Tuesday, August 22, 2006

Hari 2, Minggu 4, Bulan 8

Salam,

Seronoknya minggu ni sebab aku keja 4 hari je, jadi bersemangat pula nak datang keja tiap-tiap hari (bertuah sungguh dapat pekerja macam aku kan?)

Minggu depan lagi best, aku batalkan semua kuliah…sempena minggu konvo he he he…biarlah budak-budak tu berseronok sakan….2 minggu lepas tu depa midterm xm, dan yang lagi seronok tu 2 minggu lagi nak balik kampong yessssssss!!! Ehhh jemputlah mai konvo kat sini, samalah macam pesta konvo kat mana-mana pun ada gerai-gerai, ada konsert…tahun ni tak tau la sapa artis undangan, kalau ‘raja sms’ aku akan memeriahkan majlis tu, kalau orang lain fikir banyak kali la…sebab sesak weh dan macam-macam bau ada. Selalunya aku dengan abang bulat pi memeriahkan gerai makan je ke ke ke standard la tu.

Ok tangan aku dah bersalin kulit…tapi ambik masa juga la nak kembali ke asal…lepas ni kena beli krim sapu banyak-banyak, lepas sebulan insyaAllah okey la kot…amin!

Pagi kelmarin aku pun tengok la juga ‘adik manis’ nikah dengan ‘datuk misai’, comel dia macam selalu…nampak dia excited, harap-harap tak dak la yang buruk-buruk lepas ni, sedih bila dia peluk bapa, mak dan abang dia…of course la bapa, mak dan abang dia sedih…lepas ni dia kena ikut cakap ‘datuk misai’ kalau nak jadi isteri ‘mithali’ kan?

Sunyi sungguh level ni…ramai yang bercuti sempena cuti sekolah. Lagipun minggu depan tak boleh bercuti sebab ada perasmian pesta konvo, raptai konvo dll…itu semua acara Uni yang kami wajib ikut…kadang-kadang kena sign attendance lagi. Tapi logiklah…itu dah termaktub dalam surat lantikan…’menghadiri majlis Uni…’ jangan nak bangkang.

Hari Ahad aku pi membeli barang-barang pesanan penaja (gelang, brooches, butang baju melayu dll) biasalah dah lama tak pi membeli, jadi rambang mata pulak semua nak beli sambil dok imagine my target customer he he he… OK la RM100++ je (hujung bulan ni seratus lebih tu banyak gak kan?) pejam mata je…esok lusa dah nak gaji pun.

Isk isk ngantuk plak petang ni…rasanya balik makan jap lagi kroh kroh kejap la. Inilah masalahnya bila sunyi sangat… mata pun jadi layu semacam je (tapi kalau ada orang pun kadang-kadang aku kroh kroh juga kwang kwang kwang….tak boleh pakai pun alasan tu sebenarnya)

Apa-apa pun kat KK skrg ni penuh dengan orang…janganlah nak pi berjalan-jalan cari makan ke, apa ke…barang-barang kat pasar filipin pun akan jadi mahal daripada biasa, kalau tak pandai menawar memang naya. Aku pun dah lama tak pi situ sebab dah lama tak dak tetamu, biasanya kalau ada tetamu kenalah bawa pi situ lepas tu, aku pun membeli sakan juga, itulah masalah ummahnya...erkkkk.


Tadi lunch mkn beriani ayam...la ni mata pun berat semacam je. Penangan beriani ka ayam ka tak tau la...yang confirm sat lagi nak rehatkan mata dan minda (perghhh....), lagipun bukan masa consultation boleh la kunci pintu jap, ngantuk sangat ni isk isk isk oklah stop sini dulu :)

Ta ta...

~dariBMkeKK~

15 comments:

PuteriSatu said...

oo tangan ko dah bersalin kulit ye....lama gak ek ambik masa nak bersalin kulit tu kan...

alinlai said...

tuan puteri 1,
rasanya la...sebab skrg ni baru terkupas2...tak pe nanti ok la tu :)

Syikin said...

harap2 kulit tu bertambah elok.

saya pun syahdu part siti peluk ayahnya dua kali, entah apalah pesanan bapanya sampai siti terharu sangat2..

Sherin Almashor said...

Wah dah bersalin kulit rupanya. Kulit baru ni lagi nampak muda la kan. :)

simah said...

kulit bersalin? eee.. teringat pulak ular..awak ular ker alin? *wink*

arianna adrizal said...

kak alin,
kita nk pi sana bulan jan tawon depan. jom jejalan skali.. jd tour guide pun best gak! hehe...

alinlai said...

syikin,
he he he harapnya macam tu la...macam nak kena sapu krim lagi ni masalahnya suka garu2, kalu tertanggal sendiri memang ok je biasalah gatal tangan :)

Sherin,
biasalah macam kulit baby la konon ha ha ha....

alinlai said...

simah,
ke ke ke...ular lidi ka ular daun? ni kes kena air panas la sebab tu kulit melecur, la ni dah sampai tahap melupas2 plak...tak pe sapu je krim nanti ok la tu

Arianna,
boleh saja kalau tak busy, setakat nak jadi tourist guide no problem :)

simah said...

laa kena air panas ka..mesti sakit sious.. get well soon.. :0)

alinlai said...

Simah,
sakit la...tapi dah ok sikit.

marlinabaharom said...

ADIK IPAQ ACHIK PUN KONVO NEXT WEEK. DIA UNITEN. SO KENA LAH SATU SATU NYA KAKAK IPAQ YG MITHALI NI MENGHADIRKAN DIRI...

Aku Bukan Bidadari said...

ehemm.. pi soping kat mana tu? apsal tak ajak..eheheheee

alinlai said...

Achik,
ke ke ke...dah buat baju nak pi konvo ka? jangan lebih glamer dari yang nak berkonvo dah :)jangan tak tau kami tiap2 tahun buat baju baru sempena konvo ha ha ha... saja seronok2, memeriahkan majlis.

A.B.B.
shopping kat sini je, tapi kalau nak mai KK cakap la boleh bawa pi kedai tu...rambang mata dan duit semua nak beli :)

maR said...

Kak lyn dah elok kat sikit tangan tu? Alhamdulillah. Tak bulih bayang sampai kena salin kulit. Kalau jadi kat saya ni, habih la parut, dah la itam. Dah tu kalau parut tuh, lambat la nak hilang... :)

alinlai said...

Mar,
Alhamdulillah ok sikit ni, dok sapu krim banyak2 dan nampak perubahan :) suami kak lyn dok gelak sebab dah jadi kulit apa ntah, iya la sementara nak elok nampak bertompok2 sikit ha ha ha sabaq saja la...