Monday, September 15, 2008

Gear 5 dah....

Salam,

Hari ni memang guna gear 5, 2 1/2 chapters habiskan...penat skit tapinya terpaksa le... lepas Raya ni lega skit, tak la haru sangat.

Risau ni... kalau sakit perut malam-malam tu rasa suspen je, mujurlah setakat ni sakit perut pun sebab nak ke tandas je kwang kwang kwang....

Doakan le bagi at least 36 weeks... besar skit dan cukup tempoh. Tak nak la tak cukup bulan... atau kecik sangat, kena duduk spital plak nanti. Hmmm...

Esok cuti... Hari M'sia... bestnya, bleh la lepak sakan. Tengok TV, dan TV tgk aku ;)

Ngantuk la plak... tapi dah petang sangat nak tido pun alang-alang je. Buat sakit belakang je. Baiklah sedia untuk solat Asar.... lepas tu sedia untuk cau cin cau...

Oklah... selamat berpuasa dan selamat berbuka :) daaaaaaaaaaa!!!

~dariBMkeKK~

8 comments:

KV said...

due date bila alin oi? Jaga diri baik2 tau!

Ilah said...

take care...nanti nak balik raya dah..

Mummy Rizq said...

wei.. raya ni balik semenanjung ker????

Alinlai said...

KV,
due date? hmmm anytime...tapi harap sangat samapi cukup at least 36 minggu... aminnnnnnnn!!! bagi baby besar skit

Ilah,
iye... balik raya tu cam motivasi untuk up kesihatan diri ke ke ke boleh ke?

Achik,
insyaAllah balik.... :) dah beli tiket siap2... balik kampung oooo balik kampung...

simah said...

aku turut jugak doakan hang sampai at least 36 bulan...apa apa pun yg penting kesihatan hang dan babies ...alaaaa anak sedara halil dia awal keluar.. cuma sebesar anak ayam ja...look at him now... dah mula ckp dah...so awal or lambat yg penting hangpa ok...

Alinlai said...

simah,
ke ke ke nak la sampai 36 weeks untuk pastikan aku siap keja... itu pun penting gak, tak nak la kita cuti tapi ada lagi keja2 yg blom siap... tak nak la camtu ;)

Ayu said...

wehhh dah ari jumaat ni
hehe takdak entry
hang nanti kalo bersalin habaq kat kami tau hehehe

aku doakan semuanya selamat untuk hang and babies.. ok
u take care

Alinlai said...

ayu,
ke ke ke.... jap lagi ada 1 entry, dok karang la ni... insyaAllah akan diuar-uarkan dalam blog ni... aminnnnnnn!!! Makasih tlg doakan aku :)