Thursday, November 02, 2006

Musim exam dah tiba....

Salam,

Musim xm dah tiba, barulah nampak budak-budak membaca sakan, sambil tunggu bas pun sibuk baca nota itu ini. Baru nak gabra membaca dulu dok relax je...

Kelmarin pagi ada 1 paper aku, kena la menjaga 3 jam kat dewan kuliah yang sejuk tu...mujurlah boleh jalan sana sini, kalau tidak bekulah aku kat situ. Muka budak-budak tu dah lain macam...terkejut gamaknya soalan susah...isk orang dah bagi hints tu baca la...kalau tak boleh jawab juga tak tau la nak cakap lagi. Sepanjang 3 jam, sorang saja yang keluar awal (siapkan dalam masa 2 jam 20 minit), yang lain memang tunggu sampai habis ke ke ke...relax la aku tak la kejam pun...semua lulus la, sama ada cemerlang atau cukup makan kui kui kui.

Pagi ni tadak letrik pulak kat level ni, panas sesangat...aku blah balik rumah tengok tv, kekonon nak masak gulai ikan...dah siap semua bahan, nak masukkan santan je...gas pulak habis isk isk isk...nasi dah masak pun tinggal macam tu je la. Petang ni balik sambung lepas dapat gas. Terus terasa nak beli dapur letrik tu nanti-nanti la kalau dah pindah rumah sendiri, akan dipertimbangkan.

Hujung minggu ni dah dapat beberapa jemputan open hse ke ke ke aku suka...sebab makan free. Minggu depan pun ada lagi...isk isk isk bila la nak habis posa 6 ni. Rasanya tahun ni kami malas nak buat open hse lagi, kalau buat pun kecik-kecik je panggil kawan dekat-dekat je, penat la...yang paling penat nak mengemas la. Masak tak kisah sangat sebab bukan susah pun kalau nak masak itu ini, siap semua bahan cepat je siap. Tapi nak mengemas...isk isk isk, tak tercerita.

Macam-macam cerita raya boleh baca dalam blogland, ada yang suka ada yang kurenggg, apa-apa pun sabaq je la...of course beraya kat kampung sendiri memang happening walaupun sesama sedara kita je, tapi kalau kena beraya kat rumah IL tu sama ada kita ikut rentak depa atau kita cuba tolong apa yang patut, asalkan orang nampak kita membantu serba sikit kira ok la tu :)

Malam tadi bermulalah sesi meronda aku dengan abang bulat, maklumlah sepanjang bulan posa kami tak pi meronda shopping complex malam-malam. Dapat la t-shirt 2 helai...atas alasan tertinggal kat kampung ke ke ke....seronoknya ada baju baru. Lagi bersemangat nak pi meronda-ronda sakan hujung minggu ni :)

Oklah...stop dulu, esok kita cerita benda lain pulak...jaga diri semua ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~

9 comments:

arianna adrizal said...

kak lyn,
boringnye jg org peksa.. sabo jela ye kak ;p

marlinabaharom said...

achik peh raya ni dok sakan beli baju & suwar keje.. kamarul kasik duwet raya tu yg peghabih kat baju keje...

alinlai said...

anne,
ke ke ke 3 jam beb, siap bawa buku cerita lagi curi2 baca...risau gak kot2 TNC buat lawatan tergembar ke naya naya :) kalau kena jaga xm petang lagi la haru sebab ngantukkkkkk

achik,
wah best tu...ehhh bleh minta duit raya kat Kamarul tak? ke ke ke... kenkawan pun nak duit raya juga :)

Ayu said...

waduhhhhh hang dapat t shirt yerrrr hehehe aku pon satgik nak p ronda nih hahahaha

Anonymous said...

Mesti boringkan jaga orang periksa!!!

alinlai said...

Ayu,

yezzarrrrrr t shirt raya tu :) saja je tinggal-tinggalkan t shirt yang bawa balik kg hari tu, dapatlah idea membeli yang baru. Nak ikut ronda juga bleh ka?

MR,

iyeee boring tahap gaban, menguap pun kena la cover line, lenguh2 mulut dok cover tu...isk isk isk

PuteriSatu said...

wah ko..ronda sakan ya...seronok ya dapat balik kg...best sesangat...nak start keje...lemah semacam...

simah said...

kalau hang nak beli dapoq..tak tau la ada kat malaysia ka tidak..tapi kat rumah chek la kan.. yg tempat gas tu..ada 4 tempat utk masak..3 pakai gas..dan satu tu pakai elektrik..so bila gas habih ka.. sementara tunggu gas mai.. masak pakai satu tu yg pakai elektrik..cuba hang carik..try tengok....memang berguna dapur gas mcm ni..

alinlai said...

Puteri 1,
iye memang seronok bercuti lama, nak keja jadi liat semacam je...isk isk isk,

Simah,
iye ada dapur macam tu? kena survey kat sini la...kalau ada bagus tu untuk kecemasan... nak pakai yang 100% guna letrik pun parah gak nak bayar bil letrik nanti :)