Thursday, November 23, 2006

P@k L@h 2 KK

Salam,

Saja la nak bagitau kenkawan...hari ni pi tengok P*k Lah kat Suter* Harbour :) Tak sempat nak pi sembang-sembang sebab lapaq...aku pi cari makanan dulu, sedaq dia dah balik...ke ke ke (cehh macam la dia kenal aku)

Petang ni ada latihan volleyball...tapi tak pi sebab penat berkejar ke sana sini...habis majlis pukul 4.30pm, latihan pukul 4pm - 5pm, sampai opis tadi dekat 5pm...alang-alang lambat tak payah la pi berlatih...sebab kelmarin pun masih boleh serve dan masih boleh ambik bola...kira OK lah untuk tahap-tahap pemain 'bidan terjun' macam aku ni :)

Hari ni balik lepas maghrib, tak payah masak la...malam tadi disebabkan penat volleyball...abang bulat penat golf kami makan malam bersungguh-sungguh...meratah ketam masak serai cili kering dan sayur kacang kelisa belacan.

Sungguh produktif hari ni...siap semua bahan untuk hari Sabtu dan Isnin nanti, kena siapkan sebab Ahad seharian kat sukan staf, malam for sure letih mata pun cepatlah layu....krohhh krohhh la.

Esok ada 1 hari lagi untuk top-up apa-apa yang patut...tapi tak nak la suap sangat, nak buat sesi dialog juga biaq budak2 tu pun bercakap juga. Kalau 2 jam kita bercakap...depa pun boring juga, nak bercakap 1 jam je, 1 jam berikutnya sesi soal jawab dan minta depa bentang barulah best sikit...kalau nak jadi usahawan kenalah berani bercakap, kalau dok malu-malu, tak payah la...buang karan je.

Ini ada satu doa yang baik untuk diri kita dan zuriat kita...ada kawan forward...marilah kita sama-sama mengamalkan doa ni :)

Surah Ali 'Imraan,Ayat : 38

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan".



Ok...cukup untuk hari ni...esok kita buka cerita lain pulak, ta ta all :)

~dariBMkeKK~

8 comments:

Kiah Kardashian said...

Amboi hang 'ek' no dah bleh serve dengan amik bola. buat spike ataupun lotaran berpusing dah tera belum.hehehe...selamat bersukan.

Alinlai said...

zakiah,
kira dah bleh pusing2 la...ehh macam citer jepun dulu2 tu apa tajuk ntah ke ke ke...lawak sungguh, main volleyball macam berperang :)tq...ada org jemput main badminton iskkk malas la (nampak sangat tak dak org nak bersukan kat sini ha ha ha....)

AppleB said...

oit..citer jepun tu tajuk dia meero attack kalo tak silap aku. favourite aku tuh dulu. lepas tgk je terus call member nk bagi ulasan hahahahhaha.

ko jgn lupa pusing2 tau nnti masa main tu volleyball. suruh abg bulat ambik gambo yach akkakakakak.

Alinlai said...

apple,
ha ha ha...lupa plak tajuk drama tu, memang femes la jaman-jaman sekolah dulu...pusing berkali2 sebab nak spike bola je...hebat sungguh depa main...kalau aku buat camtu mau terseliuh merata badan...isk tak nak la over mcm tu nanti masuk buletin U plak kwang kwang kwang...

arianna adrizal said...

wah.. wah.. kenmain! :D

kak lyn,
kami nk mai kk tak lama lg.
bley advc, mana tmpt yg kami wajib pegi?? :)

Cik Tat said...

huih hang..orang pi terpa pak lah dulu..hang pi terpa makanan dulu..hehehe..
kot2 tetiba terasa nak buat pusing2 tu, jgn lupa amik video tayang kat sini tau..

Alinlai said...

Anne,
mai jgn tak mai...tempat2 yang 'harus' dilawati:

i. Pasar Filipina
ii. Jamilah wholesale
iii. Pulau-pulau (Sapi, Manukan, Mamutik)
iv. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
v, Taman Kinabalu, Kundasang
v. Air Panas Poring, Ranau
vi. Ladang Teh Sabah
vii. Resorts sekitar Tuaran atau Papar
viii. Tamu Gaya

bagitau la nak mai bila...kot2 bleh pi intai2 Anne kat hotel he he he...

Alinlai said...

mama_singa,
ke ke ke...tak pa pak lah pun busy melawat pameran, yang dok risau ni sat lagi ramai org dok tgk serve pun tak lepas malu malu kui kui kui...