Monday, April 10, 2006

Ku lihat hijau....

Your Power Color is Green

You feel most at home in a world of ideas.
You're curious and logical - and enjoy a good intellectual challenge.
You're super cool, calm, and collected. Very little tries your patience.
Your only fear? People not realizing how smart and able you are!


Ulasan selari:

"you feel most at home in a world of ideas" - no komen ...
"you're curios and logical - and enjoy a good intellectual challenge - perghhh aku ke ini? Kejap nak fikir....he he he
"you're super cool, calm and collected" - mungkin ....
"very little tries your patience" - hmmm...
"your only fear, people not realizing how smart and able you are" - opsss...how do you know?

--------------------------------------

Esok cuti, bestnya...tapi banyak keja menunggu kat rumah, nak mop lantai, sental bilik air, isk isk isk menggunakan kederat tu. Tapi dah buat agreement pagi tadi, aku cuci bilik air atas dan abang bulat basuh bilik air bawah ha ha ha gila kuasa aku bahagi2 tugasan...tapi kena la bahagi2 kalau nak buat semua jenuh jenuh...

Tiba2 rasa lapaq...teringat2 mee udang aku buat kelmarin, ntah la sebab lapaq ka atau memang sedap sakan dua-dua orang melantak...ada sepinggan lagi balik petang ni boleh panaskan...nyum nyum nyum...ni lah salah satu benda yang best kat sini udang murah dan fresh, kalau masak apa pun memang sedap. Tapi jangan harap la nak merasa masakan udang kat kedai2 makan sini, ntah pasai apa takut sangat depa nak masak udang tu...bukan susah pun bleh buat udang halia, masak merah, sambal tumis, goreng biasa2 pun sodap...tensen gak kadang2 tu. Ikan pun murah isk tak payah ngomel la... memang tak pandai bisnes kedai makan depa ni. Boring keja sini aku buka kedai makan hah baru depa tau...masak kaw kaw punya.

Ada sorang budak Ch*na dari tanah besar...aku cukup hangin satu badan dengan dia, nak kata bagus sangat tak la pun tapi kalau dia datang bilik memang aku nak marah je, ada hati nak minta aku naikkan 'carry marks' dia, dah dapat B kira ok la tu... dia kata dia boleh dapat B+ opss...minta maap la dik oii keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Yang tensen tu dia cakap memang aku tak berapa nak faham...dua tiga kena minta dia ulang ayat...isk malasnya next sem dia ada lagi dlm kelas aku isk isk isk sabaq je la.

Hmm patut la sejuk hujan rupanya kat luar tu...kat KK ni kalau hujan memang sejuk yang teramat...kadang2 rasa macam Fall pulak (berangan la plak....) tapi kalau tak hujan seminggu pun cukup la....panas tak sanggup nak keluar...maklum la cuaca pulau, opis aku tepi laut plak tu...hari2 dok tengok laut dah tak rasa cantik pun, tapi bila bawa kawan2 mai sini semua puji cantiknya, bestnya...apo2 la...biasa la tu manusia...

----------------------------------------

Your Hidden Talent

Your natural talent is interpersonal relations and dealing with people.
You communicate well and are able to bring disparate groups together.
Your calming presence helps everything go more smoothly.
People crave your praise and complements.


ke ke ke...iyo ke? Apo2 le...bukan kena bayar pun :)

Nama Jepun ku....
Your Japanese Name Is...

Misaki Hirohata


Your Irish Name Is...

Clodagh O'Reilly


ke ke ke...nak sebut pun payah...

-Tamat-

~dariBMkeKK~

5 comments:

Syikin said...

hmm..saya punya apa yek?

marlinabaharom said...

lyn..bila balik semenanjung jgn lupa contact achik no... meh bawak achik jumpa abang bulat hang.. nak tengok, bulat sangat kaaa???

alinlai said...

syikin,

dah try ke? kaler apa le gamaknya tu he he he...

achik,

he he he bulat + comel

Syikin said...

alin..tak tau awak update blog awak ni..

eh, blh mintak resepi mee udang tu?

hehe..gara2 awak wat nama jepun n hidden talent ni, saya pun wat gak. dulu pelik camner org blh wat, rupanya sonang baitu. nanti saya nak msukkan dlm blog..tgklah, ari ni ke..

alinlai said...

syikin,

alamak, resepi? bukan la sedap sangat pun tapi maybe sebab udang sini fresh hasilnya kuah jadi manis dan sedap.

Kuah:
Udang 1/2 kilo
Udang kering semangkuk kecik (blend)
bawang besar 2 labu (blend)
bawang putih (blend)
cili kering / api (ikut tahap kepedasan anda)
kacang tanah goreng semangkuk
bijan digoreng
ubi keledek 3 biji (rebus dan lenyek atau blend)

Tumis udang kering, bawang, cili yang dah blend tadi. Bila dah pecah minyak dan naik bau masukkan air + keledek rebus, masukkan udang, masukkan kacang tanah goreng, bijan. Kalau nak pekatkan kuah boleh masukkan tepung jagung. garam dan gula secukup rasa.

Tadaaa....jadilah kuah mee udang.

Hiasan:
Celurkan kobis
Tomata
Cili
Bawang kering
Telur rebus

Simple je kan? selamat mencuba.