Tuesday, November 14, 2006

Raya 6...

Salam,

Perghh cepat sungguh masa berlari...dah nak setengah bulan 11. Lepas tu dah habis setahun, kejap sungguh tahun 2006 ni. Pencapaian??? Hmmm ada yang tercapai ada yang tak tercapai... tak kisah la tu awal 2007 nanti set lagi apa nak cuba dicapai :)

Hari ni saya dah Raya 6, Alhamdulillah...

Pagi tadi pi breakfast dengan Su, Kam, San ehhh sedap pula nama depa ni bila dirangkai...hilang sikit pening kepala. Since malam tadi, sampai pagi ni rasa pening plak...pasai apa ntah la nak kata tak makan, malam tadi pulun makan (ada jemputan makan-makan....) isk minta-minta la jangan ada masalah apa-apa...

Lepas breakfast, jalan-jalan pi lepak bilik kawan ok sikit la...

Abang bulat cuti...pi 'menebas' kat padang golf. Cuti dia banyak lagi, dapat harga promosi la tu...hujung minggu ni ada tournament kekonon pi berlatih.

Petang ni MIL dengan 2 anak buah dari S'dkn sampai...malam ni mulalah sesi masak-masak... melainkan abang bulat ada plan nak bawa pi makan-makan kat mana-mana. Tapi ikan dah beli kelmarin, memang sesi masak-masak la... best juga lama tak masak-masak, dok makan kat rumah orang je (kui kui kui...)

Hari ni ada dua tiga orang kenkawan interview kenaikan pangkat...ke Pensyarah Kanan (saya ni pensyarah kiri je....), tak pe insyaAllah my turn will come, setahun dua lagi...untuk sementara waktu ni bersyukur dengan rezeki yang ada dan bakal ada :)


Lapaq pulak ni...tapi nak pi makan kat mana pun tak tau, sini masalah sikit nak cari tempat makan...yang terdekat masa-masa ni ada lagi ka lauk pauk, nak keluar jauh sikit tadak kereta plak hari ni... kena tunggu la abang bulat balik 'menebas'... harap-harap dia blom makan... kalau dah minta dia mai ambik la kejap... tadi eksyen tak berjanji dengan sapa-sapa...la ni dah tahap kebulur erk...sabaq saja la.

Teringat biskut raya, tempeyek dan lain-lain benda yang ada kat rumah tu, awatlah tak angkut mai opis sebalang dua, boleh juga alas perut, isk isk isk...

Oklah stop dulu idea sudah lari sebab peut sudah berbunyi ... ciao!!!

~dariBMkeKK~

12 comments:

Mummy Rizq said...

KENA LAH HANG BERKELAKUAN BAIK.. MIL KAT UMAH.. HEE..HEE.. HEE.

KakNi said...

Bila perut lapar tulis entry pun macam tak betul aje heheheh....

simah said...

a girl after my own heart... kat otak dia kalau tak pikiaq pasai makan tak sah.. kalau dia tak makan dia tidoq...tembun laaaaa :0)

Alinlai said...

achik,
ohhh diriku ini tidak pandai berlakon, sama saja ada orang ataupun tidak...brutal tetap brutal sabaq saja la ke ke ke...

ahni,
sungguh ketarakan? lapaq sesangat... kelmarin makan t'hari at 2.30pm dapat nasi diam je makan... lepas tu baru boleh bersembang-sembang ha ha ha...

simah,
kui kui kui...makan minum tido adalah antara kerjaya bukan lagi hobi, hobi sekali sekala... ni dok buat selalu jadi kerjaya la :) tembun???? ha ha ha lama tak pakai perkataan ni.

Kaklong Syikin said...

salam, '


lama ke mil kat rmh Alin nanti ni?

Alinlai said...

syikin,
sampai Ahad atau Isnin :)

Anonymous said...

baru abih cover semua post yg tertinggal...kesimpulan yg aku leh buat, setiap kali baca blog alin, kalo dah kenyang sure boleh lapaq balik..

Alinlai said...

mama singa,
he he he...dah kebah demam? tak pe kalau tak selera nak makan jemput la ke 'umah' ni...terus berselera nak makan :)

Puteri Satu said...

MIL ada kat umah ya....kena tunjuk rajin ler ko....muahahha...ko kena jadi pelayan ler weh....

RaFFLeSiA MeRaH said...

wakakaka...abg bulat gi main golf hang ibaratkan dia menebas, nak gelak lak aku baca....

ibuVouge said...

apa plan nak masak ni
tumpang sengih dgn komen mar

Alinlai said...

puteri 1,
ehhh chek memang semulajadi rajin tak main la tunjuk2 rajin ni :) ke ke ke...alah jgn dok berlakon la lama-lama kantoi jadilah diri sebenar ke ke ke...tak la kena layan apa sangat pun, setakat prepare makan malam tu simple je weh...tadak hal la.

reff,
iye menebas rumput la dok pukul bola sana sini :)

IV,
*sengih* balik kat dia...pssttt awat dok sengih tu?