Wednesday, September 27, 2006

Kamikenabeb!!!!

Salam,

InsyaAllah hari ni dah masuk 4 hari kita semua berpuasa.... aku dengan abang bulat ok je setakat ni. Yang pasti aku tak masak lagi untuk berbuka...tapi sahur Alhamdulillah belum miss lagi...pukul 3.15am masak...by 4am dah bleh makan...imsak kat sini 4.30am ++ sempatlah berehat-rehat dan buat apa yang patut sblm masuk waktu Subuh :) relax la juga...

Ok pernah tengok rancangan Wakenabeb tak? Ada kat NT*7 rasanya tahun lepas atau awal tahun ni, yang si Adl*n Aman Ramlie pi pekena artis @ selebriti tu? Untuk makluman...aku dengan abang bulat dah terkena tapi secara live dan tadak kamera bagai...on the 1st day of Ramadhan 1427 H.

Cerita dia macam ni....

Hari Sabtu malam balik daripada Tarawikh, sepupu abang bulat contact dia, kata nak mai rumah kami sebab nak daftar kat satu kolej kat sini, oklah...tetamu nak mai terima je la tetamukan bawa rezeki :)

Hari Ahad, masa dok membeli ikan dan barang-barang nak masak sepupu dia call, dia dah kat stesen bas...oklah, abang bulat suruh tunggu sebab kami nak pi bazar Ramadhan kejap... lepas membeli belah makanan serba sikit...kami pun pi la stesen bas tu...yang pelik tu masa kami ambik dia tapi beg tak dak...dia kata ada dlm kereta kawan dia...oklah...pi lah ambik beg tu.

Sampai rumah, berbuka sama-sama (minah ni tak posa sebab dia non-muslim). Tapi aku ni instict kuat juga rasa mcm pelik je minah ni...tapi tak nak la prasangka (perghhh ayat...) apa-apa bulan posa tak baik ada perasaan macam tu nanti kurang pahala...

Isnin petang dalam kereta on the way balik rumah...abang bulat ceritalah yang kakak minah tu dah contact dan maklumkan hal sebenar...nak tau hal apa?

  1. Minah tu dah sampai KK on the 19th Sept. (dia pi rumah kami 24th Sept so 5 hari sblm tu dia kat mana?)
  2. Dia kata nak daftar kat kolej tu on the 28th Sept. bila abang bulat tanya kawan dia yang keja kat kolej tu ada tak kursus sekian-sekian dan bila tarikh mendaftar...kawan dia kata bulan 12 ni baru ada intake dan boleh daftar masa tu...)
  3. Mak dan bapa dia tak tau yang dia kat KK skrg ni depa ingat dia kat Sdkn lagi.

Hah...kamikenabeb!!!!

Sampai rumah...berbuka macam biasa ... sambil tu dia ada minta permission nak keluar sat jumpa kawan dia, abang bulat cool lagi cakap TAK BOLEH, nak jumpa kawan siang-siang je malam tak payah. Nampaklah dia dah lain macam, dan makan pun tak habis...(kekonon merajuklah tu....)

Lepas makan, rehat kejap abang bulat slow talk dengan dia suruh dia ngaku bila dia sampai KK dan kat mana sblm pi rumah kami, mula tu dia dok cakap la dia memang dari Sdkn bla bla bla... bila abang bulat bagitau kakak dia sudah contact dan explained everything terus dia pucat dan dok cakap... 'aku takut...aku takut...' sebab muka abang bulat dah serius masa tu, aku naik atas solat Maghrib, dan bila abang bulat dah selesai solat aku tanya la dia kat mana sblm tu? Memang confirm dia pi lepak rumah kawan dia....yang lagi best kawan LELAKI.

Isk memanglah budak ni tak kesian kat mak bapa dia tau...depa bukan orang senang, mak bapa dia duduk kampung yang kira ulu la kat Sabah ni...yang jalan pun tak bertar kalau hujan terputus hubungan dengan dunia luar... geram juga, tapi ntah la aku masih boleh cool dan tak campur tangan sebab malas dan kesian kat abang bulat nanti dia susah hati plak...sblm tu dia mengadu juga malas la nak fikir benda macam tu sebab benda kerja pun banyak dia nak kena fikir.

Lupa nak bagitau sblm ni dia dah pi Serda*ng daftar untuk ikut Nursing course, kat kolej apa ntah, dia balik selepas 2 hari kat sana sebab dia tak berminat (pandai memilih juga tu....) ni lagi kesian sebab sure bapa dia bagi duit poket yang banyak sebab nak belajar jauh, apa la dia buat dengan duit tu hmmmm....

Untuk makluman...sampai hari ni (27th Sept.) minah tu ada lagi kat rumah aku, eksyen juga tak sembang dengan aku...tak layan la sangat perangai dia tu sebab malas dan tak rugi apa pun. Hari ni mak bapa dia akan contact abang bulat dan tengoklah macam mana... tapi kalau tanya pendapat aku, by Friday ni cukuplah dia kat rumah tu tolong beli tiket dan minta dia balik Sdkn la...kat opis pun susah hati je sebab dia kat rumah, risau mana la tau terdesak ke dia ambik apa-apa kat rumah tu pi jual, or bawa kawan masuk rumah ke sapa nak jawab? Nauzubillah....

Ya Allah selamatkanlah kami dan harta benda kami...

Itulah kisah kamikenabeb di bulan posa tahun ni....

Ta ta all....

~dariBMkeKK~

14 comments:

simah said...

waaa susah jugak hang la ni kan? aminnn kepada doa doa hang...semoga budak ni sedar diri... kalau tak kesian kat diri sendiri kesian la kat mak bapak.. dan alin yg nak kena endure budak ni kat rumah dia..

arianna adrizal said...

ishh! takut pulak sy bc entri akak ni. kecut perut sy! nauzubillah.. takpelah kak, sesama kita doa takde pkra yg x baik2 ye.

selamat berpuasa ;)

Mummy Rizq said...

lyn, semoga budak tu akan sedarkan diri dan terbuka pintu hati dia untuk balik ke rumah mak bapak dia sebelum hang dengan hormatnya belikan dia tiket friday nie....

Alinlai said...

simah,
iye...doakanlah kawan hang ni selamat dari segala benda yang buruk2...kesian kat mak bapa dia sebab mak bapa dia baik, pernah jumpa sblm ni tapi anak plak buat hal, agaknya sebab puasa kot jadi cool je kalau tak posa nak ngamuk gak la ke ke ke...sabaq sabaq

Alinlai said...

anne,
iye kak lyn rasa seriau gak tinggal dia sorang2 tu tapi kita keja takkan nak monitor dia plak, harap2 macam tu la minta dijauhkan segala bahaya aminnnn!!! Selamat berpuasa to you too :)

Alinlai said...

Achik,
ke ke ke...iye betulllll, tindakan drastik tuan rumah ni bukan boleh percaya sangat :) harap2 esok lusa selesai la benda ni, geram gak kadang2 tu, eiiii posa kena sabaq banyak2... :(

ibuVouge said...

ini mmg kena betulbetul alin
apa pahal moga apa yg ko doa akan termakbul

Alinlai said...

IV,
iye memangbetul-betulkena...ngeri weh, harap2 selamatlah...ntah apa species la dok nyusahkan orang macam tu geram gak...kadang2 tu, posa ni sabaq sungguh...

Anonymous said...

isk isk..mmg tak hingat mak bapak sungguh..nanti dah jd hapa-hapa, baru nak meraung terlolong..cecepatla budak tu sedar diri

Alinlai said...

mamasinga,
ye betoi tu, risau nanti berkwn ntah dengan sapa2 jadi la benda pelik2 baru nak ingat mak bapa, susah la ketegark sangat minah tu...ada kamikenabeb siri 2.....sooonnnn update :)

Aku Bukan Bidadari said...

Isk..tolong pun susah tak tolong pun susah..
hmm take care sis..

Alinlai said...

Tiara,
itulah pasal...susah la budak2 skrg ni depa rasa diri pandai sangat, padahal ntah apa2, nasihat org buat tak heran je...geram gak

Puteri Satu said...

bebudak sekarang ni ...dia fikir diri dia je..tak penah fikir orang lain....

Alinlai said...

tuanputeri,
iye...betul sangat2 tu tak kesian langsung kat mak bapa dia kat kg tu, bukan tak sekolah...tapi saja ketegark eiii