Thursday, August 27, 2009

Ramadhan ohhh Ramadhan


Salam,


Dah berapa hari kita puasa? Kalu kat UK ni 6 hari, M'sia nak masuk 7 dan Australia/NZ dah 7 hari... pejam celik dah dekat 10 hari tu...cepat sungguh rasa. Sebelum puasa hari tu rasa cuak juga, macam mana le rasanya puasa 15 - 16 jam... bila dah masuk hari ke 6 ni hmmm rasanya tiada beza pun... mungkin sebab cuaca sini yang nyaman ke ke ke... masa yang panjang tu tak bleh nak komen apa la... sebab dah nama pun musim panas... siang lebih panjang :)


Yang bagusnya bila masa panjang ni...ada banyakkkkkkkkkkkkk masa untuk masak. Kalau nak masak untuk kami berdua saja, pukul 5pm baru masuk dapur, kalau nak masak untuk potluck dll awal skit aaa... tapi setakat ni Alhamdulillah...bleh berbuka dan bersahur dengan sempurna.


Budak-budak 2 orang ni hmmm nampak saja makanan yang nak letak atas meja mata tu tak lepas pandang... kesian sungguh. Bukan tak nak bagi makan ke ke ke... tapi sabo la dulu. Dah setahun lebih bleh je makan sama-sama. Nasi lembik-lembik pun depa dah tak berapa berkenan... nak makan macam orang tua la kekonon... gigi pun tadak lagi hu hu hu.


Minggu ni 3 jam hantar depa kat creche... oklah, macam biasa masa hantar tu tak pandang lagi kami ni... masa ambik barulah beria mungkin sebab dah lapar dan ngantuk. Bagi pisang sebiji... bekal depa la... habis pisang tu. Lain kali bagi rotilah 2 atau 3 keping...ingatkan sampai rumah nak lena...rupanya depa kemain lagi dok tengok TV la pulak... isk isk isk... macam budak besar la pulak....baru 10 bulan ;) ikut sapa ntah suka tgk TV tu kwang3.... buat2 tanya plak.


Ok nak rehat kejap, sementara depa lena...ok daaaaaaaaaaa ;)

~dariBMkeKKkeStiR~

7 comments:

~Nine said...

Ikut sapa ha????....

hehhehe....pika nak tnya jgk!!..

Alinlai said...

pika,
ikut chu kot tak pun gayat ;)
kwang3....

Mummy Rizq said...

aduss... tambah selim lah hang berpuasa sampai 15-16 jam nooo....

Alinlai said...

Achik,
ke ke ke... tak la...biasa2 je tu, tak terasa pun lama sebab pagi2 sibuk kat opis, balik umah dah sibuk dgn budak2 ni... sedar2 dah buka posa pun :) byk tenaga kuar, mkn pun byk gak ;)

AppleB said...

merasalah puasa berjam2 kan. tp kalau cuaca nyaman takde hal la kan.

aku yg kat pulau ni, mcm nk rentung dah rasanya. panas teramat sgt hahahahahaha.

eh bebudak tu ko dah boleh bagi makan makanan org tua sikit2. ayam sahur ko leh cincang taruk dalam nasi depa.

anak aku dulu aku kasik je peha ayam goreng seketul, pepandai la dia pegang dah makan walaupun takde gigi hahahahaha.

cikdinz said...

lama dah tak tengok si kembar ni.

apa khabar?

Alinlai said...

Apple,
he he he depa ni kat rumah je mkn macam budak2...kat luar dah dijamu dgn beriani tandori kwang3... makan dengan berselera sekali ;)
aha...puasa 16 jam, tapi cuaca nyaman no hal aaaa... tu la kawan2 cakap kat KK pun kalau panas, panas sungguh kalau hujan mak aiiii siap ribut segala. Posa cukup ka? ke ke ke saja je nak tanya ;)

cikDinz,
Alhamdulillah sihat...dah membesar sebagai johan pun budak2 ni... nak berdiri dah, skit hari lagi nak start berjalan la kot ke ke ke