Friday, September 01, 2006

Hari Pertama Bulan 9, '06

Salam,

Uisk...dah masuk bulan 9? Kejapnya kan?

Hari ni dah Jumaat...esok walaupun cuti kena datang juga...berarak untuk konvo. Aku suka sebab rasa lapang dada bila tengok budak-budak tu ambik skrol. Boleh terbayang lagi muka depa masa tahun 1...muka budak-budak habis...tahun 2 dah lain sikit, tahun 3 lagi beza...masa ambik skrol tu kadang-kadang dah tak cam (kalau depa mekap...), feel masuk dewan masa ambik dan tengok rasanya sama saja... bezanya kalau kita dah jadi pemerhati kita bebas sikit tak la banyak sangat protokol, kalau ambik kena ikut protokol itu ini...dan yang lagi seronok, sidang 2 (sebelah petang) dah habis segala ucapan-ucapan panjang tu...cepat sikit habis majlis itu yang aku lagi suka :)

Ye kawan-kawan semua, Alhamdulillah demam dan selsema dah OK...cuma batuk sikit-sikit lagi :) Suara pun dah tak jadi suara rockers lagi...dan syukurlah minggu ni memang tak buat kelas kalau tidak sukalah budak-budak sebab sure tak boleh nak buat kelas 2 jam tu, berdiri lama sikit memang pening la.

Lapaq ni...belum b'fast lagi, dah janji nak pi makan at 9.30am, brunch la kekonon.


Petang ni pembentangan Bajet kan? Kalau ada masa nak juga dengar atau tengok live, apa-apa pun esok beli suratkhabar la dan satu lagi kot-kot ada bonus untuk 'gomen' biasalah keja 'gomen' ni bonus paling banyak sebulan gaji...bayar 2x he he he...tak pa la rezeki juga tu :)

Ada berita baik...aku dah pi kedai kain yang terbakar tu, dapatlah kain free sepasang, dah minta dia ukur (buka akaun baru ahaks...), rupanya dia sempat selamatkan kain (skirt) je...baju tak sempat...jadi aku ambik la kain tu...pi cari kain kosong la untuk buat baju kwang kwang kwang... tergelak dengan kawan aku tadi...sebab banyak gak kain-kain yang terselamat...baju tak selamat ha ha ha...layannnnnnnnnnnnnn.

Oklah...cukuplah merapu untuk kali ni...selamat berhujung minggu untuk semua, sesapa yang nak pi jalan-jalan cari makan tu selamatlah ye, yang nak pi jalan-jalan makan angin pun selamat bersukaria dan yang tak pi jalan mana-mana selamat mengemas rumah dengan jayanya :) ciao cin cau ta ta all.

~dariBMkeKK~

20 comments:

Leyla Shuri said...

ah ha, dah masuk bulan syaban. Lagi 4 minggu masuklah ramadan.
Kejap betul masa berjalan.

Puteri Satu said...

merapu tak per.janji ko update..

Aku Bukan Bidadari said...

hujung minggu ni nak kemas rumah, basuh baju, cuci lantai ,wardrobe clearence, cuci tingkap .. bla bla bla

Kaklong Syikin said...

rezeki tu dpt kain sepasang free.

alhamdulillah dah sihat dah..

hehe.first time saya tau ada lecturer suka attend convo ni, sbb kawan2 saya ramai tak suka..

Alinlai said...

kak lela,
iye betul tu masuk Ramadhan lagi cepat terasa masa berjalan...hmmm tanda-tanda akhir zaman semua tu.

tuan puteri 1,
he he he makacihhhhh sebab sudi baca :)

Alinlai said...

A.B.B.
perghhh dah siap jadual tu ke ke ke, selamatlah membuat apa yang patut. Ehhh jadual minggu depan dah siap ka blom ? Kalau dah siap bagusssss, kalau blom pi buat jadual tu kwang kwang kwang

Syikin,
iye alhamdulillah, ambik yang cun sekali maklumlah free :) best tau attend that annual event, masa jalan nak naik dewan tu bila ada students tegur rasa seronok je tak dapat nak digambarkan :) kalau ada yang mai bg hadiah lagi seronok ke ke ke...

simah said...

baju nak buat fesyen fesyen ka nak buat sempoi ja? best la orang tu....posa dah dekat dah..kuih raya bila nak buat lak? ka nak balik kampung kat utara?

Alinlai said...

simah,
ke ke ke isk baju kurung sempoi je, dah lama tak buat baju fesyen2...tak boleh pakai lama, kalau baju kurung boleh pakai 2,3 tahun sampai boring/ koyak. Iye tahun ni raya kat utagha la mana lagi best ooo boleh makan macam-macam...ada mee sup, laksa, tomyam, ketupat rendang jangan cerita la...opsss jangan sedih-sedih simah...raya kat turki pun seronok jugakan?

simah said...

alinlai
raya kat turki makan coklat coklat coklat.. saya kalau raya biasa ja...raya jaga rumah my dad in law sebab layan tetamu tetamu dia yg datang..dari pagi sampaiiiiiiiiiiiiii tengah malam..penattttttt.. sedih? biasa la kan..dlm hati menitik jugak air mata hiba.. :0)

ibuVouge said...

ingatan ni..sapa tak abis ganti posa..
hehehhe
alin lawa tak kain skirt tu
sat saja dah bulan september kan
dah boleh buat budget raya ni..ehhhe

kasutVINCCI said...

ok gak skirt yg terselamat. Kurang2nya ada yg jadi bahan kenangan. Hiks

Kiah Kardashian said...

tak sedar lip lap lip lap dah nak posa. Lepas tu raya lepas tu tahun 2007. Lepas tu tambah lagi setahun umur...lepas tu kubur kata mari rumah kata pergi. Huhuh...takut takut

Alinlai said...

simah,
kat M'sia pun mkn coklat gak...kek coklat, biskut coklat, minum milo (coklat gak) ke ke ke...ehhh hang masak rendang tak? Cuba masak rendang, kuah kacang, nasi impit jamu org Turki tu kot2 depa suka :)

IV,
Alhamdulillah tahun ni masa bulan Syawal tu dah settled posa ganti, kira efisyen la konon ke ke ke...hah dah siap bajet Raya?

Alinlai said...

KV,
itu le...skrg ni kain tu ada dlm kereta lagi, sebabnya kalau nak pi cari kain kosong (in case) nak buat baju kenalah bawa kain tu sat lagi tak padan plak rugi plak :)

Zakiah,
hmmm pejam celik dah nak habis tahun...umur meningkat tak kisah sangat sebab orang tak tau pun berapa umur kita ke ke ke,
amal ibadat yang kurang meningkat yang risau tu isk isk isk...

Mummy Rizq said...

lyn.. dah tua tua tak payah la baju raya lagi!!!

Alinlai said...

Achik,
ke ke ke tua tua best boleh buat baju raya dua tiga psg, duit sendiri weh tak dak sapa nak larang. Kalau masa muda-muda tadak duit apa yang org bagi itu la yang kita pakai...lagi best raya dah tua tua ni :)

simah said...

bila hang tanya resepi acar kat mak hang...mintak tolong tanya resepi kuah kacang n nasik himpit bole? heheheheh ni kira muka tak malu mintak resepi kat mak orang ni :0)

Alinlai said...

simah,
ok je, kuah kacang chek pun tau buat...nasi impit la ni org tak impit dah beli yg NONA nak pos ke sana cakap je anytime :) apa2 pun resepi semua2 tu next week bleh buat satu N3 insyaAllah...

Ayu Mohamad said...

hang jadi ke dtg KL? kalo jadi ring ring ler aku hehehe

Alinlai said...

ayu,
jadi balik tapi balik penang...KL tu macam kabur je insyaAllah kalau transit sehari boleh je ring ring hang :) ehhh nanti aku chek e mel hang ok (ada ke kat blog)?