Tuesday, June 27, 2006

Hari mengemas sedunia....

Salam,

Perghhh hari ni setengah hari aku membersihkan bilik, buang segala assignments, budak-budak yang dah grad tu aku memang buang je assignments depa, tak larat nak simpan lagi... punyalah banyak...3 plastik hitam besar, 2 kotak skrg ni dah clear sikit... makcik cleaner sure suka sebab depa boleh jual kertas-kertas tu... ambiklah makcik duit tu buat beli beras ka ikan ka... apa-apa yang patutlah...Boleh bisnes aku lepas ni, jual 'comb binding' segala saiz ada :) tapi aku tak la nak menangguk di air keruh... nanti sedekah je kat budak-budak yang ambik subjek aku...kalau depa nak buat assignment. Dapat gak pahala kan kan kan...amin!!!

Seronok sikit sebab dah kosong rak buku aku dengan benda-benda tak berkenaan...esok bolehlah minta makcik tu mop bilik, nanti bila dah start semester bilik ni macam klinik sebab kejap-kejap budak ketuk pintu masa tu kenalah bersabar banyak-banyak sebab kadang-kadang fe'el budak-budak ni menduga kesabaran juga. Explain banyak kali pun tak berapa nak faham...hangin satu badan kadang-kadang tu.

Hari ni walaupun tak hujan tapi cuaca sejuk juga...angin sejuk je. Eiii tido sedap ni... tapi disebabkan ada keja maka tidaklah dapat aku meneruskan cita-cita nak tido kejap lepas Zohor. Dah la masuk opis pukul 9am. Punch card merah tu biasalah bagi aku ni...tapi balik keja lewatlah sikit...lepas maghrib ka...janji lebih 8 jam kat opis (tapi kadang-kadang tak cukup juga ke ke ke).

Tadak benda yang menarik pun kat opis atau kat mana-mana yang aku pi hari ni....segala-galanya biasa saja.

Malam tadi dah mula belek-belek 1 thesis...dah start komen itu ini...belum habis pun 1 bab, minah tu buat 7 bab (200++ pages)...erk...pengsanlah makcik nak membaca dan nak komen, tapi demi tugas akan ku komen apa yang patut...sementara ada peluang nak komen. Nanti-nanti kalau orang komen keja kita redha saja le :)

Hmmm kurang sikit sakit ulser aku ni, malam tadi aku letak garam, tapi kat rumah tadak garam kasar, garam halus pun jadilah...sakitnya...tapi tahanlah juga...cari bonjel* tak jumpa...adalah tu kat mana-mana. Sdkn panas sangat so mulut ni pecah-pecah la. Jadi, kawan-kawan kalau ada ulser letaklah garam kasar sebiji kat atas ulser tu cepat je reda sakit tu...tapi kena tahanlah.

Lupa nak cerita...aku tengok gambar SIL bertunang, tunang dia yang sarungkan cincin. Selalu kalau bertunang sapa yang sarungkan cincin? Aku tanya sebab aku dengan abang bulat tak bertunang kami terus nikah. Jauh weh...mana mampu nak travel pi mai pi mai... macam kes simah juga, bezanya kawan kita tu lagi jauh...merentasi benua, aku merentasi laut cina sela*an saja.

Dulu masa kakak aku bertunang aku semedang tak dapat tengok, masa tu sekolah rendah mana nak heran, dok berlari sana sini je...ada dua tiga kali kat asrama tak dpt balik...ada sekali kat US, jadinya tak la dapat follow dengan terperinci. ke ke ke sure pelik berapa kali daaa kakak aku bertunang?...kakak aku 5 orang memanglah banyak kali majlis bertunang.

InsyaAllah kenduri bulan 12 ni, kat Semp*rna. Rumah tunang SIL atas air (menurut info MIL)... confirm Baj*u Laut, sure pandai berenang mamat tu :) dengar kata orang Baj*u Laut, kecik-kecik lagi dah dibuang dalam air...then pandai-pandailah berenang budak tu...bagus jugakan...tak payah nak masuk swimming class macam kita ni. Jimat duit depa.

Ehhh masuk citer orang Baj*u Laut pulak...nampak sangat chacha marba N3 kali ni...sabaq saja la.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku stop kejap menulis...pi minum petang, kawan ajak pekena teh tarik. Biasalah petang-petang ni boring juga duduk dlm opis je. Teh tarik + roti sebiji tahanlah perut ni sampai malam...harus diingat aku kena balik lambat hari ni (sapa suruh mai lambatkan...)

Abang bulat dah janji nak pi Le Meri*dien lagi lepas dia dpt claim mengajar luar kampus... ke ke ke...aku OK je. Lama tak berenang...seronok sebab kat situ swimming pool besar dan orang tak ramai. Biasalah hotel yang orang duduk semalam dua je mana sempat depa nak guna sepenuhnya kemudahan dalam tu. Jadi kami yang tak dak urusan rasmi ni pi la situ memeriahkan keadaan, siap bersauna bagai lagi...best best. Bilik pun besar, TV plasma eii kira menyeronokkan la kat situ, yang lagi best ada Govt. rate, kira murahlah juga untuk sekali sekala... selalu tak dapatlah sengkek la kalau selalu :)

Kalau ada sesapa nak mai KK atas urusan rasmi duduklah hotel tu sebab dekat dengan Pasar Filipin*, nak beli segala gelang mutiara, kristal, manik, tikar dll senang...tak payah jalan jauh. B'fast dia pun sedap. Dinner tak tau lah sedap ke tidak sebab kami pi makan kat luar...(ehhh dok promo pulak...)

Oklah...stop dulu nanti hotel tu kena bayar aku pulak sebab bagi free promo, cia0...ta ta :)

~dariBMkeKK~

16 comments:

Kiah Kardashian said...

yeay orang first.

takper buat kerja mengajar ni banyak pahala. Saya dulu suka jumpa lecturer tanya itu ini. Camner ek...tak berpinar ke mata tengok assignments/exam paper. Mencabar betul.

Alinlai said...

he he he...jauh tetamu hari ni :)
insyaAllah dapat kot pahala tu, berpinar juga kadang-kadang tu, kalau yang okey nak semak pun best je kena yang tak okey mak aiii terus pening kepala. Tapi kena layan la juga sebab kalau tidak macam mana nak bagi markah, tahan je le :)

Sherin de Souza said...

Alin, tak pa kalau entry chacha merba. Byk sikit cerita yg maki dapat dengar.

Wah berkemas nampaknya. Rasa lega kan kalau tgk dah clear sikit. Hahahaha..

I bertunang dulu, hubby yg sarungkan. Ada lain cara ke?:)

Alinlai said...

sherin,
he he he...ntah la, my friend bakal mak mentua dia yang sarungkan, ada yang sorang lagi makcik dia. OK maknanya memang boleh la tunang sendiri yang sarungkan :) iye, dah clear dan rasa fresh bila bilik kemas sikit... lepas mop ni lagi best selesa kalau nak keja ke, tido ke kwang kwang kwang...

Kaklong Syikin said...

alin..sorilaht ertinggal 2 entries ni.

hehe..saya ni sambil baiki tesis, sambil masuk blog org..esok nak p lagi ni.

wah..nati abih semester baru ni nanti, kena buat hari mengemas sedunia lagilah ya..

tesis phd ke tu? mak..byknya pages sampai 7 bab pulak tu.hehe..saya pun pun 6 bab tapi tak sampai 200 pun.

Alinlai said...

syikin,
iye thesis phd, ngantuk2 baca tp kena hbskan juga sebab janji nak bagi komen sbm 10 julai. eiii jenuhlah :)

Hari ngemas sedunia akan wujud lagi hujung tahun le tak berani juga nak buang kot2 ada yg buat rayuan gred ka...tak ada bhn bukti pula. so far blom pernah lg tapi bersedia je.

simah said...

nak korek rahsia boleh? jumpa abang bulat kat mana? bab jodoh pertemuan ni menarik ni :0)

tee said...

mesti berpinar bijik mata dok chck tesis tu kan.. kena la standby eye-drops.. :)

uuuuu, bestnye nak pi bercanda ngan abe bulat. have fun.. :)

Alinlai said...

simah,
ke ke ke...jumpa kat sini la juga :) nanti2 ye kalau rajin chek buat N3 pasal tu, skrg ni kita khatam dulu citer puan simah nun jauh di Turki sana ihiksss...

tee,
memang...mujurlah ada komputer depan mata ni, boring je buka blog sana sini, memang mata ni letih semacam, balik rumah lepas mandi je lalok je... he he he yesss bercanda manda kami nanti best best...

Leyla Shuri said...

Banyaknya entry, rajin ailinlai menulis. Yang best entri abang bulat.

Mummy Rizq said...

lyn-achik dolu dolu MIL yang sarungkan cincin. Pas tu peluk peluk.. pas tu cium cium.. hee..heee.. awat skang dia dah tak peluk& cium achik lagi erk?? **wondering why**

Alinlai said...

kak lela,
time rajin banyak la cite bila malas he he he...mulalah timbul cite merepek meraban :) kak lela suka cite abang bulat? ke ke nanti-nanti saya buat N3 pasal dia macam kak lela buat N3 pasal darling kak lela :)

Alinlai said...

Achik,
dia seronoklah tu achik nak jadi famili dia, skrg ni dah jadi famili kira tak payah la nak peluk2 lagi ke ke ke...kita pun dengan adik beradik tak le berpeluk sangat, tapi dengan kawan-kawan lama tak jumpa mesti nak peluk-peluk :) biasa tu...lagi pun sokmo jumpa, tapi cuba achik duduk jauh sure sakan dia peluk cium :)

Ayu Mohamad said...

lin,
bestnyaa dapat bersantai tuh.. hmm hubby kite pon nak ke KK ni esok..uwaaa sedey .. hehehe tp dah kirim kat dia suh beli gelang kristal hahahahaha

Ayu Mohamad said...

lin,
bestnyaa dapat bersantai tuh.. hmm hubby kite pon nak ke KK ni esok..uwaaa sedey .. hehehe tp dah kirim kat dia suh beli gelang kristal hahahahaha

Alinlai said...

Ayu,
he he he...sure jenuhlah dia memilih kat pasar tu, rambang mata la. chisss...mula-mula sedih, tapi bila pesan gelang kristal dah suka plak dia ke ke ke...lawak sungguh