Wednesday, August 16, 2006

Hari 3, Minggu 3, Bulan 8

Salam,

La ni tangan aku dah gatal-gatal...mungkin sebab nak salin kulit baru (erkkk macam ular plak bersalin kulit), tapi tak kisahlah tu cuma masa kuliah tadi aku dok tergaru-garu tu sure budak2 pelik sikitlah...tapi budak2 memang tak berani nak bertanya benda tak berkenaan...tau pun takut dengan aku kwang kwang kwang...(kena garang sikit beb nanti depa naik lemak, kalu depa naik lemak aku takut aku yang jadi lemau....)

Kuliah 2 jam aku tak bagi rest walaupun 5 minit sebab nak habiskan cepat...tapi hampehhh aku habiskan 10 minit sblm 4pm juga...ntah la banyak plak benda nak cover (2 bab weh...)...nasib le wahai budak2 sapa suruh ambik kelas aku (macam la depa ada pilihan ....kui kui kui)


Isu semasa:
Tak habis lagi isu 'budak kecik' yang menang pelakon wanita terbaik tu...ada yang pro dan ada yang mengutuk. Pada aku sesiapa yang rasa bodoh bercakap dalam bahasa sendiri adalah seorang yang paling tidak bijak, sedangkan bahasa sendirilah yang paling senang untuk kita pertuturkan. Bahasa paling senang pun tak boleh cakap ke? Tak ke tidak bijak namanya tu? Sendiri mau ingatlah 'sw*etheart'.

Walaupun 'budak kecik' ni berbakat (pada pandangan aku...) tapi rasanya dia kurang bijak. Isu macam ni akan mengurangkan sokongan peminat dan sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia satu hari nanti. Bak kata pepatah...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat...jangan isu ini akan diperbesarkan lagi sampai satu tahap dia tak boleh keluar kat media massa kita.

Harap-harap lepas ni artis Malaysia akan belajar daripada kejadian tersebut :)

Ta ta...

~dariBMkeKK~

12 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Budak tu tak layak jadi melayu..
huh!

err org kata kalo gatal tangan belah kanan nak dpt duit, kalo belah kiri nk kuar duit..huuhhuhuhuhu

alinlai said...

ABB,
biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya :)
ni separuh tangan gatal (bukan tapak tangan) tapi belah kirilah...nak sekeh orang gamaknya uiskkk...

Zakiah said...

eik budak tu rasanya dier tak bermaksud apa yang kita sangkakan...tapi salah dier lah saper suruh cakap cam gitu. Ala budak kecik. Takdak akai lagik.nway dia dengan kakak dier selalu ada kontrovesi ah depa ni. Yerla sebab mak pun selebriti.

Hish aper yang saya ulaskan ini. Adakah ini ruangan auwww! mama juwie?

alinlai said...

zakiah,
ke ke ke bukan mama juwie...ni syhhh BAM :) iye depa ni terlalu vokal tu yg jd mcm tu...depa kena belajar berlapik sikit terutama dlm majlis2 rasmi. Masuk kelas PR & Etika ke la lepas ni :)

marlinabaharom said...

alaa.... achik tak tengok FFM sampai abis... baru kul 9:30, dah pengsan depan TV!

alinlai said...

Achik,
ke ke ke terlepas la tgk adegan2 kronik dlm FFM tu, contohnya masa bad*l & Ida N*rina, budak kecik dan ucapan panas dia...azn*l jadi backup singer (yg ni lawak...) ada ulangan tu rasanya...

Ayu said...

uikss kelas 2 jam tadak break?? aiyakss kalo aku le dlm kelas tu dah panas bontot aku hehehe takpon sure aku akan angkat tangan mintak nak gi toilet hehehehe

pasal budak kecik tuh....aku cuma nak ckp dgn dia "sendri mau ingat laaaa"

arianna adrizal said...

kak alin,
sib baik tangan je salin kulit.. kalau satu badan, silap2 wartawan "majalah aneh" datang interview pastu front page muka akak dgn tajuk, "penyakit misteri.." kehkeh!


sian budak tu.. wrong time, wrong place lah. nak wat camane... mulut tak bebedung.

alinlai said...

Ayu,
memang nampaklah muka masing2 dah tension, tapi itulah balasannya kalau suka masuk kelas lambat dan kalau bagi break 5 minit jadi 10 minit, ha ha ha...ambik kau duduklah situ with no commercial break :)

budak kecik yang kita tak tau akan menjadi semakin femes atau kurang femes...kita tunngu dan lihat ;)

alinlai said...

Arianna,
lepas tu akan femeslah blog ini sebab ada citer misteri pasal wanita bersalin kulit, kulit jadi licin putih berseri huarghh huarghhh...(eiii takutlah...ke ke ke)

lepas ni sejuklah citer budak kecik tu dan harapnya dia belajar dari kesilapan :) mak dia lupa bedung mulut kot masa kecik2...

Sherin Almashor said...

alinlai, nak dapat duit le, kalau tangan kanan yg gatal.. :) Nak belanja kami ke? Tapi kalau Alin salin kulit, jgn lupa nak update kami ye? teringin juga nak tengok gambar & dgr cerita.

Pasal budak kecik tu, dia tu mmg talented but maybe dia emo sikit pasal byk halangan nak buat filem ni. Tambahan pula darah muda ni panas sikit.:)

alinlai said...

Sherin,
he he he ni bersalin kulit pasal kes tertumpah air panas ni. Budak kecik tu memang suka memberontak kan...tak pe harap2 bila dia besar skit dia lebih bijak dan berfikir sblm nak buat apa-apa :)sayanglah bakat dia yang besar tu...