhh sakan la kami makan... sampaikan pagi Ahad tu breakfast dengan durian berulas-ulas... nyum nyum nyum. Isnin pagi MIL dan balik kampung sebab ada urusan yang lebih penting. Bawa balik segala kain langsir pengantin.

Seperti biasa...aku beli kain lagi kat gerai konvo, tak habis-habis la dengan kain [ke ke ke...] ingat nak beli baju ready made... tak menarik pulak... beli kain je, nanti pi hantar kedai. Harap-harap sempat siap sblm Raya... kalau tidak pakai je mana baju yang dah siap... [dah ada 2 pasang kat kedai tu blom ambik lagi...]

Jangan tak tau...aku ni jenis rajin buat baju baru... mujurlah abang bulat taklah kisah sangat, lagi pun bukan dia yang bayar pun... aku yang bayar... lagipun kalau tak dibelanja sayang plak duit gaji tu [ha ha ha....] sapa nak belanjakan duit gaji kalau bukan diri sendiri :)

Ngantuklah... nak solat Asar lepas ni nak pi tengok rumah kejap... nak bawa kamera la... nanti ambik gambar rumah yang masih lagi kosong ... ntah bila nak pi cari perabot dll... nak basuh dululah... baru nak pi beli perabot ala kadar... yang penting bilik kami mestilah vogue da vasssss... baru best :)

Oklah...cau cin cau... esok-esok update lagi.

~dariBMkeKK~

Wednesday, August 29, 2007

Musim-musim @ KK

Salam,

Sekarang ni bukan sahaja musim hujan...tapi musim buah dan musim Konvo juga kat KK ni.

Beralih hari je [kata orang tua-tua] maksudnya bila petang je hujan le kat sini. Lebat pulak tu, seronoklah juga sebab nyaman je...mata pun celik-celik manja :)

Buah-buahan tempatan cth: durian, manggis, rambutan, cempedek, dokong pun banyak kat tepi-tepi jalan tu... cumanya mahal sikitlah kat sini. Tapi untuk makan dua orang OK la... beli la juga sekali sekala [ye ke sekali sekala ke ke ke].

Musim Konvo...sama la macam tempat lain, orang lain yang Konvo orang lain yang sibuk-sibuk... setakat ni baru sekali pi pesta Konvo tu... sebabnya petang2 hujan tak dapatlah kami nak merendek kat situ :)

OK itu saja cerita pasal musim-musim @ KK :)

---------------------------------------------------------------
Sambung cerita lain pulak... minggu ni sure seronok sebab cuti 3 hari... tapi hari Jumaat tu kenalah membersihkan bilik2 yang ada sebab ada tetamu nak mai rumah... MIL dan FIL + 1 family yang anak dia konvo hari Isnin... kena mop lantai bilik, kena salin cadar dll *gulp* tapi tak pe ada pembantu :) sapa lagi kalau bukan abang bulat... kwang kwang kwang.
Oklah...nak balik dah ciao cin cau
[ ntah apa-apa le N3 ni layan je la :) ]
~dariBMkeKK~