Thursday, January 05, 2006

Penat...

Salam,

Kenapa la sekarang ni rasa penat, lemah dan malas nak buat mende? Sakit pinggang le, dan rajin plak aku buat lawatan ke 'water closet' hmmm ada isi ke? amin... kelmarin kak long telefon aku, lama dah tak dengar citer dia, rupanya dia dah dapat anak (finally...) 7 tahun dah kawin... hmmm kenapa angka 7 juga, Achik pun after 7 years... aku? Hmmmm mudah-mudahan cepat sikit, kesian abang bulat :)

Dah siap teaching materials for week 4, next week balik kampung (yahooo!!!) so tadak le kelas, seronok le budak2, masalahnya aku terlupa nak bagi tajuk tugasan 1...hmm tak pe la balik bercuti nanti le bior depa banyak keja skit, la ni relax dulu... raya cina ni pun cuti panjang juga, so sama-sama le kita bercuti dengan jayanya.

Ada pembentangan kat bilik M*A, dah ambik buku nota pun nak bawa...tapi aku bleh patah balik dan ngadap komputer lagi, hmmm kenapa le aku jadi mcm ni, malas la nak fikir. Tadi sblm zohor terlelap dekat 1/2 jam...ngantuk sangat2...lepas tu dah lapaq plak, mula le terfikir nak masak itu ini malam ni, abang bulat ada kelas sampai 9pm, ok le tak payah rushing sangat, bleh masak relax2...masak yummy2...jimat duit masak kat rumah, bukan payah sangat pun campak2 je...cukup rasa garam gula ok le... insyaAllah selamat lagi, boleh elakkan keracunan ke, apa ke...

Esok dah hari Jumaat...kejap je, pejam celik habis bulan Januari... hmmm

Blog hopping pagi tapi tak nak le komen apa2...yang mana ok aku baca sampai habis yang kureng...baca skit2, yang lagi kureng...tengok tajuk je. Diorang pun macam aku le menulis ni hanya untuk isi masa lapang, mencari alternatif baru untuk mencurahkan ide, perasaan dll...tapi bila masuk blog Marlinda, mak oii makanan sesaja, yummy plak tu, nanti dia balik M'sia bleh le pi menebeng kat rumah dia he he he atau pun kalau dia mai KK ni aku minta dia masak yummy2 kwang kwang kwang....

Pi blog Achik juga tapi diam je dia, agaknya dia rasa kurang selesa kot ada kenkawan lama baca, or memang dia busy ya amat...

Hah, lupa plak nak citer, adik ipaq aku dah terbang ke daerah HL, tak pe la belajar2 duduk tempat orang, belajar berkawan dengan orang luar...mak mentua aku of course le menangis je, yang aku pelik kakak dia pun menangis gak masa call abang bulat, hmmm pasai apa depa ni,lagi pun orang tu pi keja bukan pi study lagi, payah gak... aku tak nak komen apa lagi...tapi bila fikir2 balik better dia dpt kat semenanjung, at least senang nak balik walaupun costly skit, kalau dpt kat hujung dunia kat Sabah ni lagi payah...bior le pandai2 le diorang settle, kalau kita cakap byk2 pun sat lagi orang kata menyibuk plak...kalau orang asking for my opinion I will raise mine, if not better seal my lips...(arghhh...arghhh....tolong tolong tak bleh buka selotep ni...)

He he he...cakap pasal selotep, teringat kak chik, 1st time bawa balik abang bulat nak intro kat mak abah, kak chik panggil dia selotep...(cos' nama abang bulat ada skit2 selotep...) yang kami gelak sakan sebab dia tambah "selotep beruang"... alahai mentang2 le abang bulat ni bulat...dia kata beruang plak...lepas tu bila kami gelak bagai nak rak kak chik dah rasa bersalah, then nak menangis plak...masa tu dia baru 4 tahun...ke ke ke le ni dah Tahun 2 dia sat saja masa berlari.

Hujan lagi kat KK ni, sejuknya dlm bilik ni aku dok on off aircond ni, sebab tak tahan la. Takkan nak melompat2 kot sat lagi pelik plak org sebelah...ops lupa plak aku dah ada jiran sebelah kiri, 3 tahun sunyi je sebab jiran sebelah kanan je ada, hah Dr yang baru masuk ni tutup pintu kuat, macam nak terjatuh segala frames gambar aku, or maybe pintu ketat kot...ntah le, yang pasti aku sokmo terkejut bila dia tutup pintu dia. What to do...my neighbor maa....Kelmarin bersembang lama gak dengan dia, lama dia kat UK, pernah keja kat Greece, mak oii bestnya...teringin gak nak pi UK, Europe...aku tak pernah lagi kalau North America biasa le...kalau kena campak kat sana ke insyaAllah aku tau nak jalan ke mana-mana, kalau UK or Europe ntah le...tapi apa2 pun habiskan dulu Asia. Teringin nak ke S'pore, Indonesia, Thailand...nanti2 le...ajak abang bulat. Kot2 middle of 2006 ke, or end of 2006 sapa tau ada rezeki lebih...tapi Umrah pun nak pi jugak... wah wah wah banyaknya plan aku...

Hmmm ada gangguan siaran sekejap, penat le aku buat jadual tajuk kes dan kumpulan yang membentang tak paham2 juga budak2 ni...orang dah bagi tajuk ikut je la...banyak citer plak kalau aku suruh buat semua tajuk baru ada akai...argggg kenapa le budak2 ni jadi mcm ni, tensen gue!

Tak habis2 jiran baruku ini mengubahsuai bilik...dengar kerusi meja ditolak2...tak pe la asalkan dia bahagia, masalahnya aku plak yang rasa tertekan...bising gak kdg2 tu. Tapi sapa tau nanti2 aku jadi rapat plak dengan dia hah baru semua orang pelik bin ajaib.

Dah dekat pukul 4 seronoknya...aku nak balik pukul 5 hari ni nak tengok TV nak masak dll...baca Yasin, malam2 Jumaat ni baguih juga, berkat hidup. Ada lagi 8 juz habis je baca Quran tu nak sedekah kat masjid mana2, nak baca Quran yang sorang kawan ni bagi...bahagi2 pahala :) Quran yang aku baca la ni adik ipaq aku bagi, sblm aku kawin lagi, ntah la mungkin dia tengok aku ni rock skit atau pun mungkin dia ikhlas...apa2 pun aku terima je, dan aku baca selalu insyaAllah dia dpt bahagian dia. Dulu setahun bleh khatam 2 kali (at least), skrg ni dah 2 tahun tak habis2 lagi... arghhh teruknya...tak pe azam ku sehingga pertengahan tahun khatam Quran. Lepas tu azam lain plak...

Kelmarin pi mkn dengan M**j* kesian dia mcm kena gantung tak bertali, yang aku pelik dia boleh tahan, dan dia ngaku takkan minta cerai ke apa ke...aku respect le dia ni nampak relax je, once a while aku akan tanya le perkembangan dia, malas nak tanya selalu2 sebab lepas tu dua2 orang akan menangis. Aku kesian tengok anak2 dia, yang sulung tu ok le kenal gak bapa dia, yang bongsu tu semua orang dia panggil ayah. Kadang2 takut dan risau tapi aku nekad je apa2 pun aku rasa aku kuat...nauzubillah harap2 rumahtangga aku dengan abang bulat sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taala. Apa kita bleh buat pun doa dan tawakal je la kan?

Dah 4 tahun aku kat sini...alhamdulillah so far aku enjoy, sebab tadak le boring sangat pun, walaupun kadang2 tu rasa kalau keja kat KL ke Penang ke sure lagi best tapi bila fikir balik rezeki kat sini telan je semua perasaan tu. Mungkin kalau aku keja kat KL aku tak bleh menyimpan macam skrg, mungkin aku akan pakai kereta canggih2... tapi saving kureng. Kat sini aku pakai sang kancil je dah bertahun2 tapi mileage less than 25K ha ha ha...lepas kawin lagi le nak pi jauh2 sure naik kereta abang bulat, parking comel je sang kancil aku...dah ada yang bertanya tak nak jual ke? ops...nanti2 ye sayang aku dengan sang kancil tu so far tadak masalah dia dengan aku....(nak masalah apa bawa dekat2 je...)

Sakit le pinggang ni....nak turun bawah le kejap nak print apa yang patut ok ciao.

~dariBMkeKK~