Thursday, September 28, 2006

Kamikenabeb vs Kenakandiabeb!!!

Salam,

(sambungan citer
ini )

Kelmarin petang kami balik lambat...abang bulat ada meeting sampai dekat 5.30pm, untuk menjimatkan masa kami pi beli mee goreng mamak je tapau + kuih dua tiga ketul...berbuka la dua orang dengan berselera nyum nyum nyum, lepas berbuka abang bulat ketuk la bilik minah tu nak tanya ada tak bapa atau mak dia telefon...boleh minah tu tak buka pintu, tak pa kita ada kaedah lain nak buka pintu tu...kami guna kunci spare, bila dia dengar kami buka pintu dia halang / sekat pintu pulak....isk isk isk...sabaq je la, malas nak layan lagi, kami solat Maghrib, pi Tarawikh, pi settled all the bills... dekat segala bank yang ada, dekat 9.30pm baru sampai rumah ... dan bermulalah kejadian kamikenabeb vs kenakandiabeb....


jeng jeng jeng!!!

Sampai je rumah abang bulat pun pi ketuk lagi bilik dia sebab sblm pi masjid mak dia dah telefon rupanya mak dia telefon dia tak angkat, bapa dia telefon dia tak layan...kami dah pelik la. Kalau ikut mak bapa dia suruh tahan dia dulu atas alasan dia nak cari keja kat sini... aku hangin la juga, sat nak study sat nak keja... memang cadangan ditolak la... bila abang bulat citer yang kami keberatan juga sebab dia dah tipu kami awal2 lagi masa ambik kat stesen bas tu, lepas tu mak dia kata bagi dia 2 pilihan, sama ada balik Sdkn atau tolonglah hantar dia pi mana yang dia suka.

Sekali lagi dia buat perangai kunci pintu dan tahan pintu tak bagi kami masuk, abang bulat dah tinggi suara dah...kami ambik kunci dan tolak kuat-kuat pintu tu baru dapat masuk. Minah tu dah start menangis...abang bulat tanya pasal apa dia menangis, telefon mak bapa dia suruh cakap dia diam dan menangis, aku hangin juga...tapi kontrol lagi, sampai satu masa aku perasan beg besar dia tak dak...tanya dia kat mana tak jawab juga, geram juga tau sebab dia menangis je, tak mau cakap...bleh agak la dia ingat bila kita dah boring layan nangis dia kita blah la... kami terus syak dia dah hantar beg tu pi somewhere dan malam tu dia akan lari dari rumah...sebab ada beg sandang je. Aku makin hangin....abang bulat apa lagi ....

Malam tadi aku pun terpaksa la bersyarah juga... masa aku bersyarah tu dia dok nangis lagi, sampai satu tahap aku hangin sangat-sangat aku angkat dia dari belakang...sebab budak tu memang pelik la tak boleh layan elok2...agaknya kuat juga aku pegang tangan dia sebab dia cakap sakit... dan lepas tu bila abang bulat tanya dia dah jawab, terkejut agaknya dia dengan tindakan drastik aku (kui kui kui). Kami tanya mana rumah kawan dia tu, malam tu juga nak hantar sebab dia memang tak mau balik kampung. Kalau tak hantar pun memang malam tu dia akan lari dari rumah sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb....

Beg besar tu dia dah tinggalkan kat belakang rumah. Rupanya dia dah berniat nak lompat pagarlah malam tadi. Lagi malu kalau dia lari dari rumah. Apa kes lari-lari dari rumah ni, nak keluar cakap la kami bleh hantar. Nak tergelak juga sebab dia boleh tinggalkan beg dia kat belakang rumah tu, tepi jalan pulak tu, mujurlah malam tadi tak dak orang yang suka buka tong sampah cari tin/ plastik untuk recycled, kalau tidak selamatlah beg dia tu. Ntah apa la yang dia fikir...nampak la singkat sungguh fikiran minah tu.

Telefon kawan dia...alamak keja malam pulak kawan dia tu, pukul 1am baru balik (erkkk keja apa ni?) tapi dalam pukul 12am kami pun keluarlah cari rumah kawan dia tu, memang tak pernah masuk kawasan tu....apa-apa pun Alhamdulillah rupanya memang betul tempat kami sampai tu tempat kerja kawan dia....yang disyaki merupakan pusat Karao*ke (gulp...) tapi dah dia nak juga duduk situ dan mak bapa dia pun suruh kami hantar kat mana yang dia nak pi.

Hantar dia kat situ, terima kasih apa pun tak dekat abang bulat...kami pun blah. Ringan sikit kepala walaupun dah lewat malam, hari ni aku ada kelas at 8am, nak bangkit masak sahur lagi. Tapi memang rasa terlepas beban. Bukan tak mau dia tumpang, tapi cara dia masuk rumah dengan menipu, lepas tu ada niat nak lari dari rumah isk tak boleh terima sangat-sangat. Biarlah dia tau langit tu tinggi atau rendah lepas ni. Walaupun risau dia akan kerja macam kawan dia (kami syak G*O), tapi itulah kehendak dia ... kita ni sapa nak halang, sedangkan bapa dia nangis-nangis cakap pun dia tak heran.

Betullah kata pepatah lama... 'lebih mudah menjaga lembu sekandang, daripada menjaga anak dara sorang' .

Yang lagi pelik tu mak bapa dia macam lepas tangan, sepatutnya hantar la kakak atau diorang datang KK jemput dia. Ini suruh kami jaga dia dulu, kalau aku tak perasan beg dia tak dak malam tadi silap-silap bangkit sahur pagi ni terkejut badak sebab pintu dapur ternganga... atau dia bawa kunci sekali hmmm tak nak la fikir semua tu ngeri je.

Hari ni abang bulat nak telefon pakcik dia tu dan nak minta maaf la sebab terpaksa hantar anak dia macam tu. Apa-apa pun aku rasa kisah kamikenabeb ni sekarang dah bertukar menjadi kenakandiabeb. Harap-harap tak dak lagi kenakandiabeb siri 2, penat la nak layan. Banyak lagi masalah negara yang nak kena fikir.

Kalau ada yang tak setuju dengan tindakan kami yang nampak macam pentingkan diri ni aku minta maaf la, tapi pada pendapat aku, tindakan kami ni yang paling sesuai (mungkin bukan la yang terbaik...), sebab:

  1. Bila dia ada kat rumah, memang tak selesa sangat sebab tahu dia menipu banyak benda.
  2. Risau dengan keselamatan diri dan harta benda.
  3. Nanti kami balik Raya lama-lama takkan dia nak lepak rumah kami kot?
  4. Kesiankan abang bulat yang selalu sangat kena tanggung kes-kes macam tu, sedara dia ingat kami ni kaya sangat kot...isk isk isk...tak pikiaq langsung la depa ni.
  5. Yang paling penting tindakan kami ialah untuk memelihara keharmonian rumahtangga kami dari sebarang ancaman anasir luar atau yang tak berkenaan.

Apa-apapun aku harap minah tu sedaq diri dan balik kampung jumpa mak bapa dia. Sampai la ni kami tak tau kenapa dia tak mau balik kampung....bila tanya menangis, bila tanya menangis... tak tergamak la nak tampar anak orang, tapi ringan juga tangan aku malam tadi, tapi sabaq nanti kurang pulak pahala posa :)

Alhamdulillah pagi ni tak dak masalah nak bangun pi keja walaupun malam tadi aku tido pukul 1am, pukul 3am bangkit masak dan makan sahur, pukul 5.30am baru sambung tido semula sebab kena la prepare sikit untuk kelas pagi ni. Pukul 7am bangun semula, 8.05am start kelas sampai 9.45am. Sekarang ni dah mamai-mamai sikit...lepas Zohor ni tido la gamaknya, sebab petang ni aku free.

Apa-apa pun aku sentiasa berdoa agar Allah Taala akan sentiasa melindungi kami berdua aminnnnnnn !!!

Till then ciao & selamat berbula posa :)

~dariBMkeKK~

20 comments:

Anne said...

ni simah la heheh lupa nak sign out n masuk kat blog biasa

rasanya hang buat tindakan yg betul ..kalau hang kunci budak tu dlm bilik pon dia akan cari jalan join kawan dia...dia akan tetap lari dari rumah... mcm ni sekurangnya hang lepaskan dia ikut kehendak dia... mak pak dia pun sendiri ckp..jadi u have nothing on ur conscience..cuma kita bole berdoa yg budak tu akan sedar..kalau dia decide nak join kawan dia punya kerja..tu dia kena tanggıng la sendiri dosa...no connection with u ..legaaaaaaa la hangpa la ni... mesti hangpa pening n naik angin gila

tee said...

hi alinlai.. lama tak mai sini.. bukan ape, busy sesangat kat opis ni... memang betul apa yang alin buat tuh..

selamat berpuasa dan bersahur... :)

alinlai said...

Simah,
tq :) ye memang betoi, ringan kepala otak...ntah la apa dia fikir, macam la senang nak cari keja la ni...harap2 dia sedaq awal la sblm join keja tu tapi nampak pun tau jenis yang tak pikiaq panjang, nak senang je semua benda. Ikut suka dia la skrg ni ...kalau tolong pikiaq pun buat sakit hati je....posaaaa sabaqqq...

alinlai said...

Tee,
fahammmm :) biasalah keja ada masa busy ada masa tak ... selamat berposa dan sahur juga untuk tee & keluarga ... Tq for the comment :)

arianna adrizal said...

e'eh.. de org nama sama ngan kita laaa.. theheheh.

laa, ada part 2! huishhh.. penyabar tul akak. ikut sy yg mmg da cukup penyabar ni (hehe..) bagi je buah tangan free.

sabar jelah kak eh.. :)

AnakMalaya said...

betul le apa yg dibuat tu. toksah nak volunteer dokong biawak hidup. at times, kena pentingkan diri sendiri..

marlinabaharom said...

isshh..lyn. achik tak snagka hang garang sampai lagu tu noo.. patut bleh jadik lecturer. apa apa pun, aku rasa hang dah buat tindakan yang terbaik tu...

alinlai said...

Anne,
terima kasih dik :) kui kui kui sabaq sebab sayangkan pahala posa jadi kurus kalau tidak bukan setakat buah tangan free, bagi je hamper free. Selamat berbuka posa ...

Angah,
hmmm 'biawak hidup' ke ke ke kalau bela biawak bleh gak pi jual kan, ni buat ngabih boreh den jo apa2 pun tq very much angah... selamat berbuka posa...

Achik,
itulah tu...kecik2 jangan sangka budak kecik kui kui kui, sempat buat statement mcm ni masa marah dia tu, 'saya tak pernah marah student saya macam ni, sebab awak ni degil sangat sebab tu saya jadi macam ni...' lawak plak bila ingat, macam la minah tu ambik pot kita ni keja apa...kwang kwang kwang biasalah itulah asam garam hidupkan? Selamat buka posa jgn drive laju sangat bahaya weh....

~ahni~ said...

Saya dah baca both kamikenabeb dan kenakandiabeb tapi pada sayalah yang penting tu jaga orang yang sebelah kita tu (abg bulat hang le)

Lagipun budak tu memang ada masalah, dia pi rumah hang tu pun may be sebab duit dah habis, tak tahu nak pi mana dah

Kak Teh said...

ailinlai, tersengap sat kak teh baca dua-dua bab ni...kak teh pun pernah mengalami hal macam ni - tapi bukanlah saudara mara - orang lain datang menumpang. Last-last nak ringkaskan cerita - rupanya dia tak betul sikit...suka cakap sendiri, pikiark yang bukan-bukan - terpaksa hantark balik. anayway, just to wish you selamat berposa dan semoga dijauhkan segala yangtak baik.

kasutVINCCI said...

hmmm..takdak pasal eh nak tolong ambik tau hal anak dara org padahal parent dia selamba jek. Ok la tu, nasib baik tak terlepas penampor. Hi hi hi..karang kurus pose.

Anonymous said...

boleh plak parent dia main lepas tangan jer..
tapi lega la yek skang..dah xyah susah2 pikiaq pasai anak dara orang..

alinlai said...

ahni,
Tq ahni, iye betul tu ringan dan rasa lega sebab tak payah nak susah hati lagi (especially kalau kat opis la...) mesti terfikir mcm2, Alhamdulillah tak jadi apa2... rasanya dia dah pokai la tu, lantak dia la ke ke ke...

Kak Teh,
eiii lagi takut dah la 'tak berapa betul', tapi saya rasa org yang dok buat perangai macam tu memang biasanya ada 'wayar putus' sikit la, sebab minah ni pun ada sikit kepelikan yang maid jiran sebelah pun perasan, Tq kak teh selamat berposa dan buat persiapan raya :)

alinlai said...

KV,
he he he kalau terlepas penampor sure dia melalak lagi kuat, takut dia buat2 pengsan je masalah plak. Apa2 pun skrg ni jadi bahan lawak kami dua orang bila ingatkan dua-dua dah naik angin malam tu :)

mama singa,
sampai skrg ni parents dia lepas tangan, dok telefon sana sini nak minta tumpangkan anak dia, ntah la sama ada depa tak sayangkan anak atau dah tak larat nak kawal anak dara tu ntah la....yang penting jgn libatkan kami lagi ke ke ke...

Syikin said...

salam,

saya sokong alin tak jaga dia dah..banyak masalah nanti. kesian kat parent dia kan..moga2 dia mahu berubah.

alinlai said...

syikin,
kami pun harap yg sama juga, minta dia balik kg jumpa mak bapa dia selesai secara baik, dan lepas tu jgn lari dari rumah lagi... masalahnya skrg mak bapa dia ikut sangat fe'el dia tu...geram gak

Zakiah said...

banyak dah terlepaih entry nih...

wah wah wah...ganas jugak akak sorang nih.

sabor ajerla budak tuh. siap nyusahkan orang lagik. Nak susah susah ler sorang sorang...

dugaan bulan posa nih

alinlai said...

zakiah,
dugaaannnnnnn ke ke ke.... dah makan benda yang diidamkan masa kat Do-buy dulu?

Anonymous said...

heheheh....tau lg tak nama pusat karaoke tuh k.lyn??? ahahha..balik sini nnti kita p la layan 2,3 jam..sure dpt diskaun.
JGN mara aaa....

Alinlai said...

pika

hahaha tak ingat la kat mana kawasan tu kalu tau bleh gak kita pi merambu ramba kwang3... sabo je la