Friday, November 24, 2006

Majulah sukan untuk negara!

Salam,

Sunyi sepi kat sini...ada yang berkonferensi, ada juga yang menghilangkan diri (erk...) dan ada juga yang menguncikan diri (diam-diam dalam bilik).

Esok ke Mimp*an Jad* Resort...tak tido sana sebab petang abang bulat nak pi Kch. Isnin malam baru nak tido sana sebab slot aku di sebelah malam...bawa M & kids, boleh la dia bagi the kids mandi manda...aku tak la bermandi manda...students ramai weh...tapi kalau jadi ke Karambun*i baru best nak bermandi manda sebab swimming pool situ besar dan cantik sikit...tapi tak tau la jadi ke tidak, baru merancang.

Tadi hujan lebat...kalau esok dan lusa hujan lebat macam tu lagi barulah sakan bersukan...Ahad ni memang kat padang la...kekonon atlit harapan la kui kui kui...dah pi ambik t-shirt + topi tadi, tak pa la tak dapat hadiah pun ok sebab dah dapat t-shirt free yang cantik :)

Malam ni ada semi final JL, tapi Reffles*a kat TV2 pun best juga, aku boleh je layan drama Melayu, kadang-kadang tadak citer menarik S*mbilu Kasih, Janj* Dian*, Gerak Kh*s pun aku layan juga he he he...tapi layan sambil mulut pun dok kutuk la dialog2 jiwang karat tu.

Sebenarnya petang ni ada orang minta turun main badminton, isk tiba-tiba jadi atlit harapan bangsa pulak...tapi tak pa la...esok memang tak boleh turun main, lusa nak main bolatampar, sat lagi clash masa ke payah pulak...macam la hebat sangat nak main itu ini...letak nama untuk satu acara pun dah cukup, boleh masuk CV tu :)

Lagi 2 minggu kakak aku nak kawin (10th Dec.)...malangnya aku tak dapat balik, sebabbbbbb tarikh kenduri sama dengan kenduri adik ipaq aku (huk huk huk...) boleh je kalau nak balik tapi kena la jaga hati abang bulat juga, dah la kenduri kat kampung minggu depan aku tak balik (aku pi KL), so aku janji pi kenduri sebelah lelaki on the 9th Dec. takkan la nak rushing balik Penang kot. Dalam kes ni kos melepas kenduri kakak aku la...mujurlah family aku jenis tak pa...depa pun faham bukan semua event kita boleh attend...banyak benda kena timbang e.g. masa, kos, tenaga dll...sabaq saja la :(

Oklah...selamat berhujung minggu, drive safely and take care all :)

~dariBMkeKK~

14 comments:

kasutVINCCI said...

hohohoho...athlete harapan bangsa tuu. Tak menang pun takpe janji dpt t shirt free. I like, i like! Heheehe

Syikin said...

salamm,

apa kabar atlit harapan bangsa? camner ngan game, ok tak?

wah..sempat gak tu p coti2..

itulahkan bab kenduri kendara ni, kalau kita dah ebrkeluarga mmg ada yg kena beralah kalau majlis kedua2 pihak berlangsung serentak.
mmg best kalau keluarga kita jenis sporting..samalah cam keluarga saya n keluarga mil.

kesian kalau dpt keluarga yg jenis sensitip tak tentu hala..

simah said...

selamat berbahagia akak utk kak hang...eh hang potong trip kawin dulu??

hehehe tak dapat la aku nak bayangkan hang bersukan.. hang memang jenis main sports ka lynn?

alinlai said...

KV,
ho ho ho...yesss dpt t shirt lebih penting dari bersukan tu.

syikin,
betul tu...susah kalau yg sensitif tak tentu hala, kita jadi susah nak susun jadual :)

simah,
ok nanti chek bagitau dia :) langkah bendul??? ke ke ke...lebih kurang la...sukan tu macam darah daging la...dulu masa study tak dak masalah la kalau nak bersukan cuma skrg ni dah lama tinggal lenguh2 la badan lepas melompat2 tu :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

ooo...akak nak kawin yerk, takperlah, depa paham hang camane, janji hang bagi hadiah besor2 kat kak hang tu...boleh gitu?? muehehehe...

Sherin Almashor said...

Wah, atlit harapan bangsa & negara!!!!! Takpala asalkan dapat tshirt free pun jadi le..

Wah ada majlis serentak. Ni sensitif sikit but kalau ada sikap toleransi macam alin ni, sure selesainye.. :)

Zakiah said...

t shirt free tu yang tak tahan tuh. Kira dah dapat hadiah awal awal la. Cantik takper...jangan jadi masa saya kerja dulu. Hari sukan dapat t shirt free design sama dengan cleaner. Uwaaaa

Aku Bukan Bidadari said...

bestnya nasi minyak..penang!
terangkat acaq limau sedapnya..

alinlai said...

reff,
he he he hadiah besaq tu kena tunggu gue balik kg la no hal tu.

sherin,
iye t shirt + topi oklah tu ke ke ke...so far ok ja, mak bapa saya pun faham... jauh anak dia sorang ni, insyaAllah tahun depan balik jumpa depa :)

zakiah,
he he he...opssss tak pakai la t shirt tu nanti org ingat kita cleaner plak haru haru :) t shirt yang dapat tu silap2 bagi kat adik2 atau anak buah je...depa suka tu.

Tiara,
hmmm acar limau, dalca, daging masak hitam perghhh terliur dah ni. Bab makanan yang jadi sedih tu kalau tak dapat balik :(

Mama Singa said...

huih..mmg atlet harapan dah ni..
mesti tak meriah hari sukan kalo tadak hang..hehe

alinlai said...

mama_singa,
ha ha ha...you're right!!! tapi kalau tadak geng pun tak dak maknanya...dok dediam juga...

Syikin said...

salam,

alin..mana ruang komen kat entri baru tu? tak depun..awak offkan ke?

arianna adrizal said...

a'ah la kak lyn. awatnya takde tmpt komen tuk entri atas tu?

alinlai said...

syikin,
:) tak pe komen kat N3 selepas tu...

Anne,
:) dah baca komen balas pasal trip ke KK? boleh la buat rujukan tempat2 tu, kalau jd dtg inform je kot2 dpt jumpa.