Monday, August 28, 2006

Isnin datang lagi...

Salam,

Merdeka...merdeka...merdeka... dah kibar jalur gemilang ke? Kalu dah baguslah...kami belum lagi, ntah la malas nak ikat kat depan rumah tu, nak lekat kat kereta minta maaflah...

Hujung minggu yang best...petang Jumaat check-in kat Le Meri*dien, relax....tengok TV lepas asar terjunnnn...berenang-renang sejam, ber'jacuzzi' lepas tu penat weh...lapaq semua cukuplah. Pi la makan kat CP, disebabkan abang bulat ber'diet' sekarang ni, aku je yang makan sakan... tapi dalam dok diet tu nampak sate, dia beli 10 cucuk...aku dah kenyang sangat...makan 1 cucuk je (lagipun sate tu tak berapa sedap...) ntah angin apa teringin makan sate pulak...layannnnn je la.

Malam tengok cerita 'Host*age' biasalah kat hotel semua movie macam best...

Pagi, lepas subuh tido seround....(tido je keja aku ke ke ke....) dalam pukul 7, turun berenang-renang lagi...yang best tu kami dua orang je dalam, tadak umat lain, awal lagi sapa la nak berenang-renang...tapi yang bestnya, bila dah penat breakfast pun sakan le...segala benda nak try. Lama juga breakfast...naik bilik layu je mata, tido seround (he he he...), bangun kemas-kemas barang dan baliklah ke rumah...(selepas singgah bank uruskan bayaran itu dan ini...), balik lepas zohor aku tido lagi depan TV, bangun lapaq...(isk isk isk...)

Kesimpulannya...hujung minggu aku penuh dengan aktiviti tidoq...

Ahad tak tido siang...mungkin dah terlebih tido, petang pi ronda-ronda kat Tg. Ar*, makan jagung, sayap bakar...lepas tu jalan-jalan kejap kat Taman apa ntah tak ingat nama... kekonon exercise la... malam tadi ada cerita best tajuk 'Sleep*ng Dictionary' shooting kat S'wak...pasal org Ib*n dan omputeh. Adalah dua tiga orang pelakon M'sia jadi extras.

Pagi ni punyalah payahnya nak bangkit tido, lepas Subuh tido jap...7am bangun seterika baju dan 7.30am pi breakfast dulu...macam nak demam je...tekak dah sakit, kepala pun berat semacam je...pi klinik doktor kata ada tanda-tanda demam...dapatlah ubat...dia nak bagi MC, tapi tak tau apa pasal aku kata OK boleh je keja...(tapi bukan ada keja pun...sebab tu tak kisah ke ke ke).


Malam ni dah boleh jalan-jalan kat pesta ko*vo (yesss...) silap-silap tiap-tiap malam ada muka aku dengan abang bulat kat situ...biasalah memeriahkan majlis :) kalau kami tak pi sapa lagi nak memeriahkan... tengok-tengok kain, tudung dll...tapi seperti biasalah tiap-tiap malam pi belek, tapi membeli tak juga...bagi sokongan moral kekonon :)

Tadi aku pi bayar insurans, biasalah ada je orang ramah tamah nak menegur... malas juga nak layan orang yang cepat je teka kita ni keja apa...dialog lebih kurang macam kat bawah ni...

Mamat (M): Keja kat U*tm?
Aku: Tak la...(muka selamba...malas nak layan)

M: Oooo cikgu sekolah mana?
Aku: erk...bukan cikgu...(muka selamba pelik...)

M: Keja mana puan?
Aku: U... (masih muka selamba, tadak perasaan...)

M: Kenal la Puan S?
Aku: Kenal.....(dalam hati dia kat sebelah bilik aku la....)

Isk isk isk...sungguh peramah mamat ni, yang aku malas tu sebab cepat je dia meneka aku keja apa...tak salah kalau dia tanya dengan elok...'puan ni keja mana?' kita pun tak la kisah sangat nak jawab elok-elok...ini terus je meneka dalam kesamaran...tapi kira OK la dia tanya keja kat mana...biasanya orang tanya aku:

'Study kat mana?' 'Ambik course apa?''Dah tahun berapa?"

Kadang-kadang tu aku layan je...jawab je 'dah final year' .

Itulah cerita cerita aku untuk hujung minggu lepas dan untuk permulaan minggu ini...
ta ta all :)

~dariBMkeKK~

15 comments:

maR said...

kak lyn,
Amboiii seronoknyaaa depaa... saya tgk rate meri*dien tu mahaiiiinyaaaa

PuteriSatu said...

mahai ke rate meri*dien tuh ek....

alinlai said...

mar,
ini dpt 'govt rate' less than 200 ok la sekali sekala ke ke ke... last time kak lyn pi RM170/- la ni dah ++ depa ni memang suka naik harga tau...tapi sekali sekala ok je :)

alinlai said...

puteri 1,
less than 200 (govt rate) saja lah ada org belanja kita ON je ke ke ke...

marlinabaharom said...

lyn, sebut pasai konvo, achik teringat waktu pesta konvo kat ITM. kat situ ler cinta ku berputik ngan cik kam!! sadisss..

alinlai said...

Achik,
he he he...kes tolong bagi bunga tu ka? tapi pesta konvo ITM best... meriah...dan makan pun sedap...kat sini kureng sikit la dan tak bleh nak buat pelik2 nanti students pun pelik tengok kita kwang kwang kwang

simah said...

waaa bestnya asyik dok tidoq dengan makan ja...lepak gila la hangpa ni..

laaa suruh ja abang bulat tu terjunnnnn berenang banyak banyak...sure tak yah diet punya... (pandai ja bagi nasihat..diri sendiri mcm tong gajah) heheheheh

Syikin said...

smlm saya tak leh tinggalkan komen. ari ni baru boleh..

selagi blh pegi bercuti..pergilah, esok2 dah ada anak, pergerakan tu agak terbatas sikit esp. nak merendam2 diri hehe.

eh betullah, kalau org tanya kita cakap kita belajar kat u or bekerja kat sana, soalan familiar depa yelah, kenal tak sekian2 org? agaknya depa ingat univ. tu tpt kecik, maka kita kenal smua org..

Sherin Almashor said...

wah syoknya duduk hotel yg mahal dan enjoy-enjoy berjacuzzi lagi! heheheehe..

alinlai said...

simah,
he he he dia dok diet tu, lepas berenang tak sabaq nak timbang badan, turun 1 kg pun dah seronok sakan. Iye makan tidoq makan tidoq je...mujurlah tak bertukar jadi doremon huargh huargh...

syikin,
itulah pasal...depa ingat kecik kot, tapi layan je la soalan2 tu kalau rajin, kalau malas buat muka tak dak perasaan je lepas tu boringlah orang yang menyoal tu ke ke ke

sherin,
hotel mahal...tapi dpt govt rate tak la mahal sangat pun :) best kat situ sebab lepas berenang jacuzzi, nak sauna pun boleh tapi sorang2 malas la, kalau ada geng boleh la juga :)

Aku Bukan Bidadari said...

bestnya diaa.. tido huhuhu
dah gantung jalur gemilang..tapi dh ilang tahan 3 ari jer..sapa lah yg amik ntah.nyampah

ibuVouge said...

bendera LA saja kat umah dah nak cukup sedozen..sebuk soh ibu lekat kat car la beskal la..tapi dia punya la..car ibu....ibu tak kasik..keskeskes

kemain ye ko...alin..tdo je
bestkan pesta konvo itm..cam nak konvo lagi je..:P heheh

alinlai said...

ABB,
he he he adalah tangan2 gatal yang ambik tu...beli tak nak sapu bendera orang nak...tak pe pi beli yang baru :)

IV,
hah...semua jenis kenderaan ka pasang bendera? sungguh patriotik 'anak-anak ibu' :) jom la konvo lagi ke ke ke...

Zakiah said...

amboi berenang sakan no...

er lain kali nak belanja kiter belanja la kat le meridien tu yer. Saya terima dengan hati terbuka...hihihi

alinlai said...

Zakiah,
boleh boleh, belanja bergambar atau belanja makan angin dkt lobi tu no problem :) mai la sini ke ke ke...