Thursday, April 27, 2006

Biarlah rahsia?

Salam,

Peningnya kepala ni, apa la budak2 ni jawab...ni baru soalan senang yang aku dok marking, masuk soalan susah nanti tak tau la nak kata apa...isk isk isk amende le budak2 ni...rasanya ntah berapa kerat je yang nak dapat >70 ++ ... tak pe kita tunggguuuuuu... sementara waktu ni kita layannnnn dulu.

Minggu ni ada AIM 13, tapi aku tak tau la dapat tengok ke tidak. Kalau tak dapat tengok pun ok jer sebab rasa macam dah kurang 'kick' AIM sekarang ni...ntah kenapa. Tengok senarai artis yang nak buat persembahan pun macam tak menarik je so rasanya tak ralat kot kalau tak dapat tengok live. Ntah2 ada ulangan nanti2...

Banyak plak kontroversi kali ni...dan aku pasti keputusan pun akan menjadi kontroversi juga, bak kata pepatah...rumah siap pahat masih berbunyi :)nanti le kalau aku tengok aku nak buat ulasan pasal AIM 13. Kalau tak tengok, baca dlm suratkhabar je la ...

OK siap marking soalan Bah B : 2(a), ada banyak lagi dan aku rasa cukup untuk hari ini, kena tenangkan fikiran kalau marking scripts, kesian budak2 kalau kita marking masa marah2...dapat pulak budak yang tulisan elok sikit jer dari cakar ayam, nanti markah pun elok sikit dari cakar ayam tak ke haru? Oleh sebab itu aku kena stop dulu untuk hari ni...(alasan ke ke ke...)berderau kejap darah aku tadi...bila kira scripts tak cukup 1, kira balik pelan2 Alhamdulillah cukup, risau gak tercicir masa exam hari tu ka...isk Nauzubillah. Alhamdulillah so far biaq kelas besaq macam mana pun aku masih boleh handle, dan tak pernah la plak nak tercicir nama students or jawapan dll. Masalah besaq weh...

Sekarang ni cepat bebenor cerah kat KK ni, pagi tadi baru pukul 6am, aku ingatkan dah pukul 7am, cerah sangat2...bila tengok jam awal lagi aku pun sambung le tido kwang3...abang bulat dah turun sambung laundry malam tadi, rajinkan abang bulat... dia turun basuh baju aku kroh2 lagi...tapi kejap je sambung kroh2 sebab kena la bangun baju tak iron lagi, isk isk isk...malasnya bab iron baju...tapi apakan daya dah jadi tanggungjawab...gamak ke pakai baju berkedut pi opis?

Rupanya baru aku tau, aircond ni akan ditutup lepas pukul 5.30pm. Patut la panas semacam...isk isk isk mengarut sungguh depa ni.

Skrg ni kat radio mana2 pun lagu Siti tengah hits (radio Melayu ler...kalau buka My.Fm ka isk tak dak kot...)so aku pun carilah lirik dia...saja la nak memeriahkan N3, (untuk makluman...aku minat budak Siti ni...tak le minat giler...tapi boleh layan la lagu2 dia...tak kisahlah orang kata dia kampung ke apa ke...tapi so far tadak artis pompuan lain yang boleh lawan suara dia yang power tu, powerpuff gurls pun tak bleh lawan...ke ke ke...)maka dengan ini terimalah....lintas langsung dari mana-mana radio yang pasang lagu ni...


Biarlah Rahsia : Siti Nurhaliza
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Chorus
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata KataBertulangkan Dusta
Ulang chorus
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Ok ta ta semua....selamat berhujung minggu :) drive safely

~dariBMkeKK~

3 comments:

Syikin said...

alin,berapa ratus students you sem ni?

maR said...

Kak lyn,
Saya kan, bila balik in 2002 baru dengaq lagu2 siti ni kan. And one thing lah, tak kesah la apa org kata, siti nyanyi live sangat sedap. Sangat sedap..
Erm, kak, my husband suruh saya continue belajaq in education... adoi la *lol*

alinlai said...

syikin,

sem ni sikit jer, 48 orang jer tapi soalan essay kena la marking betul2...kesian budak2.

mar,

he he he...memang sedap suara dia. Ok la tu sambung la then balik nanti bleh apply keja kat mana2 U atau Kolej U la ni banyak dah boleh pilih jer. Kat Semenanjung ler kalau kat sini duduk diam2 jer la :) insyaAllah ok tu...sambung pelan2.