Sunday, September 27, 2009

Falki*k Wheel...again???

Salam,

Bulan posa di Stirling ni walaupun masa panjang tapi tak penat sebab cuaca amat menarik... tak penat pun ke ke ke... jadinya pantang ada masa kami akan berjalan sana sini... ntah apa-apa. Kali ke-2 kami ke FW ni... bukan apa sebab kali 1 tu tak naik boat ... kali ni naiklah... saja tadak keja... isk isk isk.

Ini gambar sebelum naik boat...senang je nak bagi kanak-kanak diam, bagi je kertas ke apa ke ha ha ha...bertuah sungguh mak depa kan.



Ini separuh jalan ke atas terusan...


Ini dah di terusan... memang tak perasan boat tu diangkat ke atas... sedar-sedar dah kat atas...


Nampak terowong tu... boat ni dah masuk dan kuar dan nak masuk semula sebab nak turun balik ke bawah...


Posted by Picasa

Aha itu je kisahnya... nanti update benda lain plak OK daaaaaa :)

dariBMkeKKkesTiR

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri 1430H

Salam,

Pejam celik dah di penghujung Ramadhan dah... kanak-kanak pun dah 11 bulan hari ni. Bulan depan boleh buat kenduri setahun erkkk kejap je kan... Alhamdulillah makin cergas dan cerdas. InsyaAllah amanah ini kena dipelihara dengan sebaik mungkin... lama kami menunggu... :) mungkin sesetengah orang 4 tahun tu sekejap je tapi kalau kita mengidamkan sesuatu akan terasa lama... sebab banyak benda yang kami buat... banyak tempat yang kami jenjalan berdua. Tapi semua tu ada hikmahnya... kena sabarlah.

Ok ini gambar hari ni 18.09.09.

Sempena menjelang Syawal 1430H, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan memohon Maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dan tersilap menyusun ayat masa komen blog dll... 0 - 0 aaa... ^-^



Posted by Picasa



Daaaaaaaa

~dariBMkeKKkeStiR~

Saturday, September 12, 2009

Bulan posa lagi...

Salam,

Wah...dah 22 hari????? Isk isk isk....dah nak raya tu...minggu depan insyaAllah masa ni dah sibuk2 la kemas-kemas rumah dll... nak raya kenalah kemas2 rumah... ke ke ke... langsir je tak tukar sebab pakai blind...tapi cadar raya dah beli kwang3... beria-ia sungguh kiranya mood beraya tu adalah jugakan? ke ke ke...

Ohhh kena alter baju kanak2 ni... hari tu besar tataulah kot2 dah OK...budak umur cam depa ni cepat sungguh besar, tak ke kiri dan kanan... memanjang tu jangan ceritalah... seluar beli minggu ni, minggu depan dah jadi size lain.... erkkkk

Dua tiga malam ni susah nak bagi tido sebab ada adik2 yang buat master kat sini...yang dah grad, tumpang tido... biasalah, ada orang je depa pun payah la nak lena... nak bermain je, 2 malam ni memang masukkan je dalam cot lepas tu biarlah... kakak OK dia tak lena pun dia diam je...main sorang2... adik pesen menjerit mak aiiiiii perangai baru plak... bila angkat senyum2 plak...isk akai keling sungguh.

Malam tadi, abang bulat try la masukkan depa dalam cot, ha ha ha depa ajak dia bermain-main...lepas tu tutup lampu adik menjerit kuat kwang3.... bila aku take over, dia teriaklah pelan-pelan macam merajuk sebab kena masuk dalam cot tepuk-tepuk skit lena la... hua hua hua.... tensi papa depa. Mengena namanya tu ;)

Pagi ni kami sahur dengan beriani Pakistan dimasak oleh Cina ke ke ke....abang bulatlah beria nak masak beriani... memang buka posa nanti dah lepaslah... tak payah masak nasi lagi, bagus gak ;) TQ la abang bulat ...

OK nak sambung tido jap...ta ta

~dariBMkeKKkesTiR~

Wednesday, September 09, 2009

20 Ramadhan???

Salam,



Cepat la sungguh... isk isk isk... ingatkan masa panjang kat sini terasa la lama...rupanya tidak juga ye :)

Hari Ahad minggu lepas, kami tak plan apa-apa pun...tetiba sampai ke Falki*k Wheel... cantik tempat ni, akan tetapi hujan la plak... tak la kami nak berjalan-jalan sakan, bergambar pun sikit-sikit saja... yang lagi best aku terlupa my Kodak, kenalah guna Canon abang bulat yang besar tu ke ke ke... memang minat dengan kamera tapi hmmm ntah la aku ni pesen yang kalau ramai orang minat aku akan jadi kurang berminat... pelik sungguh. Tapi that's me ;) Mujurlah ada... my 'Beri Hitam' ok gak gambar-gambar... bleh la nak edit sikit-sikit lepas tu post kat sini ;)



Sepatutnya Isnin ada appt dengan Julie... akan tetapi Julie kena selsema... [bkn H1N1 harapnya...] lepas tu tunda ke minggu depan....lega juga sebab bolehlah tambahkan lagi apa-apa yang patut. Kwang..kwang..kwang... sabar je la. Biasalah... bila last minute idea akan mencurah-curah macam hujan di Stirling ni... kalu tidak hmmm macam hujan kat Afrika. ;)



Malam tadi... aku tido awal... pukul 10.30pm... pagi ni rasa lega sungguh... kalau tidak macam lemau je. Tak cukup tido rupanya... hu hu hu. Yang lawak tu... [bleh masuk kategori lawak ke....] aku terlelap kat sofa, tetiba dengar 'berdebuk'...rupanya bam bam sudah jatuh daaaaa...jatuh daripada duduk bkn berdiri... aku terkejut jaga... terus marah abang bulat ha ha ha.... mamai namanya tu... lepas 15 minit kejadian... bam bam pun lena la atas bahu abang bulat. Dia lena... aku pun tido la... gitulah citernya.



Ok meh kita tengok gambar-gambar pulak, gambar bawah ni dalam souvenir shop kat Falki*k Wheel, he he he... kesian depa kan....nampak tensen je, mana le tak tensen... sebab kena paksa pakai jaket tebal tu... dah sejuk kenalah pakai jaket isk isk isk....budak-budak ni kan.



Ini pun dalam kawasan Falki*k Wheel... besi tergantung tu... nanti ada boat bergerak bawa pelancong ... kami terlepas boat tu, tak pe la...lain kali insyaAllah bleh naik lagi.



Hmmm nampak boat tu... nanti mesin tu angkat boat tu... dan turunkan boat yang kat atas... menarik juga kalau naik...harga OK la juga... £8/- hu hu hu





OKlah...sampai sini je la....apa ni dok update blog plak... tak pe multitasking ni...sambil dok menulis benda lain juga. Ta ta...

~dariBMkeKKkeStiR~

Thursday, September 03, 2009

Pantasnya masa...

Salam,

Cepat sungguh rasanya masa bergerak sekarang ni... dah nak masuk separuh Ramadhan ... isk isk isk... camno ni? Kami dah 6 bulan dah kat sini... hu hu hu seriau ka? Sikit-sikitlah... Alhamdulillah ada progress, kalau statik mesti seriau tahap gaban.
6 bulan... hmmm banyak benda yang berlaku, Alhamdulillah setakat ni boleh handle, kanak-kanak pun setakat ni OK, sihat walafiat... demam sikit-sikit tu biasalah... manusia normal mestilah sekali sekala demam, kalau tak demam robotlah namanya tu. :)

Dah 10 bulan lebih... hmmm sekejap sungguh, tahun lepas aku berpuasa dengan depa masih dalam perut, Alhamdulillah cukup 30 hari... kuat jugakan. Tahun ni ke ke ke jangan haraplah... silap2 6 -7 hari dalam tangan la. Tapi kalau posa penuh mesti seriau juga tu ke ke ke... blom ready la untuk next one [or two].

Posa kat sini OK, walaupun masa panjang tapi tak terasa sangat, sebabnya pagi-pagi aku pi opis sampai pukul 1pm, balik petang dok melayan depa ni...sedar-sedar dah 4pm... lepas tu nak masak ... sekali sekala abang bulat masak ... sedar-sedar dah berbuka... la ni berbuka makin awal, hari ni 8.13pm... esok 8.09pm... dan dekat nak Raya nanti 7.15pm camtu macam kat KL la...OK la tu :)

Rasanya semua orang dah demam FB, aku demam ke? Tidaklah sangat tapi kalau ON laptop ni biasanya FB tu ON la juga... ehhh masa menaip ni aku tak ON FB pun... tak le demam sangatkan ke ke ke.

Aha.... cerita pasal FB ni, seronokkan dapat jumpa balik kawan-kawan lama... ada yang masih bujang, ada yang dah beranak pinak dan ada juga yang dah kembali single dan ada yang bujang - kawin - bujang - dan kawin semula... hmmm macam-macam. Tapi yang buat sedih tu... aku ada FB kawan yang pernah kawin... dah berpisah...dan yang lelaki dah kawin lain... lepas tu baru dapat anak sulung dengan isteri terkini... lepas tu dia dok komen yang isteri terkini tu sangat kuat masa lahirkan anak dia hmmmm aku terus rasa sedih sangat, kalau kawan aku [bekas isteri] baca mesti terasa sebab dengan bekas isteri tu ada 5 orang anak, dan salah sorang anak tu sakit kronik yang sekarang ni bekas isteri [kawan aku] yang jaga sebab faham2 la...sapa la nak jaga kalau budak sakit macam tu.... tak cukup kuatkah bekas isteri dia dulu tu? Alahai manusia... dan petang tadi juga aku terjumpa kat youtube majlis pernikahan ustaz rocker dgn W... aku terasa betapa tak sensitifnya si W ... memanglah dia sebelum ni lincah... tapi tolonglah hormati perasaan bekas isteri ustaz tu... cover sikit kelincahan tu, nampak 'gelenyar' plak... isk...posa posa ni macam malas nak komen tapi geram la juga. Itulah orang kata...musuh wanita sebenarnya wanita sendiri... renung-renungkan. Hmm cukuplah... tak nak la emo sangat bulan-bulan posa ni dah la cuaca sini bleh menyumbangkan kepada emo yang kronik... mandom memanjang.

Masa aku menaip ni dah 10.40pm...adik nak lena, kakak dok nganga tengok TV. Hmmm biasalah, depa ni kadang-kadang ambik turn, sapa nak berjaga. Tak kisahlah tu...paling-paling lambat pun 12am depa lena la... dan yang bagusnya lena dan esok baru depa jaga. Kami pun bleh lena la malam-malam. Alhamdulillah... lega jugakan. Kalau yg dok berjaga malam yang haru tu.... setakat lena lambat skit halal je la ;)


Cukuplah untuk kali ni... kalau sambung lagi aku akan emo lagi dengan cerita kawan-kawan. Ta ta dan selamat menjalani ibadah posa dengan jayanya aminnnn!!!


~dariBMkeKKkeStIr~

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan ohhh Ramadhan


Salam,


Dah berapa hari kita puasa? Kalu kat UK ni 6 hari, M'sia nak masuk 7 dan Australia/NZ dah 7 hari... pejam celik dah dekat 10 hari tu...cepat sungguh rasa. Sebelum puasa hari tu rasa cuak juga, macam mana le rasanya puasa 15 - 16 jam... bila dah masuk hari ke 6 ni hmmm rasanya tiada beza pun... mungkin sebab cuaca sini yang nyaman ke ke ke... masa yang panjang tu tak bleh nak komen apa la... sebab dah nama pun musim panas... siang lebih panjang :)


Yang bagusnya bila masa panjang ni...ada banyakkkkkkkkkkkkk masa untuk masak. Kalau nak masak untuk kami berdua saja, pukul 5pm baru masuk dapur, kalau nak masak untuk potluck dll awal skit aaa... tapi setakat ni Alhamdulillah...bleh berbuka dan bersahur dengan sempurna.


Budak-budak 2 orang ni hmmm nampak saja makanan yang nak letak atas meja mata tu tak lepas pandang... kesian sungguh. Bukan tak nak bagi makan ke ke ke... tapi sabo la dulu. Dah setahun lebih bleh je makan sama-sama. Nasi lembik-lembik pun depa dah tak berapa berkenan... nak makan macam orang tua la kekonon... gigi pun tadak lagi hu hu hu.


Minggu ni 3 jam hantar depa kat creche... oklah, macam biasa masa hantar tu tak pandang lagi kami ni... masa ambik barulah beria mungkin sebab dah lapar dan ngantuk. Bagi pisang sebiji... bekal depa la... habis pisang tu. Lain kali bagi rotilah 2 atau 3 keping...ingatkan sampai rumah nak lena...rupanya depa kemain lagi dok tengok TV la pulak... isk isk isk... macam budak besar la pulak....baru 10 bulan ;) ikut sapa ntah suka tgk TV tu kwang3.... buat2 tanya plak.


Ok nak rehat kejap, sementara depa lena...ok daaaaaaaaaaa ;)

~dariBMkeKKkeStiR~

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Salam,

Tahun ni banyak perubahan kami masa bulan Ramadhan ...antaranya:

1. Kami dah tak puasa berdua lagi...dah berempat

2. Kami tak buka puasa awal lagi ... sebab bukan kat KK tapi kat Stirling [puasa masa Summer....]

3. Kami memang kena masak sendiri sebab mana ada bazaar Ramadhan kat sini
Ok 3 je la setakat ni daaaaaaaaaa selamat berpuasa dan berbuka puasa untuk semua :)

~dariBMkeKK~sTiR~

Tuesday, August 18, 2009

10 bulan...

Salam,

Hari ni dah 10 bulan kanak2 dua orang ni, malam tadi...pukul 12am adik bangun tak nak tido... nak bermain-main, pukul 4am masa bangun subuh kakak pulak bangun... sama juga nak bermain-main, mulut bising plak tu isk isk isk

Minggu ni kami tukar shif, abang bulat pi pagi aku pi petang... tapi tu la... kadang2ingat nak la stay lama skit...ada org ajak dia pingpong la apa la... kalau rajin balik awal, tapi kalau ada keja memang tak dapek le... masa tu je la nak buat keja pun... kat rumah hmmmm memang kirim salam la.

Hidup kat sini macam biasa saja...ada la naik turun, kalau statik saja tak best la pulak kan. :P

Disebabkan ramai yang dok tegur depa ni tadak rambut... [aku tak kisah pun sebenarnya...] aku beli minyak zaitun kat kedai Paki, lepas mandi aku lumur kepala depa... nampaklah rambut halus-halus dah tumbuh. Lagi satu yang aku kadang-kadang malas nak jawab bila orang cakap...isk muka papa depa kan budak-budak ni... so, apa salahnya kalau tetiba jadi muka brad pitt ka tom cruise ka lagi haru mai tang mana tu. Oklah tu bahagi sorang skit... muka papa depa pun apa salahnya janji sihat.

Aku jenis yang tak pandai nak komen cam tu kat anak sesapa pun... kalau aku tengok budak sama ada muka comei, sederhana atau ok ok... tapi tak la nak kata hah...mcm muka mak la....hah...mcm muka bapa la... tapi bila byk kali orang dok komen pasal budak-budak ni hmmmm boring gak. Biorlah muka sapa pun...janji sama ada mak atau bapa.

Sama la macam kalau orang dok tanya orang lain bila nak kawin, bila nak dapat anak aku rasa tak payah la nak menyoal samua tu... kadang-kadang soalan camtu sensitif, kalau tuan punya badan yang timbulkan isu tu...kita komen, kalau tidak diam je. Orang pun tak sakit hati... kalau pertanyaan kita tu buat orang sakit hati atau susah hati dah berdosa plak. Ambik kau!

Oklah...ini entry cacha marba namanya... ok ciao :)

~dariBMkeKKkesTiR~

Wednesday, August 12, 2009

Dulu dan kini


Salam,

Hari ni dah 12 Ogos kejap je kan... sat lag dah 10 bulan budak-budak ni... hmmm tak bleh bayangkan betapa keciknya depa berbanding la ni 10 bulan yang lalu... sama besar bantal peluk budak-budak je... :)

Ok dah nak habis musim panas... ada masa panas ada masa sejuk... malam-malam memang sejuklah. Minggu lepas kami pi Aberdeen. Cantik bandar Aberdeen, ada plan nak pi lagi... nantilah lepas Raya ke sebelum turun salji hua hua hua. Masa salji nanti malas la kot, tataulah...dulu-dulu masa bujang salji ka ribut ka redah saja... la ni kena fikir berpuluh kali [atau ratus kali sampai lena....] sebab ada budak kecik.

Dah jumpa supervisor ke-2....ha ha ha... benda pertama yang kuar daripada mulut dia... 'selamat pagi' lepas tu 'apa khabar' hmmm dia boleh cakap BM la sikit-sikit camno ni...tak bleh la ter'mangkuk'kan dia sat lagi kantoi kwang kwang kwang... habis sesi dia siap 'terima kasih' aku terus jawab 'sama sama' ha ha ha...Julie dah pening... kenalah explain... apa kobondo kat dia ;) Yang lagi best dia pernah pi KL, pernah pi Penang dia tau mana KK ...isk isk isk jangan cuba ngelat, nanti kantoi. Gulp!!!

Minggu depan dah posa... berposa lagi di tempat orang. Bezanya kali ni posa dengan keluarga...dulu zaman US dengan kawan-kawan. Masa tu pun kena masak sebab kami ambik upah masak untuk beberapa orang [extra income], sekarang ni lagi la kena masak sebab kalau tak masak nak berbuka nak makan apa pulak ke ke ke...makan angin? Tapi tak kisahlah tu bukan susah pun nak masak... bulan posa ada 2 jenis lauk...dan kalau rajin [ada peluang] buat kuih sejenis ok dah tu. InsyaAllah

Raya pun sama... dulu dengan kawan-kawan, ada sekali tu beraya dalam kelas, wah kami pun berbaju kurunglah... sedih??? Ntah la...masa tu memang aku tadak rasa sedih pun... mungkin sebab ramai kawan kot... mungkin keluarga aku yang sedih sebab teringatkan aku ... isk isk isk bertuah sungguh ke ke ke apa boleh buat, brutal camtu la. Entah-entah tahun ni yang nak terasa sedih tu ... iyelah... mak abah pun makin berusia, kita pun makin berusia... entah ada peluang lagi ke nak beraya dengan depa. :(

Tapi apa boleh buat... life must go on. Redah je... ini jalan yang dipilih... :) Lagi pun ada abang bulat dan anak-anak, insyaAllah tak terasa sedih sangat kot. Kita tungguuuuuuuuu!!!
Ini pemandangan sebuah ladang @ Angus, on da way to Stirling. Cantik...macam gurun pun ada juga. Ladang yang dah kena tuai... tak pasti Oat atau gandum. Bila lalu kawasan ni memang cerah je suasana kalau masa matahari memancar lagi cantik ... :) MasyaAllah... keindahan alam ciptaan Allah swt.

Ok sampai sini dulu...nanti kita sambung cerita lain pulak, ta ta.

~dariBMkeKKkesTirR~

Friday, August 07, 2009

Idea oh idea....

Salam,

Macam la busy sangatkan...lama juga terbiar blog ni... idea tadak la... habis idea kat FB la pulak... tak baikkan biar rumah bersawang camni...

Sambil menaip ni aku dok tengok America's Got Talent...Kaitlyn Maher the 4 years old girl...she looks so divine in her red dress, singing I'll Be There faboulously... hmm as Paul said, it's not fair for her to be in Vegas... yes I agree with that... so not suitable for her to perform at that place.

Dah 5 bulan kat sini... Alhamdulillah menampakkan hasil... insyaAllah semoga berjalan seperti yang dirancang... banyakkan doa, tingkatkan usaha... aminnnn!!! Abang bulat pun...sama juga, walaupun masa belajar kami hanya separuh hari... oklah tu, kalau sepenuh hari pun tak semestinya belajar sepenuh hari tu ke ke ke...

Lagi 2 minggu dah nak posa...insyaAllah posa kali ni lama... ha ha ha... ambik kau, banyaklah pahala posa kami nanti :) Lepas tu raya... hmmm beraya lagi di negara orang... tapi rasanya boleh raya dengan tenang sebab appt with the supervisors on the 9th of Sept... lega juga ke ke ke... bleh la memasak apa yang patut untuk Raya... yang pasti rendang kenalah buat... nasi himpit dan kuah kacang ke ke ke...biskut segala tu minta maaf la...tak rajin la. Aku pun tidak le makan sangat biskut-biskut tu...beli je la biskut kering Tesc* ha ha ha....cicah dengan kopi atau teh sedap juga tu kwang3....

Aha... ini ada lagi beberapa keping gambar terkini... Gambar bawah ni pemandangan CarBoot, Lanarkshir*. Cantik sungguh... cuaca cantik, jadinya pemandangan pun cantiklah... aku beli boot, lepas tu belikan laptop kat budak-budak ni...ha ha ha laptop pakai bateri AA dan beli t-shirt kat depa... itu je yang berkenan... sebelum ni memang tak pernah beli apa-apa pun untuk kegunaan sendiri kat CarBoot... sebab tak berkenan... kali ni lawa plak boot tu, oklah juga...bleh la pakai masa winter kwang3...

Ini pulak pemandangan kat Edin Castle, ramai manusia masa ni... tapi kami tak masuk pun the Castle... kat luar je, nantilah...one fine day nak masuk juga.


Ini pemandangan kat Edin. masa ni dah kurang orang sebab semua dah masuk Castle...1 - 31 Aug tetiap tahun ada Edin Festival... makanya masa-masa ni memang ramai la manusia ke sini... kalau bawa budak-budak seriau la juga sebab takut terlepas pandang... Alhamdulillah masa kami pi tu walaupun ramai budak2... [7 kanak-kanak + 3 bayi] masih dalam kawalan...kwang3...tapi dok perati juga la budak-budak tu, langkah berjaga-jaga.





Aha... bas atas tu kalau nak naik... 12 pound... pusing bandar Edin. Tapi tak pe la...jalan kaki je, exercise :)


Sebelum shopping kat Carboot... topi elok lagi... bila depa dah boring...topi tu depa buka sendiri... isk isk isk...haru sungguh kanak-kanak ni tau. jenis tak bleh letak apa-apa atas kepala... dalam beg plastik tu ada bekal depa... roti dan susu, senang je depa ni bagi perut depa kenyang memang tak banyak hal... masuk je kereta depa lena...ha ha ha....bak kata abang bulat macam mak tok depa, hmmm keturunan lena sungguh kwang kwang kwang...
Petang tadi telefon mak dengan abah... bambam bleh plak dok teriak macam mengadu apa ntah dengan to' wan... hmmm makanya teyak le to'wan...lepas je letak telefon terus diam ... isk ngadu ye? Abang bulat citer kakak debik dia tadi...sebab dia kacau kakak dok tekan perutlah apalah...sakit gamaknya terus debik hu hu hu bahaya ni...ada adegan ganas.
OK... stop sini. Ada masa dan cerita akan bersambung lagi ta ta [",]
~dariBMkeKKkeStiR~

Monday, July 20, 2009

Wah...ada update la... ;)

Salam,

Kejap je kan dah bulan 7...hmmm nak masuk suku ke-3 2009...mak aiii

Kami kat sini pun dah berbulan-bulan... macam dah lama ke ke ke agaknya dok berjalan je tetiap weekend ... tak ke mana pun tesc@ atau asd@ tu memang sampai le...selain beli barang2 rumah saja la juga berjalan-jalan...

Aha ni gambar kanak-kanak kat depan kedai daging di Glasgow... sekarang ni kami pi beli daging kat Glasgow... sajalah... lepas beli daging kami pi pekena kebab ka, apa ka... bertuah sungguh ... last weekend pekena chinese foods, kat area tu banyak kedai makan Halal... hua hua hua... sesuka hati je kami pi pekena... jangan dok convert GBP ke RM la... mau berpusing biji mata... buat tak faham je ;)

Ahad...kami tadak keja... pi parking kereta kat city centre...lepas tu kami berjalan naik bukit sampai Stirling Castl@ seronok la juga... tapi letih jangan diceritalah... abang bulat lagi kesian... kena menolak stroller kanak2 tu hua hua hua... jenuh gak tu. Alhamdulillah tak hujan... kalau hujan lagi haru biru...

Ini pemandangan alam yang boleh dilihat kat atas bukit tu... cantik...Subhanallah...

Aku suka bunga purple ni...kalau tak silap nama bluebells... ntah la mungkin la kot. Tapi tak tumbuh setempat...tumbuh kat lereng-lereng bukit... kalau tumbuh kat padang seluas2 alam mesti cantik :)

Adik tunjuk skill pegang botol susu sempena umur 9 bulan... ke ke ke...brutal minah ni, habis je susu dia baling je... nak kena ni... ke ke ke... kecik2 tak pe la...dah besar nanti memang kena la dengan mama...


Oklah... itu saja update orang pening kepala...hari ni tak pi opis sebab hidung berair, malam tadi dah makan panadol soluble...lena sungguh. Terjaga pukul 3am...buat susu kat kakak... lepas tu lena balik...dan bagusnya hari ni kanak2 ni pun lena sakan...7.30am baru jaga. Thank you la... ke ke ke... dah pekena sup kambing abang bulat masak ok dah la... thank you my dear... :)
Nak masak makan malam plak ta ta....
~dariBMkeKKkeStIr~



Saturday, July 18, 2009

Musim Panas di Stirling....


Salam

Iye sekarang ni summer... memang enjoy sakan sebab siang panjang ... seronok nak pi jalan2... akan tetapi kami masih tak berjalan jauh-jauh sebab ntah la...ke ke ke...malas lagi la, baru lagi kat sini rasa bersalah gak nak berjalan ke ke ke...konon la tak tau la ntah2 esok lusa tengok-tengok dah sampai ke mana2 kwang2... sabo je la.

Kami sihat...kanak-kanak pun Alhamdulillah sihat... hari ni 18072009 = 9 bulan... kejap je... lagi 3 bulan dah 1 tahun, hmmm macam baru je bersalinkan depa..dah baru je mengendong depa kat airport KK, KLIA, London, Edinburgh.... hmmm

Makin besar mestilah makin macam-macam fe'el...tapi Alhamdulillah rasanya fe'el depa bleh dikawal lagi... bila org kata depa ni memang senang jaga rasanya ia kot...sebab kawan-kawan ramai yang komen... masa anak kecik2 ni memang susah nak buat keja... nak masak pun kena ada orang jaga, nak pi toilet pun kadang2 tu tak sempat...hmmm setakat ni aku OK je, masak masih sempat... nak mandi pun boleh... nak pi toilet pun ada masa... apa lagi nak tengok drama kat TV3 tu lagiiiiii sempat ke ke ke...

Malam tadi...depa tak nak tido sampai jam 12am... hmmm tapi depa ni kalau tak nak tido pun tak nangis...kita la tak larat nak layan... bila abang bulat buka blog ni nampaklah... umur depa dah 9 bulan oooo tak nak tido sempena 9 bulan la gamaknya hua hua hua... sabaq je la. Pagi ni bangkit macam biasa juga... isk isk isk.... yang best tu sepanjang jalan pi Glasgow depa lena... shopping kat Ikea pun OK gak...tapi lepas dah boring mula la berbunyi suara... angkat letak dlm troli...wah suka plak... mula angkat kakak... lepas tu bagi adik merasa duduk dalam troli juga... kenalah adil... tak sampai hati kalu sorang je merasa. Iyelah...adik dah muka lain2 sebab kakak masa dalam troli dok senyum2...macam dok ejek isk, kecik2 lagi dah pandai nak bergasak...nak kena ni...

Minggu lepas ada Highland Games @ Alva... 15 mins from Stirling... ramai manusia... kami pi dalam pukul 12 pm camtu....kanak-kanak ni mana le nak boleh duduk setempat lama-lama, tu yang muka boring je dalam stroller tu... tak lama lepas tu kakak lena la... he he he orang ramai camtu pun bleh lena...ikut sapa la gamaknya kwang3...



Ini masa dok tengok games... adalah orang berlumba lari, ada orang menari, ada yang berbasikal... alang-alang padang tu elok...kami bagi je depa duduk atas rumput... suka pula dok cabut2 rumput tu... oklah tu 1st experience. Terlupa bawa topi, kalau tidak lama lagi duduk situ... kesianlah pula sebab panas sangat... mau panas kepala... mendidih otak sat lagi ke ke ke...

Hah inilah tempat Games tu... ramai manusia... lawa taman ni, berlatar belakangkan bukit... ada satu pertandingan tu...lari dan panjat bukit tu... peserta...kanak2 mungkin bawah 15 tahun ... comel je kanak-kanak tu, tapi lari laju gila... :)



Ok itulah saja...update untuk kali ni....esok lusa kalau rajin sambung lagi ok ta ta.
~dariBMkeKKkestiR~

Wednesday, July 01, 2009

Collage...cool :)

Salam,

02072009 nanti genaplah 4 bulan kami kat sini... kejap je kan... dah 4 bulan, insyaAllah harap2 tujuan utama ke sini akan tercapai aminnn!!! Tujuan sampingan pun tercapai juga hendaknya... kwang3...

Dah suam...makanya cerialah orang sini... bagi kita sejuk lagi ye lah... kalau 20C depa kata panas... kat M'sia mana de bawah 27C ha ha ha... sabaq je la. Kuar pagi-pagi memang kena sarung jaket lagi... dah tengahari barulah bleh pakai t-shirt saja. Tapi pagi ni [01072009] tak payah nak pakai jaket lagi sebab suam-suam dah... yeyyyy!!!



Ok ini antara gambar-gambar depa kat sini....



Gambar 1: Beberapa jam kat Scotland... he he he masih kecik, bleh kongsi selimut, bantal dll... skrg ni jangan harap le... baju pun loose lagi, skrg ni jenuh belek baju nak bagi pakai... ada yang dah ngam-ngam macam sarung nangka kwang3...



Gambar 2: Ini lepas dah beli kereta... ada kereta kena la ada kerusi depa, kalu tidak camno nak bawa jenjalan... kalau sorang bleh la dukung ni dua orang... ke ke ke...lagipun sini memang kena letak dalam 'car seat'...belilah kat Arg@s, yang paling murah. Tak pe la...janji boleh tahan... sampai setahun lebih pun OK la... berbaloi dah. Lepas ni bolehlah jual ke ke ke...dapat £10/- pun ok dah...lepas dah beli baju mama hua hua hua....



Gambar 3: Ini gambar dalam Bumb@, beli kat Pr@m Centre... oklah... senang nak bagi makan, letak je dalam kerusi ni, depa duduk dengan bergaya. Baju ni Chu belikan, memang sesuai untuk summer... dia kata untuk kanak-kanak 1 tahun, tapikan...hmmm ngam ngam je untuk anak menakan dia ni...depa ni besar ka?


Gambar 4: Ohhh ini gambar hujung minggu lepas, sementara tunggu abang bulat pi beli ayam dan daging... snappy gambar le... yang tudung ala ala Dato' CT tu Awatif, yang tudung penuh tu Athirah...ke ke ke, yang dok bergaya merangkak tu Athirah. Hari ni dah boleh merangkak dengan jayanya makanya...mama tak payah la nak excercise kat luar... dlm rumah pun dah cukup ;)



Posted by Picasa


OK itu saja update untuk hari ni...nanti sambung citer lain pulak...ta ta... nak sambung buat keja lain plak.

~dariBMkeKKkesTiR~

Wednesday, June 24, 2009

Rumah baru [",]

Salam,



Ok inilah pemandangan rumah dari rumah kami... Hi Mr Bunny... jiran kami :) Rumah ni 2 bilik... sama aras dengan tanah... musim panas best la... musim sejuk nanti no idea ... mau sejuk giler ... sabaq je la... sekarang ni summer holiday... sunyilah kampus. Seronok juga... bangunan ni pun macam kami yang punya. Tapi bila tadak orang ni... yang kurang best, depa tutup heater... malam-malam ada masa kena pasang heater gak... sejuk gak la. Kena beli heater extra la camni... kesian kat kami...budak2 ni kebal... memang tak pandai sejuk... relax je depa isk isk isk



Ini pemandangan depan... sekarang ni memang sunyi, sampaikan porter pun tak bertugas sebab bangunan ni dibaikpulih sesetengah bahagian. Jadi inilah dua orang porter kecik he he he... muka garang sebab lama lepak depan ni, papa depa dok bertelefon. Kwang3...





Ok inilah pemandangan dari dapur kami... kalau orang lalu lalang memang nampak jelas la... kalau kat M'sia mau kena jemput mkn dah... tapi kat sini tak pe la... depa bkn terliur pun makanan kita [kononlah...] jadinya tak payahlah jemput ha ha ha.



Hujung tu tasik Uni... sini depa panggil Loch, adalah swan, itik, burung2... macam zoo plak kadang-kadang tu... sekali sekala bawa juga budak-budak ni jalan-jalan tepi tasik... menikmati pemandangan alam, tapi masa summer ni bleh nampak pemandangan lain juga kadang-kadang tu... bahaya negara omputeh ni sabo je la :)







Posted by Picasa

Ada lagi beberapa gambar... tapi sampai sini dulu, nanti sambung lagi dengan cerita bergambar yang lain... ta ta

~dariBMkeKKkeStIr~

Tuesday, June 23, 2009

Bulan Jun???

Salam,

Hmmm dah nak habis bulan 6??? Maksudnya nak habis setengah tahun dah...mak aiii sungguhlah sekejapnya rasa ... dah le tahun ni memang sibuk sungguh hidup kami... awal tahun dah sibuk persediaan nak datang sini... sejak bulan 1 sampai bulan 3 memang non stop ke sana sini sampaikan tak cukup-cukup rasanya 24/7 ... tapi itu je yang ada kena pandai-pandai la...

Alhamdulillah... budak-budak makin membesar dengan jayanya... rupanya depa tak kenyang makan baby foods yang dalam botol kecik-kecik tu... yang boleh tau masa depa makan benda tu malam-malam mesti merengek... nak minum susu...lepas tu macam kejap kejap nak susu. Lepas tu aad 1 hari ahad tu...aku terasa nak buat sendiri makanan untuk depa... aku masakkan nasi + pisang ... buat nasi lembik-lembik tu... lepas tu kisar dengan air susu... hmmm 1 mangkuk la habis, malam tu memang depa lena nyenyak... hu hu hu kesiannya anak-anak aku... tak kenyang rupanya selama ni.

Sekarang ni, aku buatlah nasi untuk depa sebelum mai opis... blend sesiap... nanti abang bulat suaplah ... kadang masukkan kentang, carrot, ayam.... ikan je belum cuba... tapi depa ni jenis makan je... kira senanglah... jamu la apa pun, dalam dok buat muka macam pelik-pelik tu tapi mulut buka luas juga... senang jaga kwang3. Alhamdulillah

Ada kawan cerita dia kena tukar menu macam-macam sebab anak dia payah nak makan, kena buat pisang rebus, sat lagi kena buat itu buat ini hmmm kiranya budak-budak ni memang sempoi la kan... kalau tidak haru juga. Lega lega....

Oh lupa nak bagitau... kami dah pindah apartment baru, 2 bilik je... tapi saiz bilik, ruang tamu dapur sama je dengan apartment lama... dan yang paling penting lebih murah kwang3... jimat skit, tapi sejuk juga sebab bangunan baru ni tengah dibaikpulih... heater memang slow... kat sini kadang-kadang sejuk, berhimpit la dekat portable heater yang agak panas... tapi tak la berapa panas. Nanti kena beli heater ni... tak bleh jadi... tapi yang haru tu budak-budak ni selamba je, kita selimut pun depa tolak-tolak jer... isk kebal sungguh.

Ok nanti gambar pemandangan luar rumah akan dimasukkan... busy mengemas lagi blom sempat ambik pix...:)

Ta ta...

~dariBMkeKKkesTir~

Thursday, June 18, 2009

Video plak....

Salam,

Inikan...video sempena kanak-kanak 8 bulan, abaikan background...bleh dengarkan suara kakak yang nyaring tu hmmmm anak sapa la tu?


:) kakak yg kanak.... adik yang kiri ...

~dariBMkeKKkesTiR~

Wednesday, June 17, 2009

Bergambar macam biasa...

Salam,

Lama juga tak menaip kat sini, hu hu hu bukanlah sibuk sangat pun. Buat-buat sibuk pun ada gak. Minggu lepas kami pi Edinburgh... banyak gambar sebenarnya, tapikan... ha ha ha tak rajin plak nak upload kat sini, tak pe la pelan2 ok. Nanti ada masa gue upload ok :)

Gambar bawah ni ha ha ha sat nak gelak dulu, ini lepas dapat parcel from MakLang & Chu, kanak-kanak ni sibuk je nak tengok gak apa la yang mama dapat... try bagi pakai serkup kepala ni terus diam ambik kau.... tapi bagus juga ni, nanti masa winter bleh mama bagi pakai serkup ni boleh tutup kepala, telinga....memang ngam sangat-sangat. Tapi... kakak tu ada percubaan nak tarik serkup kepala adik, biasalah, nama pun kanak-kanak layan je la [",]


Ini gambar dalam Museum of ChildHood, tengoklah stroller... wah zaman dulu2 pun dah ada benda alah ni... macam kereta sorong pun ada gak tapi memang omputeh ni terkehadapan sungguh daripada kita.... seronok masuk sini, sebab boleh tengok macam-macam benda zaman dulu-dulu... lepas tu yang seronok tu masuk sini FOC [",]

Hah.... ini MacLaren zaman moden.... siap ada model lagi kwang3...

Kami sungguh berminat dengan patung-patung ni... rupa mereka sungguh muka 'kanak-kanak' berbanding patung zaman sekarang... dengan costume yang memang sesuai.... memang sukalah tengok. Tak rugi kami pi situ...

Posted by Picasa


Sampai sinilah dulu....nanti ada sambungan :) ta ta

~dariBMkeKKkeStiR~

Sunday, June 07, 2009

Pemandangan alam

Salam,

Inilah antara gambar-gambar yang aku sempat ambik masa berjalan-jalan... biasalah, sama ada tertido dalam kereta atau dok leka melayan kanak-kanak tu yang tak berapa banyak... ke ke ke...

Ini kat Qu@@n's Park, Glasgow... ha ha ha...mujurlah tak hujan... kalau tidak memang basah lencunlah....tadak tempat berteduh langsung ni... dah le ramai kanak-kanak... rezeki kamilah ... singgah makan-makan... depa lain makan subw@y, kami [aku dengan abang bulat] dah pekena beriani kat kedai pakistan ... mak aiii sampai bleh tapau sebab banyak sangat.


Ini pulak gambar satu tempat nama Mainstrie, 10 minit dari sini... pekan kecik saja tapi lengkaplah dengan kedai, stesen minyak dll...rumah kawasan sini pun ok, tapi baiklah duduk Hall... mahal sikit tapi incl. of all the utilities... kat sini heater kena ON memanjang... kalau tidak bekulah kami.




Ini on da way to Glasgow... saujana mata memandang... ladang biri-biri dan lembu ke ke ke... tapi cuaca sini tidak menghasilkan bau lembu atau kambing... kalau kat tempat kita...hah, memang kena tahan hidung le... entah-entah lalat pun bleh terbang masuk dalam kereta ...



Ini pula pemandangan Loch Lomond... kami pergi hari Ahad... memang ramailah orang dok bermandi manda... mat salleh ni sempoi giler.... tak payah nak bilas-bilas lagi badan dengan air bersih, dan tak payah nak salin baju kat tempat bertutup.... auwww.... ha ha ha


Pemandangan ni biasa sangat bagi kami... nak ke Tesco nak ke ASDA kena lalu bukit ni... mesti cantik kat atas tu... tapi sekarang ni kenalah ada kos melepas, sapa nak jaga kanak-kanak kalu aku nak merasa semua pengalaman... korban dululah sampai depa besar. Memang teringin nak buat itu ini... yang aku buat sebelum kawin, dan selepas kawin sebelum dapat depa... tapinya... korbankan rasa nak merasai semua pengalaman tu sekarang ni... :)



Oklah... kat sini dulu... nak melayan kanak-kanak... dah dok gigit kaki la... kepala la ha ha ha.... sabaq je la, kekonon bermain-main le tu... byeeeeeeeeeeeee
~dariBMkeKKkesTiR~

Tuesday, June 02, 2009

[",] mereka lagi...

Salam,

Lama bebenor tak update kat blog ni... memang tadak idea sesangat. Bukan setakat tadak idea nak update, nak membaca blog kenkawan pun tadak idea [hmmm macam mana tu?] No idea!!!
Busy memang busy.... pagi memang turn aku mai department... walau macam mana malas pun memang aku akan mai juga, sebab tak boleh nak ikut perasaan malas tu, kalau kat rumah memang tak akan buat apa keja la... kesian la juga kat budak-budak ni... layan depa lagi best. Ada la dok internet segala tapi masih boleh memantau depa ... so, mai la ofis ni... boleh la juga print journals dll...baca sebaris dua, menaip sebaris dua [he he he...semua sebaris dua...]
Cuaca sini... memang tak menentu, minggu lepas sampai Isnin... cuaca memang cantik. Matahari bersinar-sinar... kelmarin dah lain skit... kejap panas kejap mendung... hari ni mendung, silap-silap sat lagi hujan... redha je la :)
Alhamdulillah... keja-keja aku pun setakat ni berjalan lancar, lagipun what to expect, this is our 3rd mths here... but, with the kind of progress I guess it's quite an achievment... boleh tersenyum la juga... same goes to abang bulat :) rezeki anak-anak agaknya.
Kanak-kanak dua orang ni... memang enjoy sungguh kat sini, weekend je memang kami bawa la depa berjalan-jalan... paling-paling koman pun... pi Tesc@ he he he... oklah tu, bkn la Tesc@ dekat sini... kadang tu yang jauh sikit... yang lebih besar. Lepas tu aku akan rambang mata tengok baju depa... memang akan terbeli la... hu hu hu
Minggu lepas... pi beli Stroller MacLaren... sekurang-kurangnya boleh ganti-ganti, kalau 1 je memang haru sat lagi kalau rosak ke apa ke... sementara ada yang murah tu... ambik je. Lepas tu kami beli juga kerusi 'BUMB@' untuk depa duduk... memang baguslah benda ni...sesuai untuk budak-budak umur macam depa... jadi, tengoklah gambar-gambar kat bawah...

Gambar 1: baju kakak tu basah sebab baru lepas makan, orang bagi dia minum air dia dok main-main... Dolly tu props jer he he he...

Gambar 2: Dah boring dah ni... tu yang gaya nak turun tu, tengok Dolly dah kena penyek dengan adik ;)


Gambar 3: Ini lagilah... siap senget-senget kepala... kalau lambat skit lagi angkat, memang siap tarik-tarik rambut la... bukan boleh biar ni... melawak la kekonon...


Gambar 4: Ini lepas cuci badan waktu petang... dah pakai baju tido, tapi masih cerah kat luar bertuah le nak tido... layan le dulu mata depa... ;)

Posted by Picasa


Itulah saja... untuk kali ni, nanti masukkan lagi gambar lain-lain... ada la gambar pemandangan alam yang cantik-cantik, tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!

Ta ta

~dariBMkeKKkeStIr~