Tuesday, September 05, 2006

Selasa datang lagi....

Salam,

Oh tidak...ada GP Motor pulak minggu ni bermakna rate hotel kat kawasan Sep*ng jadi mahal...erk erk erk...

Pukul 10am dah makan nasi sebab hari ni abang bulat cuti ada golf tournament petang ni, jangan bawa balik blender lagi dah la...dah 2 blenders kat umah tu, alang-alang bawa balik TV ka, Mesin basuh ka...orait gak kwang kwang kwang... kot2 hole in one ka bawa balik kereta hah lagi best kui kui kui, boleh jual.

Malam tadi buat kesekian kali dia ajak aku belajar golf...hmmm bukan tak nak tapi risau kalau dah pandai nanti aku jadi gian hah sapa yang susah...dia juga. Kot sat lagi pantang ada masa nak golf je isk payah weh...kopak plak dua-dua orang. At least sekarang ni kalau dia 'kering' aku boleh support, kalau dua-dua 'kering' sapa nak support plak...

Dok belek-belek iklan AirAs*a, macam best pulak. Terasa nak pi sana sini...macam mana le nak kumpul duit juta-juta kalau macam ni. Pantang ada duit sikit nak berjalan je :) Ha ha ha berangan tu nak kumpul duit juta-juta, rupiah ke rupee?

Kalau nak balik kampung laman memang macam ni, jadi malas nak keja. Tapi biasalah masuk kelas berlakon-lakon la juga, kalau kita buat rupa malas...budak-budak sure lagi malas. Apa-apa pun sabaq...ada lagi 2 hari. Balik BM tak online la, tak sempat dan memang tak dah perasaan pun (maknanya aku tak la tegar sangat ke ke ke)

Hah dah sunyi sikit depan bilik ni...buat apa ntah budak-budak tu. Agaknya tunggu jiran sebelah kiri aku kot. Kadang budak-budak ni mangkuk gak, penat orang buat jadual perundingan dll depa main terjah juga. Nak kata tak pandai dah boleh masuk U tu kira pandai la kan? Nak kata apa pun tak tau la...aku kata depa mangkuk senang cerita.Kadang-kadang tak faham juga...tak tau nak panggil apa lagi.

Apa-apa pun hari ni boring sikitlah. Dah la aircond ni sejuk sesangat...macam winter plak. Ke ke ke...rindu la suasana 4 musim tu ;)

Ok stop dulu...bye bye all :)

~dariBMkeKK~

15 comments:

maR said...

kak lyn,
Amboiii balik BM ka? seronok la depaaa

Aku Bukan Bidadari said...

wei cheq, belajaq golf jar ka? heheheheee

alinlai said...

Mar,
balik hari Jumaat ni ke ke ke best la. Bulan depan pun balik lagi insyaAllah balik Raya pulak kwang kwang kwang...yang tu lagi seronok :)

alinlai said...

A.B.B.
he he he belajaq pukui sikit2 je, malas la nak belajaq sungguh2... sat lagi pandai main masalah plak, lagipun costly la baiklah simpan duit pi Mekah :)

simah said...

alin..balik bm jangan lupa mintak kat mak hang resepi darca no?

alinlai said...

simah,
insyaAllah :) resepi acar buah, dalca, kuah kacang & nasi impit pun nak jugak kan?

kasutVINCCI said...

hik hik hik...
balik kampung oooo balik kampung.
Mmg kalau nak balik kampung dah tak bersemangat dah nak kerja.
Hati2 di jalan raya. Hiks

alinlai said...

KV,
hati-hati naik kapal ke ke ke...insyaAllah selamat, tak pernah lagi sampai LCCT, harap-harap tak delay la...penat weh menunggu kat airport lama-lama.

Zakiah said...

wa nak balik kampung ker????

kite punn ak balik kg...cam tak sabar kan???. Selamat Balik Kampung!!!

marlinabaharom said...

lyn...baper lama kat BM? Mai KL ke tak? kalo datang tu tepon la achik k...

alinlai said...

Zakiah,
iye :) esok malam...harap2 jgn delay la k/terbang tambang murah tu. Thanks...awak pun dok menghitung hari ke kan? Tak pe shopping puas2 ke ke ke

Achik,
balik BM Jumaat - Selasa. Tak tau la sempat transit KL ke tidak :) teringin gak nak jalan2 KL sblm bulan posa, kalu balik bulan posa nanti penat plak nak meronda-ronda tu ke ke ke insyaAllah in case ada masa transit situ calling-calling Achik nak ke area BB tu bkn payah pun kan?

simah said...

nakkkkkkkkk...muahhh sayang kat hang :0)

alinlai said...

simah,
ok je...no hal. minta resepi yg habis simple dan senang dpt bahan nak buat. meriahkan raya di istanbul dengan makanan-makanan...

ibuVouge said...

balik bm makan char ko teow kat ketapi BM tak alin
sedap betulkan..
blender dua tu simpan
satu buat jus, satu untuk masak masak..hehehhe

selamat pulang alin

alinlai said...

IV,
Jrg pi mkn situ...sebab skrg ni pi area tu...tapi kalau kat stesen k'tapi B'worth selalu la...sebab pi beli jeruk (orang pesan) kat stesen bas.