Wednesday, May 24, 2006

Open arms...

Salam,
Sejuk kat sini hari ni...mendung sikit, nak hujan agaknya petang ni. Tak pe hujan rahmat. Opis pun sunyi je, ramai yang pi seminar dan bercuti...minggu depan lagi sunyi dan sepi, ramai yang cuti sempena cuti sekolah dan ada 2 hari cuti umum kat sini...ambik peluang le tambah cuti. Aku pun cuti tapi tak tau nak pi mana sebab abang bulat kena memangku Dek*n ke ke ke nampak gayanya aku bercuti kat rumah je...lepak tido masak makan...perghhh bleh bertambah sihat. Kalau ada kenkawan yang cuti nak ajak pi berkelah la...best juga pi mkn2 tepi pantai...apa lagi aktiviti kat sini selain dari lepak2 kat tepi pantai...at least ada gak aktivitikan?

Last week tengok AI final 3, Yam*n nyanyi lagu Open Arms...arghhh nostalgia sungguh. I love this song...Journey's version not the Carey's version...syahdu sungguh. Teringat zaman mudo den kek Kg Midla*d, MI. Terus sms Nda...then dok flashback citer kat situ...our golden moments kekonon ke ke ke...jadi terimalah lagu ini:


OPEN ARMS by Journey

Lying beside you,
here in the dark
Feeling your heart beat with mine
Softly you whisper,
you're so sincere
How could our love be so blind
We sailed on together
We drifted apart
And here you are by my side
Chorus
So now I come to you,
with open arms
Nothing to hide,
believe what I say
So here I am with open arms
Hoping you'll see what your love means to me
Open arms
Living without you,
living alone
This empty house seems so cold
Wanting to hold you,
wanting you near
How much I wanted you home
But now that you've come back
Turned night into day
I need you to stay.
(chorus)
Ok...dah start cuti sekolah ni ramai la orang nak kenduri...tapi kat sini ntah la kenduri kurang kick ramai yang buat kat dewan...(sama ada dewan kat hotel atau dewan orang ramai...), kalau kat semenanjung buat kat rumah rasa seronok sangat...kena pula makan berhidang...siap angkat2 talam perghhh feel dia memang best. Lauk pauk pun lain juga...kiranya tak berapa sempoiii la...(komplen je aku ni kan ke ke ke...) tapi itu adalah fakta sebenarnya, kawan2 sini yang pernah/ lama kat semenanjung pun akan komen benda yang sama...


Opsss....kena stop, esok atau lusa update lagi...kalau tak dak new N3 tu selamat berhujung minggu kenkawan... tak kira yang kat M'sia atau kat luar M'sia enjoy ur weekend :) cau cin cau.
Ta ta...

~dariBMkeKK~

@ minggu 4 Mei '06

Salam,
Erk...dah seriau ni...study ntah apa2 hari ni dah Selasa....tak pe tak pe yakin boleh M'sia Boleh!
Abang bulat lagi la kesian, meeting la, ada bengkel la...memang dia tak study, so aku pun buat la nota kecik2...tolong bacakan dan explain apa yang boleh...sama2 la kami menjawab apa yang kami tau Sabtu ni kwang3...
Minggu depan cuti...ingatkan nak balik kg tapi tiket tak beli lagi...dan suamiku yang busy itu ada meeting plak on Monday. Kat sini cuti 30 & 31 Mei, tengoklah macam mana...kalau tak dpt balik skrg balik bulan 7 ke...or bulan 8 before puasa...then raya balik lagi ke ke ke...best tu :
Tadak la ceritera menarik pun...cuma kat rumah aku siang2 ada orang...MIL & FIL ada, adik ipaq yang nak konvo pun ada dan dua orang anak kakak sulung abang bulat. Tapi budak2 ni macam tak mesra dengan aku, jarang2 jumpa kot (tapi anak2 menakan aku ok je dengan abang bulat)...biasa la masalah komunikasi, sesapa yang tak biasa mesti pelik...budak2 sini bahasakan diri 'aku' kalau anak2 menakan aku cakap aku dengan aku memang kena sekeh kepala la...tapi kat sini diorang biasa je...dengan mak bapa pun bahasakan diri aku...
Yang aku perasan students aku masa tahun 1 memang selamba je cakap aku dengan pensyarah, then kena la smash dan dibasuh cukup2, lepas tu tak terdengar lagi gantinama diri pertama 'aku' dengan aku.
Kesian juga dekat budak2 dua orang tu sebab tak bleh pi mana2...sebab2 nya:
1. Kami keja
2. Kami nak exam sabtu ni
3. Kami ada 1 kereta sahaja skrg ni
4. Hujung bulan
5. Abang bulat demam
Itulah antara sebab2 lawatan sambil belajar budak2 tu kat rumah kami saja...tak pe cuba lagi lain kali mana tau at that time kami free :)
Hari ni aku kena angin apa ntah...pagi2 lagi dah lalok...sedar2 dah terlentok kepala atas meja...bangun tutup lampu, kunci pintu...sambung lentok...malam tadi tido biasa je pukul 11pm lepas LOST, breakfast makan bihun + mee + horl*cks...ada kas kas gamaknya dlm bihun + mee tu...tapi sebab utamanya aku rasa ialah...aku dok study ni...macam masa kita sekolah dulu2 (aku le...) buka buku sekolah je mula la menguap, tapi kalau buka sesi gebang ok plak...sampai 2,3 pagi pun segar je...rupanya tak hilang2 perangai tu isk isk isk...
Oklah...sampai sini saja sesi bercerita peringkat taman perumahan aku...esok lusa aku cuba cari bahan menarik yang lain untuk dikongsi bersama-sama...ciao cin cau :)
ta ta...
~dariBMkeKK~

Friday, May 19, 2006

Jalan-jalan @ Man*la

Salam
Ok hari ni ni kita terbang jauh sikit...kita ke Man*la, Ph.

Aku transit 1 hari 1 malam saja kat sana sebelum terbang ke Can*da...bulan 8, 2005. Trip to Can*da aku dah citer dulu
kat sini

Aku terbang dari KK-Manila 12.30pm 17/08/2005, kejap je 1jam 50min dah sampai...dari atas kapalterbang aku dah rasa tempat ni agak menakutkan...tapi fikir nak lepak kejap je ok la kot. Punyalah ketatnya kawalan airport....nak keluar kapal kena check, nak keluar terminal kena check, dan yang melampau nak masuk terminal (bukan depart hall) ada polis check pasport, visa, tiket kalau tadak benda2 ni tak boleh masuk... keluarga or kenkawan bleh hantar depan pintu je... eiii punyalah bahayanya negara tu.


Lepas immigration checking, settled everything...lega, tapi satu masalah timbul....mana nak tido malam tu?

Pergi la cari kaunter teksi berkupon hmm tak dak plak...nampak orang ramai2 kat satu kaunter luar NAIA (Ninoy Aquino Int. Airport), aku pun terjah je...rupanya kaunter pendaftaran hotel... nekad je ambik teksi (kongsi dengan orang Arab mana ntah...) then teksi tu hantar ke Exec. Pla*za Hotel, Downtown Man*la....erk...ngerinya tempat ni. Ramai sangat orang, kalau ramai tourist ok, ni ramai homeless...lepas check in masuk bilik nak tengok luar pun tak boleh sebab tingkat bertutup....dan tak boleh dibuka (atas sebab2 keselamatan...), lega sikit sebab sebelah hotel ada 7 Eleven, ngantuk la .... tido jap petang lapaq...pi la 7 Eleven (depan 7 E ada pengawal keselamatan siap bersenapang), ingatkan ada la benda bleh makan...ada masalah besar semua dlm bahasa Tagalog, dan kat situ banyak benda berperisa bab* erk...geli plak...beli air je la...biskut yang familiar makan la sorang2 dlm bilik. Nak masak mee segera pun tak boleh sebab tadak cerek dlm bilik, kalau nak air panas kena minta...isk apa punya konsep daa....terus kensel nak berjalan2 ke sana sini..takut weh, orang2 dia tengok kita semacam je...tak jumpa le orang bertudung, sampai malam...keja aku tengok TV (mujur banyak channel). Malam telefon abang bulat....lepas tu tido je la...doa + tawakal jangan ada apa2 berlaku.

Pagi, 18/08/05 lepas breakfast...(minum air sejuk dan biskut...) terus pergi register untuk 3 hours Manila trip. Ingatkan ramai2 rupanya aku sorang2 je...tak pa la driver van pun ok, dah berumur nama 'pakcik' Ray...(nama omputeh...), dia bawa la aku tour Man*la & Makati, Tempat yang mula2 kami sampai ialah Manila Cathedral....gereja besar...tapi aku tak masuk la...tengok2 kat luar je, ngeri gak nak masuk sorang2...bukan ngeri apa dia dok pasang lagu2 yang syahdu tu bagi aku ngeri la... Lepas tu ke Fort Sant*iago, kawasan besar yang dikelilingi tembok tinggi....dalam kawasan ini ada kubur tentera Sepanyol, ada bilik tahanan terakhir hero Filipina Dr Jose Rizal (ingat tak kenkawan....belajar sejarah dulu...), memang bagus la depa ni memang kawasan ni terjaga dan memang penuh dengan bahan2 sejarah...naik atas kota ni boleh nampak Old Man*la, kotor sangat2...sungai Man*la isk...tak bergerak dah air sungai tu hitam pekat... bersungguh2 la si Ray bercerita pasal sejarah Jose Rizal ni...lepas tu aku pun cerita la aku tau sapa dia... ada ka dia suruh aku compare Jose Rizal tu dengan mana-mana pemimpin M'sia isk...psiko sungguh, malas nak layan....politikus juga si Ray tu dia kenal Dr M, DSAI, Pak Lah...tapi aku pun kenal Arroyo, Marcos dan bini dia juga ke ke ke...apo-apo la Ray *Aiman tak kisah*

Sempat minum air kelapa muda yang murah.. 5 peso (berapa sen je duit kita...)

Kebanyakan tempat dalam poskad kat bawah tu aku dah pi atau lalu dengan si Ray. Bagus dia ni...tempat yang tak termasuk dalam lawatan pun dia bawa...aku dapat lah tengok penempatan setinggan tepi jalan keretapi. Kesian sungguh....memang daif. Rumah kecik2 dibuat daripada kotak...budak2 kecik berkeliaran pantang nampak kereta berhenti cepat je ketuk2 cermin minta sedekah or dia jual barang2 macam rokok, air mineral ... aku tak buka le...pintu memang berkunci memanjang... dalam takut2 tu berani juga ikut tour macam tu ke ke ke....pengalaman mahal tu :)

Traffic kat Man*la memang teruk....jem sana sini...dan yang sakit telinga tu bunyi hon sana sini...drivers tak kira bawa kereta ka bas ka jeepney (macam tut-tut) semua nak bunyi hon eiii tensen sungguh, jalan luas tapi kereta memang banyak...macam kat US left hand drive....

Pemandangan ni dari Roxas Blvd. nama tempat ni Manila Bay... kiranya tempat persinggahan kapal2 layar orang kaya2 la...ada Hotel Hyatt, Pejabat MAS kat kawasan ni dan yang buat kawasan ni meriah...malam2 ramai orang bersosial kat sini...kira happening la...banyak tempat2 minum, makan dll orang situ panggil 'gimmicks'. Bersungguh2 Ray nak bawa aku pi tempat2 tu...siang2 pun ada gak yang buka dia tak percaya bila kita cakap kita tak minum arak...sebab bagi diorang Arak tu dah jadi minuman biasa....isk nak je ketuk kepala Ray tu... tapi pakcik Ray ni ada juga komen orang2 tua situ pun makin risau sebab budak2 muda makin liar dan yang pompuan makin seksi...tu semua pengaruh Amerika... no komen la...tapi memang seksi pun pompuan2 dia...dah la putih gebu...


Ray bawa aku pusing2 Makati...bandar ni memang hebat...dah lain sangat daripada bandar Man*la, bersih dan tersusun. Bank2 besar banyak ... dan shopping malls hebat2 la...tapi tak singgah la duduk dalam van je. Memang beza sangat2 la dengan Man*la, kerajaan Filipin* memang sengaja bangunkan kawasan ni sebab nak kurangkan kesesakan kat bandar Man*la. Tak nampak la homeless kat kawasan ni...lega sikit. Kalau sesapa nak pi Filipin* aku suggest cari hotel kawasan ni...selamat sikit.


Ini gambar bangunan depan Fort Santiago... souvenirs shop, tapi tak la teringin nak beli apa2 sebab aku ni transit je tempat tujuan pun blom sampai lagi...sat lagi beg dah penuh...isk sedar diri juga masa tu. Faktor lain ialah....barang2 situ bleh dapat kat pasar Filipin* kat KK ni...buat berat beg, buang duit dan tenaga aku je beli kat situ...dah la mahal maklum la harga pelancong ke ke ke... orang M'sia kan kaya2...si Ray ni yang kata bukan aku. Alhamdulillah...aku aminkan je doa dia.

Tanya juga kot2 ada restoren muslim...dia pun tak pernah nampak... dia kata ada la kawasan muslim tapi kat hujung2 bandar dan bahaya erkkk tima kasih la pakcik tak makan pun tak pe ke ke ke...

Negara ni cantik sebenarnya tapi politik tak stabil...orang pun takut nak pi. Kalau kat KK ni mat salleh selamba je jalan sana sini...kat Man*la mat salleh pun jarang2 jalan...kalau ada pun dlm kumpulan, sebab diorang pun takut...anytime bleh kena copet, bleh kena tikam dll...boleh bayangkan depan money changers pun ada guard, depan pejabat MAS pun ada guard, depan 7 Eleven pun ada guard...kiranya aku masa kat sana dalam kategori berani2 dalam ketakutan la...kalau tak jalan2 ntah bila nak sampai lagi...so nekad buat2 berani la...muka confident je...tapi dlm hati Allah saja yang tau.

Dalam banyak2 pengalaman kat Man*la yang paling aku takkan lupa masa kat NAIA, nak check-in ke Vanc*uver, minta macam2 dokumen...walaupun dah ada visa, nak dijadikan cerita aku tertinggal surat undangan conf. (maklum la sibuk bersiar2 bandar), yang ada cuma jadual pembentangan yang ada nama aku, so aku terpaksa la explain ke sana sini yang aku ni nak pi membentang...mujurlah pegawai tu lepas, kalau tidak aku tak sampai Kanada....sampai Man*la je. Jenuh nak menjawab kat Dekan. Alhamdulillah...lega sangat bila dah masuk kapal....dah la departure hall daif sangat...kecik je rasa lepas satu beban...orang2 dia pun pandang kita semacam je...(aku bertudung), yang bertudung kat airport tu yang keja2 cuci je...yang nak naik kapal yang keja maid kat mana2 negara lain...(aku tau sebab untuk maids ada lorong khas...), eiii sengsara kejap.

Aku duduk seat tengah...sebelah kanan nenek tua...nak pi Las Veg*a (berjudi la tu....), sebelah kiri makcik, nak pi lawat anak dia kat Can*da...banyak duit depa ni... aku dah requested for Halal meals, dapat la makan awal sikit, nasi + ikan masak apa ntah, buah, roti + mentega (ada tanda halal)...makan deh kenyang baru la makanan2 orang sebelah aku sampai....2 choices rice + pork or noodles + chicken...yuck...aku dah nak termuntah, mujurlah inform the airlines nak Halal meals kalau tidak sure aku pengsan 16 jam tu...(jap tak ingat 13 ka 16 jam...lebih kurang ler...) eiii pengalaman weh...mahal tu kalau orang suruh pi Man*la lagi aku tak sanggup dah...transit pun rasanya tak sanggup sebab airport dia tak menarik langsung...

Balik dari Can*da transit 1/2 day kat situ (24/08/06)...lega juga sebab tak lama...yang boring tu kat luar airport tadak tempat lepak...ada 1 restoren...nak masuk restoren tu kena periksa badan dan barang2...(isk isk isk) lepak lama2 nak makan mende pun tak tau semua ada bab* masa tu barulah rasa kalau ada sayap dah terbang lama dah...tak boleh hidup la kat situ. Yang bertambah boring dok mai cakap Tagaloq dengan aku...allo aku ni Melayu bukan Filipin* dia tak percaya cakap juga...aku rasa dia ingat aku ni orang Mindana* kot...yang lupa daratan tak nak cakap bahasa ibunda nak cakap omputeh je...bila dah banyak kali explain dia buat2 terkejut plak sebab buat apa sorang2...dan yang lagi best dia kata M'sia very 'nice' huh...isk dok bagi komen plak sengih je la...nice dia yang dia kata tu bukan baik....tapi nice = cantik kwang kwang kwang....ok ciao ta ta....

~dariBMkeKK~

Thursday, May 18, 2006

Di tepi pantai yang indah....

Mari menengok gambar...

Ini salah satu koleksi gambar laut dari Pekan Kud*t, gambar ni cantik sikit sebab guna digital camera yang kami baru beli thru lelo*ng.com, murah gak less than RM400 kena bajet sebab banyak nak guna duit tapi teringin nak berkamera baru...panas kat luar ni ambik dari dlm kereta hasilnya agak memuaskan. Kalau lepak petang2 mesti seronok tapi tengahari rembang macam masa gambar ni diambil tak payah le buat pening kepala saja

(maksud tengahari rembang = tengahari yang panas terik)


Pemandangan dari cafe kat Sea*ideTrav*ller's Inn kat Kinar*t kecik je resort ni tapi accessible tepi jalan je. Murah pulak tu RM80/nite ada plan nak pi lagi nanti la bila2 boring duduk rumah bleh le pi melepak situ. Yang seronoknya rasa macam kat overseas, mat salleh je duduk situ nak berenang2 pun tak segan sangat ke ke ke



Lagoon @ Mimp*an Jadi, Tuar*an. Cantikkan? Sayangnya management resort ni macam tak cukup manpower nak handle the resort. Bilik pun berdebu...dah la TV ada sekian-sekian channel je, Ast*o pun tadak...tak bleh pi weekend sebab kalau ada bola mati kutu abang bulat. Aku tak kisah sangat...asalkan ada siaran dan ada drama melayu aku ON je...kalau kita tak tengok drama melayu sapa lagi nak tengok ye tak?




Ok sekian cerita bergambar untuk hari ini...ke ke ke biasa la ide tadak tapi nak juga update, nanti aku cerita pasal trip ke Manila pulak. Ta ta...

~dariBMkeKK~

Wednesday, May 17, 2006

@ hari 3, minggu 3 Mei '06

Salam,

Malam tadi ribut kat KK ni...(atau kat kawasan rumah aku je...) punyalah kuatnya angin...eii ngeri pulak. Alhamdulillah tadak apa2 kejadian yang tidak diingini.

Ehhh baru perasan, tarikh perjumpaan alumni sekolah aku...ahad 28/6/2006...silap kot ntah2 28/5/2006 alamak tak dapat join lagi...kalau bulan 6 bleh la adjust, nak cari tiket k/terbang la...takkan nak balik berenang pulak kot...ni bulan 5 macam mana nak adjust tapi sebenarnya aku teringin nak join...lama tak pi sekolah tu...bleh jumpa kawan2 lama...juniors dan cikgu2...(kalau masih ada lagi le cikgu2 yang ingat kat aku ehhh ada, cikgu shidah malam tadi dia sms aku...).

Sejuk hari ni...mendung je kat KK ni, bila angin macam ni mood pun lain macam je...nampak rumah je ke ke ke... sunyi sepi pulak tu, students tadak... ramai juga yang berkursus sana sini... perghhh ni kalau hilang2 pun tak dak sapa perasan...tapi disebabkan kami ni komited duduk la diam2 dalam opis...so janganlah salahkan aku kalau ada je N3 tiap2 hari...ini salah satu ubat hilangkan boring kat opis.


*pause*

Alhamdulillah dah lunch...kenyang la pulak...isk isk isk berat mata memandang berat lagi mata yang melihat, nak tido rasa berdosa pulak...perut penuh lagi dengan nasi + lauk. Relax2 dulu la...member sebelah pun rasanya balik emergency anak demam....memang sunyi dan sepi ni...erk...Dr sebelah kiri ni ada le...pong pang pong pang buat apa ntah, bertukang kot?

Jiran sebelah kiri ni memang bising...kita boleh tau dia ada dlm bilik sebab ada saja bunyi pergerakan dia. Dia buka pintu je dah dengar sebab memang kuat dia tolak pintu, lepas tu bunyi dia hempas pintu, lepas tu dia baling kunci atas meja, lepas tu dia tolak kerusi (atau kerusi tertolak masa dia duduk), lepas tu bunyi buku/ pen/ apa2 sahaja yang dia capai...lepas tu bunyi dia jalan sana sini dlm bilik tu, bunyi dia ketuk itu ini...arghhhh tensen gue. Yang lagi best kadang2 bau asap rokok erk...gossip plak dia ni merokok ka? Tak berani la nak tuduh2 (kau jangan main tuduh2 Ali **dialog Jeff dlm citer Ali Setan**)

Dah pukul 2pm...malam ni abang bulat ada dinner...kalau dia ajak aku ikut saja. Kalau tak ikut duduk la makan sorang2 kat umah sambil tengok TV or TV tengok aku. Skrg ni malam masih muda pun aku sudah mengantuk. Kalau isyak pukul 8pm, silap2 8.30pm aku dah tido2 depan TV. Bukan la penat sangat pun tapi ntah la ... kena edisi siasat ni.

Stop sini dulu ta ta!

~dariBMkeKK~

Tuesday, May 16, 2006

@ hari 2 minggu 3 Mei '06

Salam,

Erk...santai sungguh aku ni...minggu depan exam tapi satu benda tak start baca lagi...assignment pun baru siap 3 m/s. Isk isk isk...apa nak jadi? Tapi kena gak start buat nota kecik...hujung minggu ni MIL nak datang... 2 anak menakan belah abang bulat nak mai sebab cuti sekolah, minggu depan SIL konvo maktab...aku risau ada tetamu lain je...ark...disebabkan itu aku dah kensel cuti minggu depan...kena duduk opis baru bleh study kalau kat umah takkan la dah ada orang kita nak buat2 rajin study plak tak hormat tetamu plak.

So....i am so sorry to all my guests, make urselves comfortable. Buat macam umah orang ke ke ke....erk...gulp!

Alhamdulillah aku tak beli tiket balik Penang next week...mulanya aku plan nak balik seminggu... masa tu blom tau ada kursus dll...kalu tidak haru la juga...hancus program, rugi 2,3 ratus...(k/terbang bajet murah beb...)

Kesian plak dekat budak2 dua orang tu time depa mai kami sibuk...rasanya nak berjalan2 pun macam berat sikit la nak exam...duduk rumah je la ok, lain tahun mai lagi.

One of my SIL nak bertunang ( aku pernah citer kot?)...tak pe la lepas dah kawin pandai2 la bawa diri. Aku no komen dengan depa ni...dulu masa baru kawin aku pernah ala-ala ngamuk juga...sebab aku dok memasak beria kat dapur depa bleh bersantai2 depan TV erk...aku sound direct...bulan posa aku remind nak sahur sila bangun awal tolong2 masak...kalau tidak faham2 le...I have to...sebab awal2 tu diorang ni macam 'lemak' semacam je... maka jadi le aku kakak ipaq yang garang... tapi garang2 sikit je la... lama2 aku perasan kalau depa mai rumah nampak aku masuk dapur cepat2 depa mai tanya nak tolong apa...ke ke ke...terror tak aku?

Tapi depa tak bleh nak kutuk aku sebab masa aku balik kampung raya hari tu orang2 kg semua puji (kembang...kembang...) rajin menantu orang penang tu... belajar pandai... buat kerja dapur pun cekap... erk... depa tak tau mak aku punya strict bab2 kat dapur, hasilnya macam aku dan adik beradik aku le... pi mana pun kami ok... kalau ada anak2 bujang jangan le manjakan sangat... kalau dah belajar setinggi mana pun dah balik rumah sila2 le ke dapur, lagipun logik akal le...takkan orang masak kat dapur kita tergamak nak duduk goyang2 kaki kat depan atau dlm bilik isk... tak logik tak logik. Tak kisah la... setakat mana nak kutuk pun bila susah kami juga yang depa cari ke ke ke...tak kisah le tu... *aiman tak kisah...*

Bukan apa...aku dulu masa bujang kalau mak/ kakak kat dapur cepat2 la pi tolong apa yang patut...takkan tergamak nak relax2 sedangkan orang lain tunggang langgang masak kat dapur...hangin satu badan orang tu.

Moral of the story ada anak2 ajar apa yang patut...so bila dia besar dia pandai bawa diri insyaAllah :)

**********************************************************

Hmm rasanya boleh siap assignment ni... kalau siap esok nak pi hantar (ke ke ke...berangan...) boleh la study dengan bersungguh2... minggu depan ada meeting plak... eii kalau tak rugi setengah hari tak sah le meeting panjang2... maklum le banyak isu. Yang pasti aku tadak isu nak diperkatakan...seal my mouth...except for makan-makan... rezeki jangan ditolak...

Alamak dah lapaq ni...tadi breakfast awal...duduk dlm bilik yang aircond punyalah sejuk ni membuatkan perut cpt lapaq...dan dahaga memanjang....dan satu lagi cabaran...mata kuyu je, sebab tu le lepas zohor manjang take a nap...(nap konon ke ke ke...) ditambah dengan suasana sunyi skrg ni isk isk isk memang sesuaiiiii sangat untuk ____ erk...untuk apa tu...sila isi tempat kosong kwang kwang kwang.

Tapi kena sedar diri...at least siap 1 paper untuk bentang kat mana2 before end of the year... itu pun tanggungjawab juga. Nak tulis buku pun setakat mana la ilmu yang aku ada untuk terbitkan buku...sabaq sabaq... bila dah lama dlm bidang ni rasanya tak susah nak tulis buku...bagi orang kenal sikit baru senang nak dapat support. InsyaAllah the time will come...aminnnn!!!

Oklah...dah agak panjang merapu...untuk Guru-guru (samada yang berjawatan sebagai guru atau yang menjadi guru kepada anak sendiri) aku nak ucapkan


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2006
Ta ta....
~dariBMkeKK~
p/s: seronokkan cikgu2 kat sekolah sure dapat banyak hadiah hari ni + jamuan ... teringat zaman sekolah dulu2, Hari Guru selain daripada tak payah belajar, ada makan free ke ke ke...itu yang best tu.

Monday, May 15, 2006

Santai di hujung minggu...

Salam,

Amacam cuti hujung minggu yang baru lepas? Lama tu 3 hari...banyak aktiviti? Aku rasa yang mak dekat2, dan ada anak2 sure pi sambut Hari Ibu :) bagus le tu, ibu2 pun sure dapat hadiah dari anak2 atau suami ... itu lagi bagus :)

Aku dengan abang bulat...hmmm disebabkan mak kami dua jauh...dan aku pun blom jadi ibu...maka kami pun buat la aktiviti sendiri...hmmm nak tau kami pi mana? Kami pi Le Mer*di*n, KK...ambik bilik yang layak untuk dpt. govt. rate...tido semalam kat situ perghhh bilik besar dan veryyyyy comfortable...sampai je terus berenang2...then jacuzzi...wah wah seronoknyaaaa....malam berjalan2 kat KK (kekonon macam tourist la....perasan sekali sekala...), baru la aku tau ada pasar malam depan pasar filipin tu...selama ni tak perasan pun...so malam tu aku dengan abang bulat pun merayau2 la kat situ, ada la segala rantai mutiara dll tu rasanya yang dlm pasar filipin tu malam2 depa jual la kat pasar malam tu.

Untuk makluman...kalau saja2 nak ke pasar malam tu minta maaf la...seriau juga sebab kawasan tu bahaya juga. Kalau orang luar yang tak tau mungkin selamba je pi situ kita yang sedia maklum ni tak nak la cari pasal..buat satu pusingan je balik bilik...tengok TV (flat screen... + DVD player), ada plan nak beli DVD murah2 tapi ntah la...rasanya dah berkurun tak beli yang cetak2 rompak ni...tak jadi le membeli. Ngantuk la....tido lagi bagus...

Pagi Ahad...dlm 7.30am, kami terjun swimming pool sekali lagi, budak yang jaga tu pun kagum awalnya... ke ke ke...saja la nak guna kemudahan yang ada. Ada benda lawak berlaku...(aku ni sokmo juga buat benda2 lawak cipan...) ada ke aku bleh jatuh terjelepuk dlm kolam kecik sebelah open jacuzzi ... (sebelah swimming pool) ada open jacuzzi...mujur la tak dak orang perasan...(sebab abang bulat pun tak perasan)...agaknya aku cepat2 bangun kot dlm 2/ 3 saat je kot terjelepuk tu... bila citer kat abang bulat dia pun pelik macam mana bleh jatuh ke ke ke...lawak sungguh, tapi ntah la kot2 orang dari atas bilik ada yang ternampak kejadian tu...tak pe aku tak nampak orang tu kalau dia gelak pun apa bleh buat...'aiman tak kisahhh...'

Lepas penat swimming...kami breakfast dengan bersungguh2...yang best tu ada laksa penang aku makan dengan penuh semangat...siap komplen laksa keras...lepas tu baru aku tau kena bagi kat yang jaga kaunter laksa tu untuk celur laksa tu kah kah kah aku makan laksa mentah rupanya arkkkkk satu lagi lawak cipan aku buat pagi tu...isk isk isk.

Kenyang perut suka hati...lepak bilik sampai check-out...ada perasaan lagi nak stay situ bila2... jangan salah sangka ye kami bukan la banyak $$$ pun tapi kadang2 kena la berbelanja untuk diri kita...dah penat2 keja sekali sekala tak kisah kan :)lagipun kalau kami tak buang duit sikit2 macam tu kalau banyak duit nanti orang jeles plak... bahaya kalau bagi orang jeles kwang3...

Petang tu abang bulat ada exam...dia pi jaga exam aku krohhhhh ZZZZzzzzzzZZZZZZ... bangkit tido lapaq plak...masak nasi, lauk dan pukul 5.30pm kami makan (tak tau la makan t'hari ka malam), malam tadi punya la ngantuknya...dia tengok F1 aku kejap tido kejap jaga... hujan plak tu bestnya... mujurlah masa Small*ille hujan dah berhenti kalau tidak bye bye la...Ast*o ni faham2 saja la...hujan sikit je hilang siaran...habis je tengok ClarkKent terus la tido...ngantuk sangat2...dan perlu ditekankan disini....hujan lebat + angin kuat...sejuk je...krohhhhhhh...

Isnin:

Malasnya nak keja...aku dah tak ingat hari ni 15hb. mujur abang bulat bagitau dia nak pakai batik sekian-sekian...baru la kalut nak gosok batik, alih2 aku pakai baju yang ada iras2 batik, sebab malas nak gosok ke ke ke...senang citer.

Buka blog itu ini... pagi ni semua orang dok citer pasal Hari Ibu, aku tak pandai nak citer pasal mak...sebab she's soooo special...11 anak (2 meninggal masa kecik) isk memang mencabar la nak jaga...banyak lagi la kenangan2 masa kecik tapi nanti la bila ada masa aku citer. Lagipun ramai sangat orang citer pasal mak depa nanti konpius plak (he he he alasan yang bagus tak?)...oklah...stop sini.

Ta ta

~dariBMkeKK~

Friday, May 12, 2006

@ P*K

Salam.

Hari 2:

Seronoknya berkursus :) pelikkan...orang lain malas nak pi kursus...aku seronok plak, bukan sebab apa pun tapi sebab dapat jumpa kenkawan dan kenal orang baru, ramai sangat staf skrg ni so masa2 kursus ni le nak kenal satu sama lain. Alhamdulillah yang join kursus ni semua best...tak le boring.

Ada slot 'public speaking' yang best tu kena buat dwi bahasa... 5 minit BM dan 5 minit BI, mujurlah penilai ok..dia bagi kebebasan nak switch the language on our own...kalau dia bagi signal ke mau tergagap gak...siap bersekongkol lagi, bila dah cukup 5 minit BM ada kawan buat signal he he he, terus tukar channel BI, tapi seronok la sebab ada yang macam gabra ada yang hmmm ahhh....macam-macam le...aku dengan abang bulat well prepared, siap buat flash card lagi... beli manila card (dah mahal skrg...9 kupang), malam tadi operasi melekat notes ada rehearsal lagi...memang la masa rehearsal kurang 10 minit, bila dah depan kenkawan macam tak cukup2 masa pulak, ada ciri2 gila mikofon rupanya aku ni...kwang..kwang..kwang.. Alhamdulilah feed back from the penilai...semua did a great job chaiyo chaiyo :)

Petang ni start lambat sikit...boleh le melepak kejap...dan aku biasa la sempat je membuta (ke ke ke...jangan jeles Achik..), ngantuk sgt2...lepas je solat zohor...landing baik punya, sedar2 dah 1.30pm, ok le tu kalau sedar2 pukul 2.30pm haru plak,

Stop kejap nak sambung kursus...

******************************************************************************************

Hari terakhir:

Dah habis kursus hari ni....pagi tadi ada presentation individual assignment....ntah la aku relax jer memang tak rasa kecut perut ke gabra ke apa2 ke...agaknya tadak perasaan kot aku ni (erk...) cukuup 15 minit. Masa kena jaga silap2 kena potong markah pulak. Macam2 perangai bila tengok org buat presentation...memang ada yang nampak sangat gabra...agaknya feel depan students tu tak dapat dibawa masa present depan kawan2... normal le tu :)

Sakit perut dok gelakkan orang... macam2 tajuk ada yang too academic, too simple dan ada yang merapu juga... bagus juga sebab bila ada kepelbagaian tajuk... dapat la kami bergelak sakan...seronok sangat.

Oklah...nanti2 aku update lagi...nak balik dah...selamat berhujung minggu untuk semua... insyaAllah nak pi lepak tepi laut lagi esok... resort mana blom decide lagi....ciao :)

~dariBMkeKK~

Friday, May 05, 2006

Hari lima pertama di bulan lima, kosong enam

Salam,

Pejam celik dah hari Jumaat, kejap je rasa tahun ni. Dah termaktub pun, di akhir zaman masa akan bergerak pantas...hmmm dah bersedia ke kita?

Sepatutnya hari ni ada kursus P*K, tadi pergi dengar taklimat pengenalan kursus je sebab penceramah slot 1 tak dapat hadir, MC. Kami seronok la tapi kesian plak dengan penganjur, tapi tak pe at least bleh rehat2 diri sblm nak berkursus intensif minggu depan. Banyak plak assignment dan kena buat public speaking lagi... ntah la aku tak la risau sangat pun, cakap je la apa yang patut.

Masuk bilik latihan tiba2 rasa dejavu...sebab...kat situ la aku kenal abang bulat. Ada orang usik tadi... wah macam pi kursus kawin plak kami dua orang, dah la masuk lambat kwang...kwang...kwang...kami lambat sebab pi breakfast dulu...perut mana bleh kosong...kena la isi dulu baru bleh selesa berkursus (konon-konon le..) padahal aku yang beria bagitau kenkawan kursus start at 8am...kami dua masuk at 8.25am...

Petang ni bleh la tengok2 topik untuk public speaking dan assignment yang kena hantar end of the month. Kenapa aku tak risau langsung pasal kursus ni...ntah la. Kenkawan lain merungut risau gak... pelik pelik mana pi rasa risau aku ni...

InsyaAllah plan nak ke Beij*ng macam cerah....so nak kena simpan duit sikit nak buat belanja di sana...kalau abang bulat pun beria shopping masa dia pi last year...aku rasa aku akan lebih beria-ia sebab abang bulat bukan le jenis yang suka shopping pun, beli benda yang penting je. Aku biasa le...bab2 ngabih duit bleh tahan juga, tapi so far tadak le membazir sebab benda tu ada kepentingannya pada aku dan my households (aku dan abang bulat ler kwang kwang kwang....).

Ok tak nak merapu banyak....lagipun dah tadak idea, stop sini ta ta :)

~dariBMkeKK~

Dah selesai pun...

Salam,

Alhamdulillah...lega rasanya sebab dah siap marking & grading...nak present jer then endorsed by the boss...pening tau buat keja ni...mana yang atas pagar nak naikkan sikit, lepas tu kena tengok berapa ramai yang dapat A, B, C dll... maka terpateri sejarah...aku bagi D dekat student aku...hmmm mujur D kalau E? Apo-apo ler...malas nak fikir dah...memang budak ni layak dapat that grade...yang aku pelik tu ada budak yang jarang2 masuk kelas tapi result not bad... memang budak tu pandai sebenarnya kot...saja malas nak pi kelas...dia silap belajar kat local...kalau kat UK, or US tak dak hal kalu tak pi kelas...janji hantar assignments, buat exam bleh jer pass...kat sini kehadiran penting...kalau diikutkan dah tak bleh masuk exam tapi aku malas la nak gunapakai peraturan tu...bukan la memanjang dia tak masuk kelas...ada la 4,5 kali...kira halal je la...

Tadi ada perjumpaan dengan our VC, aku selamba je bila dia tanya ada soalan atau tidak...dengan penuh keyakinan aku jawab setakat ni aku tadak soalan he he he....isk malas la nak menyoal apa2, dah tadak persoalan pun.

Isk dah pukul 7 lebih ni...abang bulat kat opis lagi so aku pun duduk la opis aku...tunggu dan tunggu dan tunggu...esok ada kursus P*K plak...kena la settle apa yang patut.

Lapaq jangan cerita la...aku ni bukan bleh perut kosong sikit, pening dll akan menyerang...bila dah makan terus ok. Kalau pi urut kaki bila dia tekan bahagian2 tertentu dan aku kata sakit, memang la orang tu kata aku ada gastrik mungkin sikit jer kot...maklum la tak pernah nak kosong perut ni (melainkan posa...) insyaAllah tak kronik kot.

Isk mana mai semut gatai ni...rasanya tadak makanan ke minuman manis ke tertinggal dlm bilik ni...dlm keyboard pun kadang2 ada....eiii geram aku tenyeh2 je...(kejamkan?...) agaknya sebab tu semut2 ni marah sebab aku dah banyak bunuh kawan2 dia...sorilah semut gatai...aku geram + geli tengok dok merayap sana sini.

Habis plan nak masak mlm ni...sayangnya ikan yang sedap2 tu...ada tenggiri, kembong, udang erk...kalau abang bulat tak lapaq sangat balik masak la...rasa mcm best jer kalau buat tenggiri sambal atau asam pedas... bungan kantan ada lagi tu...arghhhh nyum nyum....lazat dan berkhasiat. Tapi macam tipis jer...sebab ikan dlm freezer, masih keras (berais)....hmmm tengok la macam mana...

Ok...stop sini, daripada terus dok merapu baik buat keja lain :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

Thursday, May 04, 2006

My Birthday???

TODAY IS MY BIRTHDAY.....

Your Birthdate: May 3


You are more than a big ball of energy - you are a big ball of hyper.
You are always on the go, but you don't have a type a personality.
Instead of channeling your energy into work, you instead go for fun and adventure.
Witty and verbal, you can have an interesting conversation with anyone.

Your strength: Your larger than life imagination

Your weakness: You tend to be pretty scattered

Your power color:
Lime

Your power symbol:
Lightening bolt

Your power month:
March

Tadak sapa2 nak bagi hadiah ka? ke ke ke....

Wednesday, May 03, 2006

Trip 2 Kuda*t

Salam,

Ok N3 kali ni dimeriahkan dengan sebahagian drpd gambar2 pemandangan Kud*t. Merupakan bandar yang paling hujung di Pulau Borneo. Rasanya dah 5 kali aku buat lawatan ke sini... yang nak tergelak tu kenkawan aku orang sini (Sabahan) pun ada lagi yang blom sampai sini. Isk isk isk depa ni buat apa masa cuti2...aku dengan abang bulat sakan le plan nak pi sana sini bila cuti panjang... bukan la pakai bajet besar pun kalau setakat jalan2 dkt2 sini... yang penting pandai2 bajet dan pandai2 ambik kesempatan, hmmm macam kami ke ke ke.....

Kronologi lawatan aku ke Kud*t:

1st. time (2003) - dating dengan abang bulat masa belum kawin, pi balik hari la...pi pagi2 balik petang...jauh dating 3.5 jam drive KK - Kud*t. (Tg Simpang Mengayau, masih suci murnie tadak apa2 kedai dsb...jalan nak ke situ pun masih teruk, lalu bawah pokok 'nyok' betul2 depan rumah orang....lawak sungguh.

2nd. time (2005) - penyelidikan konsultansi dengan Kementerian XXX, aku kena pi memantau kawasan....free trip so bawa le abang bulat (dah kawin masa ni), tido dekat Marina Resort... cantik sangat resort ni...ada golf course, masa ni abang bulat blom terjebak dlm bidang golf ni jadi dia tak le terliur sangat dengan padang golf tu...tengok je tanpa perasaaan.

3rd. time (2005) - bengkel akademik, abang bulat peserta aku mengekor je ke ke ke... duduk dlm bilik je kebetulan memang tengah busy so, aku lepak bilik siapkan kerja...sekali lagi kami pi hujung pulau borneo...kali ni naik bas.

4th. time (2006) - mak abah mai KK, dan pika adik aku pun mai juga, kami bawa melawat Kud*t, abah suka sebab dia kata cantik sangat dah lama tak nampak pemandangan cantik macam ni... kat Malaya mana le ada lagi pemandangan macam ni...kat resort mahal2 ada la kot...kita plak tak mampu. Memang berbaloi la bawa tetamu ke sini...walaupun jauh tapi bila tengok orang teruja hilang rasa letih.

5th. time (2006) - bengkel, abang bulat organizer...aku mengekor lagi ke ke ke....kali ni memang seronok sebab... puas hati berenang. Dia berbengkel aku jadi baby sitter anak kawan2 yang masuk bengkel...baby sitter yang terlebih seronok...ke ke ke... kali ni tak pi hujung pulau borneo sebab bas penuh, kami kasi can orang yang blom pi lagipun aku dengan abang bulat nak berenang2...seronoknya...sebab pool tu macam kami punya sebab tadak orang...adalah 2 orang lain...yang lelain budak2 dlm pool untuk budak2...pueh hati den :)



Pemandangan bandar Kud*t di waktu senja, kawasan ni nama Esplanade Sidek, ada gerai makanan laut yang sedap dan murah. Kud*t antara bandar yang bersih di Sabah...memang relax je kat sini...bawa kereta pun santai je :)




Pemandangan dari balkoni Marina Resort, itu le swimming pool yang memang best tu, yang hujung ada pasir tu salah satu lubang golf. Kat sini nak main golf pun best nak lepak2 pun best.


Nama pantai ni, Pantai Bak-Bak. Jernih air dan berbatu2...pun cantik dan sesuai untuk bermandi-manda. Tapi panas2 macam ni tadak sapa nak mandi, isk sat lagi bukan jadi 'tan' tapi 'tam'.




Pemandangan sisi kiri semasa nak ke hujung pulau borneo... perasan tak kat tengah2 gambar ni hujung laut, itulah The Tip of Borneo... sblm sampai dah teruja dengan pemandangan pantai yang memang cantik...

Air kat bawah tu bahaya kalau nak mandi manda....ada 'karan', tapi kami tengok ada juga orang dok mandi manda...biasa le manusia memang sukakan cabaran... tapi aku pun teringin nak mandi....eiii dah le air jernih...batu2 cantik sapa tak teruja?


Nak ke hujung pulau kena la berjalan sikit...agak jauh tapi disebabkan pemandangan cantik.... tak terasa penat... di sebelah kiri Laut China Selatan, sebelah kanan Laut Sulu... pertemuan dua laut yang besar menjadikan ombak sini memang besar dan sikit ganas.... gambar atas dan bawah di ambil dari hujung sini, perasan tak ada benda bulat kat hujung tu, itu replika Globe... tempat orang ambik gambar :)

Kat bawah ni tak boleh turun sebenarnya... tapi biasa ler...kalau berlaku apa2 tanggung sendiri ye. Tapi aku pun dah beberapa kali turun sebab eiii cantik sangat kalau bergambar2....ramai model sambilan kat bawah tu, halakan saja kamera anda....tadaaaa....

Seronok tak? Apa lagi....pack your bags...surf the web....flyyyyyyyyyy to KK :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

Tuesday, May 02, 2006

Minggu 1, Mei '06

Salam,

Seronoknya cuti....bayangkan dari hari Khamis - Ahad berehat2 kat Kud*t...isk isk isk bukan senang nak merasa mcm tu lagi... tapi bila dah balik KK malas semacam le...dgn kain baju yang sebeban nak kena cuci (walaupun mesin yang cuci...), lepas tu nak melipat lagi...(arghhh blom lipat lagi ni...) terus rasa penat plak. Tapi memang seronok la lepak2 kat Kud*t tu, aku berendam + berenang sakan... Jumaat petang dah terjun, Sabtu pagi dan petang masuk lagi swimming pool tu...kira best la...petang sabtu kolam tu macam hak milik aku dengan abang bulat sebab yang lelain pi hujung borneo, kami malas nak pi sebab dah banyak kali pi dan sebab nak berenang2...yehahhh...

Skrg ni baru la nak intensif marking scripts xm...dah banyak yang siap...soalan wajib tu kejap je tu...insyaAllah esok lusa bleh siap...

Hujung bulan ni ramai kat rumah sebab MIL nak mai rumah aku...yang risau kalau nak majlis 'hantar tanda' SIL aku kat sini haru la...aku dah remind abang bulat tanya depa betul2 nak buat kat mana sebab kena la kemas2 rumah sikit, bukan la rumah tu serabut tapi isk memang kena la siap2 apa yang patut. Aku tak kisah pun kalau nak guna rumah kami...asalkan bagitau awal2...kerja buat kenduri ni bukan kerja senang. Kalau setakat nak masak untuk makan 50 orang insyaAllah aku ON jer, buat gulai ikan, sayur campur ka, goreng ayam/ udang...buah (dessert...kalau rajin buat agar2 / karamel), sirap/ oren...kenyang dah tu...

Bab masak2 ni aku yang beria sangat sebab aku suka masak...tambah lagi bila orang kata sedap... ke ke ke...lagi bersemangat (riak la plak....)

Oklah....kalau betul depa jadi mai aku akan citer later...kot2 jadi plak buat majlis kat sini hmmm lagi banyak citer :)

Tadi makan lempok, member sebelah bilik bagi...oklah rasa lempok tu dah lama tak makan. Sekali sekala makan jadi sedap plak.

Eiii malasnya nak marking...rasa macam nak muntah pun ada, ntah apa2 la budak2 ni jawab. Yang bagus tu bagus sangat, yang ntah apa2 tu eiii bagi markah kesian je...ada gak yang dapat telur ayam...pi la rebus ka goreng ka...sapa suruh jawab merepek meraban...lain yang kita soal lain yang dia jawab. Tensen gue!

Baca Berita Harian Online...mak aiii seksinya 'Natasha' @ FashaSand*a kat BSB...isk isk bebaik dik nanti ada plak Pengiran mana2 berkenan masalah plak...yang bujang2 ok le yang dah senior nak ke? Takut tengok artis2 muda skrg ni dressing kalah artis omputeh...berani sangat.

Malam tadi tengok gitu2 apek...tak la best sangat...lawak 'bodo' pun ada gak, sambil2 tukar tengok citer seram Korea...tapi yang tu pun lembab gak...kesimpulannya banyak citer2 lembab kat TV malam tadi. LOST juga jadi penyelamat kami...dah la tensen marking citer kat TV plak lembab...isk isk isk hujan plak tu...mata ni dah tak larat nak angkat, kuyu semacam je. Sabar je la.

Hari ni abang bulat cuti...tapi dia pi opis juga, isk isk isk ingatkan cuti nak duduk rumah...petang tak masuk opis la kot. Aku tak nak cuti sebab dah cuti last week, lagipun rugi cuti skrg ni sebab time tadak students senang sikit nak buat kerja...masa ada students kejap2 dia ketuk pintu...kejap2 ketuk pintu, jadual perundingan yang ada depan pintu jadi macam perhiasan je...tak layan rasa macam tak patut... kadang2 lunch time pun depa dok ketuk pintu juga, geram gak kadang2 tu.

Isk time orang sibuk2 ni la nak jumpa plak...our VC nak jumpa bakal2 staf yang nak sambung belajar, lusa. Aku ni tak la beria sangat nak sambung tahun ni, rasanya tahun depan pun blom tentu lagi, tapi ntah la kalau U suruh juga apa bleh buat 'saya yang menurut perintah'.

Jumaat dah start P*K, kena la prepare mentally & physically...dengarnya banyak assignments. Sblm ni kita yang dok bagi assignment kat budak2 kali ni kita plak kena siapkan assignment tak terbayang macam mana :) redah je la... kita layannnnnnnnnnnn....

Ok stop sini ta ta :)

~dariBMkeKK~