Wednesday, May 24, 2006

@ minggu 4 Mei '06

Salam,
Erk...dah seriau ni...study ntah apa2 hari ni dah Selasa....tak pe tak pe yakin boleh M'sia Boleh!
Abang bulat lagi la kesian, meeting la, ada bengkel la...memang dia tak study, so aku pun buat la nota kecik2...tolong bacakan dan explain apa yang boleh...sama2 la kami menjawab apa yang kami tau Sabtu ni kwang3...
Minggu depan cuti...ingatkan nak balik kg tapi tiket tak beli lagi...dan suamiku yang busy itu ada meeting plak on Monday. Kat sini cuti 30 & 31 Mei, tengoklah macam mana...kalau tak dpt balik skrg balik bulan 7 ke...or bulan 8 before puasa...then raya balik lagi ke ke ke...best tu :
Tadak la ceritera menarik pun...cuma kat rumah aku siang2 ada orang...MIL & FIL ada, adik ipaq yang nak konvo pun ada dan dua orang anak kakak sulung abang bulat. Tapi budak2 ni macam tak mesra dengan aku, jarang2 jumpa kot (tapi anak2 menakan aku ok je dengan abang bulat)...biasa la masalah komunikasi, sesapa yang tak biasa mesti pelik...budak2 sini bahasakan diri 'aku' kalau anak2 menakan aku cakap aku dengan aku memang kena sekeh kepala la...tapi kat sini diorang biasa je...dengan mak bapa pun bahasakan diri aku...
Yang aku perasan students aku masa tahun 1 memang selamba je cakap aku dengan pensyarah, then kena la smash dan dibasuh cukup2, lepas tu tak terdengar lagi gantinama diri pertama 'aku' dengan aku.
Kesian juga dekat budak2 dua orang tu sebab tak bleh pi mana2...sebab2 nya:
1. Kami keja
2. Kami nak exam sabtu ni
3. Kami ada 1 kereta sahaja skrg ni
4. Hujung bulan
5. Abang bulat demam
Itulah antara sebab2 lawatan sambil belajar budak2 tu kat rumah kami saja...tak pe cuba lagi lain kali mana tau at that time kami free :)
Hari ni aku kena angin apa ntah...pagi2 lagi dah lalok...sedar2 dah terlentok kepala atas meja...bangun tutup lampu, kunci pintu...sambung lentok...malam tadi tido biasa je pukul 11pm lepas LOST, breakfast makan bihun + mee + horl*cks...ada kas kas gamaknya dlm bihun + mee tu...tapi sebab utamanya aku rasa ialah...aku dok study ni...macam masa kita sekolah dulu2 (aku le...) buka buku sekolah je mula la menguap, tapi kalau buka sesi gebang ok plak...sampai 2,3 pagi pun segar je...rupanya tak hilang2 perangai tu isk isk isk...
Oklah...sampai sini saja sesi bercerita peringkat taman perumahan aku...esok lusa aku cuba cari bahan menarik yang lain untuk dikongsi bersama-sama...ciao cin cau :)
ta ta...
~dariBMkeKK~

8 comments:

Mummy Rizq said...

lyn..hang belajaq la rajin rajin no.. good luck to u & abg bulat. actually abg bulat tu org semenanjung ker sabahan?? konpius...konpius...

Alinlai said...

achik,
orang sini...ehh bukan dah citer ke dlm e mel hari tu? Ntah2 lupa nak citer kwang3...dok belajaq bersungguh2 ni...tapi bila tengok nota je mula ngantuk tak ingat dunia :)

kasutVINCCI said...

selamat menempuh periksa ye kak alin. Teringat bab pereksa ni boleh sakit jiwa gak. Kv jenis malas nak study, tapi nak pass exam. Tak ke haruuu.

Alinlai said...

KV,
he he he sama la kita calit skettt... punyalah malasnya nak study, skrg ni dok buat nota kecik2 baca yang itu je...goreng je nanti asalkan jgn hangit dah :) tq tq tq...

Kaklong Syikin said...

ni exam apa alin? master punya ke?

all the best to you ya..

Alinlai said...

syikin,

P*K ...tak habis2 lagi ni, tak study pun, tapi berangan nak dpt cemerlang...baru lepas print small notes nak baca sblm tido mlm2...goreng je la nanti ;)

simah said...

syikin..

alin ambik course apa? Good luck with the exam!!:0))

Alinlai said...

simah,
kursus P*K, kursus untuk org2 Gomen kat M'sia ni...ada exam pulak tu. Kalau cemerlang senang nak dpt kenaikan pangkat + gaji. Mcm2 kursus la skrg sabar je la :)