Sunday, May 11, 2008

Jawab tag saja...

Salam,

Ada la pulak orang tagged aku ... tak pe... at least siap 1 entry ke ke ke...
Layannnnnnnnnn.....


A.List out top 5 present that u wish for:

1. Banglo setingkat ada 5, 6 bilik cukuplah

2. Sepasang anak [lelaki dan perempuan] kalau yang ni lelaki... cuba untuk dpt kan perempuan... dan camtu la sebaliknya :)

3. Umrah dan Haji sebelum umur 40 tahun insyaAllah [",]

4. Dapatkan PhD sebelum umur 40 tahun insyaAllah [",]

5. Cuti rehat bergaji penuh setahun dua ke ke ke... [nak lepak kat kampung dengan mak abah....]

Itu je... ok ke cik Nonie?



B. 25 steps I repeat every day on normal working days:

1. 5.15am Subuh.... [kadang-kadang 5.35 lepas alarm berbunyi 3 kali.....]

2. 6.00 am sambung tido

3. 7.15am bangun seterika baju, seluar, kemeja dll... untuk 2 orang

4. Tutup plug dll... penting ni

5. Gosok gigi

6. Cuci muka

7. Mandi manda

8. Sikat rambut

9. Berbedak lebih kurang

10. Siap pakai baju

11. Baru pakai tudung + spray perfume

12. Kemas-kemas katil [kalau abang bulat tak kemaskan]

13. Kemas-kemas ruang tengok TV

14. Selak langsir

15. Cuci pinggan [kalau ada]

16. Selak langsir

17. Panaskan engine kereta

18. Siram pokok bunga [kalau abang bulat belum siramkan]

19. Lepak sambil kemas-kemas apa yang patut kat living room

20. Kunci pintu rumah

21. Kunci pintu pagar

22. On da way nak pi opis dok haru nak pi breakfast kat mana

23. Sampai mana-mana kedai order atau ambik apa yang patut

24. Makan dan minum

25. Baru semangat nak masuk opis... biasanya masa ni dah 9.00am atau 9.15am [kwang kwang kwang....]

Ok cik Apple... :)

Itu la rutin pagi, sebelum masuk opis... sebab kalau dah masuk opis tak de nak sama lagi rutin. Tetiap hari ada la juga perubahan... walaupun 0.05% perubahan.

Senang je bela aku... tak payah nak beli segala make-up... aku pakai bedai Johnson&Johnson saja kwang kwang kwang.... 15 minit dah boleh siap.

Ok cau cin cau....

~dariBMkeKK~

11 comments:

Zareda said...

alinlai
tak pa takpa.. berangan dan jawab tag ni bukan kena bayar pung.. free of charges kan.. ehhehe

Alinlai said...

zar,
itulah pasal.... berangan sambil aim for it... mana tau kot2 tercapai :) aminnnnn!!!

AppleB said...

aku pun kalo bedak muka abis belasah je bedak johnson&johnson tuh. tak pun nk ke kedai je ke pakai tu je. jimat pasal compact powder mahal nk mampos hahahahahaha

Alinlai said...

apple,
compact powder tu macam dah lama bebenor tak pakai... jimat sungguh la kiranya...

Hazelsyd said...

Alin!!

Baper kali nak selak langsir ni Alin?? Sapa yg ada kat luor tu utk mesyuarat tingkap pepagi tuh hahahahahah!! Kidding!!

Alinlai said...

hazel,

ha ha ha... selak langsir tingkat atas... tingkat bawah... bg masuk cahaya skit...biar bercahaya rumah :)

Anonymous said...

hmm..wa baru nak tanya knapa kerap sgt aktiviti selak langsir. sib baik 2 tingkat. kalau lagi banyak tingkat dan tingkaps, mungkin cik lin kena bangun lagi awal ehehe

Alinlai said...

cik sue,
itulah pasal... isk nak bangkit awal semata2 nak buka tingkap kwang kwang kwang.... tak mau la... sayang ooo katil tu :)

PuteriSatu said...

detail tuh....hehehe....

KV said...

alah, aku pun taim malas, taram je bedak anak2. Ehehe

Alinlai said...

puteri1,
detail ka? isk tadak le... ada gak yang terlepas tu ke ke ke...

KV,
oklah tu asalkan berbedak, jgn berbedak sejuk dah le kwang kwang kwang