Thursday, March 29, 2007

Hari 4 @ Khamis

Salam,

Uisk...ngantuknya, macam minum ubat batuk plak.

Hari ni duduk opis lagi...buat keja itu ini, kemas-kemas opis sikit. Esok petang dah nak pi Kch plak...oh ya untuk makluman...esok gue mau ke Kch. for the 1st time ke ke ke...tercapai juga hasrat, yang lagi best tu pi FOC kwang kwang kwang...ada bengkel 3 hari. Ntah sapa la yang cerdik buat bengkel masa Maulidur Rasul...isk tak sensitif sungguh la depa ni. Macam tadak tarikh lain.

Tapi melihatkan jadual yang padat mampat tu, musnah la impian nak berjalan-jalan...nampak gayanya tapi tak pa kalau dah sampai sana kiranya semua ibu negeri kat M'sia ni aku dah sampai wah...pencapaian yang memberangsangkan :)

Dah contact senior masa sekolah dulu, kalau dia tak busy bleh kot kuar dengan dia kejap, kakak ni ngajar kat MRSM kalau tak silap...dah berkurun tak jumpa dia... bleh gossip-gossip.
(cehhh macam artis nak bergossip je...)



Minggu ni abang bulat pun busy gak...hari ni dan esok dia pi survey lokasi untuk research dia... Sabtu golf, ahad futsal bagus la tak la boring dok rumah...Isnin petang baru aku sampai KK. Tapi memang tak plan nak pi beli belah pun kat Kch tu, hari tu abang bulat dah beli tikar, so tak payah la nak membeli lagi...barang2 lain rasanya sama je macam kat KK, tapi (ada tapi tu...) kalaulah ada blouse yang menarik perhatian...(mana la tau ...) memang nak tangkap sehelai dua... kat KK ni fesyen dia pelik sangat la... macam fesyen HongKong, ntah apa-apa.
Ada budak dok cari assingment kat luar tu kot...aku bagi balik segala assignment tu sebab malas nak simpan lagi...buat penuh bilik je. Dulu-dulu semua benda nak simpan... tapi bila dah tadak ruang lebih baiklah pulangkan kat depa...simpan untuk tatapan anak cucu...anak tiri dan sebagainya.
Oklah...tu je cerita hari ni...esok kalau ada masa update lagi babai :)
~dariBMkeKK~

Monday, March 26, 2007

Demam xam mai dah...

Salam,

Minggu ni sunyi la sikit kampus, budak2 dah start exam... seronoknya sebab boleh lepak sikit dan buat kerja-kerja pentadbiran...kalau tidak jenuh juga nak melayan depa, sabaq saja la kadang-kadang tu.

Kursus dah tamat dengan tak berjayanya... ntah apa-apa la, slot yang penting kensel yang kurang penting ada plak. Apa-apa pun aku tak nak submit proposal tu lagi...ingat senang ke nak buat, dengan bahan seciput...isk ni yang hangin satu badan ni.

Oh ya...ada ke aku cerita yang terjumpa senior masa sekolah kat kursus tu? Dia baru join sini 2 tahun lepas... tapi of course la dia tak cam muka (Alhamdulillah....ke ke ke), tapi aku cam muka dia, sebab dia dulu balak kawan aku...same batch tapi kelas lain. Muka dia dah lain macam je, risau kot terkantoi citer lama-lama...zaman cintan cintun dia...tapi tadak la aku jahat sangat nak citer segala benda tu, citer lama buat apa dikenang-kenang...memandangkan dia pun OK aku simpan je la citer sensasi tu, kalau dia kerek dengan aku siap la...hu hu hu...

Citer punya citer... baru la aku perasan mufti Perl*s tu rupanya senior aku masa sekolah...patut la macam familiar je nama dan muka dia. Mungkin masa sekolah dia 'low profile' (macam aku ke ke ke....) sebab tu tak berapa cam.
Tak la bersembang sakan masa kursus tu, sebab dia macam cover line je, risau kot.. kwang kwang kwang...

Ehhh dah pukul 5 la...jap lagi nak balik la, abang bulat mesti dah on the way, dia cuti hari ni pi main golf, cuti dia banyak...boleh la ambik sesuka hati, aku nak simpan sikit nak pi berjalan-jalan dan nak balik raya Haji hujung tahun ke ke ke...kena balik raya Haji la sebab raya Posa kat sini. Maklumlah sistem penggiliran :)

OK bye semua, esok kita sambung cerita lagi.

~dariBMkeKK~

Tuesday, March 20, 2007

Kursus lagi...

Salam,

Halloooooooooo....apa citer? Ehhh dah lama tak update kan...tadak idea dan busy sikit la. Tengah kursus ni...walaupun ada je komputer depan mata tapi tak bleh la nak update N3 nanti kantoi plak...rasanya blom ada kenkawan yang tau kewujudan benda alah ni...even abang bulat pun tatau kwang kwang kwang....tapi kalau dia tau tapi buat-buat tatau apa bleh buat la...

Kursus start kelmarin...(19032007), sampai Jumaat ni...ingatkan petang ni free rerupanya ada juga, dan diawalkan slot ke jam 2, tak solat lagi ni tadi dah pi toilet tapi ada makcik cleaner plak...kejap lagi pi lagi sekali.

Pengisian kursus ntah apa-apa...macam berulang-ulang. Ni kursus untuk orang nak sambung belajar ni...tapi jangan la tanya bila aku nak pi...no komen :)

Minggu ni dah minggu ke-14...budak2 pun dah kurang kat kampus...ramai yang lepak bilik study (konon-konon), minggu depan dah start final xm... hujung minggu ni tak buat kelas...yezzarrrrr tadi dah sms students cepat je dapat reply...seronok la depa sebab sure depa tak sangka kelas tadak...kwang kwang kwang surprise la kekonon. Tak pa program luar kampus lama lagi nak habis...insyaAllah cukup 14 minggu.

Oklah...stop sini, nak solat dan nak rehat kejap...jumpa di lain N3, bye all :)

~dariBMkeKK~

Sunday, March 11, 2007

Hari ini hari Ahad

Salam,

Seronoknya...sebab dah nak habis semester. Seronok bukan sebab dah malas nak ngajar....(ada la sikit-sikit perasaan tu) tapi seronok sebab boleh siapkan research dll yang tertunda. Bukan susah nak buat research nak menulis paper dll tapi kalau banyak keja mengajar hmmm jangan mimpi la...nak menanda mid term, nak menanda assignments dll...so sapa kata keja lecturer ni senang? Takkan nak duduk tahap ni je...kena la buat benda lain yang akan membolehkan kita ada 'competitive advantage' kan kan kan.....opsss apa melalut ni stop it stop it....

Hotel tak booking lagi untuk family day bulan 5 ni... isk isk isk....sabaq saja la. Tapi kena buat A S A P nanti penuh pulak...frust pulak yang lelain.

Minggu depan ada sorang anak menakan nak mai sini sebab dia kena PLKN kat Tuar*an, ok juga tu sebab si angah tu tak pernah jenjalan sorang, biasanya jenjalan sana sini dengan mama dan abah dia je...ke ke ke rasain, tapi tak pe mak teh dia ada ... dan boleh la pi melawat dia bawa kuar makan dll...rasanya si angah ni tak beria nak jenjalan...so bawa lepak rumah mak teh lagi best kan angah kan kan kan...(ha ha ha macam dia baca blog ni).

Sapa pernah pi melawat adik/ sedara kat kem PLKN tu? Boleh pi tiap2 minggu atau ada minggu lawatan?

Ehhh dah dekat 10am, 11am ni ada kelas...tapi tak pa dah ready pun kelas ni lagi la boring sebab ngajar orang dewasa yang sesuka hati nak mai kelas atau tidak, biasalah ada tu daftar pengajian sebab nak dapatkan ijazah dan naik gaji je. Malas nak melayan juga...sesetengah tu temberang je lebih. Kelas ni 12 orang... 11 lelaki dan 1 perempuan...kadang tu 1 je perempuan...aku le. Tapi disebabkan aku tak la bagi muka so depa ni cuak juga le. Suruh la buat apa pun sure siap on time. Tak siap tolak je markah apa susah.

Ada pertandingan debat....dijemput jadi hakim tapi ntah la...dah lama tak dengar orang berdebat ni sat lagi tak pandai nak bagi markah ke ke ke...so tak pi la. Lagipun dah cukup hakim la tu...kalau tak cukup sure depa panggil. Aku boleh terlibat pun lepas kenal abang bulat la...dia hakim kelas 1 (Majlis Debat M'sia), so dia ngajar la sikit-sikit macam mana nak bagi markah dll...serius kali ni aku tak yakin (malas sebenarnya he he he....) dan dia pun tak la mendesak sebab macam aku cakap tadi hakim cukup :)

Malam tadi lewat juga tidur dok layan Raja Law*k kat Ria...burger apa yang paling seronok???? BERGEMBIRA kwang kwang kwang....lama tak pekena orang macam tu, ingat dulu-dulu biasa je pekena orang contohnya....Basri kirim salam....nanti orang tanya Basri mana? BAS SRIJAYA kui kui kui. Ntah apa-apa tapi Yus menang kira oklah....ingatkan Zizan sebab biasalah dibandingkan rupa kalahlah Yus, tapi agaknya last minute undi masuk sebab abang long kutuk Yus tapi tak pulak kutuk Tauke macam clown. Terus kena smash dengan otai lawak panassssssssssss la kejap kat situ. Ehhh kenkawan tengok ka...ataupun aku je yang layan program macam tu ke ke ke....

Ada dua tempat untuk family day nanti:

1. Selesa Hillhomes Bkt Tinggi

2. Ilham Resort and Training Centre, PD

Ada sesapa pernah pi mana-mana tempat tu? Boleh bagi hints sikit :) Tq atau ada kawan pernah pi ka...

Oklah stop sini dulu...nak susun-susun nota jap bye :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, March 07, 2007

Minggu 2, Bulan 3, 2 kosong kosong 7

Salam,

Ehhh dah hari rabu...kejap sungguh. Minggu depan dah minggu terakhir dan lega sebab dah habis silibus...kalau tak habis haru la juga.

Tak ada la cerita menarik pun saja je nak menaip sementara nak tunggu lunchtime. Nak makan kat mana dan dengan sapa pun tak tau lagi sebab abang bulat ada meeting, dan perut ni macam kenyang lagi. Tapi perut ni tak boleh agak juga, pukul 12 sat lagi mulalah ber R&B dll...jenuhlah nak tahan. Tapi tak baik tahan-tahan makan ni...nanti masuk angin pulak. Tak pe kejap lagi telefon je la sesapa yang ada potensi nak pi makan tumpang depa.

Minggu depan abang bulat pi KL (lagi...) ingat nak ikut tapi malas la pulak sebab nak kena ganti kelas pulak...masa-masa kecemasan ni jangan dok buat hal, sat lagi kena complaint jenuh nak menjawab...tak nak la pecah rekod lagi.

Ngantuk la pulak....minggu ni baru hari ni punch card kaler biru sebelum ni punyalah susah nak bangkit tido... lepas subuh tu tido balik berbunyilah alarm tu tapi tutup balik dan boleh lagi buat statement...alang-alang lambat biarlah lambat terus...pi breakfast dulu baru masuk opis. Sebenarnya pun kami tak la terpakai waktu pejabat 8 -5 tu...asalkan cukup 8 jam sehari ok dah...kadang tu saja je nak bagi cantik kad...tapi mai angin malas hmmm tak dak kuasa nak melayan. Biasanya pun balik lepas 5.30pm tapi ada hari-hari tertentu lepas maghrib baru balik.

Petang ni ada kelas....sampai 5pm...kena balik sebelum maghrib sebab abang bulat ada seminar apa ntah kat Le Meri*ien, awatlah tak dapat bilik....kalau dapat bleh la juga melepak situ....ke ke ke ada hati nak ngikut tu. Macam free pulak sebab semua notes dah siap dan sekarang pun dah key-in gred dan markah, by next week boleh dipamerkan .... perghhh efisyen juga aku ni (ha ha ha puji diri sendiri plak....layannnnnnnnnnn)

Ehhh malas pulak nak mengarang....stop la dulu :) bye all.

~dariBMkeKK~

Friday, March 02, 2007

Bulan 3, 2 kosong kosong 7

Salam

Hmmm dah masuk bulan ke-3 ke? Risau sungguh sebab tahun ni macam banyak perancangan je... harap-harap ada le yang berjalan lancar aminnnnnnnnnn!!!

La ni aku macam dah 'gian' main games kat telefon, pantang ada masa terluang je memang la menekan telefon, sampai lenguh-lenguh la jari bahaya sungguh... sebab boleh melekakan... sabaq saja la.

Positif....tak boleh nak pi kenduri hujung minggu ni :( (bagi hadiah je la)

Lega rasa sebab hari ni boleh la nak relax sikit...kelas tadak, budak pun tadak yang mai jumpa boleh kemas-kemas meja sikit. Kemas banyak-banyak pun lepas tu bersepah juga sebab ntah apa la benda yang ada depan mata ni, nak simpan jauh-jauh sat lagi payah nak ambik...kalau orang nampak kekononnya keja banyak la ke ke ke sebenarnya hampehhhhhhh je

Hari ni abang bulat cuti...tapi dia pi opis juga, biasalah duduk rumah memang lagi haru sat lagi sama ada dok lepak tengok TV atau kroh kroh je...baiklah lepak opis tapi boleh pakai jeans dengan t-shirt je sempoiiiiiiii !!!

Malam esok ada dinner program....budak-budak ni memanjanglah tak sensitif...ada ka majlis start at 6.30pm, tak Maghrib ka? Habis pukul 11pm isk isk isk apa lama sangat... masa aku jadi penyelaras dulu aku make sure majlis start 7.15pm dan habis 10.00pm...tak dak hal nak berlama-lama dalam dewan tu. Lagi pun lepas habis majlis formal kalau budak-budak tu nak lepak sampai pagi ka ikut suka la...bukan boleh layan sangat budak-budak ni.

He he he...sure lega budak-budak tu sebab aku dah tak jadi penyelaras lagi....apa-apa pun 'aiman tak kisah....' pi tunjukkan muka then kalau rasa nak balik bagi la excuse apa-apa...tapi memang tak akan tunggu sampai habis la. Dah la pagi Ahad ada kelas sat lagi tak cukup tido payah la pulak...tak mau la pi kelas dengan muka sembab dan mata merah-merah macam bela hantu raya (eiiii ngeri....) budak tak semangat nak belajar kita pun tak semangat nak mengajar.

Ehhh dah 11am rupanya...kejap je, tapi keja untuk pagi ni dah siap pun... nota untuk Ahad pun dah siap... nak buat apa lagi ye? (cehhh macam la tadak keja lain....assignments bertimbun depan mata buat-buat tak pandang plak....erkk...) Oklah....stop sini dulu, kalau rajin petang ni sambung lagi, kalau malas setakat ni saja la...apa-apa pun selamat berhujung minggu dan berhati-hati sentiasa :) bye all.


~dariBMkeKK~

Thursday, March 01, 2007

Hari ini dan semalam...

Salam,

Leganya...ringan rasa kepalaku ini... kelmarin petang kelas 3 jam...hari ni pun 3 jam weng rasanya. Esok dan lusa bolehlah relax sikit...yezzarrrrr.

Tadi ada kawan telefon...live from Pah*ng, jemput kenduri 10032007...alahai so touching, malangnya tadak rejeki mau pigi ada pertandingan debat plak...abang bulat kena jadi penyelaras dan kemungkinan besar aku jadi salah sorang hakim isk isk isk sedih la beb... lepas kelas tadi ada kawan sms pujuk pi sebab nanti dia tadak 'teman tapi mesra' hmmm macam mana ni...ikutkan hati nak balik tapiiii kena la fikirkan abang bulat juga mana boleh main redah je isk isk isk....sedih la sedih la...

Oh ya...lupa nak cerita trip 1 hari ke KL...penatnya Ya Rabbi....seharian dok dengar ceramah (9am - 5pm), tapi disebabkan makanan sedap maka dimaafkan... habis je sesi petang tu aku dan S bergegas keluar...ambik PutraLRT ke KLSentral...check in siap-siap then kami sempat la mencuci mata kat gerai-gerai tudung dan baju kat bawah tu ha ha ha....sempat sambar baju ready made 2 pasang dan tudung 2 helai kwang kwang kwang....habis sejam la kat situ, lepas tu naik ERL ke KLIA...flight delayed for 15 mins, tapi yang magik tu sampai awal pulak...laju abang pilot bawa kapal :)

Sampai rumah dah 1am... mandi manda dan zzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz....

Rabu pagi punyalah susahnya nak bangkit...tapi digagahi juga sebab nak kena buat persediaan untuk kelas petang, mata ni macam digam-gam punyalah payahnya nak buka. Tapi masa dalam kelas kena la kontrol macho :)

Tahun ni ramai pulak orang sini pi Beij*ng, tapi tak la berkisah sangat pun sebab dah pernah sampai pun. Sasaran aku tahun ni nak pi Turk* ha ha ha....siap ada sasaran tu. Kali ni nak pi dengan abang bulat, kalau dia tak dapat pi nak heret sesapa la buat kawan. Kalau ada kawan panjang sikit langkah....kalau sensorang OK tapi bab nak bergambar payah la sikit kena la minta tolong orang lain (sanggup tu....) iyelah kalau dah berjalan tempat orang nak membeli belah ada kekangan ekonomi, jadi ambik je gambar banyak-banyak, boleh penuhkan album.

Ngantuknya....tapi dah petang sangat ni, kalau tido nanti bangun jadi kurang siuman pulak, sabar saja la. Kejap lagi lepas mandi manda boleh je tidur-tiduran dengan selesa kat rumah. Oklah berhenti dulu tadak idea pulak nak menaip lagi. Bye all :)

~dariBMkeKK~