Monday, June 19, 2006

Isnin ka hari ni?...

Salam,

Alahai...malasnya nak mai opis hari ni, sebab dah tau banyak keja nak kena siapkan...tapi apakan daya kenalah mai juga...duduk rumah pun bukan boleh siap keja-keja tu...(2 hari cuti buku + silibus yang dibawa balik tak buka pun elok je dalam beg)

Pagi-pagi lagi dah pi dengar pembentangan kenkawan...ada dua tiga orang nak membentang kat conference. Polisi sini kena bentang depan kenkawan (jawatankuasa) dulu, dapat komen sana sini baru boleh disokong oleh boss...biasalah tu. 2 jam juga dalam sesi tu...mujur ada minum + makan terisi juga perut :)

Ok...ada sesapa pernah pi Chin*se W*dding? (tak kiralah kat rumah or hotel)... Malam tadi 1st time aku dengan abang bulat pi, memeriahkan majlis resepsi my MBA student, buat kat hotel. Mula-mula kami gayatlah juga sebab tak pernah ada pengalaman...tanya jiran aku apa yang biasanya orang bagi hadiah atau RM? Jiran aku pun bagitaulah...biasanya orang bagi RM paling sikit pun RM50/- hah!!!! 50 hengget.....perghhh berpeluh den hujung-hujung bulan ni.... OK relax lagi...kalau bagi hadiah boleh? Dia cakap hadiah pun ok juga, belilah hadiah dalam harga 100 hengget ka...(gulp....telan air liur aku....)

Hmmm habis konsert akhir AF4 aku dengan abang bulat keluarlah pi supermarket dekat rumah ni...mulanya nak jalan kaki, hujan pulak...naik keretalah. Ingat nak beli album gambar...tapi ntah la tak menarik pulak album-album tu...at last belilah frame gambar, warna silver cantiklah juga harga dalam RM30/- (hujung-hujung bulan....30 hengget banyak weh...) tak kisahlah janji ikhlas (kui kui kui...) balut elok-elok..make sure tanda harga dibuang...taa daa...cantik dah hadiah kami.

Dalam kad, ketibaan tetamu 6.30pm, nak maghrib lagi...kami keluar awal, pi solat kat hotel...masa bersalam2 dengan pengantin dan mak bapa pengantin baru perasan...tak banyak hadiah, ramai orang bagi ang pow, isk...masalah ni...tapi buat dek saja...salam, bagi hadiah dan masuk dalam dewan...

Rupanya istilah janji Melay* tak boleh digunakan lagi...janji M'sia lagi sesuai ... dalam kad kata majlis mula pukul 7pm... sampai pukul 8pm tak mula lagi makan-makan... dah start majlis satu masalah lagi...emcee cakap Cin* kami ikut orang je tepuk tangan... siap ada nyanyi-nyanyi lagi...(lagu Cin* dulu-dulu....) mak bapa pengantin nyanyi sakan, siap berduet lagi...kelesss.

Makanan ok..not bad, lepas dia hidang ikan kerapu kami pun cau cin cau... tak sanggup nak duduk lama-lama lagi sebab majlis semakin hangat...rasanya kalau tunggu sampai habis jenuh tahan nafaslah...sebab dia dah start order minuman mabuk-mabuk...kami undur diri awal sikit. Lagipun dah kenyang apa lagi blah la...He he he sepanjang jalan kami dok gelakkan nyanyian-nyanyian yang ada OK ada juga yang rasa macam nak tutup telinga. Apa-apa pun ada juga pengalaman pi majlis kawin bangsa lain.

Balik tengok bola dan sempat tengok Farh*n nyanyi, petang tu masa dia nyanyi aku naik solat, sebab orang dok puji nak juga tengok...memang best pun dia nyanyi...jangan terkeluar minggu depan dah...bukan boleh kira sangat AF ni.

Untuk makluman...MIL masuk hospital...sebab darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi... dah 3 hari kat hospital...so hujung minggu ni aku dan abang bulat akan balik Sdkn. InsyaAllah hari Jumaat pagi-pagi bertolak dari sini dalam 7 - 8 jam sampailah...tak pe maknanya hujung minggu ni aku dah ada plan, berjalan-jalan sambil melawat MIL kat Sdkn. Kwang kwang kwang baru hari Isnin dah ada plan untuk weekend, sabar sajalah kan?

Lepas kuar dari hospital, rasanya MIL duduk kat rumah kakak ipar kat Sdkn. tu dulu...sebab MIL ni jenis yang tak pantang makan sebab tu darah dia senang naik...kencing manis pun ada...tak lah tua sangat pun baya-baya kakak aku yang sulung je...Alhamdulillah kakak aku tu maintain je...kalau letak mak aku kat sebelah MIL pun rasanya orang ingat sebaya tapi mak aku dah 65++ kesimpulannya secara genetiknya kami ni memang nampak muda jka dibandingkan dengan umur ke ke ke...(opss...perasan pulak)

Oklah...stop sini nanti panjang pulak sesi memerasankan diri...jangan muntah ok...kalau nak muntah juga apa boleh buat...cepat-cepat cari plastik atau baldi :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

12 comments:

simah said...

dah muntah dah hehehehe kira ada orang ni hidup dia berjalan dengan mengira hari..:0)

Syikin said...

tak pe alin, kutip pengalaman camner nak attend majlis kawin bangsa lain...:)

dah muntah ke belum ? ;)

marlinabaharom said...

melayu.. cina... india.. semua kawin achik pernah pergi. hadiah yg diberi?? kira semua sama standard jer.. FRAME gambar! Eh! kita serupa lah!!!

alinlai said...

simah,
ke ke ke...apa bleh buat, sementara boleh berjalan-jalan ni dok kira hari saja. Bulan 7 - bulan 11 dah busy, ada kelas dll, skrg ni sajalah free...ampunkan chek :)

syikin,
itulah pasal...dok kutiplah ni. Itu tak termasuk pengalaman pi majlis kahwin etnik lain kat sini... boleh buat buku kot lepas ni he he he... muntah angin je tadi kwang kwang kwang

Achik,
ehhh ehhh samalah kita frame gambar juga yang menjadi pilihan. Bukan apa senang nak bungkus dan harga berpatutan itu yang penting (pokai hujung2 bulan ni weh!) India tak ramai kat sini mungkin tak merasa makan kenduri India kot...depa jamu capati ka tosei?

Aku said...

Pernah dengar nama BIDADARI?
Jika berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai BIDADARI jangan malu-malu silalah ke blog saya.Ada sedikit informasi ingin di kongsi bersama.

Salam Perkenalan dari saya Lynn

Sherin Almashor said...

hehehehe. kelakar baca entry kali ni. Sherin pun dah banyak pergi wedding kekawan bangsa Cina samada kat hotel mahupun dewan. Wedding kat church pun pernah pergi..:)
Niat untuk belajar adat dan agama
orang lain agar dapat merapatkan silaturrahim..

Alin, i miss lagi la konsert AF ari tu..:(

Zakiah said...

lawak la pulak entry kali ni.

takper..takper..bagi hadiah lagi okeh,. Bukan tau baper hengget pun...

mak saya makan ikan salmon hari hari nak turunkan kolestrol punyer pasal. Quaker oats pun jugak. Carrot and tomatoes pun...alhamdulillah nampakler kesannyer.

Wilhelm~Achtzehn said...

1st time datang..entah lompat dari blog sesiapa tah..Lupa.. kelakar gak N3 nih.. Bagi aje hadiah...mcm kata Zakiah bukan dema tahu berapa hengget pun..hihih


Salam Kenal dari Ajzie

alinlai said...

aku,
BIDADARI? hmmm sapa ye? OK tak pe nanti saya jengok blog 'aku' salam kenal :)

Sherin,
itulah pasal...patutlah orang Cina pening kepala kalau nak kawin, belanja punyalah banyak, ribu raban... tapi berbaloilah kalau sorang bagi 50 hengget, jemput 500 orang dah balik modal kot :) he he he tak pe Sabtu ni kita tgk lagi konsert nak tgk Farhan je dia best kan?

alinlai said...

Zakiah,
he he he...frame je yang mampu, sure mak bapa budak tu menyesal sebab anak dia jemput kami tak balik modal :) OK nanti boleh pesan kat MIL makan sayur banyak2, tapi dia degil sikit...suruh abang bulat tegurlah dia dengar sikit cakap abang bulat...

Ajzie,
kami dah gabra masa nak salam tu... iyelah orang lain salam ber'angpau' kami salam hadiah 4 segi je...sapa suruh buat majlis hujung2 bulan kan? Salam kenal :)

auntylela said...

adat memberi duit jumputan kahwin orang Jepun pun sama. Sekurang-kurangnya JPY10,000 (RM350) seorang. Kalau sedara dgn pengantin lagilah banyak berrribu-rrribu!

alinlai said...

kak lela,
mak aiii kopak, bangkrap semualah... jenuhlah kalau dlm masa sebulan kena attend 2,3 wedding hah mana nak cekau JPY ke ke ke sabar saja lah.