Friday, November 02, 2007

KK & November - Disember

Salam,

Kenkawan pernah mai KK? Kalau blom, dicadangkan jangan la mai bulan 11 dan 12, musim tengkujuh la juga... macam kelmarin, hujan sepanjang hari...hari ni blom lagi, tapi nampak gaya petang hujan la tu... hujan = rahmat :)

Tapi bulan 11 - 12 tu musim cuti sekolah, pelancong tempatan tadak pilihan sangat... untung sabut masa mai sini cuaca cerah... untung batu sepanjang masa lawatan hujan pagi dan petang :(

Macam kawan aku mai sini tahun lepas... tak dapat la depa nak berjalan sangat, pulau-pulau pun tak dapat pi sebab kalau hujan bahaya kepada bot-bot kecil. Pi Kundas*ng pun sejuk sangat... nak mandi kat Por*ng pun kalau hujan leceh gak...kiranya buat lawatan tengok pemandangan je la. Tapi satu je tempat yang OK tak kira masa hujan atau panas... Pasar Filipin* [ke ke ke....] Kat situ masa bila pun best!!! Percaya la cakap gue.

Minggu depan dan seterusnya...ramailah umat kat KK ni, tengok stail dan dengar cakap pun tau bukan orang sini... kadang dengar slang Utara, kadang Pantai Timur. Aku pun dikira pelancong la juga sebab aku tak pandai cakap slang Sabah...abang bulat pun dah ikut aku cakap Utara [kwang kwang kwang...] apa bleh buat lidah ni 'ketegark', kalau aku rasa nak cakap Utara aku belasah je... gue punya suka la...[ha ha ha...orang jahat musti ketawa]

Tapi biasalah kalau jumpa orang luar kat KK ni mestilah depa tanya ngajar mana? Ingat cikgu je ke mai keja sini... kalau lelaki depa tanya askar ka? Isk isk isk...ramai lagi orang luar kat KK ni keja kat Jabatan K'jaan Persekutuan, kat IPTA, IPTS...keja Swasta pun ada gak... dah rezeki kat sini. Kadang-kadang mai angin malas nak layan aku iye kan je, ngajar la juga. Bila tanya sekolah tak la berani nak menipu sat lagi ada pulak sedara dia ngajar situ ke... paling senang jangan tegur, senyum [atau sengih? ] je.


**pause**


Aku baru balik dari Pej B'hari...bila telefon kata borang claim aku tadak dalam simpanan depa macam-macam la... pi untuk hantar borang salinan...nak tau...[mujurlah posa...tak la hangin sangat], borang yang aku hantar bulan 7 tu...elok lagi blom diusik isk isk isk ... kerani tu dah rasa bersalah gamaknya terus la dia check depan tu juga, lepas tu siap betulkan elaun yang aku claim sikit, macam mana bleh isi 140 sedangkan aku boleh tuntut 200 [hmmm rezeki ]. Pertemuan diakhiri dengan...janji minggu depan check boleh ambik [Alhamdulillah...] Tak pe la...kalau minggu depan blom dapat...aku nak pi lagi jumpa dia...yang magic tu aku boleh cool...mungkin sebab posa dan mungkin sebab dia tengah mengandung... kesian la juga. Kalau kena dengan orang kurang sabar siaplah minah tu... sebab bayangkan le... borang diterima pada bulan 7 [05072007], ikut peraturan mana-mana borang tuntutan yang diterima sebelum 10hb MESTI diselesaikan pada bulan berkenaan [melainkan ada ralat dan sebagainya], ini dah bulan 11... berapa bulan dia buat dek je dengan borang aku isk isk isk sabaq saja la.

Ok la...dah selesai pun, insyaAllah ada rezeki minggu depan dapatlah check tu semestinya aku dok tunggu check sebab faham la bulan ni nak masuk rumah, nak balik kampung... banyak fulus mau guna...apa-apa pun Alhamdulillah syukur :)

Ciao cin cau dulu... have a nice weekend :)


~dariBMkeKK~

12 comments:

Ayu said...

Alin.. salam.. aku dah lama tak melawat blog kengkawan and paling teruk, blog aku sendirik pon aku tak update tau :P
anyway selamat ari raya (wpun dah ank abih raya)

Alinlai said...

ayu.
salam balik :) iye selamat beraya juga kat hang dan husband :) tak pe raya sebulan, minggu depan baru habis syawal

nawalraudhah said...

bila saya nak sampai KK ek...:)

Mummy Rizq said...

lyn.. make sure balik semenanjung kol lah achik k! jgn wat wat lupa plak.. hee...

Alinlai said...

nawal,
dtg je...airasia murah je :)

achik,
insyaAllah... teringin nak ke bukit ada 'ong' tu... kot2 dpt tempias 'ong' ke ke ke...

JahRera said...

salam alinlai,
datang sini nak tengok gambar-gambar raya...tapi adusss kacewa.

Kalau orang jepun tanya apa jahrera buat kat jepun, senang aje...english sensei.

~ahni~ said...

Seronok nya kan, cuti sekolah ni ramai la orang pergi cuti cuti malaysia.. tapi aku ni tengah gawat dan cuti pun dok simpan untuk raya haji nanti... tak pa la, tak dapat cuti-cuti malaysia pun tak pa, janji boleh balik kampung raya haji... betoi dak?

Alinlai said...

kak lela,
ntah la skrg ni semangat nak upload gambar makin kurang ke ke ke... nanti ye tungguuuuuuuuuu!!! ohhh teacher ka :)

ahni,
sama le... tak pi berjalan2 mana pun tak pe asalkan balik BM raya haji ni... opsss 2 minggu lagi nak balik kg gak... makan kenduri nyum nyum nyum :)

Cat Cat said...

Alin,
Kalau Cath & Family ke KK, Alin bawak kita orang jalan2 & makan2 ya... Cath nak makan seafood. ;)

Alinlai said...

Cath,
:) boleh... datang je setakat makan2 seafood tu bisa diatur. Kalau nak makan yang masak sendiri pun boleh... seronok tau pi pasar KK bleh tgk ikan yang macam2 jenis... [ikan duyung je blom jumpa ke ke ke}

simah said...

hang jegil la kat minah tu sikit wei..

ooo raya balik kamung yek? bagus la... makan puas puas...

eh rumah hang tu hang nak renovate lepas masuk ka atau hang nak renovate sebelum masuk?

betul tu.. call *achik* hang tu.. kang mengamuk lagi nanti minah tu! hahahaha

Alinlai said...

simah,
dok renovate la ni... kalau sblm masuk nanti habuk, dapat batuk kering plak ke ke ke. Iye... aku balik makan kenduri, balik raya dan kalau dpt kebenaran ada kursus kat USM 12 - 13 Disember... balik lagi ha ha ha best best...nak ikut?