Thursday, September 13, 2007

1 Ramadhan 1428

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam... insyaAllah semua amal ibadah kita di bulan yang mulia ini akan meningkatkan lagi darjah keimanan kita aminnnnn :)

Ngantuk sangat-sangat ni, mujurlah ada kawan singgah bilik kejap, bincang pasal isu air. Hari ke-2 tadak air kat bangunan ni... tensen la juga. Nak solat tak apa boleh balik rumah... tapi nak buat 'bisnes' lain yang membuatkan kami tensen. Tak kisahlah 'bisnes' kecil atau 'bisnes' besar... payah oooooooo...

Sahur tadi masak 2 jenis lauk je, siakap masak kicap + sayur sawi tumis bawang putih. Weekend ni la pi pasar beli bahan2 memasak... yang best sikit. Sedap juga makan masa sahur tu sebab masa berbuka biasanya rushing nak maghrib, lepas tu nak tarawikh... balik dah kira nak tido. Memang malam-malam bulan puasa jarang nak tengok TV sangat... paling lewat pun pukul 11pm la tido... tido lewat payah pulak nak bangun sahur nanti.

Yang pasti...aku tak masak untuk berbuka...kita pi pasar ramadhan je...lebih banyak pilihan. Nak yang sedap ke yang tak sedap ke semua ada. Tapi jangan tersilap pilih yang boleh membuatkan perut memulas dah le... bahaya bahaya...tak dapat tarawikh dengan tenang...
Ok...kat sini je yang mampu, esok kita sambung cerita puasa lagi. Cau cin cau

~dariBMkeKK~

9 comments:

nawalraudhah said...

Assalamualaikum...

jalan2 terus sampai sini...selamat berpuasa untuk tuan blog ye...mmg mcm2 ada kat bazar ramadan tu...tgl nak pilih je rambang mata...

alinlai said...

:) salam nawalraudhah

petang ni kita jalan2 cari makan la... tak pe kat sini tak rambang mata sebab dah tau mana yang sedap mana yang tak :) kalau kat semenanjung bahaya sikit semua nampak sedapppppppppppppppppppppp je

~ahni~ said...

Kat rumah ni dah start dah, pagi tapi anak yang sulong cirit birit, malam ni adik dia pulak. Nak buat macam mana entah......

Alinlai said...

ahni,
itulah risiko2 beli kat bazar ramadhan :) saya tahan gak...abang bulat tu sensitif sikit...tak berani nak beli yang pelik2 ...

simah said...

salam...

wei..tak teringin kat nak tangkap gambaq pasar rmadhan bagi aku tengok :0)

Selamat berposa utk hang n abg bulat...amacam posa tahun ni? best? hangpa kat sabah bukak posa pukul berapa?

aku kalu pi pasar ramadhan la kan..(masa zaman dulu dulu)..yg aku tak tahan sekali ialah bila tengok ayaq yg berjenis jenis tu....ayaq tebu la... ayaq leng chee kang lah... makanan aku tak kisah sangat..ayaq yg penting... n kuih...

arianna adrizal said...

kak lyn,
slamat berpuasa :) hmm awal lah berbuka kat sana kan. rindu lah nk ke sana. hehe

alinlai said...

simah,

sini awal gak 6.19pm camtu...tapi tak perasan sgt exact time sebab buka radio je nanti adalah pengumuman, kat sini tak la menarik sangat pasar ramadhan tu, tadaklah yang sedap2 sangat macam kat semenanjung tu :) segala ayaq tu pun aku tak teringin nak beli sebab tak besttttttttttttt la, kalau kat Penanti tu memang teringin segala benda ke ke ke.

Anne,
apa kata...sahur kat sana, mai la berbuka kat sini ke ke ke.....selamat berpuasa :)

Mummy Rizq said...

seronoknya kalo bleh gi pasar ramadhan... untuk achik tak selalu berpeluang lah coz sampai umah pun elok elok time nak berbuka saja..

selamat berpuasa tok hang & abg bulat!

Alinlai said...

Achik,
tak pe hari cuti boleh pi melawat pasar Ramadhan tu :)