Wednesday, December 12, 2007

Opis yang sunyi

Salam,

Sunyi sungguh persekitaran... sunyi sampai jadi bosan. Disebabkan nak cuti lama... aku pun tak la ambik cuti minggu ni. Minggu depan kalau tak cuti sure lagi boring sebab majoriti orang bercuti menghabiskan cuti tahunan dan cuti Raya Haji dan Krismas. Sapa yang tak cuti tu mesti sebab cuti dah habis kwang kwang kwang... jadilah penunggu opis.

Skrg ni...balik keja ada je kuih atau benda yang boleh dimakan... biasalah kalau ada mak kat rumah :) best ooooo.....

Malam ni nak bawa mak abah pi makan kat luar la... kesian plak duduk rumah je, insyaAllah weekend ni nak bawa pi Law*s ataupun sampai Sipit*ng pun oklah. Sebelum ni depa sampai Pap*r je...tak sempat nak bawa jauh-jauh. Nak pi Labu*n pun cuaca sejuk2 camni...malas la, pulau lagi sejuk.

Yezzarrrr aku dah siap isi borang Penilaian 2007... ha ha ha nak gelak ni, isi punya isi... aku dapat 95 ++ kwang kwang kwang, layannnnnnnnnnnnnnn!!! Sapa suruh buat penilaian sendiri... memang naikkan segala markah yang ada...tak kisahlah asalkan ada bukti biasanya tidak dipersoalkan. I am loving it...

Ok...tadi ada idea la ni hilang plak segala idea tu...esok la sambung. Cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

8 comments:

Cat Cat said...

Alinlai,
Bertuah anak... Mak ayah kat rumah boleh masak2, buat kuih untuk Alin... Jelesnya Cath.

JahRera said...

salam ailin,
jgn boring2, k lela ada nie, "layaaaaaaaannnnnn" hehehehe.

Alinlai said...

cath,
iye bertuahkan? ke ke ke....malam ni nak masak seri muka pulak, maka berseri-seri la muka kami :) best!!!!

kak lela,
:) cakap je boring tapi tak pun, sebab boleh la baca blog sana sini... boleh tau perkembangan dunia sampai ke Okinawa ;) layannnnnnnnnnnnnn!!! [ke ke ke]

arianna adrizal said...

mai subang singgah la shah alam skali :)

nawalraudhah said...

best ek gi jalan2 dgn mak ayah...jd anak manja la ek...

apa yg best kat Sipitang ek?

tinggi gak markah penilaian tu ek...boleh dpt anugerah ni..:)

Alinlai said...

Anne,
:) iye... dekat dah subang dan shah alam tu. insyaAllah kot2 bleh jumpa.

Nawal,
ke ke ke...itulah, terkejut gak sebab tinggi, jgn ada yang cantas dah le, kat Sipitang tu durian murah dan view menarik sebab bandar dia betul2 tepi laut.

Norasiah said...

ngelattt!!! camne leh dapat markah tinggi gitu? dedikasi nyerrr...

Alinlai said...

Asia,
cukup semua syarat ke ke ke... letak je, janji ada bukti kita buat keja...