Tuesday, October 30, 2007

Rumah dan Rumah Terbuka

Salam,

Dua tiga hari ni berulang alik la kami dua orang ni dok buat lawatan ke rumah yang blom siap 'renovate' tu... hmmm risau, seriau, ngeri harap-harap siaplah macam yang kami nak... bukan apa, tak nak la cakap takut ketulahan...simpan je perasaan risau tu dalam hati...

Ya Allah, Ya Tuhanku, permudahkanlah kerja-kerja 'renovation' tu, semoga berjalan lancar dan siap pada masa yang kami telah persetujui, aminnnnnnnnnnnn!!!

Dah habis novel Mirage oleh Soheir Khashoggi, aku bagi **** untuk penulis ni. Dah tadak buku nak baca ni... kena pi cari la satu lagi Nadia's Song, macam best juga tu. Tapi kena beli sebelum exam paper aku... kalau tidak tak jadi kerja. Tak pun beli sebelum nak naik flight, mesti dibaca, kalau beli sebelum masuk kedai makan... akan terampai-ampai la buku tu...

Ada sorang lagi kawan balik dari PhD, tapi blom terserempak lagi... malas nak jumpa sebab nanti adalah soalan-soalan macam ni... 'bila nak jalan?' 'dah dapat tempat?' dan soalan yang sewaktu...arghhhh malas nak jawab [tadak jawapan sebenarnya ke ke ke]

Hujan lagi kat sini...Alhamdulillah. Sejuk je, mata pun layu je. Aku posa lagi hari ni, hari ke-2... nak teruskan sampai Sabtu, cukupkan 6 hari. Lepas tu boleh Raya 6 hari Ahad ni :) lagi best kalau ada jemputan ke Rumah Terbuka perghhh maka makin berertilah Raya 6 aku nanti.

[ha ha ha... kita dok tanya orang bila nak buat Rumah Terbuka...orang pun dok tanya kita gak ...erkkkk no komen!!!]

Oklah, stop sini dulu...cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

6 comments:

nawalraudhah said...

Sure tak sabar nak masuk rumah baru :)...kalau kontraktor ok insyaAllah ok la tu, tp kena monitor gak dia buat keje camne...

Alinlai said...

nawal,

ini yang dok pi tetiap hari, buat lawatan tapak...cepat sikit depa buat keja, kalu tidak tu pelan-pelan... eiii tensen gak sabaq je la

simah said...

hang kena buat strict jugak dengan contractor tu.. jegil mata sikit...kan hang banyak experience dengan students hang hahahah

selamat berrenovate :0)

thanks 4 the email..nanti aku forward kat halil...

aku ada dua soalan penting:
1. BİLA NAK BUAT PH:D???
2. BİLA NAK BUAT OPEN HOUSE?? hahahahahahh jgn marah nanti cepat tua...

Alinlai said...

simah,

dah habis jegil la kat dia tu,
ha ha ha...tak marah pun sebab hang tanya kat sini bukan face to face... no hal la tu.

The Singa said...

wahh..dah renovate rumah..bila nak pindah..?

Alinlai said...

mama_singa,
cdgn tu tengah bulan ni...insyaAllah :) paling2 lambat pun hujung bulan kot