Thursday, September 14, 2006

Kuah rojak buah...

Salam,

Hari ni aku relax habis...sebabnya, tadi nak buat midterm xm pun tak boleh sebab kelas terkunci/ berkunci/ dikunci tak tau la mana satu... telefon pak guard...berzaman tak sampai juga, at last janji dengan students next week la buat midterm xm tu. Lega juga sebab malam (atau pagi...) tido pukul 1.30am. Abg bulat pi jemput kawan dia kat a'port, lepas tu kawan dia nak pi mkn plak...pukul 1am dia sampai rumah...aku dah mamai buka pintu then naik tido, sedar2 dah subuh...sambung tido pukul 7am barulah bangun pressing baju dll...mata separa buka, erkkk ngantuk weh...

Ada Pidato Kemerd*kaan kat sini...sempena penutupan bulan Kemerdekaan, aku tak terlibat apa, tapi kalau rajin esok pi tgk final je la...tak la berminat sangat pun tapi bagi sokongan moral tak salahkah?

Tak b'fast lagi...janji pukul 11am dengan Su* sat lagi nak pi ambik dia, brunch la kekonon. Sekarang ni pun dok menguap2 je...sabaq saja la.

Malam tadi sempat makan buah amra (kedondong) cicah kuah rojak. Sedap juga kuah rojak tu...tak dak brand apa pun beli kat apa ntah nama tempat tu tak ingat dah. Kalau sempat petang ni atau petang esok pi beli sengkuang, nenas, timun boleh buat rojak buah...perghhh sedap sedap...terliur dah ni.

Ops...lupa nak habaq...buah amra tu ambik belakang rumah je, jiran aku tanam...buah masuk ke kawasan rumah kami...so dia dah bagi green lite ambik la makan...tapi kadang-kadang tu aku bagi balik kat depa sebab tak termakan pun kalau dah banyak sangat. Sedap pulak tu buah tu...tak masam tak manis...rasa lemak-lemak sikit. Pendek kata memang ngam la kalau nak buat rojak :)

Hmmm minggu depan dah posa...insyaAllah ada peluang kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti. Seronok tak terkata ni sebab tak lama lepas tu balik kg lagi, kwang kwang kwang...uisk...jangan suka sangat tak baik kontrol sikit...

Stop sini dulu, to all take care :)

~dariBMkeKK~



9 comments:

marlinabaharom said...

welkam bek.. welkam bek... sakan hang naaa balik kg tak hengat dunia! tak per la bukan selalu dak. buah amra? dah lama tak pekena. cuma ada jeruk buah amra jer dlm fridge tu beli kat penang hari tu!

alinlai said...

sedap achik buah amra jiran tu, sebab free ke ke ke dan kecik2 je. kadang2 tu potong cili api + kicap + gula sikit habis berbiji-biji. Balik hari tu jeruk2 pun tak terbeli...lupa la kwang kwang kwang.

Ayu said...

apa habaq la Unibersiti aku tuh yer.. cantik kan dewan konvo tuh hahaha kat dalam tuh la jugak aku satu ketika dulu berkonvo.. uhuk uhuk rendu aku pada unibersiti aku ituh

takpalah ahng tak sempat carik aku.. next time okeh.. next time.. :)

alinlai said...

ayu,
U tu ok je...ramai sungguh umat manusia, yang konvo sorang pi 2 kereta mana la orang tak ramai ke ke ke...tak pa esok bawa kamera bleh masukkan gambar dlm ni...hilangkan rendu hang tu :)

Syikin said...

salam,

hehe..sejak ahad ari tu, sampai hari ni saya makan rojak hari2 u..ingatkan tak kemana2 ahad tu, dpt last minit jemputan kenduri akikah..bawak mil balik, so, kat rmh mil, mmg dah standby kuah rojak buatan sendiri n then saya tapaulah balik rmh..tu yg sedap melantak tu. nanti nak try buat kuah rojak sendiri..

bestnya dpt berkumpul satu famili.

part abah Alin call drp toilet yang tak tahan tu hehee..

siap dah baju raya awak 3 pasang? hehe, saya n famili biasa shopping last minit aje.

Ayu said...

tak sabaq weii aku nak tunggu gambaq hehehe

alinlai said...

syikin,
hah buat sendiri lagi kaw...kakak saya yang pandai buat kuah rojak sendiri tu. Yummy!!! yang pastinya sampai la ni tak sempat pi beli buah2 lain...dok cicah dengan kedondong tu je ke ke ke...iye abah dah boring la tu, kalau kami kata abah keluar je la...sure dia keluar lawak sungguh.

ayu,
soon...tak pagi ni petang ni bleh masukkan gambar kalu blogspot ni sempoiiii kalau tak sempoiiii tak bleh buat apa la :)

Aku Bukan Bidadari said...

errr..teringin makan buah cermai cicah kicap ngan gula..
mana nk dapat buah cermai kat KL ni?? huhuhu

alinlai said...

A.B.B.,
jeruk cermai bukan ada jual ka kat pasar malam kat KL? Tapi kalau yg tak buat jeruk tu cicah sambal belacan sedapkan :)