Thursday, November 09, 2006

Mari periksa kertas jawapan...

Salam,

Hari ni posa untuk kesekian hari....ada lagi 2 hari. Pagi tadi bangun sahur makan buah + minum Milo + air suam...malas nak masak. Tapi hari ni terasa letih sikit la sebab pagi tadi jaga exam...jalan ke sana sini check apa yang patut (sekali sekala nama naik juga jadi ketua pengawas exam...) lepas zohor sempat beradu kui kui kui...

Tak tau la nak masak apa buka posa ni...tapi bila posa sorang jadi senang sikit, minum apa yang patut dulu, lepas maghrib baru masak. Abang bulat diet tak makan malam....tapi tak tau la kot2 dah masak malam ni dia makan sikit :)

Banyak lagi exam scripts nak kena tanda...iskkkkkkk pening kepala sebab ramai sangat berangan jadi doktor, tulisan depa mak aiiiii cakar ayam pun ok sikit kot. Tapi kena belek la juga mana bleh tolak markah sebab tulisan @ cakar ayam, aku bukan mengajar subjek tulisan. Sabaq saja la...

Esok dah Jumaat...Sabtu dan Ahad dah ada undangan makan-makan bestttt... Sabtu siang dan malam, Ahad siang saja. Seronok juga ramai kenkawan ni....(semua tu kawan abang bulat...aku dijemput secara tak langsung....) ke ke ke...tak kisah la tu dah dijemput kita layannnnnnnn.

Kes pompuan Mongolia tu kesiankan? Iyelah kalau nak hilangkan bukti janganlah dibunuh dan dibom erk...tak boleh imagine bersepai tulang temulang dia. Tak sangka juga si polan bin si polan yang disyaki... biasa tengok dia bagi ulasan politik semasa kat TV masa berita perdana.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kesudahan kes ni.

Oklah nak sambung menanda jawapan-jawapan ni...ada yang bagus sangat, ada yang OK ada yang hampeh...isk isk isk sabaq sabaq...

Bye all...ciao cin cau

~dariBMkeKK~

5 comments:

Syikin said...

salam,

suami saya paling tak suka part marking paper exam la..

bab kes bunuh tukan,kalau betullah suspect tu bersalah, saya terfikir adakah semata2 nak kekalkan rahsia dia beristeri lagi maka sampai perlu berbunuhan?

RaFFLeSiA MeRaH said...

ni cikgu ekk?? takpun profesor..hehehehe...leh tak tulisan kat blog tu dibesorkan skit, kecik sgt laa, jenuh nak membaca satu2...thanks...

alinlai said...

syikin,
iye...berpinau mata kalau dapat beratus students. Mana nak key-in markah lagi eiii masa ni rasa terseksa sikit...tapi sikit saja ke ke ke. Iye kes berprofil tinggi mcm ni semua orang nak ikut, tapi isk lawyer yang dia ambik tu hebat sangat, tak tau la sapa yang akan bersalah nanti...

Reff.
saya bukan cikgu dan bukan profesor, ahli akademik je :)
ehhh kecik ka? nanti buat size normal...selama ni guna siza small kui kui kui tq tq

Apple Pie said...

selamat memeriksa kertas jawapan. sila periksa dgn hati yg tenang dan penuh kesabaran. kesian bebudak tu kalo ko tak sabar, kurang markah depa dpt kang ehehehehhe

alinlai said...

apple_pie,
iye dah habis bertenang ni kalau tidak memang tak tau la berapa depa bleh dapat...sabaq saja la :)