Friday, September 22, 2006

Marhaban Ya Ramadhan....

Salam,

Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa lagi...rasa baru je puasa tahun lepas...dah puasa lagi, dah akhir zaman ni masa cepat je berlalu...insyaAllah mudah-mudahan dapat kita semua melaksanakan puasa tahun ni dengan sesempurna mungkin dan cuba dapatkan 'bonus' tambahan dengan tingkatkan 'nilai tambah' sebanyak mungkin dalam melaksanakan amal ibadah kita :)

Tamatlah sudah p'raya kampus untuk semua IP*A termasuk la kat sini, jangan tanya proaspirasi atau propembangkang yang menang sebab aku tak tau...bukan tak ambik tau tapi tahun ni sibuk dengan kelas dan mid term dan lain-lain hal berbangkit + calon-calon yang bertanding kurang femes di mata aku (ke ke ke...) tak pernah ngajar budak-budak yang bertanding tu, jadinya tidaklah aku kenal mereka itu.

Esok kenalah pi pasar beli apa yang patut, untuk sahur dan berbuka. Hari cuti bolehlah nak masak sedap-sedap. Hari keja kalau abang bulat boleh balik awal oklah...kalau tidak beli je, setakat nak makan 2 orang...tapi banyak kali juga beli kat luar ni balik sakit perut pulak. Isk..isk isk...bayangkan sakit perut di bulan posa :(

Hmmm negara 'Gajah Putih' tengah bergolak skrg ni, harap-harap rampasan kuasa tu akan menjernihkan keadaan dan nasib umat Islam di sana lebih terbela aminnnnnnnnnn!!! InsyaAllah berkat Ramadhan kali ni sama-sama la kita mendoakan kesejahteraan saudara seagama dan serumpun kita kat sana :)

Selamat berhujung minggu untuk semua...insyaAllah jumpa lagi di bulan puasa nanti dengan cerita-cerita Puasa @ KK.

Ciao...take care all

~dariBMkeKK~

9 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

ha..tu ler, tgh berdua tu ler patut rajin skit masak, dah ader anak nanti, baru ler beli jer...kekekeke...bila nak bertiga tuhh??

marlinabaharom said...

lyn.. selamat berpuasa untuk hang.. this year first time berpuasa kat bkt beruntung.. strategi nak berbuka & bersahur blom pun buat lagi...

alinlai said...

RF,
tak pe tunggu le dah kawin nanti baru le tau macam mana ke ke ke... bertiga? insyaAllah :)

alinlai said...

Achik,
selamat posa to u too :)
senang ka nak membeli untuk buka posa kat area tu? ke ke ke tak pe strategi tu akan timbul dengan sendiri bila dah masuk bulan posa...

Syikin said...

salam,

salam ramadhan ya..balik raya tak nanti?

Azer Mantessa said...

alinlai, selamat berpuasa

simah said...

salam ramadhan utk alin n abang bulat..

nak tanya satu soalan...
hang sempat tak mintak resepi acar dari mak hang? :0)

alinlai said...

syikin,
selamat berpuasa untuk syikin & keluarga :) insyaAllah balik Penang tahun ni...looking fwd ke ke ke...

azer mantessa,
selamat berpuasa :)

alinlai said...

simah,
salam ramadhan to u and family :) resepi acar ada...lepas ni activate 1 entry resepi acar tu :) ke ke ke...