Tuesday, February 28, 2006

Sama-sama menjejak mimpi....

Salam,

Acah je tajuk tu tadak kaitan pun dengan apa yang aku nak mengarut ni, tiba2 je teringat lagu Mulanya Di sini by Freedom..famous lagu ni dulu2 siap ada step tarian lagi...masa kat hostel kami bersungguh2 menari, teringat plak dekat kak CTK kat mana ntah dia ni sure dah beranak pinak, batch diorang ni ramai yang dah kawin pun...dan dah ada anak 2,3 orang...

Mimpi...hmm dah lama tak bermimpi sama ada di siang hari ataupun malam hari, tido mati aku ni, sedar2 dah subuh. Abang bulat rajin gak mimpi yang aku lawak tu last week dia mimpi jadi pembunuh buaya, siap bunuh buaya guna kuasa laser yang keluar dari jari dia...ha ha ha macam ultramen la kekonon. Semua buaya kat dunia dah bersumpah akan habiskan keturunan dia sebab dia dah bunuh raja buaya (something like that...) aku punya la gelak sakan...ntah apa-apa punya mimpi. Tapi at least dia bermimpi aku ni...hmmm jarang sangat...

Teringinnya nak travel ke mana-mana bulan 5 ni, tapi apakan daya bila teringat rumah nak siap hmmm batalkan la niat ikhlas suci murni tu...sat lagi orang masuk rumah baru dengan perabot baru kami masuk rumah baru ada tilam, bantal dan tikar beli kat pasar filipin je...arghhh tak sanggup le... ok nak stop sat ada meeting :)

-----------------------------------------------

Alhamdulillah dah habis meeting dan dah habis kelas, so boleh la menebeng lama sikit dekat sini. Lega sebab budak2 kelas tadi memenuhi paiwai aku, so dapat la depa 2nd assignment ke ke ke...esok pagi kelas 2 jam dan 1 jam tutorial...lomah sebab tutorial esok ada international students...dari China...aiseyman...maleh le...tapi apa bleh buat layannnnnn...

Ok, meeting tadi pasal nak buat buku or database pasal IP dan SME di M'sia something pasal tu le... aku ok je...insyaAllah tadak le complicated sangat pun...

T'hari pi lunch dekat K*k T**i, ada la minah ni dok nyanyi kuat plak ikut lirik VCD karaoke tu, tahu le gila karaoke, jgn la over sangat, sikit2 dah le...aku smash bagus punya...suruh makcik kedai tu buat karaoke corner...ha ha ha dia slow sikit suara dia lepas tu terasa ke?...Pelik le anak dara (if still...) zaman la ni...tak rasa segan ke nak nyanyi2 time tu...cover line sikit la...

Petang ni pukul 6pm la baru balik...abang bulat habis kelas pukul 5 lebih...tak pe jap lagi solat asar siap2...senang sikit. Nak masak apa ntah malam ni? Ikan kering ada le...buat gulai ikan kering dengan terung ok kot...hah...good idea sedap hingga menjilat jari ni, makan nasi + gulai ikan kering (kuah bagi melimpah) + kicap biar hitam sikit nasi tu wow...nyum2...dah terliur plak...ok menu dah ada...jangan abang bulat ada agenda lain malam ni dah le. E.g. nak pi mkn kat luar ke, golf ke...alamak punah le harapanku...tak pe esok masih ada.

Hujung minggu ni nak ajak M buat steamboat la...sure best, bleh melantak sakan, beli udang besar2, ketam, ikan, sayur2 yang segar2 nyum nyum...buat tomyam ayam perghh best ni, aku bab makan memang sakan (sebab tu le badan pun makin sakan...) Abang bulat lagi le sakan he he he...tak pe asalkan sihat walafiat.

ABP2005, aku tak le kisah sangat sapa yang menang, tapi kira ok le Mawi menang memang dia layak pun... dah nama pun anugerah bintang POPULAR, memang le siapa yang popular di kalangan peminat akan menang...buat apa la nak kepoh2...lagipun peminat yang keluarkan dut setem dan duit beli suratkhabar...jangan le bising sangat, biar le orang kata raja sms ke raja apa ke...yang penting dapat hadiah...lumayan lagi. Orang dlm industri hiburan kita ni dengki tak habis2...tak sedar kot how small the industry...pi mai pi mai jumpa juga...tak mustahil satu hari nanti yang dok ngutuk tu akan berduet dengan dia macam la masa zaman CT asyik menang anugerah dulu...macam2 orang kutuk, tapi dia tetap gah...dah sekarang tak ke terbeliak biji mata bila dia derma 500K (mak oiii bukan 5K), ambik kau...dan tak ada la suara2 sumbang nanti, buat apa la derma kalau nak bising2 tu...tapi hakikatnya yang menyumbangkan suara tu habuk pun tarak...

Ehhh aku bukan la minat Mawi dan CT sangat2 tapi ada la minat juga...tak salahkan? Lagipun imej depa ni ok apa...pada aku la...orang lain kalau tak suka apa bleh buat tutup telinga dan mata je la sebab lepas2 ni zaman budak botak ni pulak nyanyi lagu2 patriotik kat RTM he he he...macam CT dulu-dulu. Ramalan aku je la...kalau salah tak pe bukan rugi apa pun...tadak sapa yang akan hilang wang pertaruhan mcm kalau masuk bertanding dlm pilihanraya kecil atau umum.

Minyak naik lagi...hmmm tak pe la apa bleh buat...kena isi juga macam mana pun, kalau tak isi tak bergerak plak kereta kita. Bila la kerajaan nak komersilkan bahan api alternatif dari kelapa sawit yang di war warkan tu...takkan nak tunggu Jepun, Korea atau negara2 maju lain start dulu kot...ntah la pelik le...kalau dah terbukti boleh berjaya on je la...banyak faedah kepada negara dan rakyat dan makin ramai jutawan lahir kat M'sia ni...Jutawan Minyak Kelapa Sawit.

Oklah...malas dah nak menaip...chalo!

~dariBMkeKK~

Saturday, February 25, 2006

Hari ini hari Jumaat...

Salam,

Dah Jumaat pun...minggu ni apa yang aku buat? Ok banyak juga, siap final xm questions, dan dah dimuktamadkan pun...lega sebab tadak changes, aku rasa diorang tak berani nak komen kot, sebab aku jahat ke ke ke paper orang aku komen, paper aku, aku defend gila babas....ha ha ha orang jahat musti ketawa.

Pagi ni kejap saja, 12.15pm dah siap meeting, kelmarin dari pagi sampai petang 16 soalan SAHAJA...isk isk isk...tapi bila buat 3 session macam tadi nampak ok sikit la dan harapnya starting from next sem they will split the meeting to 3 concurrent sessions, mcm presentation kat conf. plak...

Sakit perut bergelak dlm meeting, malas la nak berhemah2 sangat, tapi cover line juga la...nanti apa plak kata Sama - sama...ntah la aku tak berapa nak baik sangat dengan Sama sama malas nak berbaik that's all.

S*aril ROT* telefon...pelik dia aku bleh bergelak ketawa kuat...iye la aku dlm bilik sorang2 tadak sapa nak jeling2...sure dia ingat opis ni open space...ops...tidak le, kami dapat bilik sorang satu...bilik ni ana yang punya...nak tido ke nak keja ke nak blogging ke nobody knows...asalkan keja siap on time ok la...that's the beauty of our job as a le*turer. Tapi insyaAllah keja siap...so far tak la orang tertunggu2 hasil keja kita, walaupun orang nampak kita mcm relax...ada sesetengah orang nampak kalut manjang, tapi keja tak siap juga lagi la drama queen...

Hah...melalut plak kawan aku telefon tadi pasal nak minta no telefon kawan yang jadi kurator muzium kat pahang yang ada orang hantar botol berisi lembaga arghhh ntah la lembaga apa. Bagus mamat ni dia jenis ingat kawan, dan aku suka kawan dengan dia, walaupun dulu2 dia ada awek...(yang mulanya kami ingat tak serius...) tapi dia relax tak la mcm setengah mamat perasan tu bila ada awek dah tak join kawan2 lain...aku kenai dia masa kat ITM Shah Alam, DPA 91-94. Skrg dah 2006, lama dah la kami kenal... dan nak dijadikan cerita wife dia (dulu awek dia tu...) kawan sekolah rendah aku, what a small world. Tapi sampai la ni tak jumpa walaupun sama daerah... dah aku harap balik raya tahun ni aku nak la beraya kat rumah mertua dia ni, insyaAllah.

Tadi pi lunch dengan cikpah, dayang dan ros, balik dari lunch alamak ngantuknya... solat dan aku tido dekat 1 jam 30 minit...hmmm terukkan? Mujur la tadak budak2 ketuk pintu, atau aku terlupa nak kunci pintu, kalau tidak sure terkejut budak sebab aku tido dlm telekung ke ke ke...kronik sungguh.

Gaji dah masuk...bulan ni mcm ok skit sebab aku bayar keta 25% je...abang bulat kata tak pa la since aku bayar rumah...I love u abang bulat...so bleh la bayar kad banyak skit biar cepat habis dan bleh guna lagi dengan jayanya.

Minggu ni nak masak nasi lemak la...ada sotong kering, buat sambal tumis, goreng ikan bilis, yummy...esok pagi ke...ok gak, or lusa pagi. Cadangan je ni...kadang2 tu kami dua ni lepas subuh tido tak ingat dunia...biasa la bukan ada sapa nak kacau. Gunakan kesempatan yang ada...

OK nak balik dah...selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~

Thursday, February 23, 2006

Dah siap pun...

Salam,

Lega sikit sebab banyak benda dah siap untuk semester ni:

1. Mid term exam dah buat, nak grading je.
2. Soalan final exam dah siap, esok nak bawa ke mesy sekolah.

Ok la tu...lepas ni nak fikir tajuk 2nd assignment habiskan semester ni sebab dah malas nak ngajar he he he...cuti lama sikit bulan 4 - 7 hmmm seronoknya, gumbira rasanya. Hopefully dapat buat 1 paper atau buku oklah...nak pi present malas banyak sangat prosedur la ni...3 kali dah cukup la kot.

Petang ni balik lepas maghrib...hmmm tak pa la kesian plak dekat abang bulat, sure dia nak buat notes untuk kelas esok, aku bleh update blog ni dan sembil baca blog orang sambil buat keja yang tak pernah selesai dll...tapi lapaq la...kenapa la aku tak beli apa2 tadi buat jajan sblm nak dinner...malam ni ntah la nak pi dapur mana plak. Aku ikut je...asalkan ada benda masuk perut.

Malam abang bulat pi driving range, bleh la aku tengok citer Filipin yang pada aku best...pada org lain tak tau la...hmm dah pukul 5pm, jiran aku dah siap2 nak balik kot dah dengar dia kemas2 meja dia, balik la Dr, duduk lama2 pun bukan ada kerja, aku lain la ada kerja part time, blogging ke ke ke...

Lunch dengan Ja, biasa la dok berangan dua2 orang nak buka kedai makan la plak, kat sini makan memang la payah, sebab tak berapa sedap, ikan, udang, ketam murah tapi ayam juga yang depa masak, yang lagi maleh tu fishball, hotdog juga yang dimasak...arghhh tensen sungguh. Kalau masak ikan bleh mcm2 masakan, masak lemak, masak sos, masak kicap, masak halia, kari tu memang tetap la...isk takkan la nak buat surat layang bertajuk : menu2 cadangan.

Ha ha ha, lawak sungguh anak Ja, dia dok puji air oren aku sedap, biasa la budak2... kreatif skit je, aku bancuh oren dan masukkan dlm botol mineral kecik2 sebab tu sedap, kalau masuk dlm botol besar mungkin kurenggg kot...

Alamak esok ada meeting soalan xm...dari 9am....jangan tanya pukul berapa habis, sebab silap2 sampai petang pun tak siap lagi...ntah2 bersambung Jumaat dan Isnin...biasanya mcm tu la...tak tau la mcm mana nak buat lagi, sure pening kepala orang baru, kami yang lama2 ni dah faham sangat, yang baru2 tu kesian la juga. Tak tahu la mekanisme apa lagi yang nak digunapakai untuk memastikan kelancaran perjalanan urusan penyediaan soalan ni (perghhh ayat formal...) kalau yang buat soalan ok senang citer yang KO payah tu...dan yang palin malas, soalan orang beria dia komen, tang soalan dia hah hancusss...macam2 la manusia ni. Yang best lagi semester lepas ada sorang ni dia bleh datang meeting, komen bersungguh2, bila sampai turn dia bentang dah hilang....pi buat soalan, apa kejadahnya dok komen soalan orang lain...tapi soalan sendiri tak siap lagi....isk isk isk dunia dunia...

Lapaq la petang ni sweets pun dah habis...mcm mana ni? Minum banyak2 berulang pi toilet plak...ada lagi sejam kat opis ni...bleh tahan ke? Tiba2 teringat kacang hijau dan keropok dalam tupperware tu...nyum nyum sure sedap kalau makan petang2 ni...aku ada kettle dkt opis ni tapi tadak kopi ka, milo ka nak bancuh buang karan juga, kalau bancuh benda2 tu nak cuci cawan plak malas... he he he so minum je air kosong ni...toilet pun bukan kena bayar...FOC je.

Oklah...stop sini malas nak menaip lagi...chalo!

~dariBMkeKK~

Wednesday, February 22, 2006

...akhirnya

Salam,

Akhirnya ok dah keta kami, rupanya meter minyak tak bergerak sebab ada plastik hitam kecik dlm pam minyak, hmmm sapa nak jawab tu...kami suspect masa isi minyak ada plastik dlm pam minyak hmmm sapa nak jawab ni...tak bersih le minyak S*ell ni rupanya or kat KK ni je kot or kat Stesen Minyak tu je kot ntah la...tak kisah le asalkan settled masalah tu alhamdulillah.

Makan Beriani lagi kat Bilal, hmm mamak ni letak kas kas kot...seminggu sekali mesti melabur kat kedai dia...lepas tu aku mcm biasa la tido sejam dua kat opis, mujur la kelas at 3pm memang sempat la tido, dengan nyenyaknya...kah kah kah...apa la aku ni dkt opis pun bleh membuta.

Kat kelas...nak ngamuk la juga, budak2 ni Mktg Mix dengan Comm. Mix pun tak bleh beza lagi...dah tahun 2 tu...isk isk isk. Esok depa ada mid term xm nak tengok mcm mana jawapan depa...kalau tak ok memang i need to do sth la...extra assignment ke apa ke...tak bleh manja sangat biar susah skrg drp nanti2 dah grad pun blank lagi...

Abang bulat mcm nak demam je...tak cukup tido kot...masa kat Penang dia tak cukup tido pasal menguruskan jenazah anak VC kami, dan menolong apa yang patut...

Bulan ni gaji 23hb ka...alamak ingatkan 23 tu Rabu, Khamis rupanya...sabar je la... tapi ok je bukan la tadak langsung, cuma tak bleh la nak pi shopping sakan, tapi skrg ni tadak apa pun yang aku teringin nak beli...ehh ada...nak beli kasut dan handbag boring dah dok bawa handbad ni, kasut pun dok pakai stok lama2 skrg ni, tapi tak best la...I need something new, loves the smells of new stuff...kwang2...akal nak ngabihkan duit...pirahhhh

Teruja dengan promotion kat Z*ji flight ticket S'pore-PEN S$58/- alamak bestnya, tapi bila check tarikh yang available dah habis plak tiket tu, tak pe la tadak rezeki (selamat RM aku...) tapi nak juga balik bulan 5 ni...hopefully AA ada promosi lagi kalau RM99 pun ok la tak payah la RM0 please Mr Tony...I wanna go home :)

Malam tadi tak habis pun tgk DHAC ntah2 apa la si Alia tu, sat suka sat jeles sat benci...eiii Rashid S ni suka memanjangkan plot drama, cepat2 la habis, malas penonton nak tengok. Bagus lagi cerita Stolen Moments kat Prima, walaupun aku tak suka negara ni...tapi cerita ni aku suka...

Isk lenguh plak jari telunjuk kiri ni...nak buat macam mana ntah, dah urut pun rasa sengal2 lagi...arghhh tolong tolong.

Oklah...stop sini...nanti la sambung lagi or, esok2 la cerita lagi ciao!

~dariBMkeKK~

Monday, February 20, 2006

Dah hujung bulan...

Salam,

Pejam celik pejam celik dah hujung bulan 2, kejap je...kalau tanya apa pencapaian setakat ni...hmmm ntah la no komen (mcm jawapan Ct Nurhaliza plak....)Weekend ok je...abang bulat tak dak kat rumah so Sabtu aku lepak kat opis sampai petang, pi la tengok penutup sukan kejap, tapi tak habis sebab tak solat Asar siap2 balik solat malas dah nak pi lagi sekali. Malam sabtu buat popia, nak bawa berkelah Ahad pagi... ke ke ke...bertuah sungguh husband outstation aku pi berkelah....tapi aku pi dengan permission dan dengan kawan pompuan la, bawa anak2 dia sekali.

Malam tengok Cerekarama...aku nak marah la dengan pengarah drama kat M'sia ni, watak2 baik mesti mati, cuba la jangan matikan watak Hasan tu...dan biar dia sempat kawin dengan Sahara, eiii malas la mcm ni disebabkan tadak citer yang best aku nganga juga tengok drama 'Dakapan Senja' tu...mujur lagu dia best, lagu Uji Rashid terbayang2 zaman kecik2 dulu...kalau pi jalan2 radio sure pasang lagu Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave...nostalgia. Naik kereta pun berhimpit2...mujur la kami jenis tak berani nak bergaduh dlm kereta, kalau tidak sure pening kepala mak abah. tapi yang aku ingat sangat2...dulu kalau nak pi SP sure kena lalu Jambatan Merdeka, then lalu replika Periuk Nasi sebab Kedah Negeri Jelapang Padi, aku dok tanya mak mana api pasai apa ada periuk saja...macam mana nasi nak masak...ish apa la komannya aku ni itu replika la bukan periuk betoi2...mujur mak jenis tak boring nak explain, yang pasti tiap kali lalu aku sure tanya ke ke ke...dlm cerdik2 aku...ada gak bengapnya... nobody perfect kwang3.

Pagi Ahad, dengan bersemangatnya aku bangkit awai...sebab janji dengan M nak pi 9am, dlm 8.30am dia call nak pi dlm 10am, hmmm sebabnya dia pi main bola baling, arghh ni yang maleh ni...dah tau nak pi piknik jgn la pi main bola lagi...last2 aku pi opis buat soalan xm, dlm 9.30am dia call ok dia dan anak2 dah siap, ok la jumpa la kami kat sana. 2nd time aku pi kawasan TA, 1st time tahun 99 hah! Dah lama tu...tapi ok la buat2 sand castle dengan anak2 dia, makan nasi lemak dan popia, kenyang dan seronok...tapi tak bleh mandi sebab abang bulat dah warning jangan mandi...risau dia dengan wife dia ni, kadang2 bleh terlupa dunia seketika kalau dah seronok ke ke ke, so aku pun tak pi langsung main air laut walaupun siap bawa baju salin, isk isk isk terliur je tengok air laut tu...mujur air surut so tak la ralat sangat. Tak pa la nanti2 pi dengan abang bulat la...pi Sa*ban*ar ka lawa skit pantai situ.

M mentioned pasal dia ada kenal sorang mamat ni...kawan lama, tapi dah ada famili, aku dengar je, mulut ringan je nak minta dia jangan la contact lebih2 kesian famili lelaki tu, bukan apa...fikir kalau kita di tempat wife dia. Tak pa biar la...dah matang pun rasanya dia boleh fikir sendiri.

Balik piknik, aku tidur sampai pukul 2pm, tengok Melodi kejap2...ingat nak pi rumah Kak Yat, tapi hujan plak...malas la, petang lepas siap laundry, pi isi minyak, tapi misteri nusantara la plak...meter tak bergerak plak, isk mcm mana ni? Tak pa maybe sebab cuaca sejuk meter malas nak gerak, malam mkn burger McD je, nak masak malas...sebab hujan (alasan....ke ke ke) tengok TV sambil baring sikit lagi je nak terlelap, tak larat la nak habiskan Smallville, tido 10.30pm sedar2 5.40am, bangun Subuh, sambung lagi sampai 7.15am, pi isi minyak lagi tak naik2 juga meter...hah macam mana ni. Hasilnya 8.30am le sampai opis pagi ni, siap juga soalan xm aku...lega, abang bulat telefon, flight KLIA-BKI 2.30pm, 4.30pm la baru nak jalan.

Tadi pi dengar talk by VC U kat India pasal Islam in India. Ok juga tapi blah awal sebab Sal nak pi ambik anak2 dia, lunch kat YS, hari ni orang bercerita pasal arwah anak VC, kesian plak dah ajal dia. Allah pinjamkan kejap je dekat mak dan bapa dia. Kita ni ntah bila plak masa kita...harap2 cukup bekalan untuk Akhirat...amin!!!

Bila Achik sebut pasal teringat US kalau dengar lagu2 yang berkaitan, aku setuju sebab aku pun selalu terasa rindu sangat dengan kenangan2 kat sana...lagu Melissa Ethridge, Alanis (Jagged Little Pills), U2 (Staring at The Sun), The Wallflowers (One Head Light), Verve Pipe (The Freshmen)...arghhh rindunya...rasa mcm nak pi sana, rindu dengan kawan2 dengan suasana kat NU, suasana kat Midland, suasana kat Meijer, kat rumah Malecki's (aku pernah jadi baby sitter this family for 2 years), semua la kat sana...tapi mungkin masa tu masih study, tadak tanggungjawab sangat so life was so simple, bebas...tapi jangan salah faham, kat tempat kami walaupun ramai yang ber 'couple' tapi tadak le yang duduk serumah...masih ada perasaan malu lagi kot. Aku pernah pi tempat kawan dekat OK, hmmm sempoi je budak lelaki tu keluar dari bilik budak pompuan, muka memang baru bangkit tido la...dan sempoi je diorang dok citer tido sama2...arggg aku mcm biasa la buat relax tapi dlm hati isk isk isk tak malu ka depa ni?

Yang best masa kat US ada je peluang nak berjalan2...walaupun tak semua negeri aku pi kira ok la...sebab ada kawan aku tak pernah keluar dari negeri yang dia belajar sebab sama2 dengan BF dia, kekonon kumpul duit la balik M'sia nak kawin...ntah la jadi ke tidak, kalau tak jadi hmmm aku rasa dia rugi la sebab bukan senang nak pi sana lagi...tambah2 kalau tengok keadaan skrg ni. Rezeki masing2 la...

In conclusion, aku puas hati dengan masa aku kat US tu...aku memang tadak BF maybe sebab aku ni garang sangat so tak terjadi la perkara2 tak berkenaan, aku jaga 5 waktu (Alhamdulillah...), aku khatam Quran 2 kali, aku kerja 1 tahun, aku travel sana sini, aku kenal ramai orang...dan aku dapat banyak pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kad kredit...dan aku dapat kawan2 yang sampai sekarang aku contact...walaupun tak sekerap dulu tapi masih tau apa yang jadi dekat depa, dan malam tadi masa sms dgn Nda (ex-roommate) aku sms S juga my best friend yang aku pernah tumpang kereta dari BM ke KL 2,3 kali sampaikan famili aku ingat dia ni BF aku, dan aku memang yakin dari dulu kami memang akan berkawan saja sebab aku tau taste dia macam mana...aku nak intro dia dkt abang bulat tapi nanti2 la kalau pi KL one fine day I will...insyaAllah. Dengan kereta dia la kami rajin pi Chicago sebab nak mkn Beriani...gambar kami punyalah banyak...dan aku rasa lega sebab dia kata dia masih kerja di company yang sama, dia ni rajin sangat tukar kerja sampaikan aku dan kawan2 lain risau...but he's so lucky ada je rezeki dia...kat establish company plak tu...memang he's so lucky and I hope he'll get one nice girl for his wife.

Oklah...aku nak sangat bercerita pasal kenangan di US tapi idea sangkut2...nanti2 la bila aku tadak keja sangat2 aku nak cerita masa tahun 1 - 3 kat sana...insyaAllah. Ok stop sini...nak tengok keja lain plak....ciao :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, February 14, 2006

Minggu ke minggu....

Salam,

Dah masuk minggu ke-3 bulan Feb 2006, apa yang dah aku capai untuk bulan ni? Azam nak 'pregnant' so far blom ada apa2 tanda lagi...tapi usaha dah ada insyaAllah mudah-mudahan Allah Taala makbulkan doa dan usaha kami aminnnn!!!

Gatal je tangan ni nak booking air asia bulan 4 atau 5 ni...tapi tak discuss lagi dengan abang bulat, ntah la rasa nak balik sekejap, sebab kalau tak balik memang raya nanti la baru balik, lama lagi tu. Plan nak balik kampung sini bulan 6 ni...dengar2 ada orang nak merisik adik ipar yang bongsu, ok la tu bleh makan kenduri tak lama lagi. Orang Semporna...aku pun blom pernah sampai sana, bleh pi Sipadan Island, he he he...isk ada ke bleh plan nak pi melancong plak. Akal nak perabih duit memang terrer...

Sekarang kami dah minum Habbatussuda, memang lain mcm skit rasa dia tapi tahan je la lagipun namanya ubat mana ada ubat yang yummy...vitamin budak2 ada la perisa mcm2... Malam tadi aku buat bubur asyura, tapi disebabkan tak letak garam tak rasa lemak sangat, tapi manis dah ok. Tak pa...1st time buat, nanti2 ok la tu...petang ni bleh bagi kat kawan2 yang berkenaan...silap2 abang bulat habiskan, dia kalau yang ok memang tadak masalah nak mengabiskan...tengok badan le :)

Petang ahad, pakcik abang bulat pi rumah, biasa la kalau orang mai rumah kami depa yang lorat, sunyi la kan duduk dua orang....hmmm tapi so far kami ok je, rasa lebih bebas duduk berdua, aku faham la sebab adik ipar dah tak duduk sini lagi, menyewa bilik, so...apa masalahnya. Berdikari le...dah kerja sendiri, sampai bila nak duduk dengan sedara mara. Ntah la....masing2 ada pendapat sendiri la, aku insyaAllah kalau ada anak, make sure anak kita berdikari, boleh duduk dengan orang tapi sekejap saja sebelum nak selesa dengan persekitaran, kalau lama2 duduk rumah orang pun tak bagus juga, ntah la ini pendapat aku la.

Dari bulan ke bulan aku perasan kakak ipar aku makin kerap minta bantuan abang bulat, yang aku kagum tu tengah2 bulan pun daia sanggup sms or telefon minta bantuan kecemasan, pelik bin ajaib gak sebab hari tu kata jaga anak orang, tapi apa hal? Aku suspect sendiri2 la...abang ipar aku tu ada masalah kot...kalau tidak takkan la sampai nak bayar bil api pun minta kat abang bulat? Ntah la depa ni, memang la kami mampu nak hulur2 tapi setakat ni kami berdua kalau sampai nanti2 bila kami dah bertiga, berempat ... dok kena hulur bantuan kecemasan tengah2 bulan aku tak tau nak cakap apa la...

Adat berumahtangga....

Tadi turun pi bilik komputer...nak print banyak2 pun tak selesa sebab ramai plak orang, so aku print 2 transperancies je...untuk esok sblm mid term exam. Soalan dah photostat, lega dah...kelas petang ni tak nak bincang apa lagi...nak dengar budak2 present je...then soal daripada presentation tu...

Kat opis le ni aku blog hopping merata...teringin gak nak jumpa kenkawan lain selain achik dan mar tapi so far blom ada lagi...agaknya diorang ni busy kot aku je yang kurang busy, best keja lecturer ni ada gak masa nak bersosial walaupun kat dlm bilik. Bleh kenal mcm2 orang...tapi so far aku baca je entries...komen kadang2 je aku letak, the rest aku baca dan baca...mana yang cerita menarik aku follow, mana yang so so aku baca gak sampai habis, mana yang berkait hal rumahtangga aku baca dan berdoa agar aku dan abang bulat dijauhi daripada dugaan hebat mcm tu...bukan takut dengan dugaan cuma yang biasa2 tu terima sebab hidup kena la ada dugaan...yang heavy tu hmmm minta dijauhkan....

Kereta baru ok...alhamdulillah aku tadak masalah nak handle...aku ni fleksibel skit, bleh je nak adapt. Tapi biasa la org yang mcm tak caya dengan aku...sebab saiz kecik, eleh... daripada badan je besar tapi hampeh, baik le macam aku...dulu2 bengang juga tapi la ni lantak le malas nak layan.

Jiran aku macam biasa le buka dan tutup pintu macam nak runtuh dinding bilik ni... sama ada pintu dia memang payah nak tutup rapat atau memang dia ni jenis tutup pintu mcm mengamuk...aik...tensen juga kadang2...tapi aku buat2 hepi la...

Sekarang ni dtg opis pun mcm tak best je...ramai sangat muka2 baru...tak kenal sangat, aku kadang2 mai angin malas nak layan orang aku senyum je tak berkata2... kalau nak kata sombong pun kata la...tapi aku dah senyum tadi, kalau orang sombong takkan nak senyum plak...so aku tak la sombong cuma malas nak bersuara (erkkk...apo ni?)

Banyak benda nak cerita...tapi bila duduk depan komputer ni terbang semua idea. Memang la aku bukan good writer, aku good listener pun bukan, so sampai kat sini je la good bye !!!

~dariBMkeKK~

Thursday, February 09, 2006

10 Muharam

Salam,

Alhamdulillah dapat 2 hari dah posa dlm bulan ni...Isnin dan hari ni (insyaAllah), hari ni siap bangun sahur lagi sebab abang bulat pun posa juga, tak le paksa dia cuma dia nak juga posa, kesian juga sebab hari ni dia ada kelas pagi dan petang, maybe dia OK tu sebab tak telefon pun cakap letih ke apa ke...hari ni aku relax manjang dari pagi tadi sampai sekarang ni...tak dak mood la nak buat apa2...apa2 pun sat lagi kena turun print soalan midterm next week, make copies dll...takut mana le tau next week toner mesin photostat habis ka, printer tadak toner ke...isk bukan bleh harap sangat kat sini...malas nak pi photostat kat kedai...walaupun kos bukan le mahal sangat tapi diorang ni mcm tak jaga kebajikan kami je...kalau untuk pegawai2 ok je untuk ahli akademik mcm berkira plak...jeles ke?

Ada dua tiga orang tegur kereta baru kami...he he he syhhh dediam, lama2 nanti orang tau juga, awal2 ni relax dulu, lagipun nak sembunyi mcm mana pun, bukan besar sangat tempat ni...kat KK pun bleh jumpa beberapa kali dlm sebulan (hmm ntah2 seminggu...). Petang kelmarin abah telefon, hmm ingat juga depa dekat aku dengan abang bulat, mak pun cakap gak...isk Pika balik dari sini demam seminggu, macam mana nak mai lagi? kwang2...tak pa la...next time tak payah bawa dia pi tepi2 pantai, pi shopping complex je...2,3 tahun lagi ada beberapa attractions kat sini...menunggu2 yang dekat Sutera Habour tu, kot2 ada mcm Berjaya Times Sq. bleh pi ronda2 sakan.

Alhamdulillah beberapa kali aku bangun qiamullail minggu ni...dah lama tak buat, rasa tenang dan lepas tu susah plak nak pejam mata balik. Sekarang dah juz 23, lagi 7 lagi, nak cepat2 habis, nanti bleh start baca Quran lain plak. Ada 1 lagi Quran yang sorang kawan ni bagi hadiah kawin, insyaAllah bila baca dapat gak pahala dekat dia, yang aku baca skrg ni adik ipar bagi dia dpt hadiah syarahan ke apa ntah, aku ambik je orang dah bagi. Tq :)

Tadi aku tido 45 minit...pelik awat la alarm tak bunyi...check balik aku kunci 1.45am bukan pm...kalau dok tunggu juga alarm tu berbunyi sampai asar le aku tido kwang2...tapi tak pe kunci pintu lagi pun semester ni budak2 pun tak berapa nak mai bilik, diorang prefer jumpa kat kelas je...ok le tu bagus gak. Bangun tido pi le toilet nak cuci muka, he he he sure kalau ada budak yang perasan muka bangun tido aku akan bengkek, time keja bleh membuta, tapi aku membuta masa lunch hour la...
Terserempak dengan kawan tadi dia kata meeting pengesahan next week, isk abang bulat dah hantar CV ke blom ... geram gak sebab dia kalau kita beria2 balik malam ni nak paksa dia update dan make sure early next week hantar kat Pendaftar. Aku dah hantar lama dah dekat Pendaftar...tapi biasa la diorang meeting pun ntah berapa kali dlm setahun...so sabaq ja la...malas nak layan. Masa bercakap2 tu risau gak dia perasan muka sembab aku, tapi biasa la buat2 cool...walaupun malu la juga erkkkk...

Minggu depan meeting sekolah lagi...tapi aku seronok gak sebab aku ada kelas masa tu...so paling2 awal pun pukul 11am le baru masuk bestnya...aku nak masuk 11.30am lepas siap semua kerja2 dan siap membaca e mel, blog dll...lama kalau sekolah ni meeting, kadang2 tu mcm meeting mengesahkan minit je, buhsan gue.

Oklah...tadak idea nak mengarang lagi...ciao!

~dariBMkeKK~

Monday, February 06, 2006

Syoknya cuti...

Salam,

Wow...seronoknya cuti kali ni...lama bercuti dan berjalan2 sakan...kira berbaloi la. Mak dengan abah dah balik Penang sedihnya...terasa sunyi plak rumah tu, tapi tak pe next time aku ajak lagi ramai2 yang lain mai lepak rumah kami. Abang bulat pun tak kisah nak bawa pi jalan2...ntah la dia kalau belah dia mai biasa2 je, tapi Alhamdulillah ada tetamu belah aku dia ok...yang aku pasti kami tak meminta lebih2... mana bawa kami ikut, kalu belah dia demand juga kadang2 tu...biasa le no komen!

Kami beli kereta baru...Optra, selesa sangat...biasa le kalut le org S nak tau kereta mcm mana...isk boring gak. Biasa2 dah le...tambah boring sebab aku ada share dlm kereta tu nanti2 diorang akan ingat itu kereta abang bulat...tolong sikit ye... aku bukan la nak berkira cuma hormati aku as a shareholder (kwang2...) macam bisnes plak :) tapi aku tak kira...ntah la aku bukan tak nak berbaik tapi diorang ni lain skit bila kita berbaik diorang mcm lebih2...hujung2 bulan nak RM hmmm payah la... dengan abang bulat tak pe la adik diorang aku malas nak layan la.

Aku nekad lepas ni aku tak nak pi rumah no 12 lagi...biar le apa2 hal pun, diorang ni main sedap mulut je nak komen itu ini, tak fikir ke apa perasaan orang lain. Tak pe la...kalau diorang ingat rezeki lepas kahwin ialah anak sahaja...sedangkan rumah, kereta, gaji dll juga rezeki...tapi payah kalau bertekak dengan orang kurang IQ ni, tak pa la kalau sampai beranak pinak diorang bleh duduk rumah free, insyaAllah aku tak nak at least ada rumah sendiri senang skit. Lantak le...sama je anak beranak dan menantu...malas la nak layan bukan diorang bagi nasi kat kami pun...tapi sakit hati la juga, memang aku nekad habis...susah kalau kenal dengan orang tak puas mengawal hidup anak2...sampaikan anak orang pun dia akan sibuk juga, manusia mcm ni pun ada. Yang haru kita kenal plak...isk tensen gue.

Aku puasa hari ni...dah dua tiga kali terlelap...blom pukul 10 lagi, isk mcm mana ni... macam letih je, tapi tak pa try juga, puasa sunat sebab dah habis ganti pun...

Stop sat....nak sambung buat soalan midterm.

=====================================================================================

Thursday, January 26, 2006

Kenapa ni???

Salam,

Hmm pagi ni sakit sangat perut ni masuk angin ka? Rasa macam berbelit tali perut, rasa mual2 pun ada gak tapi tak la nak ngadu kat abang bulat, risau nanti dia berharap sangat...tapi mujur le lepas lelapkan mata lepas Subuh tu bangun dah ok skit...tapi still rasa sakit skit2...hmmm ngandung ke aku ni? Perut ni mcm keras dan buncit sangat...kalau YA Alhamdulillah rasa lega dan rasa gumbira (tepuk tangan...)

Breakfast dengan sal...ok la mkn mee goreng habis sepinggan, yang risau kalau nak pi beri ni...dah la toilet ni tadak air, setakat nak buang air kecik ok la ada air dlm botol ni. Harap2 bertahan le sampai pukul 1pm. Abang bulat habis kelas 1 pm...then 4 pm plak kelas dia...hmmm lambat la aku balik hari ni kekonon pekerja contoh le...lagi banyak la masa aku depan komputer ni. Pening2 kepala nanti.

Esok pagi aku nak check kot2 mana le tau ada double line...bleh pi klinik ke apa ke... :)

Ngantuk la...sekarang ni hari2 aku tido t'hari atau petang...memang tak tahan sangat mata ni, letih lesu je badan ni...sabaq je la. Or maybe tak bersenam kot badan jadi lemah...hmmm nak pi buang peluh kat mana ekkk...malas nak pi jln2 kat taman tu, kena bangkit awal pagi (alasan....)

Dua malam lepas aku mimpi abang bulat tau pasal blog ni...dlm mimpi tu siap nak delete blog ni lagi...he he he biasa le rasa mcm bersalah le konon, tapi so far aku tak rasa apa2 lagi...masih maintain, dan rasanya nak diam je dulu...bila rasa dah selesa nak bagitau aku akan cerita la pasal blog ni...ntah2 dia pun akan kongsi ide nak cerita apa dlm blog ni...abang bulat tu bab menulis lebih hebat lagi...dulu2 dia pernah tulis cerpen...siap masuk dlm newspaper lagi...aku he he he tek mimpi le nak menulis cerpen ke apa ke...tak berbakat pun. Skrg ni pun memang "kena" menulis laporan untuk pembentangan, proceedings etc...kena le mengarang juga, kalau tidak hmmm hampeh le...walaupun kawan2 kata aku ni ada bakat menulis. Ntah le...bakat terendam kot.

Ada student masuk kejap...bincang pasal assignment...malas nak komen, sebab due date esok, tajuk dah bagi last week...tak siap lagi le tu...lantak le...malas nak marah2... buat sakit kepala saja.

Hari ni lagi la tak produktif tak sentuh apa lagi pun...dok menebeng depan komputer ni saja...petang kalau rajin siap2 nota kuliah untuk lepas raya cina atau buat soalan mid term, biar budak2 ni tensen skit...diorang ingat subjek ni senang kot nampak macam relax je...tapi kadang2 kita ingat diorang relax tapi exam bleh jawab... tak pe la...asalkan aku dapat habiskan silibus dengan jayanya dan dapat habiskan semester ni dengan bergaya ke ke ke....malasnyaaaa....tolonggggg...

Isnin depan Pikachu mai sini...Selasa bawa semua pi jalan2...Rabu bleh pi jalan2 lagi... Khamis depa balik Penang alahai tak best la...2 minggu mak abah kat sini rumah pun ceria je...maklum le kalau kami dua kadang2 mlm baru balik rumah...makan pun skrg ni terjaga, makan kat rumah best2 plak tu, tapi depa pun dah boring duduk lama2 tu...faham sangat la abah mana bleh duduk setempat lama2...melainkan kat rumah dia sendiri, coz banyak xtvt dia bleh buat...duduk sini, sekejap2 tengok dia potong rumput...sure rumput kat rumah kami tensen sebab tak sempat nak panjang...ke ke ke nasib le rumput.

Nak marahnya dengan Astro, ada ke salah staf dia...kita yang kena tanggung... nak reconnect service pun ambik masa 3 hari...aik nak kena ni aku komen dlm suratkhabar nanti hah! Bulan 12 buat pertukaran nama, bulan 1 tak siap lagi...apa kes? Lantak le malas nak layan, nak duit cepat nak sambung servis lambat plak.

Kalau ada stesen TV lain aku nak potong je servis Astro ni...tak cekap langsung.

~dariBMkeKK~

Wednesday, January 25, 2006

Dah dapat....

Salam,

Alhamdulillah, dapat gak kad kereta aku tadi...ops bekas kereta aku, sedihnya Dino akan beralih ke tangan orang lain...mujur sat saja kat BCB tu...kalau lama mcm kat As*tro kelmarin mau aku ngamuk lagi. Isk malas nak fikir pasal kelmarin...berjam2 tunggu tak dpt gak nak settle eiii tensen gue.

Hah, rupanya aku dah berbulan tak bayar insurans, tak pa la...bulan ni byr utk 3 bulan lepas...bulan depan bayar untuk 2 bulan akan datang...hmmm gaji dah masuk...dan dah keluar pun, kad belum bayar lagi... alamak alapak...

Kat opis tadak air lagi...so tadi ambil wuduk dengan air mineral hmmm ntah apa la masalah sekolah ni manjang air tadak, masalah bila nak terkucil, tadi dah pi KK tumpang toilet kat Ta*ka*ul jap...buat2 mcm rushing le...padal hal memang target nak tumpang pun he he he berlakon jap.

Alamak ngantuk plak...nak tido le kejap...ok ciao

-dariBMkeKK-

Monday, January 23, 2006

Penatlah jugak....

Salam,

Hmmm penatnya...dah rasa lemah badan dan macam nak demam plak....weekend kami pi berjalan sana sini...pagi Sabtu pi tengok kereta baru hah! Kami beli kereta baru... Chevy Optra...macam tak percaya plak...kira pi kira mai boleh berjimat skit, yang kagum tu kancil @ Dino dia ambik 17K opsss...tinggi juga, sedih plak nak berpisah dengan Dino tu...tapi what to do, hmmm sedihnya...malam pi rumah M, dia masak nasi + ketam + sayur + gulai ikan, hmmm yummy aku makan sampai habis la baju terpercik masak lemak ketam...makan tak ingat dunia. Malam tak tengok cerekarama sampai habis sebab penatnya...

Ahad...pi Gaya St. kesian plak dekat abah he looked so tired,so kami tak la berjalan sepanjang2 jalan tu....separuh je, mak beli beg raga, kain pua dan limau nak buat acar he he he bestnya...aku suka makan acar buah tu tambah plak mak yang buat ... memang best sangat2...lepas tu pi makan kat Tal*b*n, nun tandoori...tapi aku makan mee goreng yang yummy tu...alhamdulillah kenyang.

Petang pi Tmn Buaya plak...hmmm dah naik harga? RM8 dah isk isk kapitalis sungguh. Mujur ada penambahbaikan...penatnya....petang lepak sat, malam pi Penampang plak...makan lagi, hari ni berjalan sakan kami...tapi kesian plak dekat abah dia tak berapa larat dah nak berjalan sana sini...mak ok lagi. Tak bawa pun kesian plak mai jauh2 takkan nak duduk rumah je...

Hmm pagi ni malasnya ... tadak mood nak buat apa pun, ingat nak print tadak dakwat plak, nak buat transparencies tadak juga...mcm mana nak ngajar ni? Isk isk isk...aku dah pening ni, tekak rasa mual, kepala rasa pening skit2...kalau minum air sat lagi nak ulang pi toilet manjang...arghhh...tolong tolong...

Mood memang tak menentu la...nak marah, sedih, nak merajuk dll la...pregnant ka aku ni? Kalau pregnant aku nak diam2 je...bagitau kawan2 rapat je...org lain biar tahu sendiri...sekarang ni aku duduk dlm bilik je, berkurung kekonon cari ilham...akan tetapi kalau org tau aku dok blogging ke ke ke habis le aku...tapi jangan salah sangka, aku masih tetap selesaikan kerja2 aku...mana bleh makan gaji buta tak berkat hidup.

Yang pasti aku sangat2 la malasnya hari ni...tapi kalau ini pasal pembawakan budak aku redha dan aku pasti gumbira...penat juga nak melayan soalan2 orang yang tak gunakan akal masa menyoal...hormat sikit la perasaan orang. Ini main redah je, ingat kita ni robot ka...Abang bulat ada meeting plak pagi ni...kalau tidak memang nak ajak dia kuar makan...bukan apa, penat gak terkurung dlm bilik ni. Dan, aku terfikir mcm mana nanti kami cuma ada 1 kereta...alamak, haru sekejap kot. For sure most of the time he'll drive it. Takkan aku duduk sebelah je...alamak tak best le mcm ni. Tapi aku nekad, one day I will buy 2nd car, yang comel senang nak bawa sana sini...senang nak parking dlm KK, senang nak cilok bila perlu...insyaAllah...the day will come :) I believe in me.

Oklah...stop sini nanti kalau rajin sambung lagi

Wednesday, January 18, 2006

Hmmm...tensen

Salam,

Tak tau kenapa, aku rasa sedih sangat hari ni...mungkin sebab dtg bulan...mungkin sebab lain...ntah le...tapi memang aku rasa sedih. Kelmarin masa rasa perut tak sedap aku dah agak mesti tak bleh sembahyang...bila confirmed terus rasa sedih, mujur la tutorial kelmarin aku bleh handle tak bad mood, aku berharap sangat tak datang bulan...sebab kalau tak datang bulan maknanya aku pregnant tapi so far tak pernah miss...sedihnya...masa menaip ni pun dah sedih2...ntah le kenapa...biasanya orang pompuan yang cepat pregnant menandakan orang tu pompuan yang baik...hmmm aku ni tak baik ke? Mungkin kurang baik...tak pe aku akan tingkatkan kebaikan aku...tapi kesian kat abang bulat...especially bila tengok anak2 orang...rasa sedih je...bila le aku nak rasa ada anak sendiri. Ya Allah Ya Tuhan Ku, permudahkanlah urusan aku dengan suami Ku...amin!!!

Mak dengan abah ok je duduk rumah....(so far), abah dah pandai pi kedai dekat2 ni, siap pekena roti canai dengan teh lagi, ok le tu. Mak biasa la dok rumah pun ok memang dia malas nak jalan2 ke sana sini. Malam tadi bawa diorang pi makan kat TA, sedap ikan masak stim, tapi aku lebih suka masak 3 rasa, takut plak nanti pedas sangat kesian depa tak bleh menikmati masakan tu. Apa2 pun habis 2 ekoq ikan, tapi makan 4 orang, selalu2 kami makan dua orang habis gak sekoq yang besaq... makan dengan tangan memang la nyum2.

Pagi ni kelas 9am...aku macam biasa la...nak menyinga je...budak2 tanah besaq ni memang besaq kepala gak...kena jerkah sekali diam la...hopefully next week diorang diam la sikit, malas gak kalau start kelas dengan mood mcm tadi, mujur bila buat lawak diorang paham dan gelak2...ok le tu.

Lunch dengan mitsu, lepas lunch bleh pi kedai 2 ringgit beli pinggan he he he... bahaya sungguh, beli bun lagi...alamak makan je keja aku, petang ni satu keja pun aku tak buat...malas + tadak mood. Petang ni bleh balik awal skit kot...nak basuh kain dll. Ehhh beras pun tak beli lagi...kesian plak mak nak masak nanti. Kena jada depa nanti nak balik cepat plak...isk sunyi la plak nanti. Weekend ni bawa pi mana2 la...abang bulat ada program hah...bleh la bawa depa jalan2...aku ON je.

Alamak nak ke washroom lagi, tak minum dahaga sangat2...dah minum nak buang air manjang...kejap2 lagi la...

Ehh lupa nak citer, Dr HH datang KK, disebabkan nak kaluar kesian plak dekat my parents so aku bawa dia dinner kat rumah...lepas dinner sembang panjang sampai dekat 10 lebih, dia citer pasal dia kat UBD, mewahnya dia kat sana...rezeki orang. InsyaAllah nanti2 bleh la kami pi melawat, abang bulat pun macam berminat nak pi lagi...kot2 CNY ni bleh ke sana lagi menarik juga. Nanti le plan dengan Kak Yat ka, mana la tau diorang berminat bleh konvoi dak pun naik Pajero diorang je...lagi cantik.

Kak Yat ni adik aruah abang ipar aku, masa 1st time mai KK ni aku duduk rumah diorang 2 minggu tapi tak selesa plak sebab dia pun ada 4 orang anak, rasa mcm menumpang dan mengurangkan privasi diorang, teringat aku terbaca notes kakak bagi dekat adik, "kak L ni berpura2...kalau ayah ada dia tolong ibu, kalau tidak dia membaca..." aku nak ketawa pun ada, tapi tak kisah le sebab aku memang plan nak duduk kejap je kebetulan ada senior masa sekolah sama tempat keja so aku pun tanpa malu2 aku pi duduk je dengan Kak I dan adik dia, untuk makluman si kakak yang tulis nota ni dah meninggal last year sakit macam2...kesian plak. Sebab tu aku maafkan je budak2 ni...dan si adik pun dah besar, dah jadi anak dara pun. Kiranya aku terhutang budi juga dengan keluarga ni, kalau tak dak diorang payah juga dah la masa tu tadak kereta, 6 bulan lama juga tu...mujur la dapat kenal VC U* senang2 je dpt masuk buat MBA, he he he walaupun ada kenangan pahit kat U di lembah kat KL tu, tapi simpan je la buat kenangan diri sendiri :(

Makin hari aku makin risau sebab aku tak tahu nak buat macam mana lagi, aku nak la ada anak...at least complete may life as a woman, tapi ia le rezeki Allah yang tentukan, tapi silap kami juga bertangguh nak pi check. Orang lelaki biasa le nak harap kita gak buat apppointment dll. tapi aku nekad, kalau tak ke mana2 CNY ni aku nak pi klinik dan buat medical check up ke apa ke...kena do something, kalau ada masalah insyaAllah boleh cari penawar, kalau tadak masalah try lagi dan lagi dan lagi...

Tadi masa pi opis abang bulat, ada Prof S dengan M**ja dok sembang, tak nak la ganggu tengok mcm hebat je diskusi, so tinggalkan kad prepaid terus blah, tak nak la ganggu...bukan hal aku pun. Sure ada lagi masalah negara tu, tak habis2 diorang ni. Tapi aku lega la ni sebab dah tadak apa2 meeting ke nak kena attend, penat le. Meeting sekolah tak bleh elak la...itu wajib...tapi kalau buat hari Rabu he he he lega le sebab aku ada kelas seronok je kalau tak kena masuk meeting, malas kdg2 tu isu yang tak habis2...pending manjang, arghhh bosan le, baik lepak dlm bilik lagi best, bleh lepas perasaan dlm blog aku ni...

Malam tadi abang bulat pi bank, masukkan duit kat my in law...hmmm kesian gak dekat dia, sebab hujung2 bulan pun kena masuk duit sana sini, aku pelik la diorang ni kata ada buat part time jaga budak, takkan tak dak extra kot. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab i) bukan duit aku ii) kalau bagi pun kami boleh survive lagi sampai gaji next week

Ntah le malas nak komen, yang pasti aku kena simpan untuk aku dan abang bulat coz kalau kami yang sesak sapa nak tolong, aku segan nak minta dengan abah atau kakak2 aku lagi tambah2 lepas kawin ni, Alhamdulillah masa settle beli2 rumah hari tu pun aku dapat le guna simpanan aku, dan kwsp orait la, aku baru gak keja pun maknanya aku ni salah sorang yang pandai menguruskan wang...tak payah ambik kursus Financial Planning pun...

Tapi aku tau le ipar2 aku ni sure ingat aku ni control abang bulat dan guna duit banyak, pada hal...aku rasa aku le isteri yang tak pandai nak minta2 so far apa aku nak aku beli dengan duit sendiri dan kadang2 aku belikan juga untuk abang bulat, tapi biasa le...orang nampak yang kurang baik je dekat orang yang vocal macam aku ni... tak dak hal la...jangan dilayan la sangat buat sakit kepala otak je.

Oklah...bising plak jiran sebelah kiri ni...tutup pintu pun kuat...hilang idea nak menaip...bye blog

~dariBMkeKK~

Monday, January 16, 2006

Monday blues....

Salam,

Awal masuk keja pagi ni...abang bulat ada meeting 9am jadinya aku pun kena la datang awal juga...keta dengan ja lagi...biasa la sedekah sekali sekala...kesian gak dekat dia tu. Minum teh dengan roti sapu jem, 8 lebih dah lapaq...ajak la sal pi mkn, lama tak pi mkn dengan dia. Biasa la kalau dah keluar 1 jam la...standard la tu.

Dah siap transperancies dll...nak baca skit2 bagi faham esok kelas petang. Tapi buku plak tertinggal kat rumah...isk isk isk mcm mana bleh tinggal plak...lepas zohor pi lunch, makan bihun je coz kenyang lagi...(tapi makan juga...ke ke ke) singgah ambik buku sat...mak dengan abah dok mkn nasi...sedapnya...ada gulai, hmmm tak pa malam ni bleh makan.

Dr HH ada kat KK? Dia contact sembang sakan le...ingatkan line tak clear rupanya kredit aku yang habis alamak...mcm mana nak contact nak jemput pi rumah ni...hmmm harap2 dia tadak apa2 plan malam ni... saja la nak keluar serba salah sebab mak dengan abah nanti rasa tak selesa plak makan kat luar...baik jemput dia makan kat rumah. Tengok le mcm mana hopefully she's available.

Alhamdulillah habis satu bab, esok baca bab 9 plak...lega rasa kalau dah baca buku rasa prepare skit, iye la nak ngajar orang takkan nak masuk baca nota je...isk that's not me...kena prepare, bagi latihan skit, baru le ok. Lagipun tanggungjawab kena le sempurnakan.

Hmmm rasa loya sangat tekak ni, dah minum air habis 1 botol kecik dah...mujur ada extra sebotol lagi...kalau habis sebotol ni memang sakan le...alahai nak buang air plak...banyak kali dah pi toilet ni...malas tapi tak bagus plak dok tahan2...

*pause*

He he he dah siap ... terserempak dengan kak ida...sembang2 sat, biasa le kami ni jumpa sembang tengah2 jalan...nak lepak sembang dlm bilik kadang2 ada je gangguan budak2...nanti kena komplen plak...lecturer dok bersembang2 sapa nak jawab?

Pelik la jiran baru ni...apa dia buat dlm bilik ntah la berjalan sana sini kot, ada je bunyi orang berjalan2...ke dok exercise? Kot2 le mana le nak tau...orang rajin exercise bukan macam kita ni berpeluh kalau panas, dah lama tak berjalan2 dekat taman bukan jauh sangat pun, malas sungguh. Nanti le bila2 bawa abah pi jalan2 keluar peluh skit sure dia suka...lepas tu senang skit kalau dia nak pi sendiri pun. Kena create aktiviti nanti dia boring...bila2 nak bawa dia pi beli pokok bunga ka...biar berseri skit rumah kami...aku ni tangan panas kot tanam apa pun tak hidup, abang bulat pun sama gak...pokok cili jiran bagi dah besaq...transfer ke tanah kami, tak lama mati...arggg tensen, sure jiran tu nyesal bagi kat kami. Nak kata tak siram...aku rajin siram...dengan air basuh ikan dll tapi mati juga :(

Ehh dah dekat 5pm...lagi setengah jam bleh le balik yehahhh!!! Bestnya...malas dah ni, kalau ada keta aku dah chow balik, malas nak layan blues dlm bilik ni. Tapi abang bulat mana le nak balik awal2 komited sangat dia ni...kalau tak dpt anugerah kualiti tahun ni tak tau la...orang atas ni pun bukan nak pandang org bawah yang komited mcm tu...yang rajin mengipas diorang pandang le...tambah2 orang mcm aku...he he he jauh panggang dari api le...tak kisah pun gua sedar diri beb...

Oklah...tadak idea nak citer...next entry ok! Chalo betty...

~dariBMkeKK~

Sunday, January 15, 2006

Hari Ahad di KK...

Salam,

Pagi Ahad ni bangkit awai skit...sebab nak kemas2 rumah skit, then nak bawa mak abah pi pasar...dah siap2 semua kami pun keluaq dkt2 pukul 9.30am.

Pi rumah no12 dulu...dah bersalin pun wife AR kami, mak dia pun ada as usual aku salam2 lebih kurang saja la...ntah la aku malas skit le nak beramah mesra dengan diorang ni...biar ada jarak skit...malas...tapi abang bulat bagus dia layan macam dulu2 juga, masa bujang dia duduk dengan keluarga depa ni so rasa terhutang budi la kot...apa2 la...jangan kacau aku dah...aku malas nak baik2...biasa2 ok le.

Kat pasar beli ikan merah hmmm sure mak nak masak gulai, beli ikan kekek, udang harimau ... sayur, dll...bawa mak abah pi tengok rumah kami yang tengah dok buat, seronok tengok sebab dah banyak yang siap...insyaAllah bulan 9 bleh masuk le...yess... tak pe pelan2 kumpul duit.

Biasa le mak dia akan compare apa2 saja dengan kakak aku yang sorang tu...kadang2 kami kecik hati gak, tapi biaq le agaknya dia kesian kot sebab kakak aku tu dah tadak suami...tapi dari dulu lagi masa ada suami pun sikit2 compare dengan dia kadang2 malas gak...bukan le jeles tapi macam le kami yang lelain ni tak bleh nak ada apa yang dia ada...aku risau aku tercakap je ketidakpuasan hati aku. Berdosa je nanti.

Aku paling kesian dekat kak M aku, dia ni berkorban apa saja duduk rumah sebab fikirkan mak abah yang dah tua tapi kdg2 orang tua2 ni tak nampak semua tu yang jauh2 gak dok ingat. Tapi aku kalau ada duit lebih ka apa ka aku memang akan tolong kak M aku ni, kadang rasa bersalah sebab aku duduk jauh sangat balik pun setahun kurang 6 kali...(lepas kawin le...) masa bujang dulu 2 bulan sekali aku balik la... he he he apa nak susah airasia ada...pantang promotion aku le antara org awal tempah tiket... Tony kena bagi award dekat aku.

Tapi kali ni...aku lebih skit le dari kakak sorang tu sebab rumah aku 3 tingkat...tak le minta mak compare aku dengan org lain tapi biar le nama org lain plak yang naik...(hmmm ini jeles ke namanya???) hmmm aku tak jeles tapi kadang2 malas sebab nama itu je yang naik...arghhh tolong tolong...

Petang lepak rumah je la....kekenyangan sebab makan sedap hari ni...mak aku masak gulai ikan merah...ada sayur, ikan goreng...arghhh macam makan kat kampung. Biasanya kalau aku dengan abang bulat, aku masak 2 jenis lauk je...gulai dengan sayur...habis nasi seperiuk...tapi memang aku masak ngam2 je...malas nak buat nasi sejuk. '

Abang bulat pi driving range...dia mcm serba salah nak pi tapi aku tak kisah sebab hujan, nak bawa mak abah jalan2 pun tak best...alah malam2 kalau nak jalan2 pun boleh... apa salahnya. Mak dengan abah pun bukan beria sangat nak pi sana sini diorang bleh duduk buat keja skit2...selesa tempat sembahyang dah ok...bleh bet la...hujung minggu ni kalut la minta beli tiket balik PEN...bukan bleh dok lama2...

Next week dah habis USIA...makin best plak citer ni...tapi aku tengok je semua drama melayu...ntah le aku perasan dari dulu2 aku suka drama melayu, kawan2 aku pernah gelakkan aku pasal aku kenal pelakon drama melayu...hmmm salah ka tengok drama melayu? Memang la ada drama yang tak logik, tapi dlm tak logik tu kita kena ingat itu le kita sebenarnya...so jgn hipokrit...kena la terima hakikat...

Camno pun Smallville tetap best...aku memang ikut siri ni daripada 1st season lagi... kat Vista dulu TV tak clear pun tengok juga, sekarang ni lagi la...TV memang clear habis tapi yang dok risau TV tu mcm nak rosak je...alamak terbang la beberapa ratus hujung bulan ni...aku mana bleh tadak TV. Tapi kalau beli pun bagus gak...TV la ni tuan rumah punya, nanti masuk rumah sendiri kena beli juga. Yang pasti aku dah nampak RM bersayap....terbang ke kedai barang letrik...isk isk isk...

~dariBMkeKK~

Cuti Raya AidilAdha di BM...

Salam,

Seronoknya cuti panjang...seronok sangat2...aku dengan abang bulat pi Tanjung buat kad nikah...ingatkan bleh dapat on the spot, kena tunggu 2 minggu lagi isk isk isk, apa la masalahnya bukan susah pun nak buat kad tu. Pi naik kancil ikut feri... lama tak naik feri, seronok pula...bawa kamera tapi filem habis... hmmm kenapa la aku bising2 kat abang bulat bila filem habis...rasa guilty plak...ampun...salah aku juga, tak check dulu...dia nak merajuk2 dah, mujur le tak lama...kesian kat dia, aku kadang2 angin skit...hmmm control skit nanti dia merajuk next time tak nak balik BM haru plak...ok lepas ni aku akan pastikan aku lebih berhemah... (azam 2006???)

Kami bawa kak long dgn kak chik...kak chik hari tu 2 kali pi Tanjung, sekali masa pagi2 buta pi hantaq mak lang dengan chu pi airport, then pukul 10.00am pi dengan aku plak... sakan dia berjalan2...sempat pi mkn dekat gurney drive, nyum2 mee goreng kat kedai mamak tu tapi pedas skit la tapi sedappppp....habis makan2 pi tolong tukar absorber kancil...tak pa la...kami balik pun dok guna keta tu juga, so tak kisah la terbang 200 lebih pun. Dekat pukul 3pm baru sampai rumah...makan nasi, solat tido sat... petang pi beli perabot pulak untuk rumah sewa mak lang depa, amboi berjalan sakan kami...kak chik ikut lagi...kak long tak bleh ikut kena jaga adik, dah menangis dah... sampai rumah je ayah dia bawa semua termasuk pak teh pi Kolam (Mengkuang Dam), ha ha ha...adik akim mandi air kolam...dia menjatuhkan diri dlm kolam, purposely pasai dia tak mau tukar baju masa nak pi insist nak pakai baju kotor ... hmm cerdik budak tu...tapi anak2 depa nampak cerdik pun dari kecik2... sampai mak tok tak berani la nak janji apa2 untuk UPSR sebab insyaAllah harapan cerah untuk dpt 5A...

Kiranya seronok la balik kali ni...kenduri korban pun berjalan lancar walaupun ada 2 insiden menyakitkan hati pasai mak menakan aku dan sepupu aku dok menyoal pasai anak... hmmm payah la nak menjawab pun adik beradik sendiri...tak menjawab aku ni laser juga...tak pe la yang pasti aku kecik hati dan mudah-mudahan satu hari depa akan rasa apa yang aku dan org2 lain yang lambat dapat anak rasa...depa pun ada ramai anak2, belum kawin... so nanti2 mana la tau ada kes sorang dua yang lambat lekat...kalau org dok tanya jgn nak kecik hati plak...tanggung le...aku rasa aku tak pernah nak sibuk2 tanya orang pasal bab2 kawin, anak dll...tapi org dok sibuk gak... argggg bosannya...tapi biaq pi la, jangan layan buat sakit hati saja. Kesian gak dekat kakak aku yang No3 dia pun tadak anak...aku tau sure dia terasa juga masa mak menakan aku dok cakap tu...sabaq je la.

Masa kat airport BL jumpa plak dengan Prof MYK, he he he mujur dia ingat nama aku... tapi aku tak le kisah pun kalau dia tak ingat sebab aku bleh kira berapa kali je bercakap dengan dia...minta sampaikan salam dekat org SPE plak...argkkk...kena e mel to all...tak pa la bukan kena bayar pun.

Sampai KLIA berlari2 la pi check in untuk ke BKI plak...mujur le bleh minta mak n abah tunggu kat dalam...dan kami tak simpan beg pun usung je nak jimat masa dan tenaga, penatnya berlari...arghhh next time make sure ada masa lama skit jgn dok buat keja merapu mcm ni lagi...kesian abang bulat...alhamdulillah sempat juga, masuk flight makan nasi goreng, lepas tu tido le...letihnya...balik mlm masak lebih kurang, lepas tu kroh2...lenguh2 badan....

Masa dari BKI-KLIA pun sama gak...nak check-in ke PEN bergegas juga, mujur dpt check in kat dalam sebab kami naik MAS (tiket super saver he he he...)kalau tidak bleh terlepas lagi ... penat berlari2 tapi apa bleh buat aku pandai2 nak masuk barang kalau bawa as a hand luggage pun senang...orang lain bawa beg lagi besaq...

Yang pasti seronok balik kali ni...dan my in laws pun dah kurang menelefon lagi... dan aku pun tak kisahkan sangat bior le...diorang tak berapa sambut sangat raya korban, bukan macam kami...orang mai rumah punya la ramai alhamdulillah dapat gak aku dengan abang bulat berkorban...insyaAllah ada rezeki nanti2 buat lagi...at least tertunai satu tuntutan sebagai sorang Islam, Alhamdulillah...syukur.

:) aku seronok sangat2....

~dariBMkeKK~

Thursday, January 05, 2006

Penat...

Salam,

Kenapa la sekarang ni rasa penat, lemah dan malas nak buat mende? Sakit pinggang le, dan rajin plak aku buat lawatan ke 'water closet' hmmm ada isi ke? amin... kelmarin kak long telefon aku, lama dah tak dengar citer dia, rupanya dia dah dapat anak (finally...) 7 tahun dah kawin... hmmm kenapa angka 7 juga, Achik pun after 7 years... aku? Hmmmm mudah-mudahan cepat sikit, kesian abang bulat :)

Dah siap teaching materials for week 4, next week balik kampung (yahooo!!!) so tadak le kelas, seronok le budak2, masalahnya aku terlupa nak bagi tajuk tugasan 1...hmm tak pe la balik bercuti nanti le bior depa banyak keja skit, la ni relax dulu... raya cina ni pun cuti panjang juga, so sama-sama le kita bercuti dengan jayanya.

Ada pembentangan kat bilik M*A, dah ambik buku nota pun nak bawa...tapi aku bleh patah balik dan ngadap komputer lagi, hmmm kenapa le aku jadi mcm ni, malas la nak fikir. Tadi sblm zohor terlelap dekat 1/2 jam...ngantuk sangat2...lepas tu dah lapaq plak, mula le terfikir nak masak itu ini malam ni, abang bulat ada kelas sampai 9pm, ok le tak payah rushing sangat, bleh masak relax2...masak yummy2...jimat duit masak kat rumah, bukan payah sangat pun campak2 je...cukup rasa garam gula ok le... insyaAllah selamat lagi, boleh elakkan keracunan ke, apa ke...

Esok dah hari Jumaat...kejap je, pejam celik habis bulan Januari... hmmm

Blog hopping pagi tapi tak nak le komen apa2...yang mana ok aku baca sampai habis yang kureng...baca skit2, yang lagi kureng...tengok tajuk je. Diorang pun macam aku le menulis ni hanya untuk isi masa lapang, mencari alternatif baru untuk mencurahkan ide, perasaan dll...tapi bila masuk blog Marlinda, mak oii makanan sesaja, yummy plak tu, nanti dia balik M'sia bleh le pi menebeng kat rumah dia he he he atau pun kalau dia mai KK ni aku minta dia masak yummy2 kwang kwang kwang....

Pi blog Achik juga tapi diam je dia, agaknya dia rasa kurang selesa kot ada kenkawan lama baca, or memang dia busy ya amat...

Hah, lupa plak nak citer, adik ipaq aku dah terbang ke daerah HL, tak pe la belajar2 duduk tempat orang, belajar berkawan dengan orang luar...mak mentua aku of course le menangis je, yang aku pelik kakak dia pun menangis gak masa call abang bulat, hmmm pasai apa depa ni,lagi pun orang tu pi keja bukan pi study lagi, payah gak... aku tak nak komen apa lagi...tapi bila fikir2 balik better dia dpt kat semenanjung, at least senang nak balik walaupun costly skit, kalau dpt kat hujung dunia kat Sabah ni lagi payah...bior le pandai2 le diorang settle, kalau kita cakap byk2 pun sat lagi orang kata menyibuk plak...kalau orang asking for my opinion I will raise mine, if not better seal my lips...(arghhh...arghhh....tolong tolong tak bleh buka selotep ni...)

He he he...cakap pasal selotep, teringat kak chik, 1st time bawa balik abang bulat nak intro kat mak abah, kak chik panggil dia selotep...(cos' nama abang bulat ada skit2 selotep...) yang kami gelak sakan sebab dia tambah "selotep beruang"... alahai mentang2 le abang bulat ni bulat...dia kata beruang plak...lepas tu bila kami gelak bagai nak rak kak chik dah rasa bersalah, then nak menangis plak...masa tu dia baru 4 tahun...ke ke ke le ni dah Tahun 2 dia sat saja masa berlari.

Hujan lagi kat KK ni, sejuknya dlm bilik ni aku dok on off aircond ni, sebab tak tahan la. Takkan nak melompat2 kot sat lagi pelik plak org sebelah...ops lupa plak aku dah ada jiran sebelah kiri, 3 tahun sunyi je sebab jiran sebelah kanan je ada, hah Dr yang baru masuk ni tutup pintu kuat, macam nak terjatuh segala frames gambar aku, or maybe pintu ketat kot...ntah le, yang pasti aku sokmo terkejut bila dia tutup pintu dia. What to do...my neighbor maa....Kelmarin bersembang lama gak dengan dia, lama dia kat UK, pernah keja kat Greece, mak oii bestnya...teringin gak nak pi UK, Europe...aku tak pernah lagi kalau North America biasa le...kalau kena campak kat sana ke insyaAllah aku tau nak jalan ke mana-mana, kalau UK or Europe ntah le...tapi apa2 pun habiskan dulu Asia. Teringin nak ke S'pore, Indonesia, Thailand...nanti2 le...ajak abang bulat. Kot2 middle of 2006 ke, or end of 2006 sapa tau ada rezeki lebih...tapi Umrah pun nak pi jugak... wah wah wah banyaknya plan aku...

Hmmm ada gangguan siaran sekejap, penat le aku buat jadual tajuk kes dan kumpulan yang membentang tak paham2 juga budak2 ni...orang dah bagi tajuk ikut je la...banyak citer plak kalau aku suruh buat semua tajuk baru ada akai...argggg kenapa le budak2 ni jadi mcm ni, tensen gue!

Tak habis2 jiran baruku ini mengubahsuai bilik...dengar kerusi meja ditolak2...tak pe la asalkan dia bahagia, masalahnya aku plak yang rasa tertekan...bising gak kdg2 tu. Tapi sapa tau nanti2 aku jadi rapat plak dengan dia hah baru semua orang pelik bin ajaib.

Dah dekat pukul 4 seronoknya...aku nak balik pukul 5 hari ni nak tengok TV nak masak dll...baca Yasin, malam2 Jumaat ni baguih juga, berkat hidup. Ada lagi 8 juz habis je baca Quran tu nak sedekah kat masjid mana2, nak baca Quran yang sorang kawan ni bagi...bahagi2 pahala :) Quran yang aku baca la ni adik ipaq aku bagi, sblm aku kawin lagi, ntah la mungkin dia tengok aku ni rock skit atau pun mungkin dia ikhlas...apa2 pun aku terima je, dan aku baca selalu insyaAllah dia dpt bahagian dia. Dulu setahun bleh khatam 2 kali (at least), skrg ni dah 2 tahun tak habis2 lagi... arghhh teruknya...tak pe azam ku sehingga pertengahan tahun khatam Quran. Lepas tu azam lain plak...

Kelmarin pi mkn dengan M**j* kesian dia mcm kena gantung tak bertali, yang aku pelik dia boleh tahan, dan dia ngaku takkan minta cerai ke apa ke...aku respect le dia ni nampak relax je, once a while aku akan tanya le perkembangan dia, malas nak tanya selalu2 sebab lepas tu dua2 orang akan menangis. Aku kesian tengok anak2 dia, yang sulung tu ok le kenal gak bapa dia, yang bongsu tu semua orang dia panggil ayah. Kadang2 takut dan risau tapi aku nekad je apa2 pun aku rasa aku kuat...nauzubillah harap2 rumahtangga aku dengan abang bulat sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taala. Apa kita bleh buat pun doa dan tawakal je la kan?

Dah 4 tahun aku kat sini...alhamdulillah so far aku enjoy, sebab tadak le boring sangat pun, walaupun kadang2 tu rasa kalau keja kat KL ke Penang ke sure lagi best tapi bila fikir balik rezeki kat sini telan je semua perasaan tu. Mungkin kalau aku keja kat KL aku tak bleh menyimpan macam skrg, mungkin aku akan pakai kereta canggih2... tapi saving kureng. Kat sini aku pakai sang kancil je dah bertahun2 tapi mileage less than 25K ha ha ha...lepas kawin lagi le nak pi jauh2 sure naik kereta abang bulat, parking comel je sang kancil aku...dah ada yang bertanya tak nak jual ke? ops...nanti2 ye sayang aku dengan sang kancil tu so far tadak masalah dia dengan aku....(nak masalah apa bawa dekat2 je...)

Sakit le pinggang ni....nak turun bawah le kejap nak print apa yang patut ok ciao.

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 03, 2006

New Year 2006....

Salam,

Alhamdulillah, dah masuk ke hari ke-3 2006, awal kami mai opis hari ni... bagus le start new year dengan punch card biru...tak tau le esok mcm mana plak he he...tapi esok ada kelas pagi, hah biru lagi le...baguihnya :)

Kelmarin pi kenduri kat Dewan MAKSAK, ok le...mkn sedap dan majlis pun teratur, makan nasi berlaukkan macam2...kenyang balik tido le...jadi dinosour dua-dua orang. Pagi ni kebanyakan newspaper war warkan pasal Teh Tarik bleh menyebabkan stroke...tapi yang aku nak pertikaikan (hmmm pertikaikan pakar...hebatnya aku...) Dr tu kata disebabkan penggunaan susu isian pekat yang banyak dlm teh tarik, tapi kalau kita minum Milo, Horlicks, Nescafe dll kat kedai pun susu tu juga yang mamak atau tokey kedai tu guna, tak mantap le isi dia, lain le kalau terbukti apabila teh bercampur dengan susu isian pekat akan menghasilkan sesuatu yang boleh membahayakan manusia baru le mantap skit....hmmm ntah le tepuk poket masing2 le...sebab biasanya kita nak bayar duit teh tarik tu ambik duit dari poket...argggg...yang pasti aku akan serba salah kalau nak order minuman lepas ni...alamak tak best le camni.

Pagi2 lagi ada lecturer PPIB contact aku pasal ada sorang student sini registered English class tapi tak pernah masuk kelas alasan...tak jumpa kelas, hmmm kenapa le students la ni tak pandai buat alasan...isk tak logik le dan tak bleh diterima akal. Jadi cadangan aku lepas dengar her explanation, give X senang cerita. Lepas letak telefon aku jadi pelik kenapa dia contact, kenapa tak contact TD je? Ntah2 aku ni TD kot kwang2 berangan je la..., tapi tak dapat disangkal kalau bab2 akademik ni aku boleh nak jawab sebab aku faham dan tak le payah sangat pun...dan aku perasan budak2 pun selalu gak dtg minta pandangan aku, kira aku world le juga dlm bidang ni...alhamdulillah, tak sia2 Kerajaan M'sia bayar duit gaji aku dlm RM.

Makin malas nak mengajar...tapi malas2 aku pun aku masih buat nota dll, prepare nice transperancies etc...I will make sure that all the students will be evaluated equally tadak le mcm sesetengah org tu ngaku rajin tapi hampeh...hmm siapa ye? ntah le aku tadak le nak tuduh sapa2...cuma kenkadang kat sini sesapa yang pintar pintas mengelat dapat je mcm2 kita yang ikut peraturan ni pi mai pi mai tang tu jugak...buhsan gua. Gua bosannnnnnnn!!!

Tak sangka dunia akademik mcm ni...dulu2 ingat senang je jadi lecturer ni, masuk kelas ngajar, bagi assignment, handle tutorials, grading... done! Rerupanya...indah khabar dari rupa...dengan buat semua keja2 kat atas tu, then once a while handle masalah students, dulu kat US tadak le nak jumpa lecturer saja2...kronik sangat baru le jumpa, kat sini arghhh sikit punya hal pun jumpa tak berdikari le diorang ni...manja sangat. Paling best masa kat ITM hmm tak payah le nak manja2...result hampeh je bye bye...masa 1st term ramai dlm kelas, 2nd term kurang skit, dah final term lagi le...graduation day...silap2 separuh kelas je yang grad. Sampai skrg aku respect sistem ITM (yang dulu2) peluang cuma diberikan kepada mereka yang benar2 pandai merebut peluang dan menggunakan peluang. Budak2 pun tak leka...sebab kalau leka tanggung le akibatnya...kat sini hmmm maleh nak citer...diam2 je la...

Abang Bulat called, nak pi mkn dia pun lapaq...biasa le kalau dah breakfast awal, lunch pun awal le...nanti dinner pun awal juga, tak pe janji jgn makan2 lagi bila dah mlm...diet le skit...dah tua2 ni.

Eiii tak sabar nak balik kampung weekend ni, dah lama aku tak balik BM. Tapi aku berjanji tahun 2006 ni selang 2 bulan nak balik kalau abg bulat busy aku balik sorang...kejap pun tak pe...lawat mak abah. Dah tua2 ni baru terasa rindu dengan kampung halaman...dulu muda2 berjalan sana sini tak teringat sangat pun. Beberapa kali raya kat US tak sedih pun, tapi 1st time raya kat Sabah aku sedih sangat...tapi dlm hati le...

Better stop here...dah pening sebab lama sangat ngadap komputer ni, ok nanti kalau ada idea sambung lagi wachaaaa!!!!

~dariBMkeKK~

Sunday, January 01, 2006

Hepi New Year 2006...new year new age !!!



Kurnia Tuhan....by Mawi

Dikala malam yang dingin kita dambakan api, dikala siang yang bahang kita mahukan hujan, Oh...cinta kurnia dari Tuhan, Cinta kurnia bagi insan, Dikala diri dah lengkap kita terasa sepi, Di kala mimpi dah nyata kita rindukan teman, Oh...cinta kurnia dari Tuhan, Cinta kurnia bagi insan.

Sesungguhnya rahmat depan mata, Amatilah wahai kasih, Bumi hijau laut bergelora, Langit biru direnungkan, Biarlah sampai, Jiwa tersentuh, Kita pun tertunduk...oh menangis, Dalam syahdu.

Dikala diri dah lengkap kita terasa sepi, Dikala mimpi dah nyata kita rindukan teman, Oh...kurnia.

Sesungguhnya rahmat depan mata, Amatilah wahai kasih, Bumi hijau laut bergelora, Langit biru direnungkan.

Mesra nafas berdakap udara, Berdiri nyawa kerana jiwa, Andai hilang antara satunya, Hilang punca hilanglah rahsia.

Kita disini, Kita dibumi, Oh ... menanti hari, Pulang ke syurga...

Kita bercinta, Kita berkasih, Oh... menanti hari, Pulang ke syurga, Ke syurga, Aku impikan, Ke syurga.


Sedap plak dengar lagu Mawi ni... aku ni dah suka le dengan mamat botak ni, suka lagu dia le...tak la minat sampai angau...biasa2 je...lagi pun aku rasa berbaloi minat orang mcm2 ni...ntah la that's my POV...

Kat atas tu gambar kat salah satu jalan kat Vancouver...Abbot St, dulu masa kat US aku duduk kat Abbot Rd. teringat kenangan masa kat zaman muda2 remaja... teringat housemates kat #A8, Mulberry Lane, teringat housemate 'homeless', tetamu2 tetap dan semua kat situ...rindunya...hmmm yang lepas tu bior le lepas...mana bleh datang balik.

Oklah...cukup le entry kali ni tadak idea pun...ok selamat melangkah ke tahun baru 2006, azam? hmmm ntah le tak pernah set apa2 azam...life must go on...ciao all the best to me, myself and I...

~dariBMkeKK~

Thursday, December 29, 2005

Bosan...

Salam...

Hari ni dapat juga pi sembang dengan kak ida, dah lama nak sembang2 tapi tak sempat, kak ida ni baru balik dari buat PhD, tapi blom dpt lagi...insyaAllah soon...minah ni memang cerdik pandai...dulu kat KISAS then pi UIA, adik beradik dia pun pandai2... sejuk perut mak dia ngandungkan anak2 macam ni..and, she's very nice...ingat masa aku tutor dulu2 sokmo pi lepak bilik dia nak guna komputer, masa tu dia baru kawin yang aku plak sokmo mengacau...alahai sori le tapi le ni dia dah anak dua pun.

Ujan je kat KK ni...sejuk plak dlm opis ni, ngantuk je la...mujur tadi balik rumah sebab tak tahan nak ke toilet...air tadak plak kat bangunan ni, ish semedang le macam ni nak keja pun tadak mood. Malam ni lepak2 rumah je la...nak pi tengok Baik Punya Cilok tapi macam malas...malam esok le.

Tadi Chef Arif tanya mcm mana nak pi Brunei...bleh je nanti bagi plan dan tempat2 yang nak kena pi chop passport dll. Kerajaan Brunei kena bagi award dkt aku dan abang bulat pasai kami menggalakkan org KK pi sana... yang aku pelik tu org KK ni pun blom sampai Brunei tu, bukan jauh sangat pun... 5, 6 jam je bawa kereta... tapi aku dgn abang bulat ada plan nak pi sana lagi ... yehahhhh!!!

Hmmm what a long weekend, nak plan pi mana ntah? Nak pi pulau hujan2 ni bahaya kepada bot2 kecil... nak pi ronda shopping complex hmm kat KK ni mana lagi, WM, CP, KK, lagi ... 1 Borneo opss... ni blom siap lagi...by the time siap kami plak pindah ke Casa P tapi bagus juga kalau tidak habis le pitih dok shopping manjang. Tak sabaq nak balik Penang next week...dah lama tak balik daerah asal...banyak plan...tapi tak tau le dapat cekau ke tidak, nak pi Lost World of Tambun le... nak pi Melaka le... nak pi East Coast area...mana lagi..hmmm S'pore pun teringin gak. Tapi tak pe nanti2 le naik je Air Asia, now everyone can fly...

Nak pi Medan mcm tak jadi je sebab tiket dah mahal...kesian plak dekat kakak2 aku yang lain...tak pe insyaAllah tahun2 depan kalau ada lagi bleh je pi hopefully Tony Fernandez bermurah hati nak buat lagi promosi mcm ni...no wonder MAS dok rugi je. Tak kisah le, hujung tahun ni bleh ambik tiket free guna MAS upgrade ke Business Class baru best...tak pe nanti tengok macam mana...

La ni aku rajin baca blog org tu org ni...mcm2 cerita depa, menarik ke tak ke semua aku baca...saja le mengisi masa lapang (lapang ke???) best juga bila ada orang sudi nak kongsi cerita dengan orang ramai...aku disebabkan tadak cerita maka aku boleh mengarang benda merapu saja la...boleh le kan...bukan salah pun. Lagi pun aku baru je join dunia blog ni, lagi pun untuk tatapan aku dan sesapa yang menjenguk je, tak ready nak war-war dekat orang lagi...nanti2 le.

Alamak...lupa plak nak minta ring file dekat org pej am, dok masuk pej am dua tiga kali lupa juga, hmmm esok le filing apa yang patut, hari ni aku isyhtiharkan hari malas sedunia so aku tanak buat apa2 sampai petang...nak duduk diam2 je dlm bilik ni, pagi2 ada le students mai...biasanya petang2 ni dah tadak, hujan plak tu lagi le tadak, tido ke budak2 ni...so bleh le cikgu dia tido jugak kan?... kwang3...

Ops...sblm lebih terserlah kemerapuan ni...aku tutup le sesi menaip hari ni...ciao!

~dariBMkeKK~

Wednesday, December 28, 2005

Kuliah 1 05/06

Salam...

Hari ni start le kuliah 1 untuk semester ni... rasanya dah ok aku kuliah...habis 2 chapters so ada lagi berbelas2 he he he...pening le bebudak tu, tapi biasa le mood cuti ada lagi tu, so sabaq je la... tadi dah ada yang bagitau week 7 tak belh buat midterm plak...balik CNY isk isk isk maleh aku ni, dah siap2 jadual nak kena ubah2 ni...isk isk isk tak pe figure it out later....

Lapaq...tapi abang bulat baru telefon lagi 1/2 jam...nak hilangkan rasa lapaq ni menaip le kejap... hmm bestnya pi Brunei...tak penat pun, sbb jalanraya diorang memang class...highway tip top... insyaAllah nanti2 bleh pi lagi sampai ke Kuching sure lagi best... kot2 dpt Vios 2006 lucky draw kat Supa Save (nama supermarket kat Gadong....aku gelak golek2 ntah apa2 le nama ni....) pi Jerudong Park yang dah jadi macam Jurassic Park (nothing there....), tapi paling kagum masjid2 kat sana...cantik2, bersih dan makmur... masa Maghrib kat Centre Point, mak oiii surau dia bersih, besar dan makmur...penuh. Terlepas le tanggungjawab Kerajaan bila sediakan kemudahan mcm tu... tapi orang tak le ramai sangat shopping malls besar2...

Royal Regalia Museum mak oii lenguh kaki menapak dari satu level ke satu level... souvenirs macam2 yang kagum tu buat dari emas berkilat2... memang hebat le Sultan dia...

Cumanya, Brunei kena buat sesuatu untuk promosi pelancongan, kat hotel tadak langsung apa2 info pelancongan, map pun susah nak dapat... yang lagi penting pastikan receptionist kat Hotel tu mesra pelanggan skit....masamnya muka...eiii ntah apa-apa le...siaran TV lagi le hampeh... tak menarik langsung... kebanyakan kedai pasang TV3 so tadak le kita rasa mcm pi negara luar sangat, lagu2 kat radio pun lagu penyanyi M'sia...hebat artis2 mee segera AF 1 - 3 dekat kedai gambar ada dijual2 gambar2 diorang siap frame cantik2 lagi... masa kat satu Mall (tak ingat nama apa...) hebat jualan tiket An Evening With Mawi, Amylea, Felix dan Marsha...buat dekat Empire Hotel plak tu... hmmm kayoo le org Felda Taib Andak tu...rezeki masing2...World!!!

Tadi sembang dengan abang bulat masa lunch, dia kata kalau pi lagi sekali dah tau apa nak beli... maknanya insyaAllah...kami akan pi sana lagi le...yehahhh!!! Best ni tambah 1 malam lagi habis le 1 Brunei sebab tak besar pun...kalau tambah 2,3 malam lagi sampai ke Kuching le...arghhh bestnya...aku ni kalau berjalan memang sakan... tak pe...plan baguih2 kalau tadak org nak pi pun tak pa...kami pi berdua je bukan payah bebenor...

Nanti2 le masukkan gambar2 menarik...yang pasti will go there one fine day... teringin gak nak pi visit lain2 tempat selain BSB dan Jerudong Park, pi visit tempat lain kat sempadan Miri plak...ho ho ho berangan sakan aku....

Oklah...ngantuk le pulak...nak lelap sekejap le...nanti bangun buat apa yang patut, ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~