Wednesday, January 30, 2008

CU...CI...

Salam,

Malam tadi sempat aku dengan abang bulat pi tengok Cu Ci... berapa bintang? Ok aku bagi


* * * * 1/2

Jalan cerita bagus dan ada mesej yang tersirat... dan yang paling jelas... tuan pengarah dan pelakon wanita utama dalam filem tu... memang la tengah asyik masyuk bercinta [masa tu la....] jelas sejelas-jelasnya... [pelik la pulak awatlah si primadona tu menafikan... isk isk isk....]

Adegan akhir yang tunjukkan Afdl*n dengan Dato' Jutawan 'Now everyone can fly' pun kelakar, tak pasti sama ada berskrip atau tidak... pandai juga Dato' Jutawan tu berlakon :)

Tahniah kepada tuan pengarah yang berjaya membuatkan kami bergelak ketawa dalam GSC... seperti biasa filem M'sia mana le nak penuh panggung. Mungkin malam biasa kot, mungkin malam minggu penuh [segalanya mungkin...] Sesapa yang ada hati nak pi tengok... sila la...tak rugi masa dan duit, bawa anak-anak pun OK juga :)

Disebabkan program wayang tu aku telah tertinggal episod akhir Jelata*g, [jangan gelak...aku ikut juga tau drama ni...]. Tapi bila baca review kat tv3.com rasa bagus la juga tak tengok sebab ramai yang komen macam hampeh... kwang kwang kwang. Tapi Ai D' Beij*ng tu nak juga tau apa jadi malam tadi... aku suka Rusd* dan Dyn*s dalam drama ni... dan yang lebih buat aku suka sebab buat kat Beij*ng...terus terasa nak pi sekali lagi :)

Ok...itu saja untuk hari ni, cau cin cau

~dariBMkeKK~

6 comments:

Cat Cat said...

Wah, dating dengan cik abang bulat ya... Ada makan popcorn???

Selalunya bila kita gi tengok movie, sure makan popcorn & drink pepsi cola... Hehe

Alinlai said...

cath,
tak makan pop corn sebab dah beli burger 1901, lepas tu kenyang ... mujur tak tertido, kalau tidak rugi je :)

NONIE AZIZ said...

besh eikkkk...terus aku nak ajak baba gi tengok...

Alinlai said...

MR,
iye best,bwk le syasya dan nayli juga ke ke ke... sat lagi pi dua orang je kesian anak2 hang.

viruspadu said...

ni yg semangat nak tgk filem cuci ni...

Alinlai said...

virus,
yezzarrrrrrr.... silalah pi tengok, kalau kita tak tengok cite M'sia sapa la nak tengok ke ke ke...