Tuesday, April 04, 2006

Ntahapoapontah....

Salam,

Tadi dlm 10.30am aku dengan abangbulat pi A*tro sebab nak clarify beberapa perkara, contohnya alamat aku tak betul2 walaupun dah bagitau banyak kali, bil tak sampai (sebab alamat tak betul...) bila sampai bil plak dah beratus2... hmmm nak marah ni. Sesampai kami kat situ mujur la tak ramai orang tak sempat nak duduk no kami dah naik... ok la bagitau itu ini begitu begini, minah tu pun key-in la alamat baru, dan dia pun pelik macam mana bleh sampai walaupun alamat tak betul...ikutkan hati nak cakap hmmm saya ni femes la cik *yang bertindik hidung* sebab tu la bil ni sampai walaupun alamat tak betul...tapi tak la selaser itu, aku sengih ayu je la....maleh nak layan sebab customer service syarikat ni tak memberangsangkan...macam nak makan orang.

Cerita pi cerita mai pong pang pong pang, minah tu cakap bil sblm ni memang diorang tak hantar dan kami kena la bayar 200++ mujur la kami pernah bayar 40++ sblm ni, so tak la banyak sangat nak kena bayar, isk isk isk pelik sungguh la syarikat TV satelit ni. Settled everything mulut ni ringan je nak tanya kat minah tu, bertindik hidung tu pra syarat keja dengan A*tro ka? he he he gamaknya kalau aku tanya apa la reaksi minah2 tu...sebab aku dan abang bulat perasan minah kaunter sebelah pun bertindik hidung gak...kekonon lawa la...tapi biasa2 je, jangan marah ye sesapa yang bertindik hidung tu...ada yang lawa kalau bertindik tapi ada gak yang jadi tak lawa...apo2 la... asalkan korang bahagia kwang kwang kwang....

------ Selesai cite kat A*tro --------

Pi lunch dkt cafe kat bawah CP, lepas tu cepat2 balik opis malas nak join jamming the nation... ngantuk plak lepas mkn... aku confirm tido... abangbulat pun ngantuk gak, ok la tu lunchtime tido le kejap budak2 pun tak dtg opis sebab musim exam diorang busy study (biasa la last minute manjang...)

Esok petang aku kena wakil meeting plak...buhsan tapi apa daya aku ni bertekad cem*rlang sikit, masuk je la...malas nak cakap banyak2...dah la kena jadi pengganti bila cik penyelaras cuti arghhh malasnya...ingatkan bila dah lepaskan jawatan ni tak dak la nak bermeeting lagi, kena jadi pengganti plak...isk isk isk macam mana plak musim2 exam diorang ni bleh bercuti plak pelik sungguh...

------ Selesai cite jadi wakil meeting ------

Harap2 hari ni balik awal sikit la...dah lama tak masak, malam tadi dah pi beli ikan so bleh la nak masak itu ini begitu begini, sedap sikit mkn kat rumah, dah boring makan kat kedai. Tapi kalau balik lepas maghrib no choice la kena la pi mkn kat mana yang sempat. Makan kat luar ni pun bahaya juga skrg ni takut kena pow, sat lagi ambik lauk itu ini bila nak bayar hah RM45/- jenuh la plak...kalau bawa duit cukup ok la nak dijadikan cerita duit ada 2,3 puluh je hah kena basuh pinggan la kat kedai tu. Opss....isu ikan tongkol RM45/- masih hangat di pasaran...harap2 lepas ni tak dak la peniaga lain ambik kesempatan macam tu. Walaupun makcik kata kepala ikan + telur + isi ikan, tapi RM45/- terlalu mahal la...berganda2 makcik untung, dah menindas pengguna namanya. Ambik iktibar ye wahai peniaga2 sekelian, niat nak dapat untung, rugi yang dapat (bayar kompaun seribu ringgit...) tapi makcik tu tak pe la kedai dia untung ribu raban, kalau kedai lain yang untung cukup2 mkn je hmmm berputih mata nak bayar seribu tu...jadi beringatlah sblm kena.

------ Habis citer makan-makan ---------

OK jadual PTK dah kuar, bulan 5/5 - 15/5. InsyaAllah...berPTK la aku dengan abangbulat. Tak pe dia rajin bleh la aku tumpang nota2 kwang2... I luv u abangbulat.

Minggu ni aku relax lagi sebab tak kena jaga exam, minggu depan kena jadi ketua pengawas, hmmm malasnya sebab nak kena pi ambik soalan yang banyak2 tu dan nak kena distribute kat pengawas2 ni...alahai kenapa la aku sokmo terpilih ramai lagi orang lain, seingat aku tak pernah aku dikecualikan daripada jawatan ni...isk isk isk
kira aku ni femes la kan...(kah kah kah...perasaan plak...)

------ Tamat ------

~dariBMkeKK~

6 comments:

Anonymous said...

cak!

Alinlai said...

*cak* Tq 1st visitor :)

Kaklong Syikin said...

alinlai, saya balas kunjungan ni.

pasal makcik jual mahal tu, rupanya dia pertahankan tindakan dia tu. hmm...

Alinlai said...

syikin,
tapi rezeki dia makin murah plak skrg ni, tak pe la ada hikmah untuk setiap kejadian, free promo untuk kedai dia tak payah masuk JJCM lagi sekali :)

Mummy Rizq said...

wei lin! engkau rupernya yer.. hee..hee.. rajin rajin menulis. achik pencen sementara sebab sibukss...

Alinlai said...

achik,

iyo..mula2 ingat nak diam2 he he he tak pe la kongsi2 dengan kenkwn cite boring kat sini ahaks...tq mai umah chek :)