Wednesday, August 02, 2006

Cuti-cuti Beij*ng 4

Salam,

Ada lagi gambar-gambar terkini...jom layannnnnnnnnn

hmmm tengah2 bandar pun ada polis/ askar berkawat? Nampak muda sangat polis/ askar ni agaknya dlm latihan lagi kot. Tengok tu ada je basikal enterframe ke ke ke...



Suka gambar papan iklan ni, sebab rasanya dari segi advertising kat sana lebih advance dari kita. Gambar cantik, kreatif dan inovatif...macam-macam jenis papan iklan ada...


Antara bank terbesar... kat mana-mana ada je bank ni. Biasanya kalu pi o'seas aku akan ambik gambar background Bank tapi kali ni tak dak peluang sebab tak sempat ronda-ronda city centre pun... hasilnya gambar dari jauh sajalah...

Rasanya pakcik ni salah sorang AJK Masjid, sebab dia duduk je kat situ lepas solat Jumaat. Dok sembang dengan makcik sebelah tu. Depan masjid ni ada beberapa orang dok minta sedekah eiii nak marah je sebab badan sihat je tapi dok bagi salam dan minta duit, nak marah pun ada gak.

Besar bangunan ni GTC, macam PWTC la kot... lalu saja sebab kalau minta berhenti pun bukan driver + tourist guide tu nak berhenti, tadak dalam jadual... so ambik gambar dari van saja le... kereta kat sana pun bermacam jenis... Sonata pun jadi teksi je, Buick pun ada... kira seronoklah tengok kereta2 besar tu...




Lawa sangat kristal ni... macam-macam ukiran depa buat, tapi mahal juga sebab ini kat kedai k'jaan. Tak boleh nak tawar-tawar... lagipun kalau beli isk nak letak kat mana... dah la gambar binatang, kalau tersilap beli lagilah ingatkan gambar kambing / lembu rupanya gambar 'oink oink' payah la pulak :)
Ini lagi satu kristal yang diukir menjadi seekor kuda.... cantik sangat ada macam-macam kaler.


Ok... enjoy the pics :)

~dariBMkeKK~


8 comments:

Anonymous said...

Haaaa puas la bejalan.... kak lyn dulu dok kat hotel mana? And tambang berapa eh?

simah said...

enjoying the pics... ada lagi tak? cun la kuda mcm terbakar tu..tak beli ka?

Alinlai said...

Mar,
Hotel YinXiang (ka Yan Xiang ntah tak ingat ejaan dia...), oklah hotel tu 4 bintang. Tambang dari KK ni RM2800/- (makan, hotel, guide, van) murah la jugakan? Tapi banyak hotel yang lebih murah, kalau kita duduk hotel mahal pun setakat nak tido dan berehat malam je. Siang berjalan sakan :)

Alinlai said...

simah,
ke ke ke kalau beli kuda tu tak dapat la beli benda lain :) mahal weh. Ada lagi gambar, tapi macam tak menarik plak nak dikongsi dengan hang... tak pe kot2 ada lagi chek masuk dlm blog ni... cerita bergambar lagi best kan?

Mummy Rizq said...

lyn-hang balik malaya september ni jangan lupa kol naaa.....

Alinlai said...

Achik,
insyaAllah...bulan 10 & 12 ni pun balik lagi kwang kwang kwang... tiket semua dah ada, biasalah naik kapal murah :) tak kisahlah asalkan sampai KLIA/ LCCT yessssss!!!!

tee said...

besh nyer dapat ronda2 kat obersea.. nampak semua kristal nye besar2 je.. yg miniature tak de ke ?

Alinlai said...

Tee,
ada jugak, tapi bila tgk yang besar2 tu jadi 'terkujat' sangat, dan cantik eiii kurang duit je, ada lebih duit memang nak tangkap satu ke ke ke...