Friday, March 28, 2008

Apa nak jadi?

Salam,

Ada tak sesapa baca Kosmo online hari ni? Aku kena baca online sebab kat sini tadak jual yang bercetak... baca sebab bagi support la adik aku keja kat situ ke ke ke....

Opsss... tersasar plak... ada tak baca pasal Lelaki Itu, A. Zain yang tak kisah dicium pipi... hmmm anak pak Zain ni awat la jadi lagu tu... memanglah selama ni pun dia memang selamba berlaga pipi dengan pompuan sana sini tapi rasanya tak la bagus buat kenyataan camtu. Lepas tu tak kisah pulak nak bagi peluang peminat duduk atas paha dia masa dia menyanyi... yang aku risau tu kot-kot dia tak rasa apa-apa (ye ke????) tapi peminat yang tetiba stim... hah jadi lain pulak. Artis kita ni fikir habis ke tidak sebelum buat kenyataan camtu... dunia dunia.

Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni konservatif dll... tapi pada pandangan aku biarlah sebebas mana pun kita... perlulah ada batasan kalau tak bertunjangkan agama tapi rasanya berdasarkan budaya Timur itu bukanlah perbuatan yang boleh diterima oleh masyarakat.

Itu saja cerita untuk pagi Jumaat yang mulia ini... renung-renungkan, layannnnnnnn!!!

~dariBMkekK~

Thursday, March 27, 2008

Cuti-cuti BM

Salam,

Seronoknya balik kampung... walaupun tak sempat pi sana sini tapi kira OK la...

Seperti biasa kami menunggu kat bayan lepas 1 jam, orang yang nak jemput 9.30 ada kat SP lagi isk isk isk sabaq saja la... layannnnnnnnn!!!

Hari Rabu sblm balik kampung tu penatnya ke sana sini... sempat lagi mai opis ambik tiket dll... sempat lagi pi klinik, pi pekena nasi beriani ha ha ha ...

Pagi Khamis ada kawan hantar lega la juga, senang cerita dia kenalah angkut anak dia mamai-mamai budak tu. Flight pukul 7am... pukul 5.30am keluarlah, sampai pukul 6am dah check in... lapaqqqqq.... pi satu-satunya kedai yang buka tak jual lagi... isk isk isk... sblm naik beli air mineral... kami tidoq tak sedar kapal dah naik ... tapi masa orang jual makanan sedarlah...sebab lapaq.

Lega sebab nasi lemak masih ada... makan nasi lemak, lepas tu....sambung lena bleh?

4 hari duduk kampung...banyak pulak urusan kami, pi tengok tiles untuk rumah baru, pi tengok rumah baru, pi puspakom, pi situ pi sini... sampaikan tak sempat juga nak pi tukar gelang2 tu... ingat nak beli gelang baru dan nak jual gelang lama... kat KK ni harga mahal dan sistem lain sikit... kat Penang senang je dan tak dak tolak harga dll... kat sini boleh pulak tolak berapa persen isk isk isk....malas nak layan.

Oklah... nanti-nanti sambung lagi, cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, March 18, 2008

Lepak santai...

Salam,

Seronoklah budak2 tu tadi bila bagitau tadak kelas minggu depan... aku pun seronok juga sebab tak payah kalut2 nak buat nota lagi kwang kwang kwang...

Hari ni pi makan ikan keli kat satu2 kedai area sini yang jual ikan keli goreng sambal... aku suka ikan keli tapi awatlah kecik sangat ikan keli tu... tapi makan juga.

Boring ni... sebabnya tatau nak buat apa... cehhh macam tadak keja ke ke ke... keja banyak tapi angin malas ni buatkan aku rasa tanak buat mende. Ada student kata nak mai bilik tapi tak mai pun... tak bolehlah nak berbaring2 lepas solat tadi.

Pi Lorenz* lepas makan... tengok2 benda yang boleh dibeli... banyak juga yang boleh dibeli, tapi nanti-nantilah... sayang duit plak ke ke ke... skrg ni kami dok hias kat dinding je, letak lukisan itu, lukisan ini... best juga. Ada 2 lukisan batik yang kami beli kat Jogja, murah je 2 keping Rp140000. Lepas masuk frame...jadi cantiklah pulak. Kena pi cari lagi ni ke ke ke...tak pe next trip Jakart* plak... skrg ni dah ada direct flight KK-Jakart* senang sikit...

Kena cari tarikh yang sesuai... ajak kenkawan semua tak berminat... pi berdua je la... memang betullah kata Acha - Berdua Lebih Baik ke ke ke...[apa kes???]

Petang kelmarin ada kawan sekolah menengah telefon... aku ingatkan orang lain rupanya orang lain mujurlah tak tersilap sebut nama ke ke ke kalau tidak kantoi je.

Dua tiga hari aku dok dapat berita yang kenkawan berhenti kerja sebab jaga anak... bagusnya depa. Tapi kalau husband mampu nak sara tak dak hal rasanya. Ada sorang adik tu baru je keja 2 tahun dah berhenti lepas dapat anak... yang sorang lagi dah lama keja...10 tahun pun berhenti mungkin sebab husband pindah keja kat kampung... dia pun ikutlah. Itu yang terbaik... harap-harap the husbands hargailah tindakan tu.

Malam tadi lepas maghrib aku lena 2 jam... harap-harap malam ni tak la buat perangai macam tu lagi. Lepas tu pukul 10pm dah masuk tido isk isk isk lena je keja aku ni. Ni pun dok menguap sakan ni... haru sungguh la.

Ok cukuplah cerita pasal lena... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Friday, March 14, 2008

Bye bye & Hi

Salam,

Dah Jumaat jadinya bye bye hari-hari keja.... dan Hi Hi hujung minggu :)

Esok nak pi melawat Dr gigi... nak tampal dan cuci apa yang patut, siap duit la kan...

Cadangnya nak pi Tamu kat Gaya St pagi Ahad ni... harapnya bangun awallah... bukan boleh harap sangat, kalau pi lambat tak best sebab panas dan tak banyak barang... abang bulat nak beli pokok apa ntah... aku ok je no hal.

Tadak la menarik pun...oleh itu sampai sini saja... selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~

Thursday, March 13, 2008

:)

Salam,



Sekarang aku boleh tersenyum... tak kisahlah simpul ke sumbing ke asalkan jangan senyum kambing...sebabnya aku ni manusia kalau senyum kambing dah jadi kambing la pulak kwang kwang kwang....



Kenapa boleh tersenyum? Aku dah siap 1 benda yang bukan la susah sangat...cuma tak mula tu yang jadi susah... nak bagi sapa review ni? Tak pa...yang tu nanti difikirkan.



Tak habis lagi pasal PRU 12 ni... kalau yang pi ngundi tu mesti ada yang dapat imbuhan lepas memangkah... adik aku dapatlah 100 lepas duit tambang bas KL-B'woth-KL, orang kat sini pun dapat 100 juga lepas tu... MIL aku nak tau dapat berapa? 10 je... memang 90 lagi sudah di pau. Jahat sungguh depa ni... sokmo menipu orang kampung. Jangan tatau kat sini orang kampung kena warning... kalau undi selain BN... segala peruntukan ditarik balik, hmmm sendiri mau ingatlah... pemimpin cap apa tu? Ini bukan aku buat cerita tapi MIL dengan pakcik tu yang cerita... kesiankan orang sini :(



Lapar la pulak... tadi makan soto banjar tapi magkuk kecik je, tak la nak beria makan sebab tak la sedap sangat... aku suka sebab ada begedil je, tapi ntah apa kes, hari ni begedil jadi bedegil rasa masam plak... yang kelmarin kot isk isk isk mujurlah perut kebal.



Oklah...nak pi kuar makan la... boring plak duduk dalam bilik ni. Cau cin cau :)



~dariBMkeKK~

Tuesday, March 11, 2008

Mari mengaudit....

Salam,

Isu panas sekarang ni mestilah PRU 12 kan? Malaysia ni bukan saja pernah kena tsunami, tsumawi ... tsunami politik pun dah kena. Ambil iktibar... zaman IT ni balasan bukan kredit lagi... tapi secara TUNAI. Kerajaan kena audit kenapa jadi macam tu, lepas tu sila buat pembaikan. Dengar juga suara rakyat... ada isu yang tidak relevan untuk diperjuangkan. Jangan hanya mendengar nasihat individu tertentu... demokrasi perlu dilaksanakan semula, jangan cuba menjajah minda melalui media, bahaya ooo....

Aku beria buat N3 kelmarin... ntah apa kes, hilang plak... teruslah tadak idea.

Hari ni bersemangat aku nak pi taklimat audit... habiskan kelas awal...rupanya taklimat tu pukul 10am kwang kwang kwang... memanglah habis kuliah...tutorial je tak buat. Bagi tajuk untuk dibincang je. Apa bleh buat silap baca memo. Esok kami kena audit... masalahnya tatau sapa yang kena audit. Layan je la... malas nak fikir.

Mak mentua dan bapa mentua ada kat rumah, ahad petang pi ambik kat Ran*u. Lama tak berjalan jauh ... semenjak accident tu abang bulat jadi fobia nak memandu jauh-jauh...aku, tak fobia pun ntah la macam tadak perasaan plak aku ni. Malam tadi abang bulat bawa mak dia pi jumpa doktor... check darah tinggi, kencing manis... semua naik. Masalahnya mak tu tak pantang ... dia jenis pantang jumpa ke ke ke... aku tak komen la sebab sat lagi kecik hati plak... kita ni menantu je, kalau orang nak bercerita aku dengar, kalau tidak tak la nak tanya apa-apa. Nanti niat kita bertanya je, dia ingat kita busy body ka apa ka... uiskkk tak pa la.

Ke ke ke.... aku dengan mertua tak pandai nak sembang sakan... sebabnya dia macam tadak idea nak sembang, aku pun tadak le juga. Yang aku perasan adik-adik ipar aku pun tak la bersembang sakan dengan mak depa. Tapi kalau aku dengan mak dan sedara mara sembang macam nak pecah rumah. Yang boleh bagi bising kat rumah mertua aku tu kalau ada cucu-cucu kalau tidak sunyi je. Tapi kalau kat rumah aku... tadak budak-budak pun riuh rendah...ada kanak-kanak ribena yang tak makan saman tu lagi riuh rendah macam tongkang pecah ... beza sungguh. Budak-budak memainkan peranan la kat rumah depa untuk memeriahkan suasana... tapi kalau tak rumah aku... semua memainkan peranan...

Ingat lagi dulu-dulu kalau balik kampung, aku dengan 2 orang adik lagi... bersembang non-stop tak kira la pagi, petang, siang, malam... selalunya mak dengan abah terjaga tido petang-petang ingat ada orang mai rumah... sedangkan kami 2,3 orang je dok bersembang. Ntah apa-apa la... agaknya pening kepala depa... ada la budak 3 orang ni dok gebang tak habis-habis. Sampai la ni... sama je... ada saja topik merapu kami... talkative la kekonon kwang kwang kwang layannnnnnnnnnnn!!!

Rasanya dulu-dulu abang bulat macam terkejut gak...tapi la ni dia pun macam sama je cehhh!!!

Mak mentua mai dengan pakcik [bapa mentua tiri], ntah kenapa pakcik ni macam lain sikit kali ni. Agaknya lama dok berkempen kot... pening kepala gamaknya. Ni dialog aku dengan pakcik masa minum petang ahad...


Pakcik (PC) : Mesti takutkan kalau kena tinggal sorang-sorang....


Aku: Tak lah... nak takut apa, duduk le dediam dalam rumah...


PC: Ehhh mestilah takut ni rumah besar...


Aku: Isk tak la... rumah saya kat kampung pun besar gak, dah biasa pun duduk rumah besar-besar ni....


PC: ....terkedu terus diam


ke ke ke....riak tak? Aku dah boring sebab dok paksa aku cakap takut apa kes... kalau aku takut buat apa beli rumah macam tu, ingat rumah tu duit anak depa sorang ke? Aku buat dek je... abang bulat pun muka serius tak terkata apa.
Ok layannnnnnnnnnnnn!!!

~dariBMkeKK~

Friday, March 07, 2008

Hari mengamuk...

Salam,

  1. Hmmm mungkin kalau orang pompuan meninggikan suara orang akan kata... emosi sungguh.
  2. Hmmm mungkin kalau orang pompuan marah-marah [atas alasan yang kukuh...] orang akan kata emosi sungguh.
  3. Hmmm mungkin kalau orang pompuan mendesak dua tiga kali minta dipercepatkan [dalam kes ni tanda tangan borang untuk dihantar ke pejabat pendaftar] orang akan kata tak sabar-sabar [sedangkan dah 2 hari borang dalam bilik dia... apa la salahnya tanda tangan je... bukan nak suruh jadi penjamin atau saksi dll....]
  4. Hmmm mungkin kalau orang pompuan marah sebab naik lif yang disediakan untuk staf dan orang kurang upaya orang akan kata berlagaknya minah ni.

Hahahahahaha....ambik kau... sekali sekala aku naik angin habis semua orang kena, bukan setakat staf kat pejabat pendaftar, malah students pun aku marah...

Kes 1:

Aku pi pejabat pendaftar, hantar borang yang lambat dpt pengesahan dekan tu, bila nak submit boleh pulak dia cakap silap borang... sedangkan masa abang bulat pi hari tu pegawai dia cakap download borang kat website... aku membebel la, sebab ingat suka ke nak naik ke pejabat atas bukit tu. Lepas tu ingat senang ke nak dapatkan tanda tangan dekan aku...

Lepas tu dia pun bagilah 1 set borang...[set sebab berhelai-helai kena isi], aku minta lagi 2 set untuk abang bulat dan sorang kawan lagi, ada ke dia suruh buat salinan sendiri... tapi disebabkan dah marah aku berdiri juga kat situ... masuklah dia ambik 2 set lagi. Tapi aku masih berhemah, aku tetap cakap terima kasih.

Muka staf tu dah kelat-kelat masin... tak kisahlah, bukan pun depa layan aku bagus sangat pun sebelum ni, tak luak apa pun.

Kes 2:

Masa nak naik lif ramai sungguh students, lepas tu dok berborak sakan, bertotak-tolak ... bila lif dah tutup je, aku sound la... lif tu untuk staf dan orang kurang upaya je, lain kali naiklah tangga. Barulah pandai diam... tak dak perasaan hormat orang langsung. Aku terbayang satu je, kalaulah keadaan camtu berlaku kat pelawat apa persepsi pelawat tu dengan pelajar sini? Tapi pihak pentadbir tak pernah rasa benda ni serius... sedangkan dulu lif tu hanya dikhaskan untuk staf dan orang kurang upaya sahaja. Lagipun fizikal lif tu bukan untuk membawa muatan ribuan orang... ratusan pun dah terkehel. Sebab tu lif kami sokmo rosak.

................................................................................

Ye kenkawan... itulah cerita aku untuk hari ni... selamat mengundi :)


~dariBMkeKK~

Thursday, March 06, 2008

Lama jugak ye?

Salam,

Isk isk isk...lama juga aku tak update cerita ceriti dalam ni... bukanlah sibuk, bukanlah malas... bukan sebab tadak idea, bukan juga sebab server mengong...nehi nehi .

Aku rajin nak menaip kat sini...tapinya bila signed in, lepas dua tiga saat aku akan klik tanda pangkah kat atas tu.

Kat sini tetiap petang hujan, lepas tu siap banjir kilat lagi. Biasalah tu pandai buat bangunan tapi tak pandai buat parit... agaknya masa study dulu, belajar buat bangunan je, camno nak korek parit tak diajar...cehhhhhhhhhh

Sibuk orang nak balik kampung mengundi... aku tak payah balik kampung pun bleh ngundi... undi kat Berita Hari*n ke ke ke...ABP. Kalau aku boleh ngundi pun takkan aku nak balik BM, lepas tu 2 minggu lagi aku balik lagi...hmmm sat lagi orang lantik jadi YB pulak next election sebab ingat kaya raya...balik sokmo. Uiskkk haru pulak. Kalau balik kampung ... silap-silap bleh mask TV sebab kawasan panas tu... [hot spot], Permatang Pa*h.

Tak pe la...sabtu nanti aku lepak depan TV je la tunggu keputusan. Abang bulat balik kampung mengundi... tapi kat sini biasanya tadak masalah untuk parti pemerintah nak menang, sebabnya... sendiri la cari maklumat. Tak nak komen banyak-banyak... sensitif weh!

Kenyang sungguh hari ni, aku makan kat satu Indian Rest kat area sini... mak aiii punyalah banyak lunch set tu, ada nasi beriani, ada na'an dan 3 jenis kuah hmmm lepas tu aku dengan kawan ni dah pening sebab kenyang la pulokkkk! Tapi tak la pulak tertido sebab banyak keja la sekarang ni.... ada je benda yang nak disiapkan, ada je info yang nak dicari dan print... bosan sungguh. Tapi sabaq saja la.... tak lama tu, siap benda tu nanti lega kepala otak. InsyaAllah :)

Opss...lupa nak story mori... aku pi ambik baju 3 pasang tadi... bestnya... minggu depan bleh pakai baju-baju baru yezzarrrrrrrrrrrr!!! Ok juga kakak tu ambik, 2 baju kurung biasa + piping, dan 1 baju kurung pahang = RM93/- ingatkan beratus-ratus tadi sebabnya aku bawa 2 ratus je, mujurlah murah, bolehlah hantar sepasang lagi esok kwang kwang kwang.

Ehhh dah nak maghrib la... cau cin cau. Daaaaaaaaaaa!!!

~dariBMkeKK~