Merdeka...merdeka...merdeka...
Esok insyaAllah genap 49 tahun M'sia merdeka. Alhamdulillah...syukur. Diharapkan akan berkekalan kemerdekaan negara kita ini. Tapi bila baca suratkhabar hari ni tak ada pun berita/ rencana pasal kemerdekaan dll...rasanya kalau kita tanya budak-budak tingkatan sekarang ni bagaimana negara kita merdeka pun tak boleh jawab, negara mana yang pernah menjajah negara kita pun silap-silap tak dapat juga...silap kat mana sistem persekolahan kita sekarang ni? Seingat aku masa darjah kita dah tahu bila Portug*s serang Melaka (1511), Belanda dan kemudian British, Jepun dan British...sampailah ke tahun 1957 British setuju memerdekakan Tanah Melayu...
Aku suka subjek Sejarah masa sekolah dulu-dulu...ingatkan masa SPM boleh dapat elok...ntah silap kat mana dapat 5 je, tapi oklah tu... (bukan study sangat pun masa nak exam tu...jangan nak berangan dapat result elok-elok ke ke ke....).
Hari ini dah keluar rating penonton CT&DK dan M&I...hmmm nak komen ke? Tak payah la kan... baca suratkhabar je la. Cuma nak komen pasal CT&DK je... awat DK tu macam gabra je atas pelamin, macam tak biasa plak? CT macam snow white... bukan macam Cinderella :) ehhh anak DK pun ada malam tu, yang chubby tu, agaknya dia rapat dengan DK kot sebab tu dia balik. Tun M pun ada... duduk sebelah TPM lagi, awat tak bersembang?
Oklah cukuplah komen-komen tu...tak boleh komen banyak sebab aku dok tekan remote sana sini...bila iklan tukar tengok M&I kat Ria, boring isu M&I tengok majlis kahwin plak...abang bulat tak tengok TV malam tu, dia menaip nota kuliah...aku pun apa lagi sakan la zapping sana sini.
Dalam dok tukar sana sini tu ter'tengok' juga si I nyanyi lagu 'Penawar Rin*u' tu alahai, pitching ke laut...keras perut gelak dengan abang bulat. Isk pompuan ni awatlah jadi lagu tu...boleh tak jangan nyanyi ka apa ka...tak pun panggil sapa-sapa nyanyi isk isk isk...lawak antarabangsa sungguh. Sapa-sapa yang tengok sure boleh la recall balik macam mana stail dia nyanyi ke ke ke... ntah apa-apa la.
He he he...nak stop sini dulu aku selsema sekarang ni...kepala pun pening=pening lalat sikit, petang kelmarin lepas lunch terus balik rumah dan tido sampai petang, lega sikit. Today, I feel better and hoping that tomorrow will be fine and great :) sempena merdeka weh...nak gak pi berpoya-poya esok pagi...petang abang bulat pi Labua*, ada majlis apa ntah...plan asal aku ikut tapi tiket mahal sekarang ni...dan Jumaat tengahari dah kena balik sini...isk tak sempat nak bershopping baiklah duduk rumah lagi bagus.
Sampai sini saja...selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-49 dan selamat bercuti esok :)
~dariBMkeKK~