Tuesday, July 25, 2006

Al-Fatihah...

Al Fatihah...

Hani Mohsin meninggal dunia25-07-2006 11:39:19 AM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Roda Impian Hani Mohsin Hanafi meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada pukul 9.30 pagi tadi. Mohsin, 43, ketika itu berada di terminal Low Cost Carrier di KLIA, Sepang untuk penerbangan ke Alor Setar, Kedah bersama-sama anaknya Hani Karmila, 9 tahun. Mohsin mengadu sakit dada dan kemudiannya rebah. Hani Karmila kemudiannya menelefon ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina. Tiara dan suaminya Datuk Seri Effendi Norwawi kemudian bergegas ke terminal tersebut.
Jenazah Mohsin akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...
sumber: mSTAR Online

~dariBMkeKK~

14 comments:

marlinabaharom said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...

kasutVINCCI said...

terkejut sakan bila kv dengar linda onn umum dlm radio era kelamrin. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Muda ke, tua ke, hanya Dia yg Maha Mengetahui.
Eh..apsal linda onn ckp umur dia 41?

alinlai said...

Achik,
aminnn...terkejut juga kan, sebab so sudden. Mujur Astro Ria tak tayang roda impian petang kelmarin...

KV,
ntah la mana yang betul, kadang2 newspaper pun silap juga bab umur ni :)

Ayu said...

Dari Allah kite datang dan kepadaNya jua kite kembali.. Innalillahiwainnailaihirojiun...

alinlai said...

Ayu,
terkejut dan sedih juga kan... lepas ni sure ramai org sedih kalau tgk Roda Impian petang2 tu.

Ayu said...

ha ah la alin.. dia kan mcm hensem gitu.. charming ler kannnn

alinlai said...

Ayu,

iye betul tu, lepas ni sapa la pulak nak kena 'pusing'... kan sblm ni 'saya pusing Halim' then, 'saya pusing Muhsin' :)

arianna adrizal said...

salam kak alin.
sy tau pg tu bila terima sms dr boz sy. ms tu rs penin jap mcm sy lak yg nk kena heart attack.

semoga rohnya dirahmati Allah.

alinlai said...

Arianna,
itu la...walaupun tak kenal dia tapi rasa sedih juga sebab boleh nampak yang dia tu org baik-baik. Mudah-mudahan dia tenang di sana aminnnn...insyaAllah :)

Zakiah said...

sedihnyer...sebab hani tu nampak seorang yang setia dan penyayang. Sampai sekarang dier membujang...dan bela anak dier HAni Karmilla tuh. Al fatihah untuk allahyarham hani

alinlai said...

Zakiah,
iye...dulu masa kes dia dgn anak tukang masak tu pun rasa mcm dia ok je famili pompuan yg lebih2, tapi maybe masa tu budak tu muda sangat baru belasan, kalau skrg mungkin famili ok kot...ntah la kan...

ibuVouge said...

alin ni org perlis ni...
hehehh
ingatan untuk kita yg masih bernafas kan..

alinlai said...

IV,
iye kan dia org perlis hmmm sapa lagi artis org perlis? Macam tak ramai je kan?

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it music is my language ringtone