Monday, September 25, 2006

Resepi konon....

ACAR BUAH

Bahan-bahan:
  1. 1/2 kg buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak masin (kalau ada) ]
  2. limau/ lemon [rebus 2,3 kali tukar air setiap kali rebus]
Bahan mesin halus:
  1. 1/2 kg bawang kecil
  2. 10 ulas bawang putih 10 cm halia
  3. 100 gm cili kering
  4. 3 sudu besar rempah kari ikan[goreng tanpa minyak]
  5. 1/2 kg minyak
  6. 1/2 kg gula pasir
  7. 1 botol kecil cuka
  8. 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
  2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
  3. Masukkan semua buah campur masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
  4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
  5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

KUAH KACANG

Bahan-bahan:

  1. 300g kacang tanah goreng tanpa minyak (kisar, tapi jgn sampai halus)
  2. 3 sudu makan gula pasir
  3. 3 sudu makan gula merah/melaka/kabung
  4. 3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air
  5. 1 camca garam
  6. 1 camca kunyit serbuk
  7. Sedikit hirisan daging lembu

Bahan Dikisar:

  1. 2 biji buah keras
  2. 1 camca jintan manis }
  3. 1 camca jintan putih }digoreng dulu
  4. 1 sudu makan ketumbar biji }
  5. 1 inci lengkuas
  6. 1 inci halia muda
  7. 20 batang cili kering
  8. 1 sudu makan udang kering
  9. 5 ulas bawang putih
  10. 7 ulas bawang merah
  11. 2 batang serai (diketuk pun boleh)
  12. sedikit belacan

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar sampai wangi.
  3. Lepas tu masukkan air asam jawa.
  4. Kemudian, masukkan pula kacang yg dikisar tadi dan juga daging yg dipotong kecil2.
  5. Kacau.
  6. Letakkan gula merah sedikit untuk mendapatkan warna yg hitam.
  7. Jika agak pekat, tambahkan air dan garam secukup rasa

16 comments:

marlinabaharom said...

ni bagi resepi kat kengkawan.. hang buat ka dak???

alinlai said...

Achik,
kuah kacang tu buat...acar tu mak la buat ke ke ke...tapi kalau achik buat silalah jemput kawan2 rasa sikit :)

simah said...

terima kasih daun keladi... malam nanti nak print..nak buat kena tunggu beli cili kering la ni nampaknya....hmmmmm..terliur gila la ni.. :0)

simah said...

jgn lupa cakap terima kasih kat mak hang ..:0)

alinlai said...

simah,
orait...oits posa mana bleh dok terliur tu?

Anonymous said...

selamat berpuasa...

PuteriSatu said...

Selamat berpuasa...

Ada resipi mee rebus tak...mueheheh

Aku Bukan Bidadari said...

Apa ni apa ni..bulan poser..sib baik alin tak boh gambaq acaq..hehehe

tak tahan arr

alinlai said...

mama singa,
selamat berpuasa org kat Jepun :)

puteri 1,
resepi mee rebus mana? kalau mee rebus muar tak dapat la...tapi kalau mee rebus penang yang letak udang tu ada :)

Tiara,
ke ke ke...ehhh pesan la kat Tok dekat area Utara bulan posa banyak depa jual acar yang dah siap tu, kena-kena gaya sedap gak tu :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

adeeehhhh...makin pedih rasa perut hamba ni, rasa cam bergelodak la pulak...acar buah ekk, emmm, telan ayaq liuq jer laaa....

alinlai said...

Reff.
telan air liuq tak pe...tak batal posa

Syikin said...

salam,

wah..nak try ni...

eh, buat satu blog pasal resepi alin..nanti saya boleh link kat blog saya..

tq ya..

Sherin Almashor said...

Terima kasih alin Boleh le sherin mencuba nak buat acar. Resepi kauy teow alin special tak da ka?

alinlai said...

syikin,
ke ke ke...isk mana ada banyak resepi syikin...ini pun simah minta tolong minta resepi acar dan kuah kacang kat mak saya...kesian kat orang jauh, tapi bagus juga kongsi dengan kenkawan lain kan? blog resepi insyaAllah kalau ada masa boleh je ... tapi kena fikir la resepi apa le gamaknya saya nak letakkan...

sherin,
ke ke ke...kuey teow kerang? tak dak la sherin resepi special tu, tapi kalau ada bleh je pass kat sherin no hal punya :)

marlinabaharom said...

wei laa.. kemana menghilangnya kawan ku yg seorang nie? penat sangat buat acar buah & kuah kacang ke samoai tak larat nak update blog??

alinlai said...

Achik,
penat taip resepi je ke ke ke buat tu ntah tahun bila la :)