Tuesday, August 01, 2006

Cuti-cuti Beij*ng 3

Salam,

Hmm kecik sungguh mata awek kat bawah ni kan? Bersungguh-sungguh dia tunjukkan cara minum teh yang berbagai-bagai jenis tu (Tea ceremony)... teh untuk kuruskan badan, untuk segarkan badan dll... tapi kami try la semua jenis teh, kalau pi kedai makan kena minum jasmine tea je aiseyman... muak dah minum teh (dah la tadak gula...), masa ni teringat2 teh tarik kat kedai mamak kwang kwang kwang... lepas dia buat demo, bermulalah sesi menjual teh segala jenis tu... abang bulat pun belilah teh untuk kuruskan badan (sampai hari ni tak buka lagi bungkusan teh tu...). Tak apa la...asalkan ada semangat nak kuruskan badan kui kui... ada cawan yang boleh bertukar warna bila dimasukkan teh...(magik sungguh...) layan je la awek ni menjual :)

1.














2.















Ini pintu masuk ke Summer Palace, cantik sangat kat dalam tu... tapi disebabkan hari hujan cuaca jadi sayu, mendung je gambar pun kurang cantik... tapi baguslah kalau panas sangat nak berjalan pun malas. Tasik kat bawah tu ialah tasik buatan... Lake Kun Ming, raja-raja dinasti dulu-dulu suka buat kerahan tenaga... sure menderita rakyat zaman dulu... dah la kena hormat raja, kena korek tasik, kena buat istana besar-besar isk. siksa sungguh. Gambar 4 & 5 antara istana kat dalam tu...

3.














4.














5.














Kat pusat penternakan Mutiara, bersungguh dia tunjukkan cara mutiara dipelihara, lepas tu siap bagi souvenir lagi sorang sebiji mutiara tu... ada sebabnya tu... lepas tu dok jual gelang2 mutiara tu, alahai adik oiii kami ni dari KK, kat sini pun banyak mutiara jadi tidaklah aku membeli pun... harga pun mahal. Kat sini kalau jual kat tempat (kedai) Kerajaan harga tak boleh ditawar-tawar, dan memang maal 2,3 kali ganda la...nak shopping bagai pi la 'free market' baru seronok membeli belah....

6.















7.
















Habislah citer kat Bei*jing... minta maaflah gambar masa shopping tadak pulak, biasalah masa tu tak ingat dah nak bergambar, yang kami nampak barang-barang yang nak dibeli je... ke ke ke....jom lah cuti-cuti Bei*jing weh...seronokkkkkkkkkkk sangat :)

Ta ta

~dariBMkeKK~

14 comments:

marlinabaharom said...

tunggu jugak gambaq hang dengan abang bulat.. carik carik tak jugak jumpa jumpa....

simah said...

tu la.. ada orang dok sorok gambaq depa ber romantik ronda kat beijing..mana aci mcm ni..

alinlai said...

achik,
ke ke ke...kami ambik gambaq pemandangan je gambaq sendiri lupa nak ambik kui kui kui...ehhh nanti achik tgk live la kat KL lagi senang nak belek2 :)

simah,
ihiks...alahai simah, tak beromantik mana la sebab bawa students tak la ada chance nak beromantik sana sini kwang kwang kwang...kira aci je la :)

maR said...

menarikkknyaaaaa.....gambaq makanan awat tak letak sekali kihkihkih

alinlai said...

Mar,

ehhhhh tak sempat nak ambik gambaq sedaq2 dah licin, maklumlah penat meronda-ronda ke ke ke....tapi makanan dia memang banyakkkkk sangat tak termakan, paling kurang 8 jenis lauk...biasanya lebihlah :)

Kak Teh said...

seronoknyaaaa! memang kak teh bercita-cita nak melancong ke Beijing bila ada rezki. Buat sekarang ni tengok gambar pun cukuplah.

Zakiah said...

MIL saya gi beijing dulu siap beli krim mutiara tu lagi. heheheh..dah tu pergi 1 beg...balik dah beranak plak ke 3 biji. hihihi

alinlai said...

Kak Teh,
hmm kalu bawa pound sterling lagilah seronok shopping ;) tapi baguslah melancong ke situ sebab boleh tgk tempat bersejarah dan boleh shoppingggggg yesss!!!

alinlai said...

zakiah,
iye...bersungguh depa promote krim mutiara tu, itulah magiknya, beg kami pun beranak juga masa balik ke ke ke...

Anonymous said...

Boelh tau x, berapa kos tambang dan hotel kat sana?

Ina

Anonymous said...

Maksudnya, nak ke sana bukan kat sana....:)

Ina

alinlai said...

Ina,
ikut pakej Tabung Haji Travel & Tours senang dan murah dari KL dlm RM2000/- (inclusive of hotel, tourist guide, driver, foods)
Hotel tgk berapa bintang la... kalau 2 bintang USD30 boleh dapat

AnakMalaya said...

bestnyeeeeeeeeee!!! lama dah rasanya ni tak ke luar dari malaysia ni.. gatalllll je kaki ni dah..

alinlai said...

Angah,
pejam mata pi je bercuti, keja sakan pun kalau tak buang duit tak dak maknanya ke ke ke...