Friday, December 14, 2007

Masih kerja...

Salam,

Hari ni keja lagi... masuk opis lepas breakfast, sblm tu dah makan seri muka kat rumah. Pukul 10am camtu akak sorang tu telefon ajak teman breakfast... on da way telefon M, kami pi la breakfast 3 orang...sembang punya sembang pukul 11 balik opis... lepas tu balik la ambik abah nak pi solat Jumaat... dia dok haru dah sebab dah 12 ++, abang bulat boleh minum teh dan makan kuih lagi kwang kwang kwang...

Lepas Zohor, sempat tengok movie sikit... dalam 1.30pm depa balik Jumaat...makan nasi dan balik opis la...sambung keja.

Oh ya, mesyuarat diawalkan...pagi Isnin 8.30am ... ha ha ha ada la juga 1 kali kehadiran mesyuarat aku tahun 2007 ni.

Macam best pulak...ada kawan nak pi Disneyland, HK hujung tahun ni. Kalau diikutkan hati nak je ikut, tapi abang bulat sibuk dengan Pesta Filem Pendek ... hmmmmmmm lain kali la. Rasanya ada peluang lagi dalam bulan 2 ke... kena start menyimpan duit la sehari 5 kupang [ke ke ke...]

Petang ni adalah aktiviti mak dan abah...tanam pokok pandan, serai dan daun kari. InsyaAllah hiduplah pokok-pokok tu kalau harapkan kami tanam ... memang tak hiduplah :) Senanglah nanti kalau nak buat kari, nak buat kuih dll... boleh petik je [wah wah berangan sakan....]

Esok ada aktiviti makan-makan... kami nak makan [melantak?] kat seafood rest. lunchtime, nak bawa mak abah, dan ajak kawan2 port luck. Kali ni bukan port luck la... sebab makan kat rest. Apa-apa pun kena bawa kamera la sebab nak ambik gambar makanan dan juga gambar mak abah kat KK, trip kali ni blom sempat lagi ambik gambar depa...bahan bukti bawa jenjalan :)

Ok, stop dulu... cau cin cau hepi weekend :)

~dariBMkeKK~

6 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

wah..nak jenjalan lagi tu..tak pe, kita enjoyyyyyyyyy!!! saya tak leh nak enjoy, esok sabtu si aiman nak berkhatan :)

Alinlai said...

syikin,
aiman dah nak berkhatan ke? ke ke ke tak pe, hari tu dah pi bukit merah, aquaria dll...kira OK la tu :) tapi sure aiman tak kisahhhhhhh!!! kan kan kan

simah said...

wei..apa buli pak n mak hang tanam menanam? anak bertuah betoi hang ni!! (sebenarnya aku jeles heheh)

apa apa pun..enjoy selag depa still dok kat situ.. :0)

bertuah hang...

sebelum terlewat kami disini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin :0)

Cat Cat said...

alinlai,
Kuih seri muka tu mintak sikit... Waduh, dah lama tak jamah kuih-muih tempatan. Rindu ooooo.

Alinlai said...

simah,
bukan dera...tapi bagi aktiviti sat lagi depa boring ke ke ke... setakat ni dah ada pokok pandan, kari, serai dan cili padi... perghhh bestnya... hang bawa la mak ayah hang ikut balik bulan 6 nanti... lepas tu petang2 bawa depa jalan kaki kat pekan, tak pun naik bas mini F1 tu :) Selamat Hari Raya Aidil Adha... maaf zahir dan batin untuk hang dan keluarga :)

Cath,
boleh... nak e mel kan ke? ha ha ha ... senang je buat kuih tu, ada beras pulut, gula, daun pandan, garam, tepung gandum bleh jadilah kuih seri muka... buatlah masa Krismas nanti :)

Aku Bukan Bidadari said...

jgn lupa tepeks piccies